Followers

March 29, 2011

Di satu petang pukul 6.15 petang......

:)

Di suatu petang yang hening seorang abah yang mithali telah membawa keluarga beliau window shoping. akan tetapi abah ini telah menyinggah di sebuah kedai basikal untuk menghantar basikal anak lelaki beliau yang pada luarannya basikal itu layak dipanggil besi buruk akan tetapi kerana kasih yang mendalam sorang abah maka beliau gagahi juga menghantar basikal buruk itu..

OK dah settle..

Kendian setelah selesai urusan itu maka abah masuk ke tempat duduk beliau sambil menyetart enjin keretanya..
Dengan tiba tiba sorang laki yang bertindik telinganya dan berantai lehernya menyapa abah itu..owh sorang perempuan pregnant yang pada kiraannya mungkin akan melahirkan anak bulan depan jangan tanya macam mana kiraan itu dilakukan juga berdiri berdekatan abah itu sambil memalingkan mukanya.. emm malu mungkin..pada sangkaannya mungkin laki ni nak tanya jalan ke apa ke kan.. yelah bawa backpack bajet tourist..

Namun bila ayat yang keluar dari mulut laki yang macam tourist itu..

'Bang ada duit tak? kitorang tak makan lagi ni..'

Abah terkejut.. dipandangnya lelaki itu.. perempuan pregnant juga.

'Dari mana ni?'

'Kitorang kena halau dengan family.'

'Duduk mana ni?'  soklan abah lagak sorang polis.

'Dari Pelangi. Tak ada duit bang. ni nak balik Batu Pahat.'

Abah menghulurkan RM2..
Aku terjerit..

'Dua ringgit je?'

.....dan lelaki itu pun berlalu bersama perempuan pregnant itu..



Aku tak tahu entah betul ke tak apa yang dikata lelaki tu..
Halal ke hubungan dorang tu?
Betul ke tak ada duit? entah entah RM2 abah aku bagi tu cukupkan RM100 kau..


Tapi satu je yang aku risau ni.. satu je...
Aku risau kalau bulan depan keluar surat khabar..

JOHOR BAHRU- Seorang bayi lelaki ditemui oleh orang ramai berdekatan Jalan Wong Ah Fook kelmarin.


Jangan tanya kenapa bukan Jalan Terus ke Jalan Ibrahim Sultan mahupun Jalan Abdul Samad.


Aku sangat bersyukur di usia 23 tahun aku masih lagi keluar berjalan jalan ditemani mak abah sambil mengusung barang barang dapur.. bukan ditemani lelaki yang belum halal sambil mengusung perut.

Bak kata abah..

Orang sekarang mana boleh percaya..

Tapi kalau dia cakap semua tu betul macam mana?? haih!



love, ZIEMA


5 comments:

  1. KaDaNG2 KiTeR YaNG JaDi SeRBa SaLaH... NaK PCaYe Ke TaK.. Lau PCaYe, TaKuT KNe TiPoo... Lau TaK, SKaLi BeTuL2 Daa.. aDeS!~ Ni La RaGaM DooNia... (-_-")

    ReplyDelete
  2. will be on 10th MAY hahahaha :)
    selagi belum sampai tarikh tu. aku adalah 23 thn!

    ReplyDelete
  3. betul3 !! macam nak percaya cerita die tapi takut die tipu pulak . aishh~serba salah =@

    ReplyDelete
  4. erkk...nauzubillah..jauhkanla perkara mcm tu jadi kat saya..tp kite xtau mn yg btol,mn yg x kan..xpe,asalkan ayah ziema sedekah dgn ikhlas,insyallah dpt pahala even rm2 pn :)

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.