Followers

March 16, 2011

Perihal anak dara jiran aku yang BERLAGAK!!

:)
Hee.. hai! OK dah lama aku tak update blog ni. laptop problem la.. owh perlukah aku cerita segala masalah laptop aku ni? tak perlu ok!

Ha kau tengok title je mesti tanya tanya tak pasal pasal kan? aku dah lah lama tak update blog... sekali update nak emosi tak tentu pasal.. ada rasa nak terajang laptop kau tak sebagai tanda menyampah yang amat? silakan!

Aku ni yang sebenarnya dah lama bengang bercampur dengan bangang sangat kat sorang minah merangkap anak makcik jiran tetangga kat rumah aku ni... Dia start nya masa kat depan rumah aku ni ada acara menghiris daun pandan beramai ramai nak buat bunga rampai sebab ada jiran aku ni anak laki dia nak bertunang..

Kau paham paham lah golongan mak mak ni.. kalau ada apa apa je mesti lah gotong royong sepakat membawa berkat.. belum kira kalau mengumpat tu.. lagi bertambah sepakat.. sampai laki masing masing balik rumah pun buat tak tahu.. ni mak aku pun dah berjangkit lah ni.. aku pulak risau haish...

Masa tu dah petang.. aku pun macam boring je lalu mengambil keputusan nak join lah acara tu.. niat aku nak hiris sekali tapi macam dah ramai sangat so aku pun lepak lepak je lah.. macam biasalah makcik makcik ni.. kalau nampak anak dara orang soklan first dia tanya, ni memang wajib ....

'Lah tak pernah nampak pun.'
'Dah habis belajar ke?'
'Belum kerja?'

Kebetulan pulak makcik yang menanya aku ni anak dara dia yang aku nak maki ni ada kat situ.. sibuk nak tolong hiris hiris ni.. aku memang tak pernah jumpa dia. kira first time la jugak kan?

Aku ni jenis kalau first time jumpa orang susah sikit nak berbual ke nak mesra mesra ke.. masa aku tengok dia pun aku dah semacam.. hiris hiris pakai baju kurung kain terbelah.. kot iye pun baru balik kerja tak menyempat ke nak tukar baju? apa ke semangat sangat kau nak tolong bagai? rambut dah lah karat.. lepas makcik tu tanya aku tetiba anak dara dia ni offer aku jadi cikgu tuisyen.. kira macam home tuisyen lah.. sejam RM20..

Lepas tu bertubi tubi tanya aku ada lesen ke tak? pandai drive ke tak?
Mak aku dengan jujur cakap aku TAK PANDAI DRIVE! adoi mak aku ni.. ada ke cakap macam tu? well frankly speaking aku memang tak mahir sangat drive ni.. jarang dapat peluang.. pulak kat rumah aku ni ramai jantan maka aku sebagai sorang perempuan tidak diperlukan sangat khidmat memandu ni.. last aku drive masa balik kampung hari tu.. tu pun mak aku dah sound sound sebab aku bawa laju.. alah takat 80km/j, kat jalan kampung tu laju ke? and aku drive TOYOTA UNSER bapak aku ok!

Kau tau perempuan tu cakap apa?

'Eh kena pandai drive tau. sekarang ni kalau mintak kerja dia tanya tau pandai drive ke tak..ada kereta ke tak..'

Aku yang masa dengar tu terus hangin!
Niat nak bermesra dengan jiran tetangga terbantut semua... terus aku diam.. terus masuk rumah..

Esoknya masa tengah makan makan aku tanya mak aku..

'Mak..anak Cik A tu dulu belajar mana ek??'

'Belajar kolej mana tah. tak silap mak kolej la kot.'

Aku yang dengar tu rasa nak naik ketuk pintu rumah dia je.. kau dengar tu. kolej ok!! aku bukan nak berlagak.. aku ni pun takat UiTM je.. tap at least aku belajar UNIVERSITI!! setakat ni aku tanya kawan kawan aku tak pernah pulak diorang kena tanya.. kalau ada pun kau fikir lah. tak semua orang ada lesen kereta.. mampu ke nak pakai kereta sebiji.. lain lah bapak kau tu banyak sangat duit nak bayarkan down payment bagai nak beli kereta tu..

Sebab tu orang cipta segala bas teksi LRT semua.. kau ingat orang naik LRT tu saja saja eh nak keluar masuk melancong semua? lupa pulak aku kau tu naik kereta.. apa barang naik bas ke teksi ke.. tak pun kau tu tak pernah pergi KL? tak pernah rasa naik LRT ke???

Mungkin lah dulu kau pergi sekolah pun bapak kau hantar.. sebab tu bapak kau dengan mak kau tak ajar kau naik teksi ke bas ke.. aku dulu pergi sekolah naik LRT lah beb!! pergi ambil result SPM aku kat Bentong (aku dulu sekolah kat Bentong) pun naik bas.. ada aku kecoh??????

Yang aku lagi geram bila mak aku cakap kat dia aku belum dapat kerja.. tengah cari kat internet.. dia boleh senyum senyum macam perli.. kot kot lah dia nak menjawab ke apa ke kan.. tu kalau dia menjawab jugak memang aku bagi penampar sedas.. memang la sekarang orang cari kerja kat internet.. dah tak pakai dah jaja sijil kau keluar masuk ofis tu.. kalau ada pun kalau DEGREE KOLEJ KAU TU TAK LAKU la kan..

Sampai mak aku cakap terasa je dia cakap macam tu.. aku kalau dengar mak aku touching touching ni memang aku geram.. siapa tak sayang mak kan?

Dah lah.. sakit hati je cakap pasal perempuan bodoh bingai ni.. dah lah kepala tak tutup .. mulut pun tak pandai nak cover ... dia cari pasal lagi siap la.. aku dah tak pakai dah hormat hormat jiran tetangga..

Aku pakai maki je jiran tetangga!!




P.S. Siapa siapa yang dah kerja aku nak tanya la.. masa interview nanti dia tanya ke soklan tu??


love, ZIEMA



13 comments:

  1. Hey babe! Ko demand je kt die nnt.ko ckp je biasanye home tuition ko amek rm40 sejam.xmainla rm20. Ko degree kot! Rm40 tu spm je tau..haa..mesti menganga die beb. Alah takat bwk kete,cube org bg ko kete,retila ko membawaknye trus kn? Hahah.sabar beb.aku tunggu mase je ko nk sembur die blk beb.heheh

    ReplyDelete
  2. tengok kerja ....kalo keje yg tak memerlukan ko travel..x payah..takat admin ke..tak yah..ahhaha..over minah tuh nyahhhh......aku pon xde lesen....ahahhahah...x hina dlm masyarakat pon takde lesen..jiran ko over..ahahha

    ReplyDelete
  3. dear........mudus nyaaa manusia nieh.....

    meh gelak gUlin-guLin kat pOmpuan tuh..hahahaha

    weh,mana da org tanya ada LESEN KE KETA ka??? tuh bukan kayu pngukur nak keja laaa...adoiiii bengapnyaa dia Tuh...ngOKKKK!!!

    len kali jawab jaa dik, saya bukan takat keta jaa pandai bawak..keta kebai pn teror tau...hahahahahahah...

    sabaq yer dik..abaikan jaa...toksah layan keh

    ReplyDelete
  4. darling..waa..hangin satu badan eh..sebut psl kete ngan lesen kan..akak pn dulu prnh juga ditanyakan soalan soalan sarcastik sebegini..sumpah mmg sakit hati kottt!

    plak tu muka org yg tanya tu mcm berlagak gile sbb dia ada kete (wlu pn kancil ajeeee).Tp at last akak jwb,duit akak tak abis ke kete,tp duit akak abis ke melancong.sekali melancong akak spent RM2000 klu setahun 2,3 kali akak melancong bpe byak da akak spend duit?sama aje kos mcm dia bayar kancil dia tu.

    And bila akak da kuar kete,br dia diam.Akak lambat pakai kete,tp bila akak da pakai kete,akak kuar lagik besar dari kancil yg dia bangga banggakan sgt tu,dan bayaran kete akak adalah 3 kali ganda dr kete dia..tp akak tak pernah kecoh plakkk!Kekadg org mcm ne,diorg lupa kekurangan diri bila asek carik kekurangan org.Mengong!

    Psl lesen pn nk kecoh jgk.Akak penah ckp pd kawan ne,eleh wat pe amek lesen kete,klu pastu kete takde.Pastu da bertahun tahun kete plak da ade,tp skill driving plak da lupe.ape kess..

    Kesimpulan.biar je la deme nk kata ape.Smpi satu masa nnt awak tnjuk le kelebihan awak pd mereka.okeyy?

    ReplyDelete
  5. xkisah la ada kete ke x,mana ada manusia yg tetiba je da ada harta sndri melainkan tumpng skaki harta mak bapak kan??cipooraahh je dgn minah senget mcm 2...org duk alam milennium,cri keje guna internet,xyah nk basahkan ketiak duk cri keje tayang sijil...haha...lek la,biaq p la org mcm 2,jgn layan sgt,nnti dgn kte skali jd mereng...;p

    ReplyDelete
  6. kereta kereta kereta..bosan betul dengar soklan 2..xde kereta xley hidup ker?? kdg2 org yg ada kereta ni taw nk berlagak jer...padahal duit takdak...huhuhuh...dah biasa dgn org2 cmni....

    ReplyDelete
  7. Babe, ada laa. :) so far 3 interview kawan aku pergi, sume tanya camtuh. ;)

    ReplyDelete
  8. klau nk keje company aku kene pandai bawak Superbike tau.. pastu die tnye ada ada lesen x nk racing kt sepang? MMMmuuahahaha..
    -Balord

    ReplyDelete
  9. yang... frankly speaking, masa i interview, mmg dia tanya ada lesen ke tak, boleh driving ke tak, ada kereta ke tak... betol cakap farah tu, tengok jenis kerja.. like me, memang agak selalu outstation so car and lesen tu memang teramatlah wajib...

    ReplyDelete
  10. oh ya~~~ in fact i terpaksa jugak tukar fon beli yg ada GPS punya supaya tak sesat masa outstation.. thee~~~ ^_~

    ReplyDelete
  11. Macam tak pernah ade otak........sekali pun tak pernah

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.