Owh Cik Jimah tu aku. nama kampung aku siapa entah yang start panggil aku macam tu tapi tak kisah lah (even encik kapten pun dah panggil Cik Jimah suka weee!!!) daripada nama kau kampung lepas tu datang KL terus tukar like 'Aminah jadi Amy' ataupun 'Halimah jadi Ema' dengan harapan 'orang tak tahu aku ni kampung kampung' wadefak la.
Emosi tak pasal pasal kenapa aku ni kata nak kongsi resepi?! lempang nak? ok tak nak
Hari tu aku macam teringin nak makan puding roti maka terus google cari resipi ni. err kejap. resepi ke resipi ek? ah lantaklah bukan ni kelas tatabahasa pun.
Maka petang tu terus buat dengan gigih sambil dibantu Faris yang juga gigih nak tolong aku. pelik aku budak ni sebab sekarang ni dia tend to nak tolong aku kat dapur adakah beliau akan mewarisi bakat Chef Wan ataupun Chef Zam itu?
OK lets start with the ingredients first.
500 ml susu segar
7 keping roti
*4 sudu besar gula halus
*4 sudu besar mentega
*2 biji telur
*1 sudu teh essen vanilla
*1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar kismis
1. Susun roti dalam loyang dan rendam dengan susu selama 30min
2. Gaul rata bahan *, masukkan dalam loyang
3. Tabur kismis
4. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 30minit
Selesai. yes memang kejap gila.
Eh dah rasa macam mak mak pulak ni kongsi resepi bagai (^_^)
# Susu segar aku ganti dengan susu tepung aku bancuh sendiri mati aku kalau mak aku baca ni dah lah harga susu tepung mahal nak mam*
# Kalau tak ada mentega boleh pakai planta tapi bau dia tak mangi la
# Kismis tu hiasan je la tak nak letak tak apa. aku pun tak pakai kismis geledah kabinet jumpa chocolate chips baki raya hari tu terus tabur
sebelum
selepas
Apa pasal macam tak cantik? :(
dah potong lepas tu makan sedap!
Moral of the story:
Biar buruk rupa asal sedap rasanya (nak sedapkan hati)
Eh korang boleh cuba tau :)
Kalau tak sedap jangan salahkan aku tapi marah siapa yang bagi resepi ni (^_~)
Thanks sebab baca.
love, ZIEMA
syg thanks 4 sharing this
ReplyDeletenak cuba lah hehee