Walhal lidah kau tu sangat pekat dengan slanga negeri kau. lepas tu mati mati tak mengaku bila orang tanya betul ke kau orang negeri berkenaan? adoi jangan la macam tu. tak baik tau. kau sebenarnya menipu juga memperbodohkan diri kau sendiri. lepas tu mana yang berasal dari kawasan tak urban berlagak gila urban dari orang yang already memang urban. padahal. . . . . . . . . . . . . . . . .
Saya lahir di Johor. di KAMPUNG. dalam rumah atuk sebab tak sempat gila tak sabar nak keluar ha ha. nenek saya yang sambut. lepas tu abah dapat pindah ke KL. dari saya kecil sampai berumur 16 tahun saya adalah orang KL. bangga ke? sumpah tak ada perasaan. kadang kadang tu pelik bila tengok orang yang berhijrah ke KL lagi gila berlagak dress up maut padahal. . . . . . . . . . . . .
Sekarang ni saya sudah menjadi rakyat Johor. tinggal di Johor Bharu di tengah bandar bila orang tanya memang susah nak cakap rumah saya di kawasan mana. Skudai? bukan. Pasir Gudang? bukan. Tampoi? juga bukan. memang susah nak beritahu hingga terpaksa menyebut beberapa landmark walaupun sampai habis saya sebut pun orang masih tak tahu. walaupun baru 7 tahun tinggal di Johor tapi saya rasa sangat best. lagi pula lahir di Johor jadi memang bila orang tanya asal mana terus saja cakap, "Aku orang Johor" tanpa perlu explain yang saya pernah tinggal KL bla bla bla bla. . . . . . . .
I'm proud to be JOHOREAN :)
Why?
- Johor sangat kaya dengan masakan masakan unik lagi sedap. laksa Johor kira macam identiti kami lah. kalau kau pergi Muar ada mi bandung. Batu Pahat dengan nasi beriyani gam. Kota Tinggi famous dengan belangkas masak pedas. mi rebus pun famous. time hari raya je memang bukan orang johor lah kalau tak ada lontong. lepas tu ada soto lagi. pengaruh Jawa and Bugis sangat kuat. saya ada sedikit darah Jawa so tahu lah sedikit masakan Jawa ni. nasi ambeng memang identiti Johor juga. lepas tu ada pecal. kalau pergi kenduri kahwin ada telur pindang. sambal kicap memang wajib ada sebab kitorang akan cicah dengan tempe goreng ke, pisang goreng ke. uish banyak lah tak kuasa nak sebut.
- Kalau perasan setiap end of question tu mesti ada ekk. kenapa ekk? kat mana ekk? bila agaknya ekk? ha ha ha. kira tu macam tagline kitorang la. saya pun dah terbawa bawa dengan ekk ni. sampai ke sudah tak tahu macam mana word ekk tu boleh ada. abah saya sendiri yang berasal dari Perak tu pun dah pandai add ekk bila tanya something.
- Lagi satu word anu. korang ingat tak masa Form 2 subjek Matematik ada salah satu chapter tu pasal anu. ingat tak anu itu apa? anu tu kan macam kuantiti yang tidak diketahui. lebih kurang macam tu lah dah tak ingat lah saya memang tak minat Matematik ni. kitorang akan cakap anu bila macam nak sebut perkataan tu tapi tak ingat ke tak terkeluar ke. macam, "Ala anu tu yang besar tu apa entah nama dia" or "Weh. anukan baju aku" (suruh lipat baju pun sebenarnya). so bila orang Johor ni cakap anu silalah jangan ingat kitorang ni melucah ke apa ke ye.
- Lagi satu orang Johor ada words sendiri mungkin sebab pengaruh Jawa.
Gobok/gerobok - almari
Gebar - selimut
Geseng - hangus
Ngences - air liur meleleh
Sangap - menguap (kalau tempat lain maksud lain sebab sangap tu macam desperate)
Rewang - gotong royong (tempat lain refer as merayap)
Gembeng - mengada ngada, manja
- Kalau cakap bab adat pun agak lain dari yang lain. macam perkahwinan ke lagi lagi sebelah pihak perempuan. sebelum nikah tu memang kira macam wajib la ada upacara khatam al Quran and berzanji lah marhaban semua tu. lepas nikah tu pula ada berinai kecil dan besar. esoknya masa bersanding lagi meriah. siap ada tol bagai sebelum pengantin lelaki nak naik pelamin. dah balik tu selalunya tuan rumah akan bagi bontrot/berkat (actually nasi dan lauk pauk, kerepek, telur pindang) kepada tetamu.
- Selalu kalau perkataan tu ending dengan -ar kirorang akan jadikan dia -o. contoh macam besar jadi beso. gebar jadi gebo. lapar jadi lapo. selalu yang cakap ni orang Muar la. muar will be as muo. tapi rasanya memang kalau orang Johor akan cakap macam tu lah kot.
- Siapa siapa yang sekolah agama kat Johor jangan lah kau belajar main main. sebab kalau kau gagal dalam exam jangan harap lah nak naik darjah *betul ke aku sebut ni?*. kira macam kalau kau gagal masa exam darjah 5 jangan harap kau boleh move on to darjah 6. kau kena repeat darjah 5 balik sampai kau lulus.
- Baju melayu teluk belanga tu memang macam baju rasmi Johor lah. senang pakai tak panas. kalau orang luar lebih prefer cekak musang he he. lepas tu pakai songkok tinggi tapi tu orang dulu dulu kot. lagi satu saya sangat suka tarian Zapin. kalau perasan tarian ini memang famous lah. mungkin sebab dia rancak and tak boring.
- Johor juga the only negeri yang ada pasukan tentera sendiri which is Timbalan Setia Negeri and satu-satunya institusi pasukan tentera yang tertua dalam Malaysia dibiayai oleh kerajaan negeri yang masih kekal hingga kini. bangga tak? mahu tak bangga weh. lagi pula ada Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang hensem itu ehem ehem gatal sebentar. sebab tu kalau korang perasan Sultan Johor and TMJ selalu pakai uniform tentera bila ada lawatan rasmi.
Dah lah tu. banyak pula rasanya. kalau nak listkan semua korang boring pula kan.
Kang ada cakap saya ni riak macam bagus bagus je nak cerita pasal tanah kelahiran sendiri.
Bukan begitu ye. sekadar nak berkongsi. setiap negeri ada keunikan tersendiri. itulah dia Malaysia. variety of cultures. citizens. macam macam lah.
Jom datang JOHOR!!!!!
I'm just proud to be JOHOREAN :)
love, ZIEMA
Saya orang KL and I'm proud with my hometown. :)
ReplyDeletebagus!! just be proud wherever you are from :)
ReplyDeletebetul hanya orang johor je tau semua tu
ReplyDelete