Followers

November 12, 2010

Muat ke?

   Masa sedang berfacebooking sambil melayan lagu encik Adam Lambert yang gay itu. tiba tiba ada mesej masuk. dari abang.

Sok balik jb ptg blh?

Eh. 14 hb ada paper lah. nape?

Lorh. mak ckp nak ambek zimah 13 hb. kalo camtu, 14 hb ptg r blk. siap2 kmas brg2..blk dgn abg n paan..

Mak kata nak datang 14 hb sbb nk g knduri kawen kt gombak. tak kesahla.

Ok2. kalo cmtu, kms brg2 siap2..ptg blh grk..

Bek bos...

OK.

Sekarang semua sila bayangkan. . . . . . . . . . . . . . . . . . . 

Saya merupakan final semester student. sudah tentu barang barang semua perlu dibawa balik terus tanpa ditinggalkan langsung. jadi haruslah pakaian semua harus dibawa balik. dan juga tidak ketinggalan segala periuk ricecooker senduk tu perlulah dibawa kan? sebab saya tinggal di rumah sewa.

Bayangkan sebelum ni kereta toyota Unser yang besar gabak itu menemani saya bila tiba setiap hujung semester. dan ketahuilah kamu kereta itu penuh sangat sehingga abah terpaksa memasang strategi untuk menyusun barang barang berkenaan so that dapat meletak barang barang saya.

Terkadang pelik kenapa lah banyak sangat barang ni? 
Setakat bawa pakaian. buku. barang dapur. itu sahaja OK. tapi turun naik tu adalah dalam lima kali baru lah selesai semuanya. haish entah lah.

And bila abang berkata mahu mengambil saya kan.
Terdiam. terfikir. terbayang. tercarut. WTFish! ! ! ! ! !

Bagaimana sebuah kereta Vios dapat memenuhi keperluan barang barang saya? ? ? ?
Mampukah abang melakukan strategi seperti abah?

Perlukah saya meninggalkan barang barang seperti buku  buku itu? tapi sayang lah nak buang. penat tu beli lepas tu selak sampai buku tu lunyai petanda saya sangat gigih menelaah pelajaran. buku itu juga boleh menjadi bukti juga senjata untuk membaling jikalau adik adik mengeluh semasa mengulangkaji pelajaran sambil membebel, 

"Kau tengok akak kau ni ha! gigih belajar tau! buat keje sekolah sikit je dah banyak bunyik pulak!"

Dah dah. tiba tiba je nak emo hanya kerana sebuah buku. huhh

Adoi! ! ! !
Muat ke ni ha?
Hope so...

love, ZIEMA




1 comment:

  1. muat tu...poket doremon boley je muat ngan brang2 die yg gedabak2....pe tah lg kete vios kn...hahahaha

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.