Weekend hari tu aku dan keluargaku syurgaku pergi Melaka.. biasa lah abah aku tu kalau ada meeting ke apa ke kan.. dia hangkutnya anak bini sekali.. bagus tak?? (kepada lelaki sekalian sila jadi macam abah aku. jangan nak jenjalan dengan bini lepas tu anak kau tinggal)
Ni yang aku nak cerita..
Masa tu malam. abah aku kalau pergi Melaka tak sah kalau tak pergi Umbai pekena ikan bakar.. sanggup tu drive jauh semata nak makan.. tapi serius sedap weh!!
Yang aku nak cerita ni bukan pasal Umbai ke ikan bakar ke.. aku nak cerita perihal sorang driver kelisa putih nombor plat MAX 225*... haha.. jahat aku ni..
Dia bawak kereta macam kau tengah lumba F1 tu.. dari aku kat Melaka Central sampai la kat Umbai tu memang kereta dia ada lah.. kejap ke kiri kejap ke kanan.. kalau kau sorang tak pe gak.. ni bini ada kat sebelah.. anak kau pulak ada la dalam umur tiga ke empat tahun camtu rilek je berdiri kat seat belakang sensorang.. tu kalau accident tu kompem anak kau tercampak dulu.. bingai tak bingainye jantan ni..
Yang paling angin masa tu bapak aku nak ke lane kiri.. aku rasa lama jugak bapak aku dah bagi signal.. dah ready bapak aku nak ke kiri dia boleh hon yang celaka punya lama macam lah bapak aku salah.. nak jugak menyelit padehal kau KELISA bapak aku UNSER..
Mengucap je mak aku and makcik makcik aku sekalian.. kau tau lah kan mak mak ni.. dia tak drive tapi dia punya membebel panjang kemain.. tapi kalau aku ada geng pun aku membebel.. tapi ni first time lah aku jumpa driver yang 'berhemah' kat Melaka ni..
Tu kat Melaka.. lagi satu masa kitorang kat Penang..
Yang ni lagi la celaka punya driver.. aku rasa tempat belajar memandu dorang tak ajar la macam mana nak bagi signal..
Kau boleh main masuk je padehal kau patut bagi jalan kat one way driver.. kalau motor ke sedap gak langgar ke kan.. ni yang tahap lori lori bawak ayam tu ha.. kalau langgar siapa yang mati dulu?? yang motor pulak dia punya menyelit tu sampai ruang antara kereta berapa cm je pun kau nak menyelit..
Tapi yang aku paling hangin kat JB ni ha.. ye kat tempat tinggal aku!!
Aku kalau penduduk JB ni bawak macam bapak kau punya jalan tu kira common lah.. yang paling aku bengang orang Singapore ni.. tau lah kereta kau hebat sangat.. tak payah la nak tunjuk kepala besar kau.. ke sedap sangat drive kat Malaysia ni sebab jalan kat tempat kau tak best??
Aku cakap ni sebab teringat masa kitorang nak pergi mana tah lepas tu nak dekat tol Skudai tu.. bapak aku lak masa tu mood macam tak berapa ok.. tengah sedap drive nak tuju ke tol yang nak dekat tu tetiba ada la satu kereta Singapore ni boleh pintas bapak aku macam tu..
Pehhh.. break emergency la kan? masa tu pulak adik aku kecik lagi mak aku tengah pangku.. bapak aku punya hangin.. jam tu jugak dia berhenti block kereta Singapore tu.. kat tengah tengah tu ok! bukan kat tepi tepi.. aku tak tahu la apa bapak aku buat.. haish macam macam..
Nak cerita pasal driver kat Malaysia aman damai yang sejahtera ni memang tak habis lah..
Korang pernah ada pengalaman macam ni tak??
P.S. Kalau yang konvoi sambil polis trafik escort tu lagi macam haram.. pasal kau je jammed yang berpuluh kilometer!!! haish!!
love, ZIEMA
memg wei,hangin aku klu da mula masuk highway,perangai driver2 mcm haram jadah!!kdg2 kte drive baik punya berhemah,tp org lain bwk yg silp2 blh heret kte skali xcident...brape kali kna wooo,takut nyerrr...alhamdulillah,umur pjg lg,klu x,lme jalan daa...;)
ReplyDeletetelan air liur jap terbayang ikan bakar!! ;(
ReplyDelete