Followers

January 27, 2011

CONTEST PIC hitam putih PALING COOL !

:)
OK malas nak cakap banyak! aku sangat boring lalu memutuskan untuk menyertai satu pertandingan yang telah dianjurkan oleh cik siti fatimah which is gambar hitam putih paling menawan cool!



Syarat syaratnya seperti berikut : klik sini
tarikh tutup adalah 10mac2010

Maka dengan ini saya mengisytiharkan bahawa saya dengan tak malu dan rasa bongkaknya mempertaruhkan gambar ini ..

*


*


*


*


*




*




*

haha .. kewl tak? :)

hadiah adalah RM100 OK!!! 
OWH KALAU AKU DAPAT RM100 NI AKU NAK BELANJA MEMBER MEMBER AKU DALAM PIC NI BERKARAOKE!!

maka dengan ini saya tag




Owh yang lain! ayuh beramai ramai join contest ini! menang kalah belakang cerita ye.. yang penting enjoyyy!! sebab aku setakat ni tak pernah menang apa apa heeeeeeeeee :p

Sekian terima kasih!


love, ZIEMA




Ini Kisah tentang Spender Lelaki

:)
Spender tahu tak apa? seluar dalam tahu tak? kalau tak tahu memang aku tak tahu nak cakap apa haha ...
Dah mesti pelik apa hal lah aku ni ha sibuk nak cerita pasal spender kan? tak senonoh betul perempuan ni!

Aku memang tengah pelik ni.. kenapa lah sekarang design spender nak pelik pelik?? selesa ke memakainya?



Nampak tak senah? ha ni adalah spender yang memang sebiji adik aku yang form 5 tu pakai ..
Kau tahu aku panggil apa?? ROTI CANAI ..
Sebab? aku tak reti nak lipat benda alah ni lalu aku memutuskan untuk gulungkan ia dan lempar kat adik aku .. sangat menyampah ok lagi lagi kalau nak sidai aku rasa macam nak hempuk je spender ni macam mana mamak hempuk roti canai yang sudah siap digulung tu.. huh!

Apa ke nama spender ni ek? g string eh? sory aku memang tak tahu nama nama spesifik pasal spender ni.. yang aku tahu aku panggil spender haha ..


Yang ni pulak orang panggil apa ek? boxer eh? yang ni pun kira kategori spender kan? ke bukan?
Sebab aku tengok adik adik aku selamba pakai macam tu je tanpa sikit pun perasaan bersalah .. aku yang tengok ni pun macam nak maki je .. sikit pun tak hormat akak mereka yang menjaga pandangan ni ..

Mentang mentang aku tak dibenarkan memakai night dress mahupun boxer kat rumah .. tunggu la aku berlaki esok siap lah .. eh eh apa kena mengena berlaki dengan cerita di atas? OK mengarut sudah ..

Tu lah korang .. siapa suruh baca hikhik :p


love, ZIEMA



January 26, 2011

Nak aiskrim coklat kek coklat semua lah coklat!!

Kelmarin kat facebook aku post la kat status aku ....


Lepas tu ada seorang member aku suggest aku makan coklat .. COKLAT weh! dia suggest around pukul 12am yang aku rasa memang coklat susah nak cari melainkan ada orang sanggup nak layan kerenah aku yang entah apa apa tu ..
Maka aku dengan sambil tertelan telan air liur tanda memendam perasaan terbayang bayang lah keenakan coklat  di depan mata .. lepas tu aku tidur lah dengan keadaan dimana aku mengidam coklat! *part air liur basi tu aku tak tahu ada ke tak



Esoknya aku dengan gatal jari jemarinya saja nak google-ing pasal coklat ..
Aku type HOT CHOCOLATE BROWNIES lepas tu keluar la gambar ni..



Owh aku rasa macam tak best lalu type pulak
HOT CHOCOLATE BROWNIES WITH ICE CREAM ..


Masa ni aku rasa dah macam nak buat buat pengsan ke takpun kena sawan ke lepas tu cakap kat mak aku .. aku sangat teringin nak makan benda alah ni kalau tak mati kempunan lah aku .. boleh ke macam tu? err



OK aku janji ni yang last .. aku dah memang tahap nak lari pecut makan kek ni weh! Aku kalau pergi Secret Recipe memang tak pandang kek lain dah .. bagi lah aku kek yang sekilo 70hengget tu pun aku tak hairan .. dapat pulak minum jus tembikai yang kaw kaw dia punya sedap hikhik ...

Owh korang silalah lap mulut korang yang ternganga tu OK! hahaha ...
Lepas tu jangan salahkan aku kalau korang macam dah gila teringin nak makan eh ..


Err .. apa pasal lah entry aku ni dah macam perempuan mengandung anak sulung mengidam??
Benci betul lah!!!!!!! (~_~)


love, ZIEMA



Saya kena tag lepas tu dapat award .. ceh macam bagus je ayat ..

:)
Owh hai .. semalam kan ada blogger tag i tau .. beliau ialah CIK NICA ... 
Tepuk tangan sikit!!!!!! hehe ... 
Macam biasa la kan sebelum ambil award haruslah menjawab beberapa soklan cepucemas yang tak berapa nak cemas akak menjawabnya ..



1. Ucapan anda:


eh kena ucap ke?? hikhik .. owh cik nica time kasih la tag saya eh .. pestaim ni huhuhu .. 
syukur alhamdulillah kerana saya telah diberi award ini.. oh lihatlah dunia!!!!! 
oopsss terlebih sudah :p


2. ciri2 lelaki/perempuan idaman untuk dijadikan husband/wife :

em em apa ek? 
owh beliau haruslah kaya hensem romantik tinggi sasa ok aku tipu!!!
lelaki itu haruslah yang memahami diriku ini seadanya .. malas nak letak ciri ciri macam artis tu yang nak lelaki beriman lah harta tak penting lah padahal hantaran sebiji banglo .. eh eh macam tak jawab soklan pulak .. sory :p
yang penting sudah bahagia dengan tuan kapten hincik pakwe saya :p


3. 1 tips untuk kekalkan relationship ngan pasangan:

trust . love . appreciate . responsibility . respect .


 4. penah jumpe doa pendekat jodoh or putus cinte?:

bukan kata pernah.. memang aku amalkan masa encik EX itu meninggalkan aku ok!!
siap buat solat istikharah .. dah nama pun frust kan ...



5. 10 link pilihan untuk diberi :

nak 5 je boleh tak?? pleaseee :)
erin
nadia havez
cik mas
si daun ceri
hana hani




Dah jawab kan semua soklan itu? ambil award boleh kan?  boleh kan? serius gelojoh lah kau ni haish!!


Yeayy dah dapat! !
Terima kasih ye! *sambil melambai lambai persis seorang Miss World ...


love, ZIEMA



January 25, 2011

Demm! Aku nak blaus lace sangat sangat!!

:)
Tahu kan lace? hehe .. yang selalu orang pakai masa kahwin tu .. tapi sekarang lace pun orang dah buat baju yang macam blaus ke, short dress ke ..

Masa bila entah aku jalan jalan kat JJ dengan kawan kawan masa aku kat Shah Alam kot owh kat JJ Bukit Raja .. masa tu aku sempat beli pijama yang sangat comel dengan harga RM15 kat F.O.S .. akan tetapi masa aku window window shoping kat Scarlet sebab tunggu kawan aku si Wa beli jam maka aku ternampak satu blaus lace putih yang aku dah lama usha akan tetapi harganya hanyalah RM70 lalu dengan menyampahnya aku blah sebab tak cukup budget..

Demm gila!

Minggu lepas masa aku pergi Time Square aku ada nampak juga blaus lace ni yang harga hanya RM20-30 akan tetapi aku memang tak bawa duit untuk shoping maka aku dengan menyumpah nyumpah amoi salesgirl dalam hati terus blah tak puas hati .. huh padan muka aku .. dah tahu tu lain kali bawa duit lebih lebih!
I HATE TIMES SQUARE OK!!!!

Demm lagi!!

serius hot tapi mesti lah harga pun hot kan?

demm lah!!!
aku nak macam ni!!

Aku nak kaler putih ke krim ke ..
Nak sangat nak sangat !!! 
Demm lah!!!!!!!!!!!!! (*_*)


love, ZIEMA



January 24, 2011

Faris Kena Buli!



Nampak tak macam ada garis garis kat tangan dia?
Owh faris telah dibuli oleh seorang budak darjah 4 sedangkan faris itu adalah darjah 2 .. memang patut la kan aku cakap dia kena buli?

Kau tahu apa budak lahanat tu buat? dia pergi toreh toreh tangan adik aku walaupun adik aku tak nak.. yang si faris ni pun bukan reti nak melawan ke apa .. kat rumah bukan main samseng! last last dia jerit lepas tu ada kawan dia report kat cikgu terus cikgu itu sapu ubat kuning .. 
Budak tu aku tak tahu cerita .. 

Faris cakap budak tu pakai pisau lipat kecil yang ada dijual kat kedai buku sekolah .. pisau DIJUAL DI SEKOLAH OK! kau tak rasa dah besar nanti si budak lahanat tu akan pakai pedang samurai takpun pisau rambo?? 

Nasib baik parent aku belum lagi tahap nak report polis ke saman ke seperti yang dilakukan ibu bapa zaman sekarang yang anak kena pukul sikit dengan cikgu heboh yang amat macam lah anak kau kena dera sampai koma .. tapi aku sebagai kakak yang solehah lagi mithali kesian dengan faris ni .. bukan la aku nak cakap dia ni baik sangat .. nakal la jugak tapi tak ada lah sampai nak buat eksperimen toreh tangan orang ..

Aku kalau dapat budak lahanat tu memang aku pakai pisau mak aku toreh tangan dia kaw kaw sambil tulis
'AKAK TOREH LAGI CANTIK TAU TAK??'

mangsa buli masih mampu tersenyum ..


love, ZIEMA





January 23, 2011

Pernah dengar tak Sihir PELALAU

:)
Siapa siapa yang bernama PEREMPUAN. WANITA. GADIS sila lah baca dengan jaya nya OK! ! *wah dah macam penting sangat ni huhu ...

Tahu tak sihir pelalau tu apa? ala dia macam sihir tolak jodoh lah .. selalu kena pada orang perempuan yang mungkin pernah buat seorang lelaki berdendam kat dia sama ada sedar atau tidak .. tak pun lelaki itu sengaja mahu perempuan itu tak bahagia ..

Aku cakap ni sebab berlaku kat seorang cousin aku .. She is over 30's and still tak kahwin kahwin lagi kau tahu tak? OK dari segi psikologi memang lah kita akan cakap jodoh dia belum sampai ke apa ke kan? tapi aku rasa tak salah kita mencuba kaedah lain ..

Yang nak dijadikan cerita cousin aku ni asalnya nak tengok la cousin dia yang lain berubat .. masa tu makcik aku ikut sekali .. owh yang ubatkan ni adalah seorang ustaz OK .. yang bertauliah dan hanya menggunakan ayat alQuran .. tak main la pakai bomoh bomoh yang sikit sikit nak menjampi ada kemenyan bagai tu ..

Mula mula cousin aku duduk and ustaz tu macam scan kat tangan and peha sebab jin suka lepak kat situ .. lepas tu ustaz tu suruh baring sebab dapat detect benda tu OK!! Jin tu lepak kat peha cousin aku maka ustaz itu telah menekan peha beliau sampai lebam gila gila .. Makcik aku cakap memang masa tu bukan suara dia and sampai orang lelaki kena pegang sebab kuat lain macam tenaga beliau itu..

Bila ustaz tu tanya dah berapa lama lepak dengan selamba jin itu cakap 10TAHUN!
OMG! gila kesian weh .. makcik aku suruh ustaz tu tanya siapa punya kerja sebab geram punya pasal kan? mula mula tu ustaz tu tak nak sebab yelah macam mengaibkan lak .. tapi makcik aku nak juga tahu.. 10tahun beb!! kalau kahwin tu dah 3 anak kot?

Then yang keluar dari mulut cousin aku which is suara jin itu adalah H (boyfriend cousin aku di kala zaman beliau muda muda)
FYI, H ini yang tinggalkan cousin aku tanpa sebab kahwin dengan orang lain .. kau tak rasa macam WTF ke tiba tiba hantar jin padahal cousin aku tak ada pun cari pasal? huh manusia yang kejam!!

And sekarang aku yang jadi takut pulak kan? mana tahu kot kot ada apa apa ke kat dalam badan aku? eh eh tak nak lah .. ni ada sikit doa aku nak kongsi ..


Yang penting jaga solat .. sebelum tidur tu baca doa, surah 3Qul and ayat kursi ..

Kepada lelaki di luar sana .. sila lah jangan ada niat nak buat benda benda ni .. sihir ni dosa besar weh .. kalaupun ada perempuan tu buat jahat ke silalah maafkan .. macam aku ni ha.. kena tinggal dengan boyfriend kaw kaw pun rileks je *padahal bengang gila .. tak perlu kot nak balas dendam ni..
Biarlah Allah je yang uruskan .. Dia tahu apa yang kita tak tahu .. kan kan??


love, ZIEMA



January 22, 2011

Nak jadi baby balik!

Owh aku tengah serabut ni!!
Hari ini adalah hari pertama aku period .. err perlukah cakap? perlu! sebab emosi aku sangat tak menentu sekarang ni. dengan period pain aku yang tak pernah nak kurang ..

So sila lah jangan cari pasal dengan aku ye kalau tak nak kena maki .. sebab mood aku memang sangat sangat bad ni!
Semalam adik aku cakap kat Danga City Mall ada sale sampai 70%! Handbag brand Bonia tu beb! OK have to admit. aku adalah seorang shopaholic yang gila nak shoping padahal tak sedar diri tak ada duit .. hari tu pergi Times Square dengan tuan juga dengan Aimie bersama tuan beliau buat aku lagi gila ok! baju semua stok rm20-40 sahaja ok! tak suka perasaan ni!

Dah lah sekarang ni aku adalah penganggur terhormat yang masih belum beria nak hantar resume lagi .. tengok member member semua dah kerja buat aku jeles!
Kenapa kena cari kerja? Kenapa kerja tak cari aku?
Owh sebab aku adalah bukan seorang student yang gempak gila macam bagus sangat orang nak cari aku walhal orang yang gempak pun cari kerja .. dah dah merapu lah kau ni!

Kenapa kena rasa semua ni? kena period lepas tu dapat pulak period pain? kena belajar gila gila lepas tu kena cari kerja lepas tu kena bayar balik loan PTPTN?? kenapa mesti rasa nak shoping je???

Kenapa? kenapa? kenapa??

Kan best jadi baby (>_<)
Tak payah pun nak fikir benda benda ni... setakat orang geram cubit pipi kau ada apahal kan?

diam! caye ngah mam ni. ebok je!
*saya tengah makan ni. sibuk je!



love, ZIEMA



January 20, 2011

Ini adalah entry EMO

Tadi kan .. kan .. kan... masa kat facebook komen komen dengan seorang kawan ni kan .. beliau telah menasihati aku .. err serius weh terharu. sebak. menangis ...

Semalam juga aku baru saja tahu cerita pasal kawan aku yang pada pendapat aku sangat besar dugaan dia sampai dia cakap kat aku hampir nak bunuh diri! OK nasib baik dia hidup lagi .. bunuh diri itu adalah sangat berdosa besar ye kawan kawan ..

Bila aku dah mula bahagia sekarang .. kadang kadang aku takut .. memang gembira tapi tak boleh lari dari berfikiran yang bukan bukan ..
Bila bercakap tentang satu hubungan .. aku makin sedar .. masa bukan ukuran .. ada yang bertahun tahun bercinta tapi lastly tak ke mana .. ada yang sangat singkat hubungannya tapi bahagia akhirnya ..

Betul! aku sendiri pernah melihat .. merasai ..
Dan bila aku tengok sendiri .. memang betul .. jodoh dan takdir tak ada siapa dapat halang ..

Tapi bila orang yang kau sayang tu dengan senang blah lepas tu tak sampai 6 bulan dia boleh kahwin dengan orang yang sama sama hancurkan hidup kau tu ..
Itu patut dikata takdir dan jodoh ke?

Aku tak ada hak nak kata apa .. yelah orang kata jodoh ajal maut urusan Tuhan! memang aku percaya ..
Dan aku percaya juga .. satu hari akan ada peringatan dari Dia .. ada hikmah yang aku sendiri takkan jangka.

Bak kata orang putih , 'What goes around comes around'
Bak kata orang melayu , 'Buat baik dibalas baik .. buat jahat dibalas jahat'

But i just like my friend's quote ni .. really nice ..

klik gambar untuk kejelasan

Terharu weyh! sungguh :')
Emosi aku bermain main !!
Sunnguh EMO aku di kala ini!


love, ZIEMA



January 19, 2011

Commission Parade UPNM . Congrats to all Captain!

Wah .. rasa macam dah lama gila lah tak update blog sayang ni.. heee .... aku sibuk lah. last weekend hari itu memang aku dah tak ada kat rumah .. turun KL sebab nak attend Pentauliahan Diraja kat UPNM .

Tak tahu UPNM tu apa? ala dulu orang panggil ATMA .. tak tahu juga ATMA tu apa? lantak kau lah siapa suruh main game 24 jam lepas tu tak baca surat khabar! padan muka kena marah dengan aku ..

Owh masa kat KL aku lepak rumah kawan aku Miss Aimie Hazerin sebab kami gerak sama sama. dah nama tuan kapten kami adalah rakan baik selama 5 tahun maka haruslah kami sama sama bergabung tenaga untuk menuju ke sana! wah ayat agak bersemangat di situ ye .. ehheeee ....

Oleh kerana event start pukul 8am, maka aku dan Aimie telah bergerak pukul 6am .. pergh memang awal gila nasib baik bangun awal. tu pun beliau tersedar pukul 3am aku pula 3.15am sebab excited punya pasal haha ..
Memang lepas aku solat subuh terus gerak lalu terpaksa mekap dalam kereta .. fuh nasib baik cantik ..

Sampai sampai je memang dah beratur kereta nak parking. kau bayangkan lah yang datang dari jauh tu punya la kesian kan? nak buat macam mana. and nasib baik aku and Aimie dapat port cantik. dapat lah duduk dengan senang hatinya hehe ...


Tapi Alhamdulillah sangat sangat sebab cuaca pun tak panas and kawad pun sekejap je .. lepas itu mereka semua kena pergi dewan untuk ambil watikah pula .. so kami yang tak dapat pergi ni lepak lah sambil ambil gambar feeling feeling model gitu haha ..

from left : Tasha, aku dan Aimie


masa ni sesi watikah dah habis so kami pergi ke dewan..
from left: Aku, Aimie, Ifa


Tuan tuan Kapten bersama ehem ehem ...

 Aimie dan tuan beliau ..

lawak gila gambar ni weh! hahaha ....


Congratulation to all Captain! ! ! !

All of you have done a good job!
Kerja dengan bersungguh sungguh ok :)

Owh kepada tuan saya ............
ANDA MEMANG SUPERB!!!!!!!!!!!!! (^_^)


love, ZIEMA



January 12, 2011

Qushairi a.k.a Qi buat aku tergelak

Semalam kan buka lah TV dan tengok channel TV9 .. lepas tu masa tu rancangan Destinasi Bajet .. then destinasi kali itu *betul ke bahasa aku ni* adalah TAIPING .. dah lama rasanya episod ni. ulang balik kot.

Waa kampung abah aku woi! dah lama tak balik kampung .. pergh dalam rancangan tu memang dia cerita kaw kaw lah pasal Taiping pasal Bukit Larut, Kuala Sepetang, Mee Udang yang tak sedap langsung, Restoran Doli yang sedap serius weh sebab tauke dia yang masak. Eh eh apa pasal aku sibuk sibuk promote Taiping ni?

OK come back. come back!

Yang aku nak ngumpat bagitahu ni bukan pasal Taiping tapi pasal pengacara rancangan ni la. siapa lagi kalau bukan encik Qi yang sekarang digosipkan bercinta dengan Yuna tak kisah lah asal kau bahagia heeee ..

Ni aku bukan nak tegur ke nak kutuk ke sebab aku pun tak adalah perfect sangat. situasi dia macam ni eh.

Masa tu tak silap aku dah end of show. lepas tu dia playback mana mana shoot yang tak jadi yang macam kelakar tu. masa kat Bukit Larut dia ada jumpa kawan dia ke aku tak ingat tapi gayanya macam kawan lama gila tak jumpa. kawan tu pula bawa awek ke bini aku tak tahu. yang pastinya perempuan tu BERTUDUNG DAN BERBAJU KURUNG OK. 


Yang buat aku bantai nak tergelak dengan mak aku sekali ni sebab masa tu dia nak blah. dia salam la kawan dia tu kan. lepas tu dia boleh hulur tangan nak salam perempuan tu. nasib baik perempuan itu sangat bijak so beliau hanya tunduk dan tidak sambut huluran tangan itu. lepas tu Qi ni pun macam cover malu juga la kan.

Adoi bang! kan dah malu :p
Aku ni bukan alim sangat ke apa tapi rasanya benda tu kan basic.
LELAKI DAN WANITA BUKAN MUHRIM HARAM BERSENTUH TANGAN KAN?

Dan Qushairi Razali rasanya orang Islam.
Lain la kau ni Qunasegaran ke .. Qi Yu Wu ke .. err
Boleh lah dimaafkan rasanya ..
 
Aku pun berharap sangat la mana mana pengacara ke alert dengan benda benda macam ni. memang nampak remeh tapi kesannya besar weh!
Apa apa hal pun Qi. kau memang best lah!  :)

gua pegang kerang lah! lu orang boleh ke?? huh..
  
love, ZIEMA



January 11, 2011

STALKER! ! !

Kelmarin kan ada la seorang hamba Allah telah add aku. and actually im already knew her. tapi aku remove sebab aku rasa macam tak ada kepentingan mahupun kebaikan untuk aku approve dia ..

Then PM pula kat inbox aku .. OK aku layan je la kan sambil menanyakan konon konon mana dia kenal aku tapi jawapan dia 'entah' .. she just show her silly mistake babeh!!


Kau tak rasa macam ...... apahal perempuan ni? boleh ke kau tak kenal orang tu tiba tiba boleh cari lepas tu add? lain la ada someone yang mutual friend ke kan?

Maka setelah aku cakap pusing pusing dia dengan sukarela mengaku dia tu siapa and kenal aku dari siapa.
Lepas tu aku dengan gaya seorang advisor mula lah menasihati beliau supaya tidak perlu lah nak sibuk hal orang dan silalah buat hal sendiri.
Kau tahu apa alasan dia? nak tag kad kahwin! ! logik kah? aku rasa macam perempuan ni saja cari point nak rapat rapat dengan aku tanpa sebab. maka dengan itu aku telah juga menasihati beliau dengan jayanya lagak seorang pakar motivasi ..

Setelah itu aku adalah mengadu kat someone tentang perangai perempuan ini. agaknya dah kena sound. maka dengan tiba tiba dia maki aku ..

Fuhh ... memang aku angin!

klik untuk mengkantakan

Kau tengok apa aku balas? kurang ajar tak aku??
Memang kurang ajar sebab ada orang yang aku tak pernah jemput tiba tiba datang lepas tu nak maki aku .. lepas tu pun ada lagi mesej berjela aku bagi tapi rasanya tak perlu lah nak tunjuk ..
Silap besar la kan .. he he .. memang lepas tu aku terus block perempuan tu so aku pun tak payah nak ambil tahu hal siapa siapa ..

Sorry .. i dont like wasting my time for such a useless person! banyak benda lain aku boleh buat..

Rasanya tak payah la bercita cita nak jadi stalker ni .. buang masa kau je .. kau baru tunjuk betapa bodohnya kau di mata aku .. betapa BIMBO nya kau nak maki maki aku tanpa sebab ..

Sumpah kelakar! ! ! 
Booooooooooooo .... !!!!!!!
love, ZIEMA





January 9, 2011

Duda HOT!!

Haa .. ni aku ada nak advertise sikit ..
Duda anak enam. siapa nak? hensem woo .. tak tipu punya!

Ha ha! ! dengar duda je mesti nak tengok .. rileks .. abah aku la .. beliau duda sebentar sebab mak pergi keluar dengan member beliau semalam .. oleh kerana aku bosan maka aku dengan penuh keyakinan memasang strategi menyuruh fatin mengajak abah pergi jalan jalan hilangkan bosan .. dia pun memang nak cari hadiah untuk parti harijadi kawan dia. so kira macam alasan la kan? he he ...

duda sedang melihat dan memilih supplement yang sesuai untuk beliau

Maka anak anak beliau memilih untuk bergambar kerana boring gilaaaa!!

ni kerusi yang untuk poo poo tu ke?

budak ni tetiba peluk aku!
padahal kat rumah derhaka ni .

masa ni bergaduh nak beli supplement mana satu.
rasa nak lempang sebab memekak.







Aku rasa orang yang tengok mesti cakap,

'Kesiannya dia ni. bini dah tak ada ke? bagusnya bawak anak anak jalan jalan'

Fuhhh.. kalau every weekend macam ni kan bagus .. dapat paw abah .. best tu .....

Malam tu mak balik OK. maka abah terpaksa membuang title duda itu ..


P.S. mati aku kalau mak abah baca ni! err

love, ZIEMA

January 8, 2011

Aku rindu saat saat itu

Aku ni sebenarnya memang tak ada kawan kat rumah .. hah jangan nak ingat aku ni sombong ke riak ke apa ke eh .. memang pindah sini tak sempat nak buat kawan ..

Aku pindah pun masa aku form 4 which aku tinggal hostel .. balik pun bila ada cuti panjang je. habis sekolah aku sambung belajar pulak . dengan family aku yang pindah randah kat sini ada lah dalam 4 kali dalam masa 7 tahun kau boleh lah bayangkan betapa tak mampu aku nak buat kawan ke nak bermesra ke ..

Pula tu ramai kawan kawan aku kat KL .. so bila ada gathering ke aku selalu terlepas .. sedih sangat woooooo! lagi pula bila kawan kawan kahwin ada yang aku kena let go .. kau bayangkan minggu ni kahwin minggu depan kahwin .. JB-KL for me is quite expensive and tiring .. 4 jam weh dalam bas itupun kalau tak sesak .. lain la aku anak orang kaya boleh naik flight kejap gila lepas tu booking mana mana hotel takpun abah aku itu telah membelikan aku kereta ..

So bila dah sorang sorang ni aku mula lah gelabah .. aku jadi macam bodoh sebentar .. tak ada kawan nak hang out sama sama .. nak share problems .. nak gelak nak nangis sama sama .. yang boleh layan mulut aku yang non stop bila berkata kata ni .. yang temankan aku bila aku aku macam lost ..

Guys! ! ! !
Miss all those moments damn much!
:'(


love, ZIEMA



January 7, 2011

Camwhore yang entah apa apa

Teringat bila tengok America's Next Top Model .. aku dan kak Lea sangat suka berangan macam entah apa apa je .. dia jadi Naima aku jadi Kahlen .. wakakakaka .. lepas tu entah apa apa cakap kat orang kitorang ni terpaksa retired jadi model gara gara kemalangan and terpaksa buat surgery bagai sebab tu jadi muka Melayu..
Oh shit! siapa siapa yang pernah dengar we all merapu meraban itu tahulah betapa keanak anakan kami ini..

Tapi kali ni aku memang boring! again boring!
Lalu memilih untuk pose ala ala model majalah macam bagus bagus je lantak lah suka hati aku ada aku kisah? *tiba tiba nak marah tak tentu pasal*


gelak tiba tiba .. entah apa yang kelakar ..
background almari telah bekap aku ..


 Meluat kan? ahahaha... tak apa tak apa.. aku faham betapa menyampah tengok orang ambil gambar sorang sorang lepas tu pose buat mimik muka macam macam .. grrrrr


Owh tadi google-ing kejap nak tengok apa definisi camwhore .. so jumpa la kan ..

The term "camwhore" is also used to refer to individuals who post pictures or videos of themselves on the Internet to gain attention.


Whoaa! ! dengan itu aku bukan nak perhatian OK!
Jangan nak cakap aku perasan model ke apa ke .. 
Tak suka diam diam je...
Kalau suka aku tumpang gembira .. he he ...


love, ZIEMA



January 6, 2011

What does friendship mean?

Owh potret still in progress ok :) *tiba tiba je*

Hari ini kita akan membincangkan topik mengenai apa itu erti persahabatan yang sebenarnya .. wahh dah macam dalam rancangan bual bicara bersama Ziema .. OK aku perasan .. sorry .. errrr

Aku sebenarnya macam agak tak berapa suka lagi lagi bila nak mengata pasal orang ni .. yes!! MENGATA PASAL ORANG!!!  jahat kan mulut aku ni? things come out with a reason .. so ada sebab kenapa aku macam nak kutuk lepas tu angin tak tentu pasal .. again .. about friendship!

OK ini pendapat aku sendiri .. sangat susah nak cari atau jumpa orang yang layak kau panggil sahabat takpun kawan baik ataupun best friend .. eh bukan sama ke dua dua tu? heee ....

Orang itu layak dipanggil sedemikian kalau dia sanggup susah senang dengan kau. yang tak kisah nak datang kat kau walaupun dia sendiri ada masalah. walaupun die sendiri sibuk dengan hal dia.

Tapi aku cukup pantang kalau kau adalah kawan aku tapi bila aku jatuh tak pernah nak ambil tahu hal aku even bertanya khabar .. aku bagi mesej tak balas.. tapi bila aku dah bangun dah cukup kuat tiba tiba mesej aku ajak aku keluar semua ..

'Ziema .. dah lama tak dengar khabar kau . busy bebenor aku ni ha. tapi sekarang aku dah free. jom la keluar hang out sama"

Selagi aku tak balas selagi tu asyik la tanya bila boleh keluar siap dengan hormatnya suruh aku pilih tarikh masa tempat bagai . yang lagi tak boleh blah dia ajak aku keluar masa esoknya aku ada paper yang aku repeat .. suruh aku study balun habis habis lepas tu hang out dengan dia one whole day konon nak lepaskan tension ..

Asbestos lah kau!
Kalau aku kantoi paper tu kau boleh tolong ke? sory eh .. dengan segala hormatnya juga aku malas nak layan orang macam kau .. bila kau konon free dah tak busy semua baru nak ingat aku .. habis aku ni free memanjang ke? 

And even we had known each other for 8 years, it does not mean that you are really can be called a FRIEND .. sory aku tak ada kawan macam tu .. bukan aku buang kau tapi kau yang mulakan dulu ..

And sepanjang aku hidup ni pun tak ramai yang aku boleh panggil true friend .. memang susah nak cari ..


 yang ni tak payah aku cerita.
she's the best in my life :)
lea!
you are the best thing that's ever happened to me ..
*aku rasa lepas baca ni mesti beliau bangga juga sedikit riak*


curi pic dari facebook
 ini memang best friend aku dari sekolah rendah sampai menengah . tapi lost contact bila aku pindah sekolah rumah semua .. but yet still contact each other and sekarang pun beliau dah bertunang. and bulan 5 ni beliau nak kahwin and i will be her bridesmaid! best! ! ! 
and honestly aku tak pernah gaduh atau kecil hati dengan dia ..
sory nisa gambar kita berdua tak ada lah dalam soft copy :(



Macam aku cakap .. susah nak cari kawan yang betul betul boleh dipanggil kawan ..

Hey!! nilai balik apa itu persahabatan ..
Appreciate it because a true friend is hard to find! !


love, ZIEMA





January 5, 2011

Nak lukis potret balik lah..

OK. Diumumkan aku sangat boring gila babas kat rumah ni .. dah tak tahu nak buat apa rasanya .. skill memasak aku sudah melayakkan aku menjadi seorang isteri solehah .. skill menjaga bayi dan kanak kanak pun sudah boleh menjadikan aku seorang ibu yang mithali ..whoaa! ! hina tak statement aku? agak agak nak lempang 90 darjah tak? ?

Tengah duduk mengelamun memikirkan siapa calon suami malam tadi buat aku tiba tiba teringat.
Owh aku sebenarnya dah lupa talent aku yang satu ni. talent melukis potret! hebat tak? *soalan yang seakan mahu riak macam bagus je*

Serius sangat lupa. biasa lah sibuk sangat menuntut ilmu juga gigih membaca menghafal mengira dan segala me.. melukis pun aku dah lupa hikhik ..

Mana aku tahu aku ada talent ni? seingat aku masa tu aku form 1. masa tu tak silap aku nak dekat hari merdeka and semua student kena involve pertandingan ni. tapi boleh lukis kat rumah lah. maka aku dengan bersemangat kemerdekaan bagitahu emak pasal pertandingan ni. mula mula aku pilih muka Tun Mahathir. uihh susah juga lah nak lukis lagi lagi cermin mata beliau itu. tak jadi so aku pilih Tunku Abd Rahman. yang ini pun ok juga lah. part songkok senget tu aku suka hee.. mak lah yang ajar aku sebab mak pun ada talent melukis sebenarnya ..
Bila hantar aku tak sangka la kan dapat masuk final. tapi masa final pun aku tukar. aku lukis muka Tun Hussein Onn. punya lah gigih aku berlatih kat rumah and alhamdulillah aku dapat 1st prize. hadiah dia aku dah lupa.

So start dari hari tu punya membara aku melukis potrait. siapa ek yang jadi mangsa? seingat aku muka Kajol, Shah Rukh Khan (zaman tengah gila hindustan), P Ramlee, Siti Nurhaliza .. lagi siapa entah aku dah lupa. lukisan tu pun entah mana aku buang. yela berapa kali pindah sampai aku pun dah tak ingat kat mana. duhh.. menyesal pula buang karya sendiri.

So sekarang aku dah nak asah balik talent aku ni .. maka haruslah menyiapkan segala pensel , pemadam juga kapas .. rasa rasa boleh tak melukis balik ni?



Nanti insyaAllah kalau dah siap aku tunjuk kat entry lain tau .. *macam ada orang nak tengok je*
Lepas ni kalau ada tanya sekarang buat apa ke kerja apa ke ..
Maka aku akan jawab dengan yakinnya,

'Sekarang ni busy buat part time lukis muka orang'

Mana kawan kawan yang aku tak balas mesej ke .. tak angkat call ke sory eh .. aku busy..
Gua orang seni beb ! ! ! (>_<)


love, ZIEMA



January 4, 2011

Ini baru betul penkek!

Ingat lagi tak entry pasal penkek aku yang suka hati aku je bagi nama penkek? yang kak lea gelakkan aku walhal beliau yang berlari lari ke dapur untuk menyibuk nyibuk nak ambil port juga sebenarnya nak merasa makanan ciptaan aku itu ..

OK. sekarang no more penkek yang terhasil daripada tepung gandum .. aku dah mampu menghasilkan real punya penkek! *bercakap dengan nada bongkak lagi angkuh*

Hari tu tak ingat hari apa hari Ahad kot. mak tiba tiba cakap nak pergi shopping barang keperluan dapur dan rumah. owh itu adalah saat saat paling ku nantikan saban bulan sebab dapat suka hati aku main ambil segala barang barang keperluan aku lalu dengan selamba campak dalam troli tinggal nak tunggu abah bayar je. bagus tak strategi aku? memang baguss ..........

Lepas tu masa tengah sibuk pilih pilih barang aku ternampak kotak tepung penkek.
Lalu aku dengan gaya drama queen terus saja cakap kat mak.

'Mak. nak beli ni boleh tak? 

'Pe benda tu? tak nampak lah'. 
*owh lupa mak rabun aku pergi tunjuk dalam jarak berapa sentimeter ntah*

'Tepung penkek ni. nak buat sendiri la. selalu kan mak. bangun pukul 4pagi pergi McD tu dengan lea ngan begum sebab nak makan penkek punya pasal'
*sambil buat muka kesian macam lah tak boleh pergi McD tu pukul 9 ke 10 ke *

'Beli je lah.
*mungkin mak simpati dengan nasib anak perempuan beliau yang gigih bangun pukul 4pagi semata mata demi penkek*


Balik tu excited punya pasal aku terus buat dengan jayanya. betapa batak lagi jakunnya aku dengan penkek ni. padahal penkek adalah dicipta untuk breakfast .. tapi aku buat dinner .. serius batak jakun!


kalau korang nak beli aku suggestkan brand ni. sebab ada brand yang kau kena tambah telur lah apalah serius boleh hilang mood nak masak. yang ni hanya tambah air atau kalau nak creamy boleh lah kau letak susu ..

yang ni memang wajib ada. kalau tak kau makan penkek tu rasa macam tisu tandas .. errrr


Dah la tu. takkan nak tunjuk cara cara nak masak pula kan .. bukan aku masak chicken chop ke lasagna ke apa ke .. masak penkek sangat senang ok..

Sekian ..
Aku tak perlu geledah dapur lagi nak buat penkek fake (^_^)


love, ZIEMA



January 1, 2011

Sambut tahun baru! ! !

Owh minta maaf ye .. aku tak sambut tahun baru kat mana mana .. tak ada pun pesta muda mudi tengok bunga api bagai tu .. TAK ADA ok .. duduk rumah tengok tv masuk bilik online lepas tu terlelap sedar sedar sudah pagi .. itu lah cara aku sambut tahun baru.

Seingat aku last aku dan keluarga sambut tahun baru a few years ago tapi tahun bila aku tak ingat .. abah dengan semangat tahun baru pergi sewa hotel Thistle (dulu Hyatt) yang menghadap dataran bandaraya johor bharu itu semata mata nak bagi kitorang tengok bunga api .. bak kata abah tak payah nak bersesak sesak .. tengok depan mata tak payah nak dongak .. bagus punya idea he he ...



Tapi sekarang dah tak ada la kan tiap tiap tahun nak sewa hotel bagai .. tadi aku tengok berita pun dalam 70,000 orang celebrate new year kat KL nun .. bagus lah kalau sambutan itu diadakan atas semangat perpaduan .. tapi yang tak syok bila celebrate sambil sambil melayan aksi aksi tak senonoh .. bila hotel hotel bajet dipenuhi dengan pasangan pasangan romantik yang konon nak celebrate new year .

Dan aku sangat pasti bulan September ni maka banyak lah kes kes buang bayi .. hurm no komen .. aku pun belum kahwin tapi aku sangat sangat berharap dijauhkan dari semua ni ..

Macam aku pernah cakap sebelum ni .. kau nak beraksi dengan pasangan kau silakan .. aku bukan menyokong maksiat ni .. tapi kalau nak sangat buatlah. itu antara kau dengan Tuhan .. tapi tolonglah prevent something so that bayi bayi ni tak terhasil dari perbuatan bodoh kau itu ..

Owh teremosi pula ..
Selamat tahun baru ye! semoga tahun baru ni memberi sejuta rahmat dan rezeki buat kita ..


love, ZIEMA