Followers

November 28, 2012

Pengajaran. Pos Kad Kahwin

Kad kahwin is the most crucial thing sepanjang persiapan nak kahwin ni. Pelik kan? Tapi itu yang aku rasa, berbanding persiapan yang lain termasuklah yang aku DIY. Padahal benda senang kowttttt, tulis nama tampal setem dan masuk dalam peti pos. Siap ada seorang member aku ni merasakan part mengepos kad kahwin adalah saat yang paling seronok.



Sebenarnya aku dah siap beli setem. Eh bukan aku beli, adik aku yang tolong beli. Pejabat pos kan kemain tutup awal, mana sempat nak beli sendiri. Aku beli setem 60sen, hasil dari melihat kad kahwin rakan rakan sebelum ini. Confident gila, terus menampal di atas sampul. Until masa tu wedding kawan Adli, nak distribute kepada rakan-rakan seperjuangan gigih menulis kad dan masukkan ke dalam sampul. Tiba tiba ada seorang skuad dia yang nak kahwin juga tanya,

'Korang pos kad kahwin ni pakai setem berapa sen?'

Dengan lancar Adli jawab, '60sen'.

'Eh haritu aku pergi pejabat pos dia cakap kalau envelope tu ada tulisan/corak dorang charge 80sen. Sebab nak asingkan dari kad biasa bla bla bla......'

Cuak bercampur menyampah. Cuak sebab dah tahu mesti kad aku tak sampai. Menyampah sebab PosMalaysia main tipu(tiba tiba). Ada ke pula sebab sampul macam tu ditambah 20sen. Dan baru aku perasan setem lagi mahal dari kad! Benci. Kalau tahu macam ni minta vendor kad kahwin bagi separuh kad kosong untuk pos, separuh lagi yang bercorak untuk pass by hand.

Terus google website Pos Malaysia. Padan muka aku, tak baca betul betul. Lepas tu tak reti nak google blog kan?




Nasib baik separuh lagi belum sempat pos tapi kena beli setem 20sen lah kan nak bagi cukup 80sen tu. Gigih aku suruh adik aku beli. Itupun tak banyak katanya, sebab setem 20sen dah jarang kot PosMalaysia hasilkan. Bila adik aku tanya mamat pos tu berkenaan isu setem sampul aku ni, dengan lancar dia jawab. 'Pos takkan hantar kalau letak setem 60sen'. Eh maknanya surat aku tu dikira surat mati ke apa? Tssk tsskk

Jadinya kepada sesiapa yang ada menempah nama untuk di pos kadnya, maaf sangat korang. Banyak banyak maaf.
Mungkin kad sampai sehari sebelum majlis persandinganku :(

Dahlah. Nak nyanyi lagu 50 sen. Benci korang.

















18 comments:

  1. itulah...cik mah pun tau dari B2B juga...dieorang ckp klau yg letak kertas alamat n corak2 cas lebih..huhuhu...ntullah kan...setem lagi mahal dari kad...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan? Benci je.. Baik pos setem je macam tu hahaha

      Delete
    2. hahahahha...btul2....untuk kad kawin patutnya ade special rate kan....sbb bnyk kot....

      Delete
  2. errr jimattt.. japp..

    aku rasa sampul aku pun printed. tapi elok je sampai kat orang ramai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Enthalah Nadia oii aku dah pening. Sebab mamat pejabat pos tu cakap memang sampul aku ni kena letak setem 80sen. Hahahaha. Mungkin masa kau tu belum apply lagi kot rule ni. Boleh? :p

      Delete
    2. haha dah lama sangat ke aku kawen ni? ahahaha takpe la doa2 aje la kad2 yg 60sen tu sampai. sedih betol. kad aku setem 60 sen ke 80sen? miahaha

      Delete
  3. Pelik kan? Pos ni tak ada standard R&R la pasal benda ni. Confuse sangat. So nak selamat tampal jelah setem 80sen tu. Nasib baik tak banyak sangat. Haihhhh

    ReplyDelete
  4. Ziema,samalah situation. Nana pun bagi setem namposen for first batch sbb semua kata mcm tu. Tapi alhamdulillah semua sampai. Tp amik pengajaran la,pastu terus beli setem lapanposen. So jgn serabut sgt. Sampai je. Confirm. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula confuse sangat ni nana. Tapi takpelah nak buat macam mana. Minta mintlah kad before ni yang 60sen tu sampai. TQ anyway :)

      Delete
  5. ko ade pos kat aku tak ziema??sbb kan..tiap2 petang aku mesti tgk petisurat kot2 ade kad undangan majlis perkahwinanmu..hahaha. btw, mahalnye la harga setem + kad kawin yer..haishh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada lah weh. Himmatun Alia A. Halim tau aku letak. Eh yeke terharu aku. Kau tak datang siap! hahaha. Yup mahal. Phewwww

      Delete
  6. i had that problem jugak! mula2 first batch kad kahwin i, orang tu cakap 60 sen... so, letak 60 sen saja. pastu 2nd batch onwards, orang kaunter tu ckp 80 sen pulak. pening. tapi alhamdulillah semua kad sampai je. so, don't worry!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam k****g kan? hahaha. Ada yang kata 60sen. Ada kata 80sen. Lega bila Mawar cakap semua sampai. Dah tak risau yeay!!!! :)

      Delete
  7. a'a.. mmg pun ziema.. kalau berprinted sket pun akan jadi 80sen jugak. tuh sebabnya i buat 150 keping ke sampul yg berprint utk bagi by hand. yang lain kosong ehehe

    ReplyDelete
  8. ye ker??

    xaci LA cm2 kan..ape motif nk harge semate-mate sebab ade tuLisan/cogrk kecik2.gpon bkn ade effect pon.spe yg soh dorg asing2 kan??sbb yg ade corak nk anta duLu ker??yg pLAin kemudian?sebab 2 extra 2posen.peLek!!!

    pos malaysia je ke option yg ade???hoho

    ReplyDelete
  9. nsb baik sy dah tanya dulu sebelum pos.kebetulan sampul kad saya warna putih.jadinya memang xde prob.tampal setem rm0.60 jek.

    ReplyDelete
  10. sama la dgn kita. mengalami nasib yg sama

    ReplyDelete
  11. haha. kena cek juga benda2 camni. kadang lepas pandang

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.