Followers

December 6, 2010

Si rongak bertelinga capang punya cerita

  Wah! title tak menahan kan? keh keh .. jahat betul mulut saya ni .. OK. mahu bercerita lagi. tentang faris. tentang keletah beliau. budak yang nakal and semakin bijak bertanya seakan akan meminta pelempang. dia buat saya macam kaunter informasi. tak tahu tanya. dah tahu kau main blah macam tu. bagus punya adik!

Sekarang ni tiap tiap malam saya akan ajar subjek in advance. maknanya untuk tahun depan punya subjek saya dah ajar sikit sikit. nampak beliau bersemangat siap susun subjek ikut hari. hari tu abah balik dari outstation terus serbu,

"Abah abah. adik sekarang dah tuisyen dengan akak"

Wah kau. cantik sikit. bukan tuisyen eh. kalau tuisyen dah lama akak claim kat abah nak ajar kau yang pemalas ni. hik hik ..


Malam tadi macam macam beliau tanya.

"Akak. fatin tu kan pandai pandai je cakap jadi lelaki sakit"

Kenapa pulak?

''Dia cakap laki kena sunat. tapi perempuan tu pun sakit jugak kan? kena beranak. akak .. perempuan beranak baby keluar kat bontot eh?

"Ha?? erkk .. "

Budak ni memang suka kan soklan sedemikian rupa. cepat cepat saya ubah tajuk. kebetulan masa tu tengah tengok gambar kat handphone. OK. saya tunjuk gambar ni,

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

budak gila pakai tudung buang tabiat!!
gelak lah ha ha ha ha ....


Time tu saya and fatin terbahak bahak ketawa. tiba tiba faris nangis!!!!

Sumpah saya gelabah. tiba tiba juga beliau cakap,

"Akak. telefon la abang pa'an. adik rindu dia! waaaaaaaaaaaa!!!!!!"

Kah kah! rindu rupanya kau eh dik! kau mewarisi tebiat sensitif jiwa halus akak kau ..


Comel lah rongak capang akak ni .. mmuah! !

love, ZIEMA



3 comments:

  1. kehkehkeh!!
    adik adik aku memang gila:)
    penat aku melayan sensorang..

    ReplyDelete
  2. perghh, muka version ziema campur laki siot. haha. faris comel dohh. ;p

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.