Followers

December 1, 2010

When a book's contents are less than cover.

  OK. Kita mulakan dengan quote ini.

'Don't judge a book buy its cover'

Siapa setuju angkat kaki tangan! Tu dia ramai setuju kan? bagus lah. betul lah tu. tak elok menilai seseorang melalui luaran. kena kenal dalaman then barulah nilai seseorang itu. setuju kan?
Tapi saya rasa people nowadays are preferred to judge by cover. nak juga tengok cover tanpa ingin tahu content. lagi lagi orang Melayu. tak percaya? ?

OK kita tengok tau. tau .. tau .. tau .. iyalah cepat lah kau ni! owh baiklah!!  (^_^)\/

Bila pakai tudung ada orang kata.
"Pakai tudung je tapi perangai macam entah apa apa. teruk!"
Pergh!! saya sentap. terasa. jangan lah kau ingat pakai tudung je perlu lah berjalan lemah gemalai lenggang kangkung sopan santun semua tu. memang tak dinafikan kadang kadang ada juga kekurangan di sana sini. mungkin pakaian tidak berapa longgar. terketat sana sini. tapi at least rambut itu cuba ditutup untuk mengurangkan dosa. at least satu dosa dah dikurangkan. and bagi mereka yang mengutuk mengata tu kan. meh sini akak nak cakap,
"Kau lagi banyak dosa. tak pakai tudung. sexy. mengata orang. jadi jangan banyak bunyi ye"
 

Bila mamat tu pakai kereta besar terus fall in love.
Hebat ke? ala kereta tu bukan beli in cash pun. hutang je tu. bila bila masa boleh kena tarik. takpun itu kereta pinjam. atau kereta itu adalah milik bapa beliau. siapa tahu kan? harta bapa beliau. bukan harta beliau pun. let go lah!


Bila nampak orang Kelantan terus cakap yang jelik.
OK. sebelum tu nak minta maaf kepada Kelantanese sekalian. tapi ini memang realiti. sebut saja orang Kelantan ada saja yang tak kena. yang buruk.
"Kau tengok tu. selekeh! pengotor. memang dasar orang Kelantan lah!"
"Semangat assabiyah betul lah diorang ni"
Owh. tahap kebersihan diukur melalui negeri ke weh? serius sangat stereotype. apa lah salah mereka ini. kalau ikut pengalaman memang. saya pernah jumpa yang selekeh. tapi salah seorang kawan saya who are Kelantanese mengubah persepsi saya. beliau pembersih. bergaul saja dengan sesiapa. so please ... 

.
.

.

Bila cakap cik Ziema berlagak.
Belum kenal dah mengata macam tu. sepak kang! ha ha .. sila kenal saya dulu sebelum assume apa apa ye. memang muka saya bila tak senyum seperti berlagak juga sombong. nak buat macam mana? takkan la nak suruh saya sengih memanjang. nanti orang ingat gila pula. 


Teringat satu quote ni,
'Don't judge a boobs by its bra'

Agak agak boleh pakai tak quote ni?
Kurang ajar! kahkahkah ...

love, ZIEMA

No comments:

Post a Comment

Komen lah sukahati kau nak komen.