Followers

November 5, 2010

Apabila kadar taipan bersamaan dengan percakapan T=P

     Sudah macam formula kimia pula bila tengok title itu. suka kimia? Hakikatnya tidak berminat langsung apabila sekadar mendapat D semasa menduduki SPM. ah tak kisah la. ada apa dengan kimia yang sekadar pergi lab mencampur adukkan bahan bahan kimia menggunakan spatula buret tabung uji entah apa lagi tak ingat. ada aku kisah???

Ha tengok dah lari tajuk. Come back ye cik ziema :)
Baru terperasan kadang kala semasa menaip terpanjang non stop hingga reader tercungap cungap tak cukup nafas walaupun hanya membaca tanpa mengeluarkan bunyi. hanya bermonolog.

Hehe. maaf ya. kadang kala idea itu sangat laju mencurah curah ke ladang gandum sehingga tidak terperasan tanda noktah lupa diletak. Begitu la cara percakapan saya yang kadang kala tiada noktah mahupun penanda wacana sehingga kadang kala rakan rakan sekalian menyuruh saya mengulang kembali kata kata berkenaan. Jadi nya tiada lah kuasa saya untuk menghalang mulut ini dan tangan ini untuk laju juga lancar tanpa berhenti.

OK. Mahu salahkan mak juga rasanya kadang kala.
Emak saya sangat lancar pertuturan beliau itu apabila bersembang berbual menyapa semua lah. kalau call tu sila lah prepare kredit secukupnya kerana ada kemungkinan objektif utama kau call beliau sudah lari dibawa arus kata kata cerita beliau.
Seorang cousin saya pernah confessed mengatakan beliau terpaksa tipu mahu ke toilet gara gara mahu stop dari perbualan berkenaan. OK itu sungguh jahat tapi sopan.

And sekarang itu sudah menjadi warisan turun temurun.
Holly shhait!!!
Terasa seperti entah apa apa. sedikit psiko kadang kala apabila melihat perempuan yang sopan sopan percakapan. bercakap apabila perlu sahaja. percakapan yeng berfaedah. percakapan yang ada noktah.
Supaya tidak ditegur and malu sendiri kerana kadang kala langsung tidak sedar ada yang perasan tentang tabiat ini.

Tapi bila teringat satu quote ini.

'BE YOURSELF. DON'T IMPROVE YOURSELF'

Agak agak perlu ke menjadi seorang perempuan yang suka bercakap tanpa henti?
Atau pun berubah menjadi yang lebih baik?

'Eh kenapa kawan kau ni pendiam?'
'Dia bukan pendiam. kau ni asyik cakap je. bila dia nak cakap?'

'Kenapa kau diam je hari ni ziema? sakit ke?'
'Eh tak de lah.' *konon konon tak mahu banyak cakap*


Rasanya kadang kala perlu kot belajar bercakap semula supaya tidak terkesan kepada taipan sendiri yang kadang kala menyusahkan orang waima diri sendiri. huh

p.s. cuba kira berapa banyak perkataan kadang kala ditaip?


love, ZIEMA



2 comments:

Komen lah sukahati kau nak komen.