Sabtu minggu lepas 30hb April tahun 2011 aku join reunion dengan kawan kawan aku masa zaman sekolah rendah. hebat ni kawan kawan aku. kau ada?
So hari jumaat aku bertolak la dengan member aku dari JB ke KL. ni yang aku menyampah ni kalau ada hal mesti aku jadi mangsa utama kena beralah. apa kata kawan kawan yang turun sini. kan ke adil dan saksama tu. tak gitu?
Tapi aku cakap kat kau bukan senang nak organize event ni lagi lagi bila nak deal dengan orang yang 15 tahun kau tak jumpa. lagi pula ada yang dah kahwin ada anak maka dari berpuluh yang dijemput yang datang berapa belas je. tapi tak apa lah dapat jumpa pun kira ok la kan.
Owh lupa kitorang makan kat Saba Restaurant yang terletak dekat dengan LRT Setiawangsa tu. apa pasal tah nama dia Saba yang aku tahu kerajaan Saba' milik Ratu Balqis di zaman pemerintahan Nabi...err Nabi apa eh? yang boleh cakap dengan segala jin dan binatang tu? owh ya.. Nabi Sulaiman.
Ni kenapa aku nak bercerita pasal zaman Nabi bagai ni?
Ok sila balik ke pangkal jalan
Sampai sampai je dah ada la dua orang member aku Farah and Nadia. lepas tu sorang sorang tiba dengan senyuman padahal sampai setengah jam lepas majlis bermula.
Lepas tu sesi memilih menu pun bermula
yang sebenarnya ada la banyak menu gila apa kau nak aku letak setiap muka surat?
menu pilihan : MANDI CHICKEN
ni kalau kau jenis mentekedarah boleh la bedal menu ni. aku yang simpan perut dari pagi pun tercungap nak habiskan. tu pun tak habis membazir betul. grrrr
tapi serius sedap!
buktinya....
tu kalau aku makan senyum senyum nak pandang kamera pun malu memang tengah fokus la tu
Ala tak ada sangat aktiviti pun. lepas makan sembang sembang sambil ambik gambar lepas tu tukar tukar hadiah sebab ada yang terpaksa balik awal.
Yela yelah tak ada gambar lagi dah. letak gambar sikit pun tak boleh.
Eh kejap ada satu. janji ni last
jangan nak gelak eh ni gambar masa tahun 1999
iye itulah aku sorang pemawas di zaman sekolah rendah
Ok cukup
Lepas ni nak hapdet pasal reunion sekolah menengah pula
Asyik pergi reunion je kerja kau kan ziema?
Nampak sangat dah tak ada kerja. errrr......
Terima kasih sebab baca! (^__^)
love,ZIEMA
SaLaM CiK ZieMa...
ReplyDeleteWaH!~ ReuNioN SKoLa RNDaH Tu... SiS PuNYa ReuNioN YanG DraNCaNG TaHuN LPaS PuN Tak GeRaK2 LaGi... HuHu!~
P/S : ComeYL GaMbaR TiMe SKoLa... (^_____^)V
waaaaaaaaaaaaa.. ade jugak entry gathering kan.. i like
ReplyDeleteperghhh....
ReplyDeletesekolah rendah weh....
bkn sng nk buat tu....
: comel . comel . comel :')
ReplyDelete