Followers

December 15, 2010

Siapa nak belajar pakai shawl mari sini! ! ! ! !

Wahhh title tak menahan kan? macam bagus bagus je nak suruh orang singgah sambil melihat entry ni.

Siapa suka pakai shawl angkat tangan! saya suka (^_^)

Kawan kawan selalu tanya  macam mana pakai shawl. susah ke? taklah. serius ni. lagi senang daripada kau pakai tudung bawal empat segi tu. nak pakai kena balance panjang tudung. lepas tu nak kena lipat and pastikan kebulatan atau kelonjongan awning tudung itu betul betul ikut bentuk muka. dah pakai tu kadang kadang terpaksa tengok cermin setiap 10 minit termasuk lah cermin kereta orang. eh ke aku je yang macam tu? erk ..

Hari tu ada kawan saya tanya lagi. so takkan nak explain pakai mulut. haruslah kau tak faham kan?
So here i bring you a shawl's tutorial. tapi saya ajar yang simple dulu tau. sangat sesuai for the beginner. mula mula memang rasa macam kekok sikit. tapi percayalah. lama lama akan terbiasa.

Kat sini saya pakai pashmina yang lembut so senang nak lilit semua.

 mula mula lebihkan bahagian kiri and pinkan. tapi ikut lah. kalau selesa bahagian kanan maka lebihkan bahagian itu.

lepas tu ambil bahagian yang panjang and lilit.


lepas tu lilit lagi sekali tapi jangan lilit sampai habis tau. tinggalkan sedikit.

lepas tu boleh lah dipinkan. ha senang kan? tapi pastikan pakai jarum yang kepala bulat tu tau. kalau pakai jarum peniti yang comel tu nanti senang tercabut.

HASILNYA ....

.

.
.

.

.

.

tadaa!!!! macam ni la rupanya! cantik senang kan? 


nak posing macam ni ok?

ke macam ni yang sesuai? ?

ada gaya macam tyra banks tak?

ok ziema cukup!! kau ni nak ajar orang ke apa ni??
(>_<)



Dah tengok? senang kan? 5 steps je and you will look gojes! betul lah tak tipu ..
Lepas ni saya akan ajar pakai shawl yang sama tapi dengan cara yang lain pula :)
Selamat mencuba!!!!!!!

love, ZIEMA



2 comments:

  1. rase nak terbalik tengok steps gorgeous ko nih. haha. ape2 pon steps gorgeous I LIKE!

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.