Followers

January 5, 2011

Nak lukis potret balik lah..

OK. Diumumkan aku sangat boring gila babas kat rumah ni .. dah tak tahu nak buat apa rasanya .. skill memasak aku sudah melayakkan aku menjadi seorang isteri solehah .. skill menjaga bayi dan kanak kanak pun sudah boleh menjadikan aku seorang ibu yang mithali ..whoaa! ! hina tak statement aku? agak agak nak lempang 90 darjah tak? ?

Tengah duduk mengelamun memikirkan siapa calon suami malam tadi buat aku tiba tiba teringat.
Owh aku sebenarnya dah lupa talent aku yang satu ni. talent melukis potret! hebat tak? *soalan yang seakan mahu riak macam bagus je*

Serius sangat lupa. biasa lah sibuk sangat menuntut ilmu juga gigih membaca menghafal mengira dan segala me.. melukis pun aku dah lupa hikhik ..

Mana aku tahu aku ada talent ni? seingat aku masa tu aku form 1. masa tu tak silap aku nak dekat hari merdeka and semua student kena involve pertandingan ni. tapi boleh lukis kat rumah lah. maka aku dengan bersemangat kemerdekaan bagitahu emak pasal pertandingan ni. mula mula aku pilih muka Tun Mahathir. uihh susah juga lah nak lukis lagi lagi cermin mata beliau itu. tak jadi so aku pilih Tunku Abd Rahman. yang ini pun ok juga lah. part songkok senget tu aku suka hee.. mak lah yang ajar aku sebab mak pun ada talent melukis sebenarnya ..
Bila hantar aku tak sangka la kan dapat masuk final. tapi masa final pun aku tukar. aku lukis muka Tun Hussein Onn. punya lah gigih aku berlatih kat rumah and alhamdulillah aku dapat 1st prize. hadiah dia aku dah lupa.

So start dari hari tu punya membara aku melukis potrait. siapa ek yang jadi mangsa? seingat aku muka Kajol, Shah Rukh Khan (zaman tengah gila hindustan), P Ramlee, Siti Nurhaliza .. lagi siapa entah aku dah lupa. lukisan tu pun entah mana aku buang. yela berapa kali pindah sampai aku pun dah tak ingat kat mana. duhh.. menyesal pula buang karya sendiri.

So sekarang aku dah nak asah balik talent aku ni .. maka haruslah menyiapkan segala pensel , pemadam juga kapas .. rasa rasa boleh tak melukis balik ni?



Nanti insyaAllah kalau dah siap aku tunjuk kat entry lain tau .. *macam ada orang nak tengok je*
Lepas ni kalau ada tanya sekarang buat apa ke kerja apa ke ..
Maka aku akan jawab dengan yakinnya,

'Sekarang ni busy buat part time lukis muka orang'

Mana kawan kawan yang aku tak balas mesej ke .. tak angkat call ke sory eh .. aku busy..
Gua orang seni beb ! ! ! (>_<)


love, ZIEMA



3 comments:

  1. ya!! aku ingat aku ingat!! kita smua xcited lukis potret masa tu! wahah! siap buat line2 grid lagi yuu~~ hahahaha~~ sangat gigih~~~

    ReplyDelete
  2. kan kan?? ahahahaha.. nasib baik kau ingat. aku tak salah la ni kan? gigih gila dowh!!!!

    ReplyDelete
  3. aku tak rasa aku mampu segigih itu di tempat kerja ni.. eheh :P

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.