Followers

March 27, 2011

Pasal Badi Mayat.. harus baca!

Pernah dengar pasal badi mayat tak?
Kalau pernah bagus. kalau tak pernah pun bagus..
Aku nak cerita sikit lepas tu nak kongsi sikit lepas tu nak kau baca sebab penting!



Hari tu kan aku ada terbaca kat satu blog pasal badi mayat ni.. SILA KLIK.. seram aku membacanya.. nak nak kau baru je balik dari kubur ke lepas ziarah orang meninggal ke.. sumpah meremang. aku ni berani berani pergi toilet hostel pukul 3 pagi ni pun kengkadang datang aku punya takut memang jadi penakut. lagi kalau baru lepas tengok cerita hantu yang seram thriller tu. kalau boleh masa kencing tu pun nak ajak kawan aku masuk sekali. boleh?

Masa baca entri tu aku teringat cerita kawan abah aku punya adik.. masa tu kenduri kahwin anak kawan abah aku.. tengah makan makan tu tetiba macam ada orang Astro datang nak shoot. aku ingatkan kot kenduri ni terpilih ke dalam program kahwin kahwin kat Astro tu. rupanya menyambut ketibaan adik kawan abah aku tu..serius tengok beliau kurus kering gila.. beliau terpilih mengerjakan umrah sponsored by Astro tau.. beliau pun dah sembuh dengan jayanya..

Yang aku ni nak cerita pasal Astro apa ke hal? terajang nak?
OK sambung balik cerita!

Pakcik tu kurus kering kenapa? owh sebab beliau kena badi mayat!
Ceritanya macam ni.. ingatkan tsunami kat Banda Acheh tahun 2006 tu? pakcik ni terkena badi mayat masa terlibat dalam misi menyelamatkan mangsa mangsa kejadian.. kau tahu je la kesan tsunami tu. bukan berpuluh mayat kau kena settlekan.. dapat lak yang kepala hilang. badan kembung.. err

Kawan abah aku cerita dekat 2 tahun lah dia terlantar yang memang dah macam mayat jadi nya.. macam aku cakap.. dia settlekan tu bukan sorang.. beratus ratus.. memang bukan badi mayat namanya.. dia dah jadi badi mayat mayat.. seram tak seram tak???

Dulu aku tak percaya tau pasal badi ni.. aku macam.. 'dah mati kebumi semua dah lah.. pehal lak nak ada badi badi bagai ni?' 
Lancang tak lancang mulut aku?! tapi masa bila tah aku tertengok cerita Al-Kuliyyah tajuk pasal badi mayat ni. rupanya dalam Islam pun ada lah pasal benda ni. aku ingat tahyul karut syirik semata..

Ni aku nak share few tips kalau kalau kau tak tahu ke..
Kalau boleh lepas hantar jenazah ke kubur tu sebelum balik kau ambil sikit tanah kat situ lepas tu campur dengan air buat mandi.. ada yang cakap basuh muka kaki semua tu tapi seeloknya mandi lah.
Lepas ziarah tu pun jangan nak menggatal pergi main dengan budak kecik.. tak pasal pasal budak tu terkena badi kang. patutlah abah aku balik je dari attend post mortem terus buka baju letak dalam laundry basket..hmm

Badi ni pun bukanlah berasal dari mayat tu. orang tu kan dah mati. yang badi ni asalnya dari jin syaitan semua tu.. Kau pun kena ingat.. jin jin ni suka kacau masa kau terlalu suka ke. terlalu sedih ke. terlalu marah ke.. haa bernafsu sangat pun bahaya tau. kalau terlalu takut atau terperanjat tu tak payah cerita. baru tengok intro cerita hantu dah tutup mata peluk peluk tapi tu bukan aku la. orang lain.

Kerana itulah Islam menganjurkan kita supaya sentiasa tenang dan jangan bersifat keterlaluan di dalam satu satu perkara. yelah kenapa aku dah macam ustazah ni?


P.S. Kalau tengok gambar  MAYAT MAYAT ni kena badi tak?




love, ZIEMA



1 comment:

  1. Thanx 4 info. b4 neh I pon tak percaya ngn badi neh. kalau baldi tu ade lah. Rupe2 nyer Sume neh kerja setan

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.