Dulu aku ni selalu kesian kat orang.. orang buat salah ke maafkan jelah. konon baik la tu. lepas tu redha dengan apa yang berlaku sambil menganggap semua tu dugaan biasa lah manusia tak lari dari buat kesilapan. tak gitu??
Lepas tu teringat pulak kata kata hikmah lagi bijaksana.
'Sedangkan nabi pun ampunkan umatnya inikan pula kita sesama umat'
Uih aku tak boleh kalau baca peringatan macam ni! lagi aku bersemangat nak maafkan orang dengan harapan kau akan insaf dan tidak akan mengulangi perbuatan itu again. lagi pula kalau kau dah berjanji dengan sejanji janjinya bercampur dengan penyesalan (eheh gila menyesal habis lah tu) memang nampak betapa kau sudah menyesali perbuatan itu.
But you have to bear in your mind.
Dalam dunia ni ada dua jenis manusia yang berjanji.
1. Janji yang dia akan tunaikan.
2. Janji yang dia akan mungkiri.
Let say la aku bagi situasi ni.
A yang tak sampai setahun bercinta dengan F tiba tiba tinggalkan F dengan alasan kesian. kesian lah sebab A ni katanya busy memanjang tak dapat nak memberi tumpuan terhadap F. F frust sambil sambil mengharapkan A kembali. lalu a few months later A nak balik semula kat F dengan alasan insaf menyesal. F bagi peluang. yelah manusia ni kan tak terlepas dari melakukan kesilapan (ayat sarkastik) lepas tu A terus meninggalkan F untuk perempuan lain. agak wadefakkk..
Ataupun
Minah dan Bedah adalah dua orang rakan baik. Bedah ni memang baik hati dan rajin namun Minah merupakan sorang yang pemalas dan bermulut puaka and shes always give a thousand damn excuses kalau tak nak buat kerja ataupun kalau Bedah minta tolong buat sesuatu. But then oleh kerana Bedah sorang yang baik makanya beliau berkata, 'tak apalah. minta minta nanti dia nampak kebaikan aku dia insaf'. until one day si Minah telah membusukkan mulut dia dengan memburuk burukkan Bedah dan terus blah dari hidup Bedah selama lamanya.
Ok detail sungguh contoh situasi aku tu. eh ni contoh ke realiti? tetttt... hahaha
Ala korang pun pernah kan mengadap situasi macam ni kan? eceh. mengaku je la ye.. tak baik tipu Tuhan marah tau. dan aku sangat lah pasti korang semua ni sangat baik hati memberi peluang kedua sebab korang kan baikkkkk...........
Errr tapi sekarang aku dah tak macam tu.
Memang bagus buat baik kat orang tapi yang tak bagus kalau dia pijak kepala kau macam lah kepala kau tu sebiji tin minuman. ok tak perbandingan aku bagi ni?
And selepas aku dah terkena..
No more second chance ok!!
Mind it!
Ala senang cerita tak payah la buat baik sangat kat orang sekarang ni.. tapi jangan buat jahat juga nanti orang buat jahat kat kau padan muka.
Peace!! (^_^)\/
love, ZIEMA
No comments:
Post a Comment
Komen lah sukahati kau nak komen.