Guys! berjumpa lagi kita. iyelah kenapa aku ni dah macam pengacara rancangan ni?
Ni bukan tips tau sila jangan meluat rasa nak baling kerusi kau.
Lelaki Melayu ni kan..
1. Kalau dorang kata tak nak maknanya memang dorang tak nak. kau jangan nak tanya kenapa tak nak jawab panjang berjela kalau kau tak nak kena maki. macam, 'kenapa saya mesej tak reply'... sambung lagi, 'boleh je kan reply kejap,'..lagi sambung..'kenapa susah sangat nak reply cepat.' please. jangan.
2. Bila dia malas nak layan kau kalau kau merajuk bukan dia tak sayang kau ke dah bosan dengan kau ke.. mungkin ego sorang laki Melayu yang buatkan dia macam tu. yang tak peka dengan hati dan perasaan perempuan.. tak pandai nak pujuk pujuk ni melainkan kau ugut bunuh diri terjun tingkat 11 ke.. err boleh kot?
3. Kita selalu cakap berterus terang kalau boleh semua benda nak cerita kat dia. tapi laki Melayu ni kalau boleh cakap apa yang perlu saja. dia tak nak cakap benda benda yang remeh sebab dia tahu kita ni perempuan emosi lebih tak nak hal jadi besar lepas tu gaduh. tak nak!
4. Tolong jangan bandingkan dia dengan boyfriend orang lain.. jangan kecik hati kalau dia tak puji kau pakai cantik hari ni ke.. masak sedap untuk dia ke.. lepas tu nak merajuk tak tentu pasal. but yeah. what comes out of the mouth proceeds from the heart but mouth can lie as well. jadi kau nak dia menipu ke nak dia diam tapi jujur?
5. Again jangan bandingkan dia. kalau dia tak layan kau dengan romantisnya (wah jiwang nya aku bercakap). err maksud aku kalau dia tak belikan bunga ke.. tak bagi mesej ' I LOVE U' ke... tak bawa kau pergi candle light dinner ke.. jangan lah ungkit. setiap orang caranya berbeza..
Well ini pendapat aku je eh based on my experience as well as knowledge.. lelaki Melayu ni ego memang tinggi sebab kau tengok jela budaya Melayu tu sendiri. cakap nak berlapik lapik (tapi kenapa aku cakap tak pernah berlapik adakah aku bukan Melayu?). kita tak biasa communicate in an open situation. sebab tu ada istilah mengumpat.. and kita tak diajar macam mana nak alert dengan perasaan orang sekeliling kita.
Kalau boyfriend kau mempunyai ciri ciri di atas jangan gelabah. mungkin dia ikhlas sayang kau even more dari guy yang mulut manis selalu layan kau dengan romantik but then.. tinggalkan kau macam tu je..
Aku teringat sorang lecturer aku. Chinese and husband dia orang Ireland.
Masa tu dia tunjuk gambar husband dia sumpah hensem dah lah tinggi.
'They (refer kepada Ireland guy) are very kind. you know they like to open a car door for a woman.'
Nah.. memang aku admit. laki omputih ni memang romantik yang romantik sampai ke tua anak cucu dah ramai. and again. sebab budaya dorang dari kecik yang sangat appreciate orang perempuan ni.
Tapi lelaki Melayu pun ada.. memang ada..
Jalan jalan pegang tangan. peluk peluk cium cium. kalau boleh setiap minggu tu wajib beli bunga. naik kereta tolong bukakkan pintu. aksi suap menyuap harus menjadi agenda wajib semasa makan. tiap tiap hari kalau boleh nak bergayut nak berjumpa. selalu puji kau dari atas sampai bawah kalau boleh yang dalam dalam pun nak jugak..
Tapi itu sebelum kahwin la..
Lepas kahwin..
HARAMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
papehal pun awak tetap dalam angan saya.
lariiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!
P.S. Tuan saya is the best guy.. thanks coz love me as what i am and be what you are.. :')
love, ZIEMA
betul2..
ReplyDeletemajoriti lelaki melayu tak bukan pintu utk gadis nyer.. hahaha
agak mcm nak lempang. tp naseb ah..
ReplyDeletecam nak lempang... haha. tp naseb ah..
ReplyDeletesaya suka!saya suka!sbb ne saya suka awk adik gojes!
ReplyDeletezima,pakwe ko ek?hehe..=p
ReplyDeleteeh tau tak kite minat die jugakkkk ! omg !
ReplyDelete