Followers

March 21, 2011

Nasihat Kaunselor ZIEMA

:)
Aku perasan.. menjak menjak aku ditimpa musibah putus cinta kan.. ramai jugak la kan yang tanya segala macam soklan berkenaan tips tips untuk menghadapi kekuciwaan gara gara ditinggalkan kekasih ni. ewah aku! kemain lagi kan? orang tanya tips weh.. boleh charge ni.. sejam seratus ringgit? boleh??

Tapi aku pun serius tak reti sangat nak nasihat orang bagai.. setakat mana yang aku mampu bagi aku bagi lah.. lagipun apa la sangat kisah sedih aku ni.. sob sob :'(
Masa mula mula kengkawan dapat tahu pun bertubi tubi soklan dorang tanya aku.. sampai aku tak menang tangan mulut melayan dorang.. belum lagi yang menanya aku guna facebook.. letih jugak la jari jemari halus aku ni menaip.. penghabisannya aku kopipes je.. bagus tak??

Well aku cerita kat orang pun bukan nak buruk burukkan siapa siapa..
Aku cerita benda yang benar.. tak ada yang benar melainkan yang benar belaka.. serius aku tak ada pun nak minta simpati siapa siapa.. tapi yelah.. tengah sedih gila gila.. takkan kau nak diam je.. boleh meroyan tau!!

Berikut ialah beberapa pesanan ikhlas aku.. nak baca silakan.. tak nak sila blah!!

1. Kalau kau ditinggalkan maka kau kena kuat.. memang masa mula mula tu orang bagi nasihat kau macam tak boleh terima kan?? kau macam rasa pakwe bodoh kau tu kejap je tinggalkan kau.. lepas tu beliau akan insaf lalu balik kat kau.. kan kan?? aku pun macam tu tau.. aku mesej dia.. merayu rayu minta balik kat aku.. bila fikir balik apehal aku macam tu??? jadi bodoh sebab lelaki bodoh.. gila bodoh! so kalau orang bagi nasihat tu dengar je lah.. even kau akan rasa macam, 'eleh kau tak kena senang la kau cakap!!' tapi terima je lah nasihat semua tu..

2. Jangan buat benda bodoh lagi bangang.. macam nak bunuh diri ke.. histeria ke.. tak makan seminggu ke.. konon protes lah kan.. ada pakwe bodoh kau tu kisah?? aku pun dulu macam tu.. siap nak cuti semester sebab takut tak boleh fokus study.. tapi parent aku tak bagi.. yelah final semester kan?? mak aku siap cakap, 'Takkan lah sebab ni nak rugikan masa depan.. nanti apa pulak kengkawan cakap..putus cinta pun nak cuti belajar'.. so aku dengan gagahnya belajar jugak.. even result aku tak lah gempak mana (sebab aku ni memang sedia bengap) tapi aku berjaya grad on time :)

3. Jangan duduk sensorang.. nanti kau gila!! betul ni tak tipu!! aku kan masa mula mula tu siang malam nangis.. teringat lak parent aku lagi sadis.. nangis yang sampai tersedu sedu lepas tu batuk batuk lepas tu muntah! yaksss.. time ni aku rasa peranan kawan kawan adalah sangat penting! kalau kau terpaksa jugak sensorang jangan duduk diam je.. kau buat buat lah sibuk.. main tali skipping ke.. mengumpat ke.. eh boleh ke macam tu?? apa apa jelah.. lagi satu kau kena banyakkan zikir juga selawat!! setan ni memang setan!

4. Chill!! kalau ada orang nak kat kau layankan je.. tak salah kalau kau nak cari pengganti.. tapi kalau kau kapel dengan alasan nak lupakan pakwe kau tu baik jangan.. kang kesian mamat yang suka kau tu.. ala kalau orang nak kutuk kau ke buat bodoh je.. macam aku ni.. kejap je meraung bagai.. bila orang nak kat aku kan,aku on je.. tapi aku rasa memang ada je yang kutuk aku kat belakang tu..yelah masa frust tu gaya macam aku akan single paling paling 2tahun lah.. lantak lah! buat apa nak sedih sedih.. life is short. so make it sweet ok :)

5. Memang susah nak lupakan apa pakwe bodoh kau tu buat.. tapi jangan berdendam.. lagi lagi balas dendam! aku ni lagi lah. depan mata nampak dia and perempuan gampang tu.. pulak 6bulan lepas tu dorang kahwin dengan gemilangnya.. kalau aku jahat memang aku dah sihir sihirkan dua ketul makhluk tu..bagi santau angin ke.. takpun aku upah orang belasah sampai koma ke apa ke kan.. kejam tak?? hahaha.. tapi rileks.. kita ada Tuhan.. percayalah cakap aku.. satu masa akan ada hikmah atas semua kejadian.. lagi pulak kau dianiaya.. cepat atau lambat je.. masa tu aku berani cakap.. kau akan tersenyum!

6. Tolong lah jangan nak salahkan siapa siapa dalam cerita sedih kecewa kau ni.. lagi lagi salahkan diri kau! even kalau pakwe bodoh kau tu yang tinggalkan kau pun tak ada sebab blah dengan tetiba tak payah lah kau tanya macam macam soklan kat diri kau.. aku pun dulu tanya macam tu kat diri aku? kenapa? kenapa? tapi bila member aku cakap, 'biarlah. kau cantik. ada brain. muda lagi. banding ngan pompuan tu apa la sangat.dah lah muka cam minah rempit. belajar tak tinggi. janda lak tu. apa yang dia ada???' (ni member aku yang cakap eh. bukan aku)
Terus aku terfikir.. betul jugak kan? terus berkobar kobar aku nak cari anak datuk ke.. datuk ke.. OK aku tipu!! tak payah salahkan diri kau.. tapi muhasabah.. mungkin ada kelemahan kat pihak kita.. maka perlulah insaf dan perbaikinya.. wah gitu!!


Tetiba aku rasa macam banyak je aku membebel. eh kejap..!! aku ni bagi nasihat ke apa ni?? kemain panjang lak kan?? nak buat macam mana.. cecita aku dulu adalah nak jadi psychologist.. aku suka saiko saiko orang ni.. kena jampi sikit ke kan..

Well aku rasa takat ni je kot aku nak bebel.. cakap banyak pun tak guna..
Kau kena kuat untuk diri kau and orang lain.. jangan sebab sorang je kau buat orang lain sedih.. memang susah.. tapi percaya lah.. bila satu hari kau rasa DAH OK.. kau akan cakap,
'Eh kuatnya aku!!'

Please trust me :)
Kita tak pernah akan sangka hinggalah kita menghadapinya..




love, ZIEMA



4 comments:

  1. SiS SaLu TKeNe NGaN YaNG No. 6 Tu... SaDiS SaNGaT!!!~ T_____T

    ReplyDelete
  2. arab aq dh putus and again.. damn.. jom aq nak blasah dia pai lumat.. dendam gler nie...

    ReplyDelete
  3. hye adik arab..cik ziema tomei..
    like ur ngomel-ngomel..hehe..
    erm..same la kes kita..hanye yg alami je tau pe kita rs..huhu..btl tu..semua tu t'ltk pd kekuatan hati msg2 cr utk hadapinye..yg pntg kn kuat!! Allah bg dugaan ni mgkn Dia tau kt kuat utk hadapinye..InsyaAllah ade 'sesuatu' lbh baik kt akan dpt nti.. (",);)

    ReplyDelete
  4. Setelah baca artikel ni... baru saya mula faham isu
    ni... terima kasih admin... semoga dapat terus pos idea2 yg menarik.
    .

    Also visit my web blog - Tips Pemasaran Facebook

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.