Followers

November 7, 2012

1 month Checklist

Petang semalam, Adli call aku. Beria call, gaya macam tergesa gesa dikejar lembu amboi tipu betul kemain hyperbola. Dia baru perasan masa nak submit borang kat  OC dia dan MAIM , perlu disertakan sekali HIV test original aku dan copy IC wali perempuan. Aku rileks, sementara Adli yang dikatakan tergesa gesa itu memilih untuk datang rumah aku malam tu juga. Mahu tak gelabah, lagi sebulan kowwtt. End up, abah membebel kat aku kenapa tak suruh datang lain kali ke, pos ke email ke faks ke, penat je drive dari Melaka lepas tu patah balik dahlah esok kerja bla bla bla.. Salah aku ke? -_-"

So, this is my checklist untuk lagi sebulan. Apa?? Sebulan?? Matilah... matilahhh

Nikah
1. HIV Test
2. Kursus kahwin
3. Dokumen KAGAT + MAIM (Hari ni Adli submit, semoga semuanya dipermudahkan)
4. Dokumen JAWI (Pending. tunggu borang Adli settle)
5. Jurunikah (Abah dah booked. tunggu borang Adli juga)
6. Saksi
7. Bridesmaid (Dah pass kain masing-masing, tempah sendirian berhad)
8. Dowry
9. Mas kahwin
10. Bracelet

Attire
1. Nikah
2. Brides's reception ( Abang Amir)
3. Groom's reception (Adli pakai Uniform No. 1. Aku..belum tempah lagi, sebab kejap nak chiffon kejap nak crepe habis tu bila nak tempah?)
4. Family
5. Kasut (Nak cari sendiri, kasut bridal tak cantik)

Her Reception
1. Venue (Dewan)
2. Katering (FoodConnexion)
3. Pelamin (Abang Amir)
4. Pengapit (Taufik & Ashikin)
5. Flowergirl (Ingat nak suruh anak sepupu. Kalau sempat buat baju mesti comel eeei geramnya aku)
6. Guestbook table (Nak buat sendiri tapi tapi tapi... ahh buatlah)
7. Candy buffet (Nak buat juga tapi tapi.... yela yelah nak buatlah)
8. Photobooth corner (Nak buat tapi.. ahh kau ni banyak betul tapi lah)

His Reception + Sword Barrel
1. Venue (Rumah)
2. Katering
3. Pelamin
4. Sword bearer + bag pipe
5. Pengapit (Belum finalize. plan nak Ashikin dan tunang beliau, tapi kena cari backup)

MUA
1. Nikah + Bride's Reception (Kak Ogy)
2. Groom's Reception (?)

Official Photographer
1. Nikah+ Bride's and Groom Reception : Creeperz Photocraft Studio (Half paid. senang ambil pakej takdelah nanti ada drama belah aku cantik kenapa gambar belah kau angle dia ambil tak cantik?)

Official Videographer
Budget lari. Ada sesiapa nak sponsor tak sob sob sob :'(

Hantaran
1. Encik Adli : 7 (Tinggal kasut dan uniform)
2. Cik Hazimah yang cantik dan comel : 9 (Tak beli lagi tunggu Christmas sale haha bijak tak bijak tak?)

Kad kahwin (Dah bayar deposit, tinggal nak rasuah push suruh siapkan minggu ni)

Doorgift (Baru lepas settled packing untuk groom's family. Yang lain lain belum.)

Handbouquet
1. Nikah (fresh flower)
2. Bride's (crepe paper flower)
3. Groom's (fabric flower)

Inai (Beberapa bulan lepas sajalah buat ukiran inai kat uptown Mines, cantik gila tapi kena sound sebiji dengan makcik sebab dikatanya harammmm. Betul ke? Tapi nak sangat, cantik)

Bilik pengantin (Cadar belum beli. tak payah hias sangat boleh tak bukannya ada pertandingan pun.)

Rasanya macam almost benda benda penting dah settled. Yang miscellaneous ni Ya Allah, Kau bantulah hambamu ini. Banyak benda tercicir lagi kot. Jujur, aku bukan seorang yang teliti dan sistematik. Plus, akulah wanita yang gemar membuat kerja last-minute. Padan muka aku.

And again, aku hanya merancang. Selebihnya biar Allah yang tentukan :)





13 comments:

  1. wow...kejap je tinggal sebulan..gud luck ziema....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq cikmah :) awak pun gudluck juga ye :)

      Delete
  2. hurmmm regarding inai thing tu, tengok link ini for explanation,

    http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pemakaian-inai-bercorak-mengikut-syarak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, ive done with it babe. tapi takkan aku nak explain segala fatwa macam ni kat makcik aku? fuh thanks for sharing mummy :)

      Delete
    2. hakhakhak as long kita yakin. kang makcik ko berhujah, ko pun hujah la kata dah termaktub dalam fatwa keh3 :P

      Delete
  3. hye ziema..
    awk nye majlis brape hb...
    ana tumpang gune checklist ziema..
    untuk diri sendiri..coz diri sendiri cam lupe diri..
    lg sengal..hehe.tenks ye share...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hye ana :)
      InsyaAllah sebulan dari sekarang. haaa kira cepat! hehe
      Eh ambil jelah tak kisah.

      Delete
  4. pakai inai yang berukir tu tak haram.. sebb tu mmg prhiasan perempuan.. yang haram kalau lelaki yg pakai.. tapi pernah dgr jugak syarat, kalau nak ukir pun, mesti tak lebih dari pergelangan tangan.. wallahualam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq for the info dear :) hope boleh la pakai inai tu yeay!!

      Delete
  5. haha..tergelak baca pasal cadar tuu..

    "bukannye ada pertandingan..."

    haha..

    =P

    kita mmg tak kesah pon kot kan pasal bilik pengantin segala bagai neh..tapi ada orang yang terlebeh kesah...

    nyampes kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak siapa yang terlebih kisah tu? teheee
      Ala hias gitu gitu je ok kot. Kan? :)

      Delete
  6. haih.. one month jugak ni. tapi tak sempat2 nak kuar checklist. :|

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.