Errr.. pernah kena kutu tak? iye aku tahu soklan ni tak patut aku tanya. haruslah kau pernah kena dah nama pernah melalui alam kanak kanak kecil yang comel berambut panjang itu.
Sila jangan deny lalu membuat muka innocent sambil bermati matian menafikan zaman kanak kanak kau tak pernah diwarnai dengan kutu.
Aku cakap pasal ni sebab weekend hari tu masa keluar jalan jalan dengan kengkawan yang mana sorang kawan aku ni cikgu sementara yang mengajar kanak kanak istimewa. cerita punya cerita terkeluar cerita sorang student dia ada banyak kutu. dia kalau takat telur kutu yang melekat kat helaian rerambut kau tu boleh tahan lagi. yang member aku cerita siap nampak mak mak kutu tu meraya rayap atas rambut. what the....?
Solution?
Sembur ridsect! memang kejam tapi tu je caranya. tak kuasa nak mengadap kepala kau kuis kuis cari kutu. ada jugak aku tanya. takkan mak budak tu tak jaga rambut budak ni. member aku dengan selamba jawab,
'Mak dia pun ada kutu!!!!!'
OK jijik sudah. sekeluarga menternak kutu ke apa ni?
And sangat common kalau kau kena masa budak budak yang mandi pun ala kadar. basuh rambut pun kadang kadang tak pakai syampu. main dengan kawan kawan bergelak ketawa sampai tak ingat rumah.
But then when it comes to 19 years old dan kau dijangkiti kutu.
Kau rasa apa?
Tapi bukan lah kau yang membela kutu kutu tu. ada la hamba Allah ni yang kau tak sangka di usia macam tu boleh membela kutu. yang duduk sebilik dengan kau lepas tu tanpa rasa bersalah bila ditanya lalu menjawab,
'Ala.. ni mesti aku kena jangkit kat sekolah dulu!'
Statement yang membuat kau rasa macam nak bagi makan kaki kan?? macam lah minggu lepas kau habis sekolah! bingai punya orang.. kang cakap tak sekolah tak baik..best student lagi tuu dapat 7A in SPM. tapi bela kutu. agaknya memang hobi dia kot?
Dan tak pasal pasal terpaksa menghabiskan duit membeli syampu kutu yang aroma dia satu toilet boleh merebak sampaikan ada budak tegur , 'bau apa ni?'
Maka kau terpaksa bohong sunat dengan mengatakan.
'Errr... dye rambut ni hehehe...' (sambil menyumpah dalam hati)
Yelah kau pakai tudung tapi dye rambut adalah alasan tak kukuh. mampus lah. takkan nak cakap pakai ubat kutu. kang ada jugak satu hostel boikot kau sebab kutu punya pasal.
Kutu punya pasal. manusia yang dapat nama. tak nak!
kat negara mana la ni tapi bukan kat Malaysia yang pasti ye anak anak.
Moral of the story:
Jangan biarkan hidup anda diselubungi KUTU...
Sekian terima kasih bye (^_^)
love, ZIEMA
PNaH aDeR GaKS MSe SKoLa ReNDaH... HaSiLNYeR, RaMBuT SiS CaNtIk MNaWaN SKaNG Ni... HeHe!~ (^_____^)V
ReplyDeletengeri betul tgk anak beranak cari kutu macam gitu.. hehehe
ReplyDeletehahaha.. dulu tecik tecik ada kutu terus tak nak g tadika, takot org tak mau kawannn.. haha
ReplyDelete