Followers

April 22, 2011

Bersyukur sangat

:)

Kadang kadang kan bila tengok orang yang hidupnya senang lenang kaya maya pandai segala aku rasa macam
'Kenapa lah aku tak macam tu?'


Lepas tu bila nampak orang yang berlagak kaya padahal realitinya tak lah yang macam depan mata lantas berkata
'Nasib aku sedar diri'

Aku bersyukur sangat

Walaupun mak abah aku mampu belikan aku pakaian yang berjenama mahal mahal tapi tak pernah pun aku rasa low standard beli baju kat pasar malam kat uptown downtown dan segala town yang ada

Tiap tiap tahun mesti akan makan kat hotel yang sedap sedap tapi adik beradik aku tak pernah pun kekok nak duduk atas tikar mengkuang makan lauk lauk kampung yang hakikatnya lagi sedapppp dari makanan mahal mahal tu

Dari kecil sampai ke besar hidup kat bandar tapi tak ada pun rasa batak jakun bila masuk kebun kelapa sawit ke kutip buah ke or even pergi belakang rumah atuk aku kutip segala jenis sayur dan aku pelik orang kampung yang berlagak bandar tu. eh apa yang best sangat dengan bandar?? bodoh

Walaupun abah aku tak pakai kereta mahal macam Mercedes ke tapi dengan kereta beliau tu lah sanggup jenguk aku dari zaman duduk hostel sampai lah masuk universiti ni tak macam sesetengah bapak yang mampu beli kereta mahal mahal tapi nak jenguk anak kat hostel pun malas

Otak aku tak lah hebat mana tapi alhamdulillah sangat aku dah ada ijazah kat tangan. bukan aku nak berlagak (apa la sangat ijazah tu) tapi yang aku nak cakap aku puas sangat dapat penuhi impian mak abah aku and sedikit sebanyak balas jasa dorang


Kesimpulannya

Kalau hidup senang jangan berlagak

Kalau hidup susah lagiiiiii jangan berlagak

Sebab aku pernah tengok memang ramai

Pakai baju branded branded
Kawan dengan orang ada kelasss
Speaking omputeh dengan kengkawan
Tudung terbang tetiba

Bila mak abah kau datang

Hambek!

Kereta stok zaman Proton Saga baru nak keluar
Abah kau pakai kopiah mak kau tudung labuh

Siapa nak jawab??


love, ZIEMA


5 comments:

  1. free hair, pakaian branded, makan kat tmpt2 mahal, shopping kat tmpt2 mewah baru lah urban, katanya~

    ReplyDelete
  2. kdg2 yg pakai tdung pon ade yg blagak..got fren yg camni, tibe2 kwn2 dia org2 kaya, pastu baju2 sume branded, soping x main lah sogo or sg wang nih..x phm kdg2..

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.