Followers

August 25, 2011

Tutorial Doodle

OK macam yang aku janjikan entry hari itu kan. Ramai kowwtt menanya segala. Sabar ye sayang. Tangan saya ada DUA. Bukan sembilan bukan empat belas. Kenapa aku cakap sembilan dan empat belas ni?

Dah dah direct to the point. Lets unveil the secret ececeh.
Actually aku pakai MICROSOFT EXCEL SAHAJA. Iye aku tahu software itu untuk buat kira kira and aku salah sorang hamba Allah yang tak expert pakai. So sekarang kau boleh pakai hehe.

Tak payah pakai Photoshop. Aku pun pening nak belajar pakai software tu. (Yang sebenarnya mudah berputus asa)



Mula mula buka Excel. Macam aku pakai ni 2007 punya. Tak kisah pun apa apa boleh saja.


STEP 1 : Insert shape. Macam aku bagi ni contoh je. Kalau nak buat kening tu aku pakai shape ARC. Mulut pun sama pakai CHORD. Nak tukar shape lain pun boleh ikut suka kau lah.




STEP 2 : Cara buat tudung. Insert OVAL and tepek kat muka doddle ni. Lepas tu klik kanan > Send to back.



Dia akan jadi macam ni

-
-
-
-
-




STEP 3 :  OK kalau ada shape yang bertindih tindih ke apa ke kau just adjust.  Klik kanan > Send to back / Bring to front






STEP 4 : Half complete. Sekarang sila lah insert colour. Kalau nak letak corak pun boleh ikut suka kau lah.    Aku malas. Hewhewhew.





STEP 5 : Lepas dah siap colour segala, klik kat picture tu. Lepas tu klik Ctrl + A. Then klik kanan > Group




STEP 6 : Then klik kanan > Copy






STEP 7 : Open Paint. Edit > Paste > Save as. OK dah siap jadi la camni :)




Kalau nak buat doodle lelaki pun senang je macam ni juga stepnya. Sama saja.

Err faham tak ni? Sory kalau tak faham aku ni tak pandai sangat ajar ajar ni. Kalau tak faham sila bertanya ye.
Takpun tengok sini dan sini.

Kredit to Siti Hanisah and Nurdani  (^_^)


Selamat mencuba kawan kawan! Hurk!! 


thanks sebab baca

love, ZIEMA



August 24, 2011

Doodle Yang Senang

Haritu aku ada baca blog orang.

Dia tunjuk tutorial buat doodle.

Ok fine aku dah lama mengidam nak doodle. Kot kot lah ada orang nak buat kan ke. Memang ada tapi macam kena masuk contest siapa cepat dia dapat ke apa entah. Bab berebut rebut ni aku tak boleh. Kang ada yang benam benam muka kat bantal terkinja kinja atas katil lantaran gagal merebut peluang tersebut.

Dah malas nak panjang cerita.

Ni first attempt aku. FIRST ok. Memang agak tak cantik. Ehehehe.




Sumpah senang!

Masa aku post kat FB ramai tanya. Yang nak order pun ada. Eh bukan aku tak nak buatkan lah tapi aku nak kongsi dengan korang cara nak buat. Mana tahu hasil anda lagi cantik dari saya? Kalau suruh aku buatkan ke ok je. Nanti aku buat tutorial ye.

Aku masa dapat explore buat benda ni sampai tak tidur sedar sedar dah nak sahur. Gigih tak? Adik kau darjah satu pun boleh buat (^_^)

OK tu je nak cakap.
Babai.

thanks sebab baca

love, ZIEMA



August 23, 2011

Kalau Mulut Tak Mampu

Bukan senang nak tarik orang ke arah kebaikan. Ibarat ajak pergi ke masjid menunaikan solat berjemaah. Lain lah kalau perkara perkara lagha ni. Contoh macam berkaraoke, tengok wayang dan sebagainya. Tak payah tunggu pergi. Jam tu juga terus online nak booking

Begitu juga kalau soal berhijab ni.
Takkan dengan semena mena pergi dekat kawan kau sambil berkata,

'Wei esok kau pakai lah hijab ni. Tutup aurat sikit.  Kaki kau tu tak cantik, rambut kau kejung kejung hasil rebonding tak jadi. Tu ha lemak lemak kat babat kau tu sumpah wei buruk!' (sekadar contoh)

Kemungkinan putusnya tali persahabatan akan berlaku oleh kerana niat kau yang baik telah di overshadow oleh mulut kau yang perggghhhh celupar gila tu.

Tak guna mulut pun tak apa.
Aku pun ada juga berhadapan situasi macam ni. Apa kau ingat aku memilih kawan ke sampaikan yang sexy mexy tak boleh kawan dengan aku? Tapi kawan aku tak lah buruk malah howwttt gitu. Sumpah kalau aku lelaki bisa cair hatiku dibikin olehnya.

Err tapi yelah. Kadangkala teringin juga nak tengok dia pakai hijab. Bukankah manis bila semua yang terbuka itu ditutup lalu dipersembahkan kepada sang suami sahaja?

Even mulut aku macam celupar and honest tapi aku belum ada kekuatan nak tegur tegur directly ni.
Cara aku??

Beli baju yang cantik cantik tapi jangan mahal sangat. Lepas tu saja tunjuk kat kawan kau betapa baju baju labuh lagi menutup ni cantik dan murah instead of baju baju dia yang tak cukup kain dan mahal.
Then? Pakai lah depan dia.


Percaya tak baju ni aku beli kat pasar malam, RM10?


Lepas dah tunjuk baju cantik tutup aurat tu kau tunjuk lah pula cara cara kau belit lilit shawl cantik tu. Haip haipp. Please ye you all... Kalau nak ajak orang berhijab ni tak payah la nak ajar complicated sangat bimbang nanti beliau berubah fikiran lantas tidak mahu menutup rambutnya. 

Unless kalau dia berminat dengan style lilit ala ala Hana Tajima ke, Hajimah ke eh eh Hajimah pula salah cakap. Eheh. Kalau dia berminat dengan gaya gaya terkini ok fine pergi lah kau ajar dia asalkan niat untuk berhijab itu masih utama. Kejadah kalau berhijab nampak leher ke tersembul sembul ke kan? So ajar dia pakai hijab in a very appropriate way :)

Nak tunjuk ke cara cara pakai hijab?
Tak payah. Buka YouTube kau belajar sampai lebam. Ok babai.


thanks sebab baca

love, ZIEMA





August 22, 2011

Persiapan Raya

Family aku bukan jenis yang membeli belah di saat Ramadhan sudah tiba. Walaupun sale menjunam junam tapi kami adalah sangat kurang prihatin dengan taktik peniaga sekalian.

Sebab?

Malas nak menempuh sesak sesak orang ramai lepas tu kalau kau terbodoh kejap harga baju raya yang hanya RM70 boleh jadi sampai RM150.
Owh yes akak pernah buat survey wahh kelassss tak akak ni? Hehehe. Sebelum Ramadhan aku datang tengok tengok. Masa Ramadhan pun aku tengok konon macam nak beli sekali harga dia up melambung lambung.

So tahun ni sebelum Ramadhan semua dah setel. Legaaaaaaaaaaa

Tahun ni macam biasa buat baju. Nak beli macam susah lah. Lengan terpendek lah. Kain tak labuh lah. Manik banyak sangat macam lah aku mak datin nak pergi parti tupperware. Corak tak berkenan lah.. Lah lah lah! Kenapalah ada saja kekangan untuk aku bercantik cantik di pagi raya dengan baju ready made? Duhh

Sekarang aku sedang gila nak kumpul jubah. Yes ia perlu ada di setiap wardrobe anak gadis tahun ni. Selain cantik ia juga mudah dipakai selain tak perlu digosok. Hehehe. Nampak sangat aku adalah si gadis yang pemalas. -_-'

Cuma tahun ni aku macam semangat sangat nak jahit manik manik di baju. MANIK ok. Padahal minggu depan nak raya. Mampukah? Hurmm kita tengok. Kita tengok....




Owh jatuh chenta sebab baju aku pun kaler hijau. 



Ni pun santek juga! Wargh!!



Ok simple namun tetap santek. Yeay!

Kena gigih ni belajar memandangkan aku seorang yang mudah putus asa. Macam aku cakap dulu la kan. Add Math aku dapat 8E. Bangang kan? Benda complicated yang menguji kesabaran aku mungkin dapat diatasi dengan kesungguhan. Chaiyok!

P.S. Semalam masuk Watson lepas tu sensor kat main entrance tu bunyi bingit satu shopping complex boleh dengat kowwttt. Bodoh betul lah. Mesti orang ingat aku mencuri alat alat mekap. Ok itu je nak cakap. Babai


thanks sebab baca

love, ZIEMA



August 17, 2011

Wordless Wednesday


Errrrrr

Rasa nak kahwin lah.

Lariiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!



thanks sebab baca

love, ZIEMA



August 16, 2011

Dua Orang Ustaz Ni

Suka dengar ceramah tak?
Alaaa tentu jawapan korang 'boleh la...' bukan 'suka!!'. Kan kan?

Nak cakap suka sangat dah tentu hipokrit namanya begitu juga aku. Tapi selalu la kan kalau dengar ceramah mesti mengantuk. Macam boring sikit lah. Tak kisah lah ceramah agama ke, motivasi ke, kesihatan ke, kecantikan ke, kalau cara tak kena dah tentu tentu kau fikir empat belas kali nak datang balik.

Macam itu juga aku. Lagi kalau ceramah agama. Aku bukan lah nak kutuk ke apa lagi lagi bulan Ramadhan Kareem ni tapi susah nak tengok ceramah agama yang boleh attract orang khusyuk at least 30 minit. Selalu 15 minit dah terbayang apakah aku perlu hadiri ceramah ini lagi? Atau kena buat buat uzur takpun sangat tak larat lalu tidak dapat menghadiri ceramah itu?

Tapi bukan lah aku nak cakap ceramah agama ni tak bagus gila apa kau ni kan bagus ceramah macam tu boleh meningkatkan ilmu agama kita yang sangat cetek ni -_-"
Tapi mungkin lah penceramah terlalu membaca teks ke hafal ke tanpa ada unsur unsur kelakar lawak lawak yang bikin hati kita geli hati mendengarnya.

Sekarang ni aku enjoy sangat dengan dua orang ustaz ni


# Ustaz Azhar Idrus

Aku kenal ustaz ni sebab Wa. Dia yang mula mula kenalkan aku bila dia buka YouTube lepas tu tunjuk kat aku ceramah ceramah ustaz Azhar ni sampaikan aku boleh ulang balik beberapa kali. Even kadang kadang ada ayat beliau aku tak faham (he's from Terengganu) tapi memang best dengar ceramah beliau. Beliau suka keluarkan soalan orang tanya lantas menjawab dengan pantas. Tak berjela sangat ye. So kira macam pengisian and penyampaian tu padat dan clear.

Owh sila jangan gelabah ye. Beliau memang suka ambil ambil gambar pakai DSLR. Kewwwlll gila kan ustaz ni! ^_^


# Ustaz Kazim Elias

Ustaz Kazim ni aku tak berapa ingat lah kenal kat mana. Eceh ayat macam lah aku pernah berkenalan dengan beliau. Tskk. Hurmm tapi dengar ceramah beliau boleh buat kau tergelak terkekeh sebab beliau buat lawak dengan serius ok! Like, 'Ustaz ni pehal tak senyum langsung padehal buat lawak kelakar sangat!'

Memang cara cara beliau tu buat kau tak rasa dengar ceramah tapi dengar kisah rakyat. Boleh? Kengkadang tu beliau menyanyi lepas tu mengaji beberapa potong ayat alQuran. Tidakkah indah ceramah itu?



Bukanlah aku nak cakap para ustaz dan ustazah sekalian tak best.
Semua ada cara masing masing kan.

Cuma dua orang ustaz ni buat aku tersentap kadang kadang dengan ceramah mereka.

Iyelah kita ni kan kadang kadang leka.
Apa lah sangat kalau dengar ceramah agama kan?

Dengar lagu boleh lama lama. Takkan tak boleh dengar ceramah yang sebentar cuma tu kan?

Renung renungkan :)

thanks sebab baca

love, ZIEMA




August 15, 2011

Aku & Tarikh

Aku tak tahu la hanya aku  ke yang ada masalah ni ataupun anda di luar sana menghadapi situasi yang sebegini rupa malahan mungkin serius.

Masalah tarikh.

Macam simple je kan?
Come on lah, tarikh tu biasa la orang ada silap silap ni. Kadang kadang terlajak satu hari takpun terkebelakang dua hari ke. Paling sajak kalau tahun tu terkurang ke kan. Ada apa ke hal?

Masalah aku ni macam entah lah.

Bulan lepas aku ada hantar mesej kat member aku dengan girangnya.

'Sarah. 30 Sept till 2 August ada reunion tau. Save the date!'

Member aku like,
'Kau ni aku tak paham lah. Macam mana pulak boleh bulan 9 ke bulan 8? Mana satu ni? Ke 30 July til 2 August?'

Ok salah. Correction.
30 Sept till 2 Oct. -_-'

Hari tu ada post entry apa entah aku tak ingat.
Selamba je tulis,

'Guys. 23 Sept lepas kan aku ada bla bla bla...........................'
Padehal kita masih di bulan Julai ye kawan kawan. Again. Julai. Ogos pun belum sampai lagi. Nasib baik ada member aku tegur kalau tak malu aku pasal tarikh pun boleh bikin orang memandang sinis terhadap aku. Wadehell lah!

Semalam lagi best.

'Kak jims.. (nickname aku siapa entah yang start panggil nama ni). 24 Sept ni nak jemput datang rumah. Khalaf nak botak (cukur jambul) and open house...'


'Laaaa.. Awalnya botak.. Kata lepas raya?


'Lepas raya la tu'


Erkk.
Entah apa apa je aku rasa sekarang ni.
Maafkan aku kawan kawan.

Masalah tarikh itu di luar jangkaanku. Duhh

Adakah ini petanda penyakit? Simptom lemah daya ingatan?



thanks sebab baca

love, ZIEMA




August 12, 2011

Penipu!

Kat Malaysia ni kan, kalau tiba bulan Ramadhan je mesti sinonim dengan bazar. Kau duduk lah celah kampung mana pun. Mesti ada bazar paling koman pun lima enam gerai cukuplah.

Selalu kalau pelancong asing ke datang sangatlah batak tengok bermacam jenis makanan dijual. Aku dulu masa zaman study paling suka pergi bazar. Tak payah nak fikir masak apa ke kan. Rambang mata tengok makanan ni tapi kengkadang dah tawaf satu bazar tu pun tak tahu nak beli apa. Boleh?

Aku suka kalau meniaga ni masak sedap sedap. Confirm esok aku datang balik semata nak beli makanan kau jual.

Tapi aku paling hangin kalau kau jual macamkan semua orang tak pernah makan apa yang kau jual tu. Macamkan kitorang pembeli ni baru lah pertama kali merasa makanan kat Malaysia ni.

Macam haritu. Abah ada beli KERIA. *Aku adalah peminat kuih keria ye kawan kawan.
OK what does cross your mind bila cakap pasal keria? Mestilah lembut kan. Gemuk gemuk sikit. Lepas tu manis and a bit kasar kasar sebab serat keledek ada sekali.


 Sila jangan tengok lama lama.

Lepas baca doa berbuka and makan kurma sikit terus aku sambar kuih tu. Rasa? Macam nak maki!
Dah lah liat yang amat. Keras. Tercampak campak gula keras tu ha masa aku makan.

Eh kau jual kuih getas ke kuih keria ni?

Dah lah mahal lepas tu kau buat kuih macam kan budak sekolah tadika main main plastesin buat bentuk bentuk kesukaan mereka.

Tulah kau. Orang berniaga kau pun sibuk nak berniaga!
Orang berniaga ni dapat pahala. Kau dapat apa?

Ni nasib baik abah aku yang beli. Kalau aku ni kan. Esok aku datang balik buat buat nak beli. Lepas tu aku tanya si penjual kuih.

'Ni seringgit berapa? 
Lepas tu aku picit picit kuih kau.

'Eh kuih keria ni keras lah kak. Kenapa keras ni? Mesti tak sedap.
Dannnnn aku blah terus.

Dia terasa dan terguris? Haruslah. Ada aku kisah?

Bulan Ramadhan ni kan bulan mulia. Tak boleh nak tipikal sangat. Cakap kena jujur..


thanks sebab baca

love, ZIEMA



August 6, 2011

Dugaan Besar Kalau Hati Kau Besar. I adore You both Mawar and Norma!

Sekarang ni kan aku tengok macam macam hal berlaku.

Aku tengok dugaan orang tu bertimpa timpa. Macamkan kata pepatah 'Sudah jatuh ditimpa tangga'

Kau boleh bayangkan tak jatuh kena timpa tangga macam mana? Aku tak boleh kot bayangkan. Tapi aku tahu sakit. Sakit sangat.

Semua tahu pasal kisah jejariruncing kan? Yang dengan hero Malaya tu. Ramai kot tahu aku kenal dengan dia even kakak dia. Ingat kan entry ni? Ada juga member aku tanya tanya pasal cerita di sebalik ni. Apa yang aku boleh cakap memang Elia dianiaya. Aku tak nak sebelahkan siapa siapa. Tapi memang sekarang bukti dah unveiled. So kita tak payah lah sibuk sibuk nak mengata sana sini kalau tak tahu hujung pangkal cerita.

Apa yang Elia lalui sama sangat dengan apa yang aku pernah rasa. Cuma bezanya aku belum bertunang dan ex aku kantoi betul betul depan mata aku. See? Allah tu akan tolong orang yang teraniaya. So bersabarlah. Tapi to tell you the truth Elia sangat kuat even ada lah menangis. Biasalah kan hati tengah hancur berkecai. Masa aku jumpa dia last two weeks pun dia still rileks. Aku ada pesan juga pada Erin jangan biarkan dia sorang sorang. Let her spending time with everybody around her so that dia tak teringat sangat.

Ingat tak aku ada cakap pasal Mawar. Siapa Mawar ni?



She is an ordinary woman, living happy with her beloved husband and two little angel.
But she became an extraordinary woman when her beloved husband suddenly met Allah. Suddenly.
Satu dugaan yang maha besar telah datang dengan tiba tiba. Sungguh tak ada siapa akan sangka. Tapi memang lah kalau dah tertulis dalam jalan cerita Allah, siapa kita untuk sangkal.

But she is really strong.
Sangat tabah.


So do Norma.


Norma wanita biasa. Seorang cikgu yang baru kahwin but unfortunately masa tengah pregnant doktor sahkan beliau ada brain tumor stage 4. Nak baca klik sini.
And now beliau tengah koma bertarung dengan tumor tu. Tapi husband beliau sangat caring plus Moon, biras Norma pun sangat baik. And baby yang dia carry tu, Rafiq dah besar. Comel :') Tapi kesian sangat. Dah lama tak rasa pelukan Norma.

Hope Norma kuat untuk Talib dan Rafiq ye.


Serius.
Bila baca kisah orang dah bertunang, dah berkahwin rupanya lagi besar dugaan mereka. Kita tak sedar. Hidup ni tak selamanya indah.

Kadang kadang kita rasa macam dah jatuh tak boleh berdiri. Rasa macam dunia ni gelap. Macam takkan ada sinar bahagia lepas tu. Tapi kita lupa. Ada yang lagi kuat dan besar ujiannya. Kita lupa ramai lagi orang sekeliling kita. Kita ada keluarga yang sebenarnya ambil berat hal kita. Kita ada Allah yang selama ni cukup ingat pada kita.

So pada siapa siapa kat luar tu yang putus asa.
Ingat jelah.
Ada yang lagi besar nikmat ujian mereka.

Kalau mereka boleh bangun dan cuba hadapi ujian tu kenapa bukan kita?


thanks sebab baca

Love, ZIEMA

August 4, 2011

Header Baru!

Entry ditaip pada pukul 5.42 pagi  selepas sahur.

OK tak tahu nak cakap apa. Nampak tak kat atas tu?
Header sudah bertukar rupa! Yeay! >__<

Kisahnya bermula semalam. Dia tiba tiba post kat wall FB aku minta email sebab nak send something. Ingatkan kot nak bagi resipi ke nak tunjuk katalog sample biskut raya ke kan. Sekali buka..




Eh Kak Wa! Kita suka tau awak buatkan untuk kita!
Awak tahu tak kita bukan main gigih download segala software macam GIMP and Adobe Photoshop tu. Konon nak buat sendiri tapi baru baca tutorial sikit dah give up. Oh yes aku memang tak suka benda benda lambat macam ni. Entah berapa step kena ikut baru dapat hasilnya. Sebab tu Add Math aku dapat 8E.

Ni apa ke pasal kaitkan Add Math dengan header ni? Lempang nak? Ok tak nak.

Aku selalu jealous tengok header orang cantik siap ada orang buatkan lagi dengan free. Ada juga orang advertise tolong buatkan tapi kena charge. Ada masa pula kan aku nak bank in??

Tak sangka lah ada orang nak buatkan untuk aku. Serius ni terharu! :')



Ni header lama aku buat sendiri. Pakai apa entah. Paint kot. Gigih aku hilangkan background belakang tu padam padam pakai pemadam. Siap zoom in segala. Sadis je rasa. Muka nampak hitam. Tak pandai lah nak alter bagi bright ke contrast ke. Nampak sangat pengetahuan aku tentang edit edit gambar ni sangat cetek -__-'



The new one! yeay!
Cantik tau combination of colour. Macam tau tau je aku nak ada warna biru purple gitu.
Kak Wa. Awak memang buat hati kita berbunga bunga tau! *wink


Ni lah suspek utama.

Kak Wa kita pinjam gambar gojes super comel awak!
Owh Kak Wa ni senior aku masa sekolah rendah. Eh menengah sekali ke ek ala tak ingatlah sekolah rendah ingat sebab kita geng pengawas kan? Hehe.
Ala tak nak cerita lebih lebih nanti abang Pun marah. Stop.


Thanks again Kak Wa! ^__^"
Super duper happy ni! Nanti kita bagi hadiah awak kahwin tau.


thanks sebab baca

Love, ZIEMA




August 3, 2011

Vintage with JCS

Guys.
Sabtu lepas on 23 Julai aku and Ekin ada join workshop organized by JCS.

Yelah tau. Dah lama benda ni baru nak update kan?  Aku memang macam ni. Suka nak presentkan benda benda past ni.

Aku pergi ni pun Ekin yang ajak hehe. So a day before event tu aku bergegas lah pergi sana. Eh takkan nak cerita aku naik bas pula kan nanti orang cakap aku ni benda benda macam ni nak sangat pergi tapi reunion tak nak datang pula. Kan kan?

Actually tak ada benda pun aku nak cerita sangat.



Aku ingat ni kelas grooming ke ceramah macam mana nak jadi wanita yang gojes ke. Sekali hambik! Kena belajar cara cara membersihkan wajah anda. Masa ni pakai masker.
OK abaikan muka aku tanpa mekap tu. Hodoh.



Yes berjaya pakai masker! Dah macam two face cerita Batman pula hehehe. Masa ni dia suruh pakai lip balm ke apa entah. Sekali bibir aku kebas rasa tebal semacam. Aku tanya Ekin tapi beliau rileks je. Nampak sangat bibir aku ni mengada. Demm

Thanks to Seri Khausar from Mary Kay.



With Ekin, Afiq and Nik ^__^



Cara cara pakai shawl by Love Bunga  ^__^



Us with Sarah Hatta. Shes adorable and inspired! Love her!



Sebelum balik mari bergambar.


OK perasan tak gambar kejap macam ada watermark lepas tu ada yang tak ada?
Kitorang tak bawa kamera!
Macam bagus kan? -__-'

Taktik paling senang adalah tumpang beraksi guna kamera orang lain ye.

Picture credit to : JCS, Afiq and Engku Sofea.

A lot of thanks to JCS! Really do enjoy the event! :)


thanks sebab baca

love, ZIEMA






August 1, 2011

Mulut Tu Jaga Sikit

Aku perasan semenjak dua menjak ni mulut aku macam jujur sangat.
Cakap ikut sedap mulut saja.
Walaupun hati aku baik tapi aku tahu sebab mulut boleh buat orang fikir aku ni jahat.

Aku paling perasan kalau tengah shoping shoping. Ni pun sebab member aku cakap kalau tak aku tak sedar. Last Sabtu aku pergi Jalan TAR dengan kawan aku, Kasmi. Oh lupa nak bagitahu aku pergi KL tapiii bukan attend reunion okay!

Mak dah kirim awal awal cari kain baju raya sebelum puasa sebab malas nak kering tekak cari masa puasa. Maka lokasi yang paling sesuai untuk pencari kain ni haruslah Jalan TAR. Kalau siapa yang dah biasa mesti tahu Arked yang jual kain dah siap potong 4meter dalam plastik tu.

Lupa nak bagitau tahun ni keluarga aku bertema hijau di pagi raya.

Maka berbekalkan cebisan kain hijau baju kaum lelaki itu aku dengan gigih nak cari kain yang sama warna tema itu. Kalau tengok dah macam pegang kompas nak cari arah tujuan.
So bila aku sampai je terus cakap,

'Nak warna macam ni. Tak nak kain yang wangi wangi tu. Buruk.'

Lepas orang tu match kan dengan jenis kain lain timbul pula satu hal,

'Ala corak dia tak cantik. Takpelah'

Terus blah.

Kurang ajar ke aku? Adeh.

Semalam pergi pasar malam dengan mak pun macam tu. Nak cari tudung lantas mak singgah satu gerai (gerai ke) yang jual tudung tu. Aku dengan jujur cakap,

'Tak cantiklah! Pergi tempat lain jelah.'

Dannnnn aku sangat tak sedar owner dia betul betul sebelah mak aku. Mesti hati beliau terguris dengan mulut lancang aku.
Maafkan aku abang penjual tudung. Tapi tudung tudung yang kau jual memang tak cantik.. -__-"

Mungkin lepas ni aku kena belajar jadi tipikal Melayu.

Cakap kena berlapik lapik. Mungkin depan depan kena cakap yang indah indah sambil buat muka indah lepas tu belakang baru boleh cakap benda sebenar.


Ish.
What say you?

Kena hipokrit ke? Tak boleh jujur sangat eh?

P.S. Salam Ramadhan :)


thanks sebab baca

love, ZIEMA