Followers

April 8, 2011

How I Met Your Father

:)

Yeah! hari ni semangat ni! semangat sangat!!

Dulu kan..
Masa aku tengah sedih sedih termenung putus cinta tak kesampaian mak selalu teman aku. tanya tu tanya ni (mungkin tak nak aku terlalu fikir) bagi up semangat. bercerita benda benda yang bermotibasi sampai aku rasa macam eh semalam mak aku baru je cerita benda tu. tak apalah mak.. aku tahu mak kehabisan idea nak hiburkan hati aku yang lara itu (~.~)*

Lepas tu bila masuk bab jodoh dan takdir ketentuan Tuhan tu lagi mak semangat nak cerita. macam macam beliau nasihat aku. tapi aku tak berapa nak layan sangat sebab kepala masih terlekat segala memori daun pisang itu.

Sampai satu masa mak cerita macam mana beliau jumpa abah masa tu memang aku sangat sangat tumpukan perhatian kat kuliah pun tak fokus macam ni hebat tak aku???

OK lets get it started......


Mak masa habis sekolah je duduk dengan mak uda aku menjadi pembantu rumah dengan memasak, mengemas rumah dan menjaga anak anak kecil. memang hidup mak biasa biasa je tak berapa ada social life yelah duduk rumah je..

God's act was happened masa mak aku kena temankan mak uda pergi sekolah. owh lupa mak uda aku sorang cikgu ye kawan kawan. masa tu ada aktiviti apa tah hari sukan rasanya kat padang sekolah. jadi oleh sebab kena bawa dua orang kazen aku ni maka mak pun terpaksa ikut nak jaga budak dua orang ni. yelah aku panggil budak padahal abang Izud dah jadi bapak orang. kak Reen dah jadi cikgu yang garang baik hati..

Masa tu abah aku kerja kat kem Simpang Renggam tu. mungkin sekolah tu sewa khemah polis maka abah aku dan kengkawannya perlu ke sana nak pasang khemah. nak jadi cerita.. it was started masa mak aku tengah duduk duduk dengan kazen kazen aku tu. tengah layan bebudak ni mak aku macam perasan (perasan jugak mak aku ni) ada jejaka tampan tengah pandang pandang beliau. jadi mak aku yang perasan menjadi bertambah perasan sampai tak boleh duduk dengan tenang lepas tu masa tu juga kazen aku ni ngendeng ngendeng nak makan aiskrim lalu terpaksa lalu depan abah aku untuk ke tempat aiskrim itu. mak aku cakap masa tu punya lah malu. ececeh...

Owh cerita ni tak habis macam tu je.. lepas tu mak aku pergi kantin sebab nak makan. tengah sedap sedap layan makan perasan lagi (mak aku ni tak habis habis nak perasan) ada orang pandang. lah abang polis ni lagi ke.. and again. mak aku malu malu kucen apabila diperlakukan sedemikian rupa.

Bila abah aku nak balik naik trak abah aku lempar kertas kertas which salah satu kertas tu ada tertulis nombor ofis abah aku. mak cakap masa tu banyak gila tak tahu yang mana satu. first pick kosong. second pick yes! jumpa pun. maka bermulalah sesi cinta cinta mereka.

Keluar tengok wayang pergi JB naik keretapi asing asing. owh indahnya~
Dorang bercinta pun tak lama lepas tu terus tunang lepas tu kahwin lepas tu......... pandai pandai lah korang sambung.

Dan bila mak aku cakap,

'Tengok. jodoh ni kita tak sangka.. mak pun tak sangka jumpa abah macam tu. anggap jelah semua tu ada hikmah..'

Iye aku admit betapa susunan jalan hidup kita dah disusun dengan sempurna oleh Allah. bayangkan kalau mak aku tak jadi pembantu rumah mak uda aku? tak ikut mak uda aku pergi hari sukan? tak pergi kantin?

To my emak..
Thanks for being the greatest mom.. being my close friend and enemy as well.. being my shopping partner. ngumpat sama sama.. nangis sama sama.. ketawa sama sama..

To my abah..
Thanks for being the nicest and responsible man.. you never show your love in front of us but i know you love us more than you love yourself.. owh terima kasih juga sebab jadi cash supplier saya.. iye aku ni memang boros.

To both of you..
A lot of thanks sebab sangat kuat dan tabah pertahankan rumahtangga demi kitorang.. aku tahu susah tapi mak sangat sabar dan abah sangat bijak..thanks sebab tak pernah gaduh gaduh depan kitorang.. and still being such a lovely couple..

Ok sebak sudah :')

And today...
I just wanna wish you..

HAPPY 26th ANNIVERSARY...
Till death do both of you apart :')






love, ZIEMA



4 comments:

  1. WaH!~ TeRBaiK La... SWeeT GiLeR... (^_____^)V

    ReplyDelete
  2. wowwwww! nice! ahahaha. kena aku tak jumpe brader mcm nih?? T___T

    ReplyDelete
  3. bestnye...nak g hari sukan la gni...huhuhu...

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.