Followers

March 24, 2011

Pasal SPM haritu

:)
Rasanya tak terlambat kan aku nak wish tahniah kepada adik adik calon SPM '10?
Ada yang bersedih ada yang bergembira.. owh pendek kata macam macam lah yang ada. tapi kan tengok berita tahun ni punya result adalah yang terbaik among 4 years back.. owh adakah bebudak sekarang terlalu pandai atau soklan semakin senang? duhh

Tengok pun sistem dah berubah.. zaman mak abah kita pakai pangkat 1 2 3 tu.. zaman aku dah pakai A sampai F. la ni dia ikut sistem macam kat universiti yang ada '+'  '-' tu.. sebabnya adalah tak tahu..

Tapi bila tengok ada yang macam frust gila tu kesian juga.. yelah kau pulun siang malam study tak ingat semua tapi at last result yang kau dapat adalah tak macam yang kau jangkakan.. sedih kan? tapi aku cakap ni bukan lah berdasarkan pengalaman ke apa.. aku pun bukanlah dari golongan sekolah elit cemerlang gemilang terbilang tu.. study pun tak pernah nak pulun pulun siap ponteng kelas Add Math merayap sekolah sampai waktu kelas tu habis.. hasilnya?? aku dapat 8G!  hamik kau, hebat tak hebat aku ni?

Aku cakap ni pun sebab nak adik adik sekalian tak putus asa..
Aku ni ada je kengkawan yang UPSR, PMR, SPM gempak gila! masa zaman aku diploma dulu pun roomate aku semua budak pandai..aku ni je ha yang SPM takat cukup syarat je.. tapi aku adalah sangat alhamdulillah.. berjaya juga lah genggam ijazah walaupun bukanlah dalam bidang yang hebat macam engineering medic semua tu..

Ada yang kengkawan aku SPM biasa biasa je tapi bila further study result gila vavi setiap semester Dean List.. ada juga yang aku tengok masa sekolah biasa biasa kat U pun biasa biasa tapi dapat kerja yang income kau lima angka.. ada pula tu yang SPM dia tak seberapa tapi boleh berjaya!!
Aku pun bersyukur sangat sebab parent aku bukan jenis yang letak high expectation nak aku hebat sangat masa belajar like kawan aku masa sekolah dulu yang sampai pengsan low blood pressure gara gara bapak kau memaksa kau study yang macam nak mampus padahal kemampuan kau takat tu je..

Well aku cakap macam ni tak ada lah nak suruh kau tak payah belajar dengan gigih.. penting juga lah SPM tu sebab membantu kau nak further study.. kalau mak bapak kau kaya lain lah cerita. cuma bila dapat result tu kau kena redha lah. mungkin rezeki kau kat tempat lain.. berusaha lagi pada masa akan datang..

Ingat adik adik! (dah macam pengacara rancangan kanak kanak yang kat TV berapa tah aku tak ingat)

SPM bukan penentu segalanya..
Kau banyak masa juga peluang!
Nak berjaya kena gagal dulu..

Yang nak SPM tahun ni pun belajar gigih ye.. macam dia ni..



-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-


-


-




gambar 7 tahun lepas aku tahu kau nak cakap aku gemuk kan??


*Tetiba rindu zaman sekolah dulu dulu..  (-_-)

love, ZIEMA



1 comment:

  1. hihi betul2!! just study n do want u want to do.. as long kte tau benda kte bt tk melanggar batas2 tertentu.. enjoy ur study. biar la result tak gempak mcm org len pun..yg penting kita capai apa yang kita nak capai.. alhamdulilah.. walaupun tk genius mcm org len..tpi ble kte seronok nk stdy kte akan stdy jugak walaupun reslut cukup2 mkn aje..hihi

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.