Followers

May 27, 2011

Kenapa kenapa kenapa?

:)

Lately ni kan banyak sangat persoalan yang bermain berkejaran kat kepala otak aku ni.. kenapa kenapa kenapa? iye aku ni memang suka bertanya soalan soalan yang macam sangat remeh yang macam kalau kau tak tanya pun tak apa bukan dapat apa pun kalau kau tanya.

Tapi kan orang cakap lah kan.. orang banyak tanya ni pandai sebab keinginan nak tahu tu tinggi. tapi aku tanya ni sebab nak tahu ke apa ni? haih..


1. Kenapa kalau dah kerja ke takpun get into social life mesti automatically kena berbahasa 'you and i' ni.. kenapa ek? nampak low class ke kalau cakap 'saya and awak' ke..or ' aku and kau' ke..

2. Kalau masuk bandar takpun pergi tempat yang macam high class mesti otomatiknya kau terrrrcakap omputih. paling best bila omputih kau tu berterabur. kenapa nak cakap omputih gak bodoh??? arghhh!!

3. Lelaki selalu bagi alasan 'ala yang seksi ni aku buat main main je esok nak kahwin aku cari yang bertudung'.. kau fikir yang bertudung tu nak ke kat kau? entah entah alasan dia pun macam kau.. 'ala yang sembahyang tak cukup ni aku buat main main je esok aku nak kahwin aku cari la imam muda..'

4. Orang sekarang kenapa senang bercerai berai? yes jodoh tu kat tangan Tuhan. tapi kita boleh usaha kan? usaha tak curang. usaha tak lari dari tanggungjawab. usaha pegang janji masing masing. demm takutnya nak kahwin...

5. Selalu aku tengok anak anak gadis ni bukan main teruja  bila nampak baby baby comel siap berebut nak dukung nak agah nak cium lepas tu posing posing penuh keibuan dengan harapan ada la jejaka melihat lalu berfikiran gadis ini sesuai dijadikan isteri.. err tapi kenapa kau tak layan budak 5 tahun?

6. Kenapa kalau aku jalan jalan pergi uptown malam malam buta mesti nampak pasangan ibu bapa bawa baby? dah macam trend lak. bukan baby kena tidur ikut masa dia ke? hoi jangan nak salahkan siapa siapa eh kalau budak sekarang melepak sampai ke pagi.. dah kena trained dari kecil kan?

7. Kenapa sekarang orang sibuk nak pertikaikan cara pakai tudung macam sister la, dada terbonjol la, sanggul tinggi bonggol unta la. lets talk about it in a proper way instead of kau kutuk kutuk menambah dosa.

8. Orang Melayu ni kenapa suka tanya benda yang sangat tak perlu?.. 'hantaran si Senah tu banyak sangat.mata duitan ke?' or 'hantaran si Milah tu sikit la. bukan dia ada degree ke?'.. 

9. Dalam novel kalau tak ada watak anak datuk memang tak sah. kenapa? err tapi kalau buat novel pasal SM Faliq anak owner NAZA tu yang bertemu aku memang aku setuju!!

10. Last but not least.. errrr kenapa aku tanya soklan macam ni?? waaaaaaaaa!!!! kenapa??!


thanks sebab baca (^_^)

love, ZIEMA

3 comments:

  1. aku ler 2 yg no 8,trase mak ni wehhh...huhu...tp aku kwn ko kan,sunat aku bertanya,haha!!;p

    ReplyDelete
  2. aku pun sllu je cm ko ziema..asyik tpkir psoaln mcm2..huhu..

    ReplyDelete
  3. jawapan ni mungkin tak tepat..tapi..tak kira..nak gak jawab..he3...

    1. Eksen katanye..saya awk, kau aku old fashion.kita dok bandar la..gituu..

    2. Berlagak and katanye tak nak nampak macam dia tak tau speaking. Malu sebab orang lain speak omputih..gitu la.

    3. Tu alasan lelaki jahil.. dia fikir hidup ni asyik nak main - main je ke? tah ape - ape la..

    4. Bab ni susah nak jawab. Tapi pucuk pangkalnye..terletak kat hati.tepuk dada tanye selera..

    5.Sebab, budak umur 5 tahun tu panjang akal eh..macam2 yang dia nak tau nanti.macam plak yang dia tanye nanti..and macam2 pe'el..

    6. yang ni aktiviti tak bagus.sian baby2 tak bersalah tu diajak kuar malam..time dia tido tuu..

    7. Betul tu..kutuk2 orang, sekurang - kurangnya diorang nak jugak pakai tudung..niat bak tu je dah dapat pahala.yang kaki kutuk tu dapat ape?

    8. mengumpat tu best katanye..kalo takde topik, citer drama kat tv pun leh jadi bahan utk mengumpat..adehh..

    9. kerana novel tu nak ajak kita berhayal.beside..bukan semua orang dapat kawin dengan anak datuk..terutama yang tak sama level dengan standard diorang.high class katanya.pernah dengar anak datuk kawin dengan anak tukang kebun? tak pernahkan?gituu..

    10. sebab..hidup kita memang sentiasa penuh dengan persoalan.he3..

    ok tak jawapan tu... ;)

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.