Followers

November 27, 2010

Pernah tak?

  Sedang duduk duduk mengelamun berangan teringat pula ketika masih mentah. zaman baru nak up. baru kenal apa itu remaja. ha ha ha.

Teringat kalau berada di rumah tu tak sah kalau tak bergaduh dengan mak walaupun sehari. bila mak membebel mula lah jalan tu nak hentak lantai konon nak protes padahal sakit gila kaki. masuk bilik terus hempas pintu lepas tu mak kejar terus kena rotan. berbirat kakiku ini. lagi satu kalau basuh pinggan sebab kena paksa mulalah saja nak laga lagakan pinggan mangkuk semua tu. bila mak tanya marah marah mati mati deny, "Mana ada orang lagakan. memang bunyi dia macam tu lah!". cait. gila penipu lah kau ni.

Bila adik kecil lagi tak pandai nak cakap mengadu semua saja cubit takpun pukul sebab memekak asyik menangis. bila mak tanya buat tak tahu je. tak pun jawab, "Entah lah mak. jatuh kot. tak tahu kenapa entah". dalam hati cakap padan muka kau memekak lagi. yes! saya seorang kakak yang kejam. heh

Masa sekolah rendah best gila. perasan tak macam ada musim? kalau masa tu musim batu seremban semua main batu seremban. siap paksa mak buatkan batu seremban. kalau musim main getah memang kalau check sorang sorang mesti ada tracksuit dalam kain kan? sumpah rindu sangat waktu itu. dah tentu main masa rehat kan. masuk kelas saja saya rasa cikgu pun macam nak tak nak je bernafas. maklumlah bau kami yang mangi ni. mana lah nak pakai deoderant semua tu.

Pagi saya sekolah rendah and petang sekolah agama pula. ingat tak zaman kita dulu memang puasa time sekolah? tak silap darjah 3. fuh. dah lah sekolah pagi petang. lepas tu makcik kantin itu telah membuka kantin beliau dan juga menjual makanan enak enak juga air sejuk yang sedap. memang mak latih saya berpuasa. tapi iman saya setakat di rumah saja. di sekolah ada kawan yang tak puasa siap offer. apa lagi saya setuju saja dengan tawaran itu. pernah balik sekolah petang tu mandi sambil minum air paip yang sangat nikmat. sshhhh. sampai sekarang mak tak tahu rahsia saya ni.

Dulu kan Spice Girls tengah gila famous.memang saya minat gila mereka ni.sampai kasut wedges mereka yang tebal entah berapa inci itu pun pada saya dah habis cantik lah. ada la masa tu ikut mak abah pergi shopping raya. nampak kasut tu terus mengendeng kat mak tapi mak malas layan saya. oleh itu saya telah merajuk memuncungkan bibir tanda protes. abah yang malas nak layan kerenah saya terus sahaja suruh mak belikan. terus senyum lebar. sampai mak kata, "Suka lah tu. eeee kasut macam gajah". lantaklah. janji kasut itu saya dapat.

Saya teringat zaman Too Phat tengah top gila. semua nak jadi macam Malique takpun Joe Flizzow. kira die hard fan lah tu. semua nak bangga lah pandai buat breakdance. siap ada sorang budak perempuan tu breakdance dalam surau. bangang juga kan? lepas tu siap cerita lepak KLCC lah Ampang Point lah. kira macam port diorang la tu.
Yang lelaki seluar nak londeh walhal pakai seluar sekolah bajet kau pakai baggy la eh. yang perempuan pula kain nak singkat begitu juga tudung. lepas tu nak sangkut tuala kat bahu sambil makan lolipop. OMG. nasib baik saya tak macam tu. sumpah nampak bodoh. ha ha ha.

Duduk hostel walaupun 2 tahun rasa macam hell pun ada heaven pun ada. tengok kawan kena rasuk. tak turun surau padahal kau tu exco disiplin. ponteng kelas pergi melepak kelas member lain. kalau makan tu paling best hari jumaat and weekend sebab makanan special siap ada buah sedap juga aiskrim. yang paling best kalau nak outing tanpa kebenaran. ha ha. jangan cakap kau budak hostel kalau kau tak pernah buat benda ni. saya pernah buat benda ni dengan kawan kawan tapi akhirnya kantoi sebab warden tu entah baru balik dari kedai mana boleh nampak kitaorang lalu beliau mengejar menggunakan motor beliau. OK saya memang tak boleh buat jahat.


Sumpah bila teringat tu rasa kelakar. juga bodoh seketika. macam entah apa apa je.

Korang pernah tak? :)


love, ZIEMA


12 comments:

  1. susah aku nk bace blog ko ngan kakak tri ko xabes2 "hi, welcome to my blog'..do leave a komen..adoii..tolong alih ke kanan..aku nk seret pon die cm xberganjak je..heeee

    ReplyDelete
  2. yang part main getah ngan batu seremban tu memang takleh lupa seyhh~!!! aku ingat gila izuan idris.. arrghhh~!! jimat!! rindu semua tu.. isy3~~

    ReplyDelete
  3. mas: siapa suruh kau tgk akak tiri aku tu???? hahaha padan muka kau!

    nadia: tu lah. aku sgt rindu moment itu.. izuan terer gila kot main getah. hahaha

    ReplyDelete
  4. huhu,, adakah sy dijadikan mangsa keadaan ketika sy masih comel?? kejam sungguh!!

    ReplyDelete
  5. errr.... tak ingat lah. maaf ye. hehehe

    ReplyDelete
  6. jimat slalu buli dinie masa kecik.. hahahaha~

    ReplyDelete
  7. kah3..batu seremban...mmg 2 yg pling best :)

    ReplyDelete
  8. best kan? sangat rindu mahu main..huhu :)

    ReplyDelete
  9. yang plaing inat sekali part main batu seremban tu...tak leh lupa langsung...hahahhaha...seronok giler kowt...
    Do check my blog...ade entry psl mainan dulu2....

    http://aidazafirah.blogspot.com/2010/11/mainan-masa-lepas-periksa-hujung-tahun.html

    ReplyDelete
  10. best sangat kan?? huhu.. kalau masa timbang dapat ambik semua batu seremban tu dah kira terer gila la kan? ok. i will check miss aida :)

    ReplyDelete
  11. hihihi sumpah ingat sgt3! masa djh 5 pernah ada sepupu angkat.lepastu mama asyik puji dia je.nama dia ayu.ayu itu ayu ini.BOSAN.lepas tu saya kunci pntu bilik.sebelum tu tulis surat tgl kat luar pntu cakap mama ni selalu puji ayu.dahla selalu membebel kat baba.cakap baba mandilamabat lah.suka sepahkan rumahla. ;p sekali kena marah teruk dgn dua2 . :D

    ReplyDelete
  12. Nice posting. Terima kasih

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.