Followers

November 7, 2010

LA TAHZAN

    Sedang melihat seorang perempuan menangis. mengingatkan saya tentang kejadian lampau. kejadian yang membuatkan saya menjadi matang. sabar. kuat. alah senang cerita semua benda benda yang positif lah.

Kejadian itu memang pahit. perit. hanya yang pernah melaluinya sahaja akan tahu betapa sakitnya bila kau disakiti. tapi janganlah kerana kau sakit kecewa ni kau buat benda yang tak masuk dek akal. yang menyusahkan diri kau. mak bapak kau. kawan kawan kau. DIA? sikit pun tak tahu apa yang sedang kau buat.

Lepas tu janganlah sesekali kau persoalkan kejadian yeng menimpa kau. memang pada mulanya kau akan keliru. tertanya tanya kenapa kau? bukan jiran kau. musuh kau. bukan Timah yang selalu curang dibelakang kekasih beliau. bukan Senah yang playgirl itu. bukan Bedah yang perangai macam haram jahat tetapi mempunyai ramai peminat.

Dah tu pulak kau nak menangis beria macam lah tunang tak sampai sebulan diminta putus. macam lah kau ditinggalkan di saat esok adalah hari pernikahan kau. macam lah kau baru saja diceraikan talak tiga semasa berpantang anak sulung. hey!! kau tu BERCINTA sahaja OK.

Memang betul. pada mulanya kau akan menderita sebentar. orang bagi nasihat pun kau malas nak dengar. kau akan rasa orang orang ni pandai je cakap. bukan tau apa apa pun.
'Think positive'
'Sabar ye. kena kuat'
'Takpe. ada lagi yang lagi baik'

Kau akan mengharap DIA akan kembali pada kau konon konon menyesali di atas perbuatan DIA? Itu pun kalau DIA cari kau balik. kalau tak? then kalau dia nak kau balik pun. kau nak ke berbalik pada DIA setelah apa yang dia buat pada kau????


Kau nak menangis juga? ? ? ?
Go on my dear..
Kalau itu akan membuatkan kau lega. kau dapat hilangkan beban kau. kau akan kuat.
MENANGIS TAK BERMAKNA KAU LEMAH.
Tapi kau perlu cepat cepat kesat air mata kau. pergi ambil wudhu'. solat. berdoa. masa tu nak menangis pun dialu alukan. sebab kau sedang mengadu. kau sedang memohon. sebab kau sudah sedar yang cinta ALLAH itu jangan sesekali diabaikan.
Jangan kau berterusan menangis tanpa membuat apa apa. kau buang masa. buang tenaga. buang tabiat juga bila nanti tiba tiba kau histeria la apa la. dah menyusahkan orang pula. kan? kan?

Tapi kalau peristiwa itu sudah lama berlalu tapi perangai perbuatan kau pun nak sama macam di hari pertama peristiwa itu memang kau nak kena lempang. kau memang BODOH *sorry to say*

Asyik asyik nak menangis lah. nak teringat DIA lah. nak bandingkan DIA dengan Ali. Seman. Daud. Sudah sudah lah tu. apa kau dapat? ? ?
Bukannya dia akan balik pada kau pun. bukannya SM FALIQ akan proposed kau pun untuk dijadikan bakal isteri. ada? ada?

Kalau ada memang lah kau beruntung. Jangan lah bersedih.
Kau ada ibu bapa lagi. adik beradik. kawan kawan. saudara mara. kan ramai tu? ? ?
Takkan la sebab kerana DIA yang seorang itu kau telah mengabaikan orang ramai ini.
Serius kau kejam. sungguh kejam.

Dah tu tak reti reti lagi nak starting a new life??
Wake up!!!!!!!
LA TAHZAN........
ALLAH ada reason untuk memberi ujian ini untuk kau. Sebab kau KUAT. tidak seperti jiran kau, musuh kau, si Timah, Senah dan juga Bedah. dan jangan kau  berani cakap hidup kau hancur selepas peristiwa itu.
Because one day u will realized that your life is getting sweet. meaningful. awesome. happy.
  
ALLAH sudah janji yang terbaik untuk kita. cuma kadangkala kita lupa untuk berbuat baik kepada Dia. kita leka. terlalu leka.....................


love, ZIEMA




 

No comments:

Post a Comment

Komen lah sukahati kau nak komen.