Followers

December 16, 2010

Umur sebaya Abah aku tapi perangai macam Adik aku

Tadi tertengok tengok buletin utama. tajuk utama pasal apa entah kat parlimen tu. sidang dewan rakyat rasanya. sekarang ni dah tak best tengok. rasa macam dah kat China yang menteri menteri bergaduh sampai baling baling kerusi tumbuk menumbuk.

Even kat Malaysia belum lagi ada aksi itu tapi rasanya meluat bila tengok masing masing terjerit jerit macam budak kecik berebut gula gula. takpun macam budak sekolah boikot cikgu bila ada sekumpulan menteri yang decide keluar ramai ramai konon tak puas hati.


Tadi pun tengok 4 orang ahli pembangkang kena gantung 6 bulan. kan dah. tak pasal pasal tak boleh attend.
Yang saya paling kesian speaker dewan rakyat la. beliau pun terpaksa jerit jerit sebab nak cool down kan dewan tu. tapi risau gak kot kot jam tu jugak kena heart attack ke .. high blood pressure ke kan .. sebab?? melayan aksi  bapa bapa yang kebudak budakan.

OK. saya tahu saya baru 23tahun. belum pun daftar atas nama pengundi. tapi saya belajar apa itu politik. apa itu sains politik. apa itu sistem demokrasi berparlimen. apa fungsi dewan rakyat. dewan negara. parlimen. tapi bila tengok depan mata macam mana kerajaan berhujah dan berdebat terasa macam sangat tak profesional.

Jangan salahkan kami golongan belia bila tak undi ye. bukan tak nak ambil tahu. tapi kami keliru. debat ala perlimen masa kat sekolah dulu pun tak macam ni.
Sedih tengok golongan pemimpin negara berperangai macam ini.

.....................................................

p.s : biar lah bapa saya bukan menteri mahupun orang berpangkat. asalkan beliau bekerja untuk menjadi semakin matang. peace!!! :)

love, ZIEMA


4 comments:

  1. setuju. entah apa-apa je dieorang tuh. mcm tak tunjuk kan professionalism langsung. *emo. haha

    ReplyDelete
  2. hehehe.. begitu emo sekali cik begum ye :p
    tp mmg entah apa apa.. menci je..

    ReplyDelete
  3. setuju! walaupun aku mmg tak paham ape itu politik.tp time nengok persidangan tu..ekrkkk..gile keji perangai

    ReplyDelete
  4. stuju gak.. tu namanyer politik raja lawak.. huhuhu!!.oppsss..salam singah yer...

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.