Followers

December 26, 2010

Rasa nak tukar SAYA kepada AKU

OK. dah lama gilaaaaa tak jenguk blog sayang ni. sebab busy ye. ke sana ke mari tanpa membawa lappy membuatkan blog terbiar sepi. memang dah lama tak update entry. (ni pehal dah rasa macam berpantun bersajak je ayat aku ni??) errr ..

Owh berkenaan tajuk di atas.

Rasa nak tukar SAYA kepada AKU

Wajar ke? macam lalang je rasa. tak ada pendirian. ingat macam sopan lah kan bila guna SAYA tu. maklumlah masa baru baru buat blog naif kejap. konon baik lah. 
Padahal kalau baru kenal orang tegur terus je bahasakan diri AKU. terasa macam mesra dah lama kenal. sebab bila bahasakan diri SAYA tu macam formal skema. rasa macam ada gap je bila bersembang berbual.

Bila dah lama macam ni and dah kumpul kengkawan terasa ingin membahasakan diri AKU instead of SAYA.

Tapi nanti mesti ada yang mengata. 
"Entah apa apa je dia ni. kejap SAYA lah. kejap AKU lah. benda macam tu pun nak kecoh".


Ahhh .. lantak lah. tapi serius nak tukar ni. mahu lebih mesra bila berkata. juga jujur bila mengata. huhu ..


Hey jangan lupa! !
Kita berkomunikasi dengan ALLAH pun guna AKU. terasa lebih dekat denganNya :)


love, ZIEMA

2 comments:

Komen lah sukahati kau nak komen.