Followers

April 14, 2011

Adik

:)

Dua malam lepas masa aku tengah online Faris datang kat aku. suruh carikan gambar family termasuk dia sekali sebab cikgu nak tampal kat belakang kelas. kira macam sudut 'Keluargaku Bahagia' la tu. dia punya perangai nak benda tu serta merta tak sabar sabar macam lah cikgu kau nak tampal malam tu jugak. yang cikgu ni pun satu.. kenapa lah nak buat projek macam tu. buat lah projek 'Kakakku Sayang' ke.. berlambak gambar aku ni ha tak pulak dia mintak..

Mak aku tak membenarkan Faris ambil gambar original sebab sayang katanya.. maka mak pun suruh aku scan and print (bagus idea mak ni)

Lepas tu pulak Faris cakap,

Faris : 'Tapi cikgu suruh cari gambar adik'

Aku : 'Lah kau mana ada adik. kau kan adik.. nak adik eh? nanti akak suruh mak bagi adik eh.'

Faris : 'Eh tak nak! tak nak adik!!! Adik kan 'adik' hehe..'

Aku : 'Eh best lah dapat adik! nanti dia kan baby lepas tu boleh cium dia sayang dia'

Faris : 'Orang cakap tak nak tak nak lah!!!! (emosi tak tentu pasal budak ni)

Lepas tu boleh pulak menambah...

Kalau ada adik kan. adik cakap kat baby tu macam ni...

'Sebab kau lah mak ngan abah dah tak sayang aku lagi!!' 

Parah budak ni dah..

Mak.. sila pergi hospital ikat tiub fallopio sekarang!!!!!

Errr aku pun tak nak adik dah............... letih!



adik comel dan sopan



bertukar menjadi adik kurang comel dan mental sedikit



Owh yaaa. hari tu cakap kat abah aku kalau exam tak ada C nak order PSP yang baru.
Aku dulu tiap tiap tahun naik stage ambik hadiah tak ada pulak nak meminta minta bagai ni.

Memang dasarrrrrrrrrr adik lah kau ni Faris...


love, ZIEMA




2 comments:

  1. haha.adik ko saiko! haha. tp comelll

    ReplyDelete
  2. eh, yg aku ingat adik terakhir adalah.....
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    sape ek, name adik ko tuh.. dini kot..


    hahahahah

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.