Followers

April 1, 2011

April Fools yang FOOL

:)

Hari ni 1 April.
Yelah. 1 April je cakap pasal April Foolss.. dulu kalau zaman sekolah mesti ada acara wajib ni. nak nak pulak kau duduk hostel ke. paling bangang kalau kau di April Fool kan secara berjemaah.

Bila member prank kau dengan lawak lawak ke. penipuan ke. serius tak rasa macam kelakar. even sahabat baik teman tawa nangis yang kenakan pun tak rasa macam nak gelak apatah lagi nak ketawa..

Rasa macam nak bagi penampar selempang!

Tapi buat buatlah macam gembira sambil cakap,

"Alah! alahai,, kena tipu ke? korang nieeeeeee... saja je tauuuuuuuuu" (padahal dalam hati dah menyumpah seranah)

Mujur sekarang ni aku duduk rumah je.. tak adalah rakan rakan yang nak kenakan aku.. kalau adik adik aku buat pun tak apa lah.. aku maafkan sambil bagi ceramah betapa April Fools tu bodoh bangang macam kau kelakar tapi tak kelakar.

Even aku ada baca sejarah April Fools yang lebih kurang macam Valentine's Day cakap pasal Kristian perang salib orang Islam semua yang entah betul ke tak aku pun tak pasti..

Even orang cakap,
'Alah. pranks je pun. bukan buat perkara yang merosakkan. melalaikan. dan segala me....'


Even aku selalu suka kenakan orang dengan lawak lawak bodoh aku yang aku tahu kadangkala nampak macam tak kelakar bila orang tak ketawa (-_-*)


..........Aku tetap benci April Fools!!!






P.S. Owh hari ni Jumaat. kalau ada yang prank cakap tak payah solat Jumaat memang lagi bodoh ganda dua.




love, ZIEMA









2 comments:

  1. mmg kdg2 prank tu x tunjuk kau hebat nak kenakan org pn, sebaliknya diri sendiri nmpak bodoh. i support u!

    ReplyDelete
  2. SaY No To 'APRIL YANG BODOH'...

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.