Followers

August 23, 2011

Kalau Mulut Tak Mampu

Bukan senang nak tarik orang ke arah kebaikan. Ibarat ajak pergi ke masjid menunaikan solat berjemaah. Lain lah kalau perkara perkara lagha ni. Contoh macam berkaraoke, tengok wayang dan sebagainya. Tak payah tunggu pergi. Jam tu juga terus online nak booking

Begitu juga kalau soal berhijab ni.
Takkan dengan semena mena pergi dekat kawan kau sambil berkata,

'Wei esok kau pakai lah hijab ni. Tutup aurat sikit.  Kaki kau tu tak cantik, rambut kau kejung kejung hasil rebonding tak jadi. Tu ha lemak lemak kat babat kau tu sumpah wei buruk!' (sekadar contoh)

Kemungkinan putusnya tali persahabatan akan berlaku oleh kerana niat kau yang baik telah di overshadow oleh mulut kau yang perggghhhh celupar gila tu.

Tak guna mulut pun tak apa.
Aku pun ada juga berhadapan situasi macam ni. Apa kau ingat aku memilih kawan ke sampaikan yang sexy mexy tak boleh kawan dengan aku? Tapi kawan aku tak lah buruk malah howwttt gitu. Sumpah kalau aku lelaki bisa cair hatiku dibikin olehnya.

Err tapi yelah. Kadangkala teringin juga nak tengok dia pakai hijab. Bukankah manis bila semua yang terbuka itu ditutup lalu dipersembahkan kepada sang suami sahaja?

Even mulut aku macam celupar and honest tapi aku belum ada kekuatan nak tegur tegur directly ni.
Cara aku??

Beli baju yang cantik cantik tapi jangan mahal sangat. Lepas tu saja tunjuk kat kawan kau betapa baju baju labuh lagi menutup ni cantik dan murah instead of baju baju dia yang tak cukup kain dan mahal.
Then? Pakai lah depan dia.


Percaya tak baju ni aku beli kat pasar malam, RM10?


Lepas dah tunjuk baju cantik tutup aurat tu kau tunjuk lah pula cara cara kau belit lilit shawl cantik tu. Haip haipp. Please ye you all... Kalau nak ajak orang berhijab ni tak payah la nak ajar complicated sangat bimbang nanti beliau berubah fikiran lantas tidak mahu menutup rambutnya. 

Unless kalau dia berminat dengan style lilit ala ala Hana Tajima ke, Hajimah ke eh eh Hajimah pula salah cakap. Eheh. Kalau dia berminat dengan gaya gaya terkini ok fine pergi lah kau ajar dia asalkan niat untuk berhijab itu masih utama. Kejadah kalau berhijab nampak leher ke tersembul sembul ke kan? So ajar dia pakai hijab in a very appropriate way :)

Nak tunjuk ke cara cara pakai hijab?
Tak payah. Buka YouTube kau belajar sampai lebam. Ok babai.


thanks sebab baca

love, ZIEMA





2 comments:

  1. 10hengget baju tuh? mahalnye! haha..
    *tak pandai nak tegur2 orang jugak

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.