Followers

May 17, 2011

Hormat Sikit!

:)

Dah lama tak online ni sebab aku busy baru lepas konvo. nanti aku update cerita ok.

Aku ni rasanya dah lama tak maki maki orang sebab rasa macam dah insaf lagi lagi semenjak menginjak usia 24 tahun ni.

Tapi semalam memang buat aku rasa macam nak maki.

Semalam balik je dari rumah makcik aku singgah Giant kejap nak cari hadiah hari guru adik adik aku ni. budak sekarang bukan main lagi nak bagi hadiah segala aku dulu minta nak beli merajuk masuk bilik hentak pintu pun belum tentu dapat.

So sampai je situ abah drop kitorang dulu sementara nak cari parking. masa tu pulak aku ni tengah leka bersembang dalam phone so dengan selambanya main buka pintu kereta tanpa menoleh. pulak tu tetiba ada la teksi ni ha berhenti mengejut.

Ok aku admit yang aku salah sebab main redah je keluar dari kereta tu. tapi yang aku angin tu pakcik ni muka macam s**l nak pandang pandang aku siap berhenti lama. helo! kalau kau kat parking kereta yang orang sibuk berjalan ke sana ke mari dengan kereta keluar masuk wajar tak kau bawa laju?? aku bukan nak merendah rendahkan kerjaya kau pakcik. kalau kau bawa BMW 7series ke, Camry ke, dan segala kereta yang mahal nak mam* tu memang patut la kau nak buat muka tak puas hati tu.

Aku dah angkat tangan sambil senyum tu kira sopan la.. tu pun nak buat muka berlagak kau. takkan kau nak aku pergi kat kau melutut sambil mohon maaf dan merayu rayu berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu. nak macam tu ke? sorry. bapak aku pun tak ada suruh aku buat macam tu sebab dia tahu anak dia ni tak ada la buat salah besar.

Aku ni bukan kurang ajar.
Tapi kadang kadang aku tengok orang ni nak sangat kita hormat dia padahal dia tak hormat kita. adil ke macam tu?

Aku pernah jugak tengok orang macam ni.
Belajar tinggi, rumah kereta segalanya besar. cakap pun besarrrr

Siap kutuk pakcik aku belakang belakang.
Cakap pakai kopiah lah tapi hal agama kurang sebab katanya pakcik aku ni terlalu mengutamakan adat berbanding agama. dia berani cakap sebab dia hafal segala hadith dan tafsir AlQuran ni.

Tapi kau tengok diri kau sendiri tak?
Belakang bini buat onar. aku malas nak cerita lebih lebih. kau faham faham sendiri.


Memang selama ni cikgu kau ajar
Hormatlah orang tua

Tapi aku rasa yang tua ni pun kena hormat yang muda maka barulah yang muda hormat yang tua. 
Yang pandai belajar tinggi sangat pun kena la hormat orang yang tak ada pelajaran tinggi sangat ni.
Lelaki pun kena hormat perempuan sebab martabat perempuan lagi tinggi tau.tak gitu?


Kau pandai sangat ke.. kau bodoh sangat ke.. kau tua sangat ke.. kau muda sangat ke..
Pokok pangkalnya

BELAJAR HORMAT ORANG!




Sekian entry meroyan dari aku


Thanks sebab baca (^_^)
Love, ZIEMA

4 comments:

  1. ko merepek angin meroyan ni ziema..haha..

    ReplyDelete
  2. betui!
    xkire sape pentingnyer hormat..baru org hormat kite blek
    sabar jerla dear
    ^_^

    ReplyDelete
  3. sabaq na cik zimah...
    erm..kbnyakan driver teksi mmg cm tu..
    diorang ingt tu tmpat diorang tu yang diorang berlagak mcm nak m****s....

    ReplyDelete
  4. SaLaM CiK ZieMa...

    KaMi DaH SDia MKLuM YanG PeRNaGai PeMaNDu2 "MeRC" MaCam Tak BoLeH BLaH... LaGi2 KaT JaLaNRaYa... (-_-)

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.