Followers

April 7, 2011

AF9 Yang Terakhir kan?

:)

Aku bukanlah peminat fanatik (kecuali AF1). tu pun tahun bila entah aku tak ingat mungkin 2003 atau 2004 di kala zaman tinggal di asrama. habis je solat isyak tak sempat baca doa berlari lari naik tangga nak cop seat nak cari port cantik. tu pun aku tak tengok sangat bila dah semangat tetiba dengar suara suara terjerit jerit sambil ikut menyanyi sampai aku pelik siapa yang buat konsert sebenarnya?

Masa zaman study pun aku tak lah obses sangat sampai nak turun bilik TV sambil bawa bantal peluk teddy bear berebut rebut sesama warga kolej semata nak tengok AF. and again.. sebab masing masing dah memekak mekak lepas tu ada pulak yang sambil sambil discuss assignment memang batal niat aku nak tengok (ke aku yang tak boleh tengok TV dengan orang ramai?)

Iye rumah aku memang tak pasang Astro. tahun ni baru lah ada tu pun sebab antenna ni macam jemput aku untuk dibaling ke bawah rumah dan bila burung burung berkicauan riang bertenggek atas antenna apa kau ingat antenna ni dedahan pokok??

And bila idea Glass House kat Jusco Aeon Setiawangsa tu dihebahkan dengan alasan untuk kelainan.. ehem.. memang lain kot. yelah sebelum ni kelas semua dibuat di gudang and banglo.

Yeke idea ni lain dari yang lain? musykil.........



YUM_0034


Hari tu ada la aku terrrr.... tengok diari AF ni masa tengah tukar tukar nak cari chanel apa yang best.

Masa tu aku nampak ada kelakuan peserta bercakap cakap kat dinding rumah tu dengan pengunjung mall (mungkin tu task dorang kot) sambil beraksi bodoh pelik (mungkin sedang belajar berlakon).

And again..

Aku sampai sekarang tak faham kenapa rancangan ni tetap diteruskan. benda sama kau ulang again and again and again..

Gaduh gaduh manja mesra tergedik gedik depan kamera.
Peluk peluk sesama dorang dengan alasan. 'kami dah macam adik beradik'
Nangis nangis macam lah orang tu tinggalkan dunia padahal minggu depan ada je datang sokong kau.
Nyanyi tak seberapa tapi............

And again..

Aku sampai sekarang pun tak nampak kat mana pencapaian AF ni. even peserta peserta dia yang kejap timbul kejap tenggelam..hummmmm

Minta minta lah AF9 ni yang last. tolong ye.

Apa apa hal pun aku minat Aizat. memang awesome and he is the true musician ok!!! (^.^)


heart dengan lagu ni.. 
best gilewwwwwwww haha



love, ZIEMA




5 comments:

  1. iye betul tu.. sekarang ni penyanyi dah belambak dah..

    ReplyDelete
  2. AF last ade dua orang melaka.. hee~

    ReplyDelete
  3. ziema, ni bukti aku selalu dtg blog kau..keluar tak traffice dr wellington ni..?haha..

    ReplyDelete
  4. betol2.. dah x terlayan dengan af... hope af9 adalah yang terakhir... mintak kerjasama astro create program lain yang lebih up2 date dan boleh beri kepuasan maksimum untuk penonton berhibur... bukan yang tangkap muat dan segan hidup mati x mahu... muak tau... ^^

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.