Followers

November 10, 2010

Plan apakah selepas ini?

   Baru sahaja selesai paper Company Accounting. susah lah!! benci benci benci. tak cukup masa. blank. hanya mampu mendoakan supaya lulus jadi tidak perlu membuang masa tenaga wang ringgit untuk repeat paper ini lagi sekali.

Wahhhh tak sangka lah dah nak habis belajar. Seronok juga kan? tak perlulah nak mengadap buku buku ilmiah ini setiap semester. buat assignment. presentation. kerja sekolah universiti. naik bas RapidKL yang tiketnya berharga RM1 untuk perjalanan sehala.

Tapi sedih juga. nak tinggalkan kawan kawan juga sahabat karib. lepas ni sudah tidak lagi bergelar pelajar nanti tak dapat duit raya dah. dah kena belanja orang (eh eh kedekut lah kau ni). kena bayar balik loan PTPTN yang daripada diploma setelah dicongak congak ada lah dalam RM 32 RIBU SAHAJA. hebat kan? terasa menyesal belajar sehingga tahap degree ni.
'Eh tak baik lah menyesal. kan ke belajar itu menuntut ilmu. mencari pahala. berjihad', kata saya kepada diri saya.

Whoaaaa! ! ! ! ! ! ! ! berbalik kepada tajuk asal.
Nak buat apa eh lepas habis ni?

Mahu sambung belajarkah?
Emm.. serasa seperti tidak mampu lagi memerah kepala otak ini untuk menyambung master. nak mengadap buku. assignment. thesis. research. kalau sambung ni free tak perlu mengeluarkan wang ringgit mungkin akan dipertimbangkan. setahun je pun. alahai. sudah lah kau. tak payah lah nak sambung. macam bagus je pointer tu. study main main last minute. berangan je lebih. lepas tu bila lecturer kat depan kau berbalas mesej. tidur. baca mastika. berbalas senyuman. kacau kak Lea. mengumpat lecturer.
Baiklah! setelah memikirkan kemungkinan dan juga risiko yang bakal saya hadapi. dengan ini saya mengisytiharkan saya tak ada hati dan perasaan mahu menyambung pengajian atas sebab sebab di atas.

Mahu kahwinkah?
Gila gatal tak tahu malu betul!! duit pun tak cukup kadang kala menyuruh abah bank in kan. lagi pulak encik calon suami tak ada. huhh.. out of list. next next......


Mahu duduk rumahkah?
Bukan lah duduk saja saja tanpa bergerak ke sana ke mari. nanti orang ingat lumpuh pula angkara belajar dengan rajin and gigih. haruslah membantu emak bersesuaian dengan gelaran anak dara. mungkin harus menajamkan skill memasak yang sedia ada. owh belajar menjahit baju kurung setelah emak memaksa belajar sejak dari dulu lagi. juga berkhidmat sebentar kepada adik adik mengajar matapelajaran juga kerja sekolah. tapi kan.... nanti makcik makcik jiran tetangga tentu lah sibuk mahu bertanya.
'bila nak kahwin ni?' atau 
'eh Ros. anak kau keje ape skarang?' atau
'belajar tinggi duk rumah je?'
Tertekan juga lah kan. nak berbakti kepada orang tua pun susah. adoi..

Mahu kerjakah?
Kerja ni bukan kata mahu tak mahu. memang kena. untuk masa depan yang gemilang. nak bayar duit PTPTN yang berharga RM32 ribu itu haruslah bekerja. tapi belum bersedia. kena hantar resume. pergi interview takutnya!!! dapat pula interviewer yang gila haram psiko bagi soalan entah apa apa langsung tak ada kena mengena dengan pelajaran kau mahupun pekerjaan itu. huh.
Habis tu?

Entah lah! ! ! ! ! !
Tak tahu mahu apakah.

Malas fikir lagi.
Mahu tidur sebentar.
Penat gila!

love, ZIEMA


No comments:

Post a Comment

Komen lah sukahati kau nak komen.