Followers

April 28, 2011

Si Lembut vs Si Pondan

:)

Agak agak basi tak entry aku ni?
Ya ya ya.. cakap pasal kecenderungan lelaki beraksi seperti perempuan adalah isu yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas (berperibahasa pula) di kalangan manusia seluruh dunia.

Ramai sangat yang sinis kalau cakap pasal lelaki yang tak gagah perkasa macam mereka mereka ni.

Si Lembut

Aku ni banyak sangat pengalaman dengan dorang ni.
Cikgu lecturer kawan even cousin aku pernah terdiri dari golongan lembut ni. dorang ni lembut je ok tapi tak adalah sampai nak pakai lipstik cukur kening sumbat sumbat silikon bagai tu. mereka adalah mereka.

Mampu kahwin kerana bernafsu terhadap perempuan malahan lagi rajin dari perempuan perempuan yang malas ni. and i tell you what?

Dorang ni sangat baikkkkk ok
Macam sorang kawan aku ni toksah cerita la dia punya baik. kalau datang nak bercerita memang kau nak mencelah ke nak membantah ke tak ada masa. kerja kau mendengar je. nampak orang je dari jauh dah jerit menegur. lepas tu kalau nak belanja makan tu toksah tunggu minta minta dia dah offer (err tapi ni bukan tujuan aku kawan dengan dia eh)

Tapi kalau die cubit aku hambik kau hilang kelembutan haha

Even lecturer and cousin aku yang dah kahwin tu
Lecturer aku ni ajar aku masa zaman diploma dulu. suka benar bercerita hal anak anak. telekung anak dia yang angkat letak dalam mesin basuh. dia boleh cerita masa dia nak kahwin dia yang buat bunga telur. kau ada?
Cousin aku pula time raya je rajin jual biskut kek raya bagai tu. kalau anak yang baby tu dia yang uruskan bagi susu badan botol bini kau rileks je. kau ada??

Si Pondan

Yang ni aku tak ada masa nak puji puji


Err tapi aku tak ada orang orang macam ni di sekeliling mahupun dalam hidup aku
Paling paling pun pernah la pergi Lorong Hj Taib tu nak meninjau aktiviti mereka yang err geli mak nokk!!

Eh tapi aku and kengkawan macam begum, lea, cuda and rose pernah jumpa mereka konon konon nak tanya jalan pulang (padahal tahu je haha). ingatkan nak juga interview berapa income kau sebulan siapakah jantan yang menjadi pilihan kau akan tetapi bila memikirkan impak mungkin dikejar maka terbatal lah hasrat itu


Even dorang ni baik tapi sipat mereka yang menyimpan .......dalam botol tu buat aku macam geli geleman


Well aku tak nak cakap lebih lebih sebab aku ni ilmu agama tak lah bagus mana.


Tapi pandai pandai lah kau fikir mana baik dan mana buruk


Beza dosa beza pahala


Biar lembut jangan pondan



nak cakap apa??


Sentap hati mak nak!!
Carassssssssssss

love, ZIEMA



April 26, 2011

Tanya Penganggur

:)

Owh yes. aku lah tu si penganggur yang duduk di rumah sahaja menternak lelemak sekalian.
Kerja aku bangun tidur, breakfast, masak tengahari, tidur, minum petang, makan malam, tengok TV dan berangan nak kahwin.

Tak lupa juga mengadap lappy sambil sambil mencari kerja ececeh padahal facebooking je lebih.
Haih susah betul cari kerja tanpa ada kabel mahupun orang dalam. *sigh

Lepas tu berangan.....................

Kalau lah bapak aku CEO sebuah company gempak takpun pakcik aku possess higher position kat mana mana company yang mengamalkan nepotisme maka tak perlu lah aku gigih nak cari kerja juga interview.

Kalaulah aku ambil jurusan medic confirm sekarang aku dah jadi doktor muda atau ambil pendidikan sekarang tentu menjadi seorang guru yang garang gigih mendidik anak bangsa takpun belajar kat UPNM mesti aku dah jadi young army officer sekarang yang tak perlu nak melalui segala proses cari kerja.

Tapi hakikatnya.... hummmm

Dengan orang sekeliling yang asyik menanya

'Eh dah dapat kerja ke?'
'Kalau boleh kerja la dekat dengan rumah je'
'Macam mana sekarang? nak kerja apa?'

Tersenyum sambil maki dalam hati

'Saya nak kerja sapu sampah depan rumah makcik. boleh??'

Konvo pun belum lagi tapi tekanan macam aku ni dah menganggur lama sangat

Serius tertekan

Rasa macam nak gantung kat leher je..


PERHATIAN!
Saya memang tengah cari kerja dengan gigih. sila jangan nak tanya lebih lebih nak kena terajang ke?? kalau nak sangat saya kerja sila tolong saya cari kerja dari tak ada kerja nak menanya saya doploh pat jam bila nak kerja. pergi buat kerja masing masing!! sibuk je nak tahu orang dah kerja ke belum..huh



Rindu zaman belajar


belajar sambil berangan jadi director.. pfffttttt


Tapi tu pun orang masih nak tanya lagi

'Bila habis belajar?'

Sabar.

'Bila nak kerja?'

Sabarrrrr.

'Bila nak kahwin?'

Sabarrrrrr lagi.

'Bila nak mati?'

Tu kalau kau tanya tu memang lah. memang kau yang nak mati.


P.S. Percaya rezeki tu ada di mana mana. cepat atau lambat je (^_^)


love, ZIEMA


April 25, 2011

Baca buku

:)

Sejak dari kecil kita diajar membaca.

Masuk tadika belajar ABC 123.

Masuk sekolah rendah belajar BM BI Matematik Sains dan segalanya bila mana darjah enam perlu gigih belajar untuk UPSR.

Masuk sekolah menengah bertambah tambah. Kajian Tempatan dibahagi kepada Sejarah dan Geografi dan termasuk dalam PMR. bila tingkatan empat ada subjek tambahan Add Math Fizik Kimia Prinsip Akaun dan bermacam macam lagi yang kena belajar untuk SPM.

Masuk universiti makin banyak. Law. Politics. Taxation. Accounting. Management. lagi perlu berusaha gigih untuk lulus dan grad on time.

Bila dikira dicongak ditambah ditolak

18 tahun baca buku tanpa henti

Tapi macam terperasan

Apa yang aku dapat?

Lalu terfikir

18 tahun baca buku tapi Al Quran?

Hinanya aku di mata Dia :(


love, ZIEMA

April 22, 2011

Bersyukur sangat

:)

Kadang kadang kan bila tengok orang yang hidupnya senang lenang kaya maya pandai segala aku rasa macam
'Kenapa lah aku tak macam tu?'


Lepas tu bila nampak orang yang berlagak kaya padahal realitinya tak lah yang macam depan mata lantas berkata
'Nasib aku sedar diri'

Aku bersyukur sangat

Walaupun mak abah aku mampu belikan aku pakaian yang berjenama mahal mahal tapi tak pernah pun aku rasa low standard beli baju kat pasar malam kat uptown downtown dan segala town yang ada

Tiap tiap tahun mesti akan makan kat hotel yang sedap sedap tapi adik beradik aku tak pernah pun kekok nak duduk atas tikar mengkuang makan lauk lauk kampung yang hakikatnya lagi sedapppp dari makanan mahal mahal tu

Dari kecil sampai ke besar hidup kat bandar tapi tak ada pun rasa batak jakun bila masuk kebun kelapa sawit ke kutip buah ke or even pergi belakang rumah atuk aku kutip segala jenis sayur dan aku pelik orang kampung yang berlagak bandar tu. eh apa yang best sangat dengan bandar?? bodoh

Walaupun abah aku tak pakai kereta mahal macam Mercedes ke tapi dengan kereta beliau tu lah sanggup jenguk aku dari zaman duduk hostel sampai lah masuk universiti ni tak macam sesetengah bapak yang mampu beli kereta mahal mahal tapi nak jenguk anak kat hostel pun malas

Otak aku tak lah hebat mana tapi alhamdulillah sangat aku dah ada ijazah kat tangan. bukan aku nak berlagak (apa la sangat ijazah tu) tapi yang aku nak cakap aku puas sangat dapat penuhi impian mak abah aku and sedikit sebanyak balas jasa dorang


Kesimpulannya

Kalau hidup senang jangan berlagak

Kalau hidup susah lagiiiiii jangan berlagak

Sebab aku pernah tengok memang ramai

Pakai baju branded branded
Kawan dengan orang ada kelasss
Speaking omputeh dengan kengkawan
Tudung terbang tetiba

Bila mak abah kau datang

Hambek!

Kereta stok zaman Proton Saga baru nak keluar
Abah kau pakai kopiah mak kau tudung labuh

Siapa nak jawab??


love, ZIEMA


April 18, 2011

Tak Kuat ke Bodoh? Pilih

:)

Bila baca ke dengar ke kisah orang bunuh diri aku jadi seram. tak takut ke dorang ni bunuh diri?
And most of story yang aku selalu baca sebab putus cinta and most of people who were involved in adalah wanita.

And lately juga aku tengok ada kawan kawan aku yang mengalami masalah ni even they faced it in a different situation tapi still sama.


They are dumped by a stupid man.


And to tell you the truth. memang rasa macam nak gila! memang betul tidur tak lena makan tak lalu tapi please eh.. mandi basah apa kau ingat tak lalu nak mandi?? tak lalu nak bau badan kau ada lah.

Ni bukan tips ye tapi aku nak semua ambil iktibar.

Ramai kawan kawan aku yang tahu nightmare aku cakap aku kuat lah tabah lah.
Entah aku pun tak tahu.

Tapi bila diingat ingat balik memang aku pun tak sanggup nak lalui balik. and we must come back to the root. masa ni lah aku rasa iman kita diuji. akal kita mampu tak bezakan baik dan buruk.

Kalau aku bodoh..
Aku pun mungkin dah tak ada menulis kat blog ni. since when it was happened aku tumpang flat member aku boleh je aku naik sampai tingkat atas flat tu lepas tu terjun gaya bebas dengan hebatnya.

Kalau aku bodoh..
Aku pergi kedai beli panadol banyak banyak lepas tu telan lepas tu tidur lepas tu tak bangun bangun langsung.

Kalau aku bodoh..
Aku berhenti belajar sebab rasa tak boleh fokus study and takut affect pointer aku and nak bawa diri jauh jauh (ayat orang frust) nak lupakan kesedihan.

Kalau aku bodoh...
Aku pergi jumpa bomoh aku sihir sihirkan makhluk makhluk perosak yang rosakkan hidup aku tu..


But then aku tak nak bodoh and tak nak jadi bodoh..

Fikir dulu pahala kita ni mampu ke nak tanggung dosa dosa kita yang lepas.
Kalau pun kita buat benda benda tu semua kita puas ke? nak sihirkan orang. nak berhenti belajar konon. memang takkan dapat apa apa. yang kita dapat rugi je. betul ni.

Fikir kesannya kat parent kau kalau kau buat benda benda macam ni.

Dan aku pun dulu selalu salahkan diri aku and bodoh pergi salahkan takdir (rosak iman aku).
But then aku cepat cepat sedar apa yang Allah susun untuk kita tu sebenarnya adalah yang terbaik untuk kita. mungkin betul apa orang kata. hikmah tu ada kat depan mata cuma kita je yang tak sedar sebab mungkin selama ni kita leka.

And tolonglah.
Jangan asyik nak mesej call orang doploh pat jam cerita kisah sedih kau. mula mula tu orang akan simpati tapi lama lama dorang pun naik menyampah macam lah dorang tak ada kerja lain nak buat.

Aku cakap pun ni sebab aku dah mengadap benda ni,
And trust me masa ni lah kau kenal siapa kawan kau yang sebenarnya.
Orang yang patut support kau boleh buat tak tahu dengan kau siap dengan simple cakap 'takpe lah dah tak ada jodoh' padahal kau tu pun pernah buat onar dekat boyfriend kau nasib baik dia bodoh tak tinggalkan kau.

Sedih tu tak salah even menangis pun. lumrah la beb manusia menangis bila dia sedih sebab aku pun memang selalu menangis mengenangkan betapa kejamnya apa yang dia buat kat aku.

Kuat ke tak kuat ke semuanya bergantung juga kat diri kita.
Kalau kau pilih untuk kuat maka kuat lah kau. kalau kau pilih tak kuat maka kau akan buat benda benda bodoh tu.

Eh kamon lah!

Kalau kau jatuh sila bangun balik sebab nanti lepas tu kau boleh ketawa guling guling tengok dia jatuh tergolek golek.

Tak percaya?

Sila percaya.



motif gambar : berkunjung lah ke Melaka.

ambil gambar tepi sungai Melaka lalu tak terasa nak bunuh diri terjun ke sungai itu

sebab



Aku Kuat dan tak Bodoh.


Teima kasih sebab baca. ^_^


love, ZIEMA



April 17, 2011

Hiro

:)

Hiro datang lagi! ke Tora datang lagi ni? ok aku salah.

Siapa pernah makan Hiro masa zaman sekolah dulu dulu?

Yes Hiro adalah jajan kegemaran anak anak sekolah termasuk aku yang sanggup save duit belanja sekolah rendah semata nak beli Hiro yang hanya terdapat di sekolah agama.

Semalam pergi Batu Pahat singgah kedai jual jajan secara borong sebab temankan makcik aku nak beli jajan banyak banyak untuk kenduri kahwin cousin aku nanti.

Tengah sibuk sibuk tengok tengok ternampak Hiro.

Yeay!

Excited sangat rasanya!!




sekotak RM5 /24 pieces


Dah beli tapi makan sebungkus je.
Tak sedap.. errr

Kenapa dulu rasa macam ni lah kek paling sedap aku rasa?

Iye.
Dulu tak kenal Secret Recipe apatah lagi Wondermilk.. pffffttt  =.='


love, ZIEMA



April 14, 2011

Adik

:)

Dua malam lepas masa aku tengah online Faris datang kat aku. suruh carikan gambar family termasuk dia sekali sebab cikgu nak tampal kat belakang kelas. kira macam sudut 'Keluargaku Bahagia' la tu. dia punya perangai nak benda tu serta merta tak sabar sabar macam lah cikgu kau nak tampal malam tu jugak. yang cikgu ni pun satu.. kenapa lah nak buat projek macam tu. buat lah projek 'Kakakku Sayang' ke.. berlambak gambar aku ni ha tak pulak dia mintak..

Mak aku tak membenarkan Faris ambil gambar original sebab sayang katanya.. maka mak pun suruh aku scan and print (bagus idea mak ni)

Lepas tu pulak Faris cakap,

Faris : 'Tapi cikgu suruh cari gambar adik'

Aku : 'Lah kau mana ada adik. kau kan adik.. nak adik eh? nanti akak suruh mak bagi adik eh.'

Faris : 'Eh tak nak! tak nak adik!!! Adik kan 'adik' hehe..'

Aku : 'Eh best lah dapat adik! nanti dia kan baby lepas tu boleh cium dia sayang dia'

Faris : 'Orang cakap tak nak tak nak lah!!!! (emosi tak tentu pasal budak ni)

Lepas tu boleh pulak menambah...

Kalau ada adik kan. adik cakap kat baby tu macam ni...

'Sebab kau lah mak ngan abah dah tak sayang aku lagi!!' 

Parah budak ni dah..

Mak.. sila pergi hospital ikat tiub fallopio sekarang!!!!!

Errr aku pun tak nak adik dah............... letih!



adik comel dan sopan



bertukar menjadi adik kurang comel dan mental sedikit



Owh yaaa. hari tu cakap kat abah aku kalau exam tak ada C nak order PSP yang baru.
Aku dulu tiap tiap tahun naik stage ambik hadiah tak ada pulak nak meminta minta bagai ni.

Memang dasarrrrrrrrrr adik lah kau ni Faris...


love, ZIEMA




April 12, 2011

Peluang Kedua? Hell No!

:)

Dulu aku ni selalu kesian kat orang.. orang buat salah ke maafkan jelah. konon baik la tu. lepas tu redha dengan apa yang berlaku sambil menganggap semua tu dugaan biasa lah manusia tak lari dari buat kesilapan. tak gitu??

Lepas tu teringat pulak kata kata hikmah lagi bijaksana.

'Sedangkan nabi pun ampunkan umatnya inikan pula kita sesama umat'

Uih aku tak boleh kalau baca peringatan macam ni! lagi aku bersemangat nak maafkan orang dengan harapan kau akan insaf dan tidak akan mengulangi perbuatan itu again. lagi pula kalau kau dah berjanji dengan sejanji janjinya bercampur dengan penyesalan (eheh gila menyesal habis lah tu) memang nampak betapa kau sudah menyesali perbuatan itu.

But you have to bear in your mind.
Dalam dunia ni ada dua jenis manusia yang berjanji.

1. Janji yang dia akan tunaikan.
2. Janji yang dia akan mungkiri.

Let say la aku bagi situasi ni.

 A yang tak sampai setahun bercinta dengan F tiba tiba tinggalkan F dengan alasan kesian. kesian lah sebab A ni katanya busy memanjang tak dapat nak memberi tumpuan terhadap F. F frust sambil sambil mengharapkan A kembali. lalu a few months later A nak balik semula kat F dengan alasan insaf menyesal. F bagi peluang. yelah manusia ni kan tak terlepas dari melakukan kesilapan (ayat sarkastik) lepas tu A terus meninggalkan F untuk perempuan lain. agak wadefakkk..

Ataupun

 Minah dan Bedah adalah dua orang rakan baik. Bedah ni memang baik hati dan rajin namun Minah merupakan sorang yang pemalas dan bermulut puaka and shes always give a thousand damn excuses kalau tak nak buat kerja ataupun kalau Bedah minta tolong buat sesuatu. But then oleh kerana Bedah sorang yang baik makanya beliau berkata, 'tak apalah. minta minta nanti dia nampak kebaikan aku dia insaf'. until one day si Minah telah membusukkan mulut dia dengan memburuk burukkan Bedah dan terus blah dari hidup Bedah selama lamanya.


Ok detail sungguh contoh situasi aku tu. eh ni contoh ke realiti? tetttt... hahaha

Ala korang pun pernah kan mengadap situasi macam ni kan? eceh. mengaku je la ye.. tak baik tipu Tuhan marah tau. dan aku sangat lah pasti korang semua ni sangat baik hati memberi peluang kedua sebab korang kan baikkkkk...........

Errr tapi sekarang aku dah tak macam tu.
Memang bagus buat baik kat orang tapi yang tak bagus kalau dia pijak kepala kau macam lah kepala kau tu sebiji tin minuman. ok tak perbandingan aku bagi ni?

And selepas aku dah terkena..

No more second chance ok!!
Mind it!

Ala senang cerita tak payah la buat baik sangat kat orang sekarang ni.. tapi jangan buat jahat juga nanti orang buat jahat kat kau padan muka.

Peace!! (^_^)\/



love, ZIEMA



April 10, 2011

Lelaki MELAYU

:)

Guys! berjumpa lagi kita. iyelah kenapa aku ni dah macam pengacara rancangan ni?

Ni bukan tips tau sila jangan meluat rasa nak baling kerusi kau.

Lelaki Melayu ni kan..

1. Kalau dorang kata tak nak maknanya memang dorang tak nak. kau jangan nak tanya kenapa tak nak jawab panjang berjela kalau kau tak nak kena maki. macam, 'kenapa saya mesej tak reply'... sambung lagi, 'boleh je kan reply kejap,'..lagi sambung..'kenapa susah sangat nak reply cepat.' please. jangan.

2. Bila dia malas nak layan kau kalau kau merajuk bukan dia tak sayang kau ke dah bosan dengan kau ke.. mungkin ego sorang laki Melayu yang buatkan dia macam tu. yang tak peka dengan hati dan perasaan perempuan.. tak pandai nak pujuk pujuk ni melainkan  kau ugut bunuh diri terjun tingkat 11 ke.. err boleh kot?

3. Kita selalu cakap berterus terang kalau boleh semua benda nak cerita kat dia. tapi laki Melayu ni kalau boleh cakap apa yang perlu saja. dia tak nak cakap benda benda yang remeh sebab dia tahu kita ni perempuan emosi lebih tak nak hal jadi besar lepas tu gaduh. tak nak!

4. Tolong jangan bandingkan dia dengan boyfriend orang lain.. jangan kecik hati kalau dia tak puji kau pakai cantik hari ni ke.. masak sedap untuk dia ke.. lepas tu nak merajuk tak tentu pasal. but yeah. what comes out of the mouth proceeds from the heart but mouth can lie as well. jadi kau nak dia menipu ke nak dia diam tapi jujur?

5. Again jangan bandingkan dia. kalau dia tak layan kau dengan romantisnya (wah jiwang nya aku bercakap). err maksud aku kalau dia tak belikan bunga ke.. tak bagi mesej ' I LOVE U' ke... tak bawa kau pergi candle light dinner ke.. jangan lah ungkit. setiap orang caranya berbeza..


Well ini pendapat aku je eh based on my experience as well as knowledge.. lelaki Melayu ni ego memang tinggi sebab kau tengok jela budaya Melayu tu sendiri. cakap nak berlapik lapik (tapi kenapa aku cakap tak pernah berlapik adakah aku bukan Melayu?). kita tak biasa communicate in an open situation. sebab tu ada istilah mengumpat.. and kita tak diajar macam mana nak alert dengan perasaan orang sekeliling kita.

Kalau boyfriend kau mempunyai ciri ciri di atas jangan gelabah. mungkin dia ikhlas sayang kau even more dari guy yang mulut manis selalu layan kau dengan romantik but then.. tinggalkan kau macam tu je..

Aku teringat sorang lecturer aku. Chinese and husband dia orang Ireland.
Masa tu dia tunjuk gambar husband dia sumpah hensem dah lah tinggi.

'They (refer kepada Ireland guy) are very kind. you know they like to open a car door for a woman.'

Nah.. memang aku admit. laki omputih ni memang romantik yang romantik sampai ke tua anak cucu dah ramai. and again. sebab budaya dorang dari kecik yang sangat appreciate orang perempuan ni.

Tapi lelaki Melayu pun ada.. memang ada..

Jalan jalan pegang tangan. peluk peluk cium cium. kalau boleh setiap minggu tu wajib beli bunga. naik kereta tolong bukakkan pintu. aksi suap menyuap harus menjadi agenda wajib semasa makan. tiap tiap hari kalau boleh nak bergayut nak berjumpa. selalu puji kau dari atas sampai bawah kalau boleh yang dalam dalam pun nak jugak..

Tapi itu sebelum kahwin la..

Lepas kahwin..
HARAMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM





papehal pun awak tetap dalam angan saya.
lariiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!


P.S. Tuan saya is the best guy.. thanks coz love me as what i am and be what you are.. :')


love, ZIEMA



April 8, 2011

How I Met Your Father

:)

Yeah! hari ni semangat ni! semangat sangat!!

Dulu kan..
Masa aku tengah sedih sedih termenung putus cinta tak kesampaian mak selalu teman aku. tanya tu tanya ni (mungkin tak nak aku terlalu fikir) bagi up semangat. bercerita benda benda yang bermotibasi sampai aku rasa macam eh semalam mak aku baru je cerita benda tu. tak apalah mak.. aku tahu mak kehabisan idea nak hiburkan hati aku yang lara itu (~.~)*

Lepas tu bila masuk bab jodoh dan takdir ketentuan Tuhan tu lagi mak semangat nak cerita. macam macam beliau nasihat aku. tapi aku tak berapa nak layan sangat sebab kepala masih terlekat segala memori daun pisang itu.

Sampai satu masa mak cerita macam mana beliau jumpa abah masa tu memang aku sangat sangat tumpukan perhatian kat kuliah pun tak fokus macam ni hebat tak aku???

OK lets get it started......


Mak masa habis sekolah je duduk dengan mak uda aku menjadi pembantu rumah dengan memasak, mengemas rumah dan menjaga anak anak kecil. memang hidup mak biasa biasa je tak berapa ada social life yelah duduk rumah je..

God's act was happened masa mak aku kena temankan mak uda pergi sekolah. owh lupa mak uda aku sorang cikgu ye kawan kawan. masa tu ada aktiviti apa tah hari sukan rasanya kat padang sekolah. jadi oleh sebab kena bawa dua orang kazen aku ni maka mak pun terpaksa ikut nak jaga budak dua orang ni. yelah aku panggil budak padahal abang Izud dah jadi bapak orang. kak Reen dah jadi cikgu yang garang baik hati..

Masa tu abah aku kerja kat kem Simpang Renggam tu. mungkin sekolah tu sewa khemah polis maka abah aku dan kengkawannya perlu ke sana nak pasang khemah. nak jadi cerita.. it was started masa mak aku tengah duduk duduk dengan kazen kazen aku tu. tengah layan bebudak ni mak aku macam perasan (perasan jugak mak aku ni) ada jejaka tampan tengah pandang pandang beliau. jadi mak aku yang perasan menjadi bertambah perasan sampai tak boleh duduk dengan tenang lepas tu masa tu juga kazen aku ni ngendeng ngendeng nak makan aiskrim lalu terpaksa lalu depan abah aku untuk ke tempat aiskrim itu. mak aku cakap masa tu punya lah malu. ececeh...

Owh cerita ni tak habis macam tu je.. lepas tu mak aku pergi kantin sebab nak makan. tengah sedap sedap layan makan perasan lagi (mak aku ni tak habis habis nak perasan) ada orang pandang. lah abang polis ni lagi ke.. and again. mak aku malu malu kucen apabila diperlakukan sedemikian rupa.

Bila abah aku nak balik naik trak abah aku lempar kertas kertas which salah satu kertas tu ada tertulis nombor ofis abah aku. mak cakap masa tu banyak gila tak tahu yang mana satu. first pick kosong. second pick yes! jumpa pun. maka bermulalah sesi cinta cinta mereka.

Keluar tengok wayang pergi JB naik keretapi asing asing. owh indahnya~
Dorang bercinta pun tak lama lepas tu terus tunang lepas tu kahwin lepas tu......... pandai pandai lah korang sambung.

Dan bila mak aku cakap,

'Tengok. jodoh ni kita tak sangka.. mak pun tak sangka jumpa abah macam tu. anggap jelah semua tu ada hikmah..'

Iye aku admit betapa susunan jalan hidup kita dah disusun dengan sempurna oleh Allah. bayangkan kalau mak aku tak jadi pembantu rumah mak uda aku? tak ikut mak uda aku pergi hari sukan? tak pergi kantin?

To my emak..
Thanks for being the greatest mom.. being my close friend and enemy as well.. being my shopping partner. ngumpat sama sama.. nangis sama sama.. ketawa sama sama..

To my abah..
Thanks for being the nicest and responsible man.. you never show your love in front of us but i know you love us more than you love yourself.. owh terima kasih juga sebab jadi cash supplier saya.. iye aku ni memang boros.

To both of you..
A lot of thanks sebab sangat kuat dan tabah pertahankan rumahtangga demi kitorang.. aku tahu susah tapi mak sangat sabar dan abah sangat bijak..thanks sebab tak pernah gaduh gaduh depan kitorang.. and still being such a lovely couple..

Ok sebak sudah :')

And today...
I just wanna wish you..

HAPPY 26th ANNIVERSARY...
Till death do both of you apart :')






love, ZIEMA



April 7, 2011

AF9 Yang Terakhir kan?

:)

Aku bukanlah peminat fanatik (kecuali AF1). tu pun tahun bila entah aku tak ingat mungkin 2003 atau 2004 di kala zaman tinggal di asrama. habis je solat isyak tak sempat baca doa berlari lari naik tangga nak cop seat nak cari port cantik. tu pun aku tak tengok sangat bila dah semangat tetiba dengar suara suara terjerit jerit sambil ikut menyanyi sampai aku pelik siapa yang buat konsert sebenarnya?

Masa zaman study pun aku tak lah obses sangat sampai nak turun bilik TV sambil bawa bantal peluk teddy bear berebut rebut sesama warga kolej semata nak tengok AF. and again.. sebab masing masing dah memekak mekak lepas tu ada pulak yang sambil sambil discuss assignment memang batal niat aku nak tengok (ke aku yang tak boleh tengok TV dengan orang ramai?)

Iye rumah aku memang tak pasang Astro. tahun ni baru lah ada tu pun sebab antenna ni macam jemput aku untuk dibaling ke bawah rumah dan bila burung burung berkicauan riang bertenggek atas antenna apa kau ingat antenna ni dedahan pokok??

And bila idea Glass House kat Jusco Aeon Setiawangsa tu dihebahkan dengan alasan untuk kelainan.. ehem.. memang lain kot. yelah sebelum ni kelas semua dibuat di gudang and banglo.

Yeke idea ni lain dari yang lain? musykil.........



YUM_0034


Hari tu ada la aku terrrr.... tengok diari AF ni masa tengah tukar tukar nak cari chanel apa yang best.

Masa tu aku nampak ada kelakuan peserta bercakap cakap kat dinding rumah tu dengan pengunjung mall (mungkin tu task dorang kot) sambil beraksi bodoh pelik (mungkin sedang belajar berlakon).

And again..

Aku sampai sekarang tak faham kenapa rancangan ni tetap diteruskan. benda sama kau ulang again and again and again..

Gaduh gaduh manja mesra tergedik gedik depan kamera.
Peluk peluk sesama dorang dengan alasan. 'kami dah macam adik beradik'
Nangis nangis macam lah orang tu tinggalkan dunia padahal minggu depan ada je datang sokong kau.
Nyanyi tak seberapa tapi............

And again..

Aku sampai sekarang pun tak nampak kat mana pencapaian AF ni. even peserta peserta dia yang kejap timbul kejap tenggelam..hummmmm

Minta minta lah AF9 ni yang last. tolong ye.

Apa apa hal pun aku minat Aizat. memang awesome and he is the true musician ok!!! (^.^)


heart dengan lagu ni.. 
best gilewwwwwwww haha



love, ZIEMA




April 5, 2011

Kemboja Putih

:)

Tengok tak cerita ni??
Aku tak tengok hehehehe.... (=_=)\/

Tapi aku suka OST drama ni.. sedap. apa pasal tah aku boleh suka layan lagu melayu jiwang jiwang ni.
Bukan sebab aku kipas susah mati (die hard fan) Farahdhiya ye.. bukan!

Tapi lagu ni macam best. macam layan je kalau dengar. tapi tak lah meremang bulu bulu ni sepertimana lagu Pulangkan nyanyian Misha Omar yang suka angkat kaki terbeliak beliak biji mata tu..

Dia macam nak sedih pun ada.. nak nangis pun ada.. nak semangat pun ada.. nak lari lari anak pergi pusat karaoke pun ada....

Ala susah lah nak cakap.
Korang layan lah!!






love, ZIEMA


April 4, 2011

.......dan Kerana Kutu Itu

:)

Errr.. pernah kena kutu tak? iye aku tahu soklan ni tak patut aku tanya. haruslah kau pernah kena dah nama pernah melalui alam kanak kanak kecil yang comel berambut panjang itu.

Sila jangan deny lalu membuat muka innocent sambil bermati matian menafikan zaman kanak kanak kau tak pernah diwarnai dengan kutu.

Aku cakap pasal ni sebab weekend hari tu masa keluar jalan jalan dengan kengkawan yang mana sorang kawan aku ni cikgu sementara yang mengajar kanak kanak istimewa. cerita punya cerita terkeluar cerita sorang student dia ada banyak kutu. dia kalau takat telur kutu yang melekat kat helaian rerambut kau tu boleh tahan lagi. yang member aku cerita siap nampak mak mak kutu tu meraya rayap atas rambut. what the....?

Solution?

Sembur ridsect! memang kejam tapi tu je caranya. tak kuasa nak mengadap kepala kau kuis kuis cari kutu. ada jugak aku tanya. takkan mak budak tu tak jaga rambut budak ni. member aku dengan selamba jawab,
'Mak dia pun ada kutu!!!!!'

OK jijik sudah. sekeluarga menternak kutu ke apa ni?

And sangat common kalau kau kena masa budak budak yang mandi pun ala kadar. basuh rambut pun kadang kadang tak pakai syampu. main dengan kawan kawan bergelak ketawa sampai tak ingat rumah.

But then when it comes to 19 years old dan kau dijangkiti kutu.
Kau rasa apa?

Tapi bukan lah kau yang membela kutu kutu tu. ada la hamba Allah ni yang kau tak sangka di usia macam tu boleh membela kutu. yang duduk sebilik dengan kau lepas tu tanpa rasa bersalah bila ditanya lalu menjawab,

'Ala.. ni mesti aku kena jangkit kat sekolah dulu!'

Statement yang membuat kau rasa macam nak bagi makan kaki kan?? macam lah minggu lepas kau habis sekolah! bingai punya orang.. kang cakap tak sekolah tak baik..best student lagi tuu dapat 7A in SPM. tapi bela kutu. agaknya memang hobi dia kot?

Dan tak pasal pasal terpaksa menghabiskan duit membeli syampu kutu yang aroma dia satu toilet boleh merebak sampaikan ada budak tegur , 'bau apa ni?'

Maka kau terpaksa bohong sunat dengan mengatakan.

'Errr... dye rambut ni hehehe...' (sambil menyumpah dalam hati)
Yelah kau pakai tudung tapi dye rambut adalah alasan tak kukuh. mampus lah. takkan nak cakap pakai ubat kutu. kang ada jugak satu hostel boikot kau sebab kutu punya pasal.

Kutu punya pasal. manusia yang dapat nama. tak nak!



kat negara mana la ni tapi bukan kat Malaysia yang pasti ye anak anak.



Moral of the story:

Jangan biarkan hidup anda diselubungi KUTU...

Sekian terima kasih bye (^_^)


love, ZIEMA



April 2, 2011

Kesian NurulBadiah

:)

Hari tu aku ada baca one of my favourite blog. NurulBadiah Lai. kalau kau perasan aku ada tepek kat sidebar aku ni. tu kalau aku tepek tu maknanya aku takkan missed baca blog dorang.
Dia ni famous juga lah. tapi tak ada lah sangat macam cik Hanis Zalikha mahupun Fatin Liyana itu.

Aku suka baca blog dia ni. cantik. pulak dia ni budak law. kalau cakap tu memang lah memanjang. yelah walaupun aku pun kengkadang cakap memanjang tapi aku adalah bukan budak law ye. teheeee (^.^")

Yang aku nak cerita ni bukan pasal aku ke dia ke.
Aku nak cerita pasal si ANONYMOUS.

Biasa lah kalau ada orang meluat dengan kau. dia bantai kutuk tapi pandai tu. dia letak as anonymous. nampak sangat pengecut nak mamp**.
Bak kata pepatah. 'baling batu sorok tangan sendiri'. betul ke aku punya pepatah ni? ke bukan?
Kalau nak baca SILA KLIK.

Yeah aku pun perasan juga. Nurul ni suka tepek gambar dia in each of her entry.
Well ada masalah ke? salah ke?

Pada aku macam ni lah. blogger ni ada macam macam.
Ada yang nak cerita pasal life dia. ada yang nak jual jual barang. ada yang nak fitnah orang. eh macam macam lah.

Jadi adalah suka hati kalau dia nak buat apa pun kan?
Kalau benci ke tak suka ke sakit hati ke tak payah baca.
Deal??

Kalau macam tu kan..





aku pun nak tepek gambar lah. boleh??
ke aku perasan cun??
any anonymous??????



Biasalah lah. kalau ada orang suka kau.. harus wajib mesti ada orang benci kau.. 
Dunia ni kan dipenuhi dengan orang busuk hati.

Sabar ye Cik NurulBadiah..
Papehal pun kau memang best!! (^_^)\/




love, ZIEMA

April 1, 2011

April Fools yang FOOL

:)

Hari ni 1 April.
Yelah. 1 April je cakap pasal April Foolss.. dulu kalau zaman sekolah mesti ada acara wajib ni. nak nak pulak kau duduk hostel ke. paling bangang kalau kau di April Fool kan secara berjemaah.

Bila member prank kau dengan lawak lawak ke. penipuan ke. serius tak rasa macam kelakar. even sahabat baik teman tawa nangis yang kenakan pun tak rasa macam nak gelak apatah lagi nak ketawa..

Rasa macam nak bagi penampar selempang!

Tapi buat buatlah macam gembira sambil cakap,

"Alah! alahai,, kena tipu ke? korang nieeeeeee... saja je tauuuuuuuuu" (padahal dalam hati dah menyumpah seranah)

Mujur sekarang ni aku duduk rumah je.. tak adalah rakan rakan yang nak kenakan aku.. kalau adik adik aku buat pun tak apa lah.. aku maafkan sambil bagi ceramah betapa April Fools tu bodoh bangang macam kau kelakar tapi tak kelakar.

Even aku ada baca sejarah April Fools yang lebih kurang macam Valentine's Day cakap pasal Kristian perang salib orang Islam semua yang entah betul ke tak aku pun tak pasti..

Even orang cakap,
'Alah. pranks je pun. bukan buat perkara yang merosakkan. melalaikan. dan segala me....'


Even aku selalu suka kenakan orang dengan lawak lawak bodoh aku yang aku tahu kadangkala nampak macam tak kelakar bila orang tak ketawa (-_-*)


..........Aku tetap benci April Fools!!!






P.S. Owh hari ni Jumaat. kalau ada yang prank cakap tak payah solat Jumaat memang lagi bodoh ganda dua.




love, ZIEMA