Followers

November 5, 2010

Mahu Travel Alone

Sedang mengelamun membayangkan apa perlu dibuat selepas tidak lagi menjadi pelajar cemerlang. duduk rumah membesarkan badan? ke kerja sementara di mana mana kedai berdekatan demi mencari sesuap nasi?

Tapi kalau pergi vacation seorang diri seronok juga kan? Baru sahaja terbaca novel P.S I LOVE YOU yang tahun bila entah nak habis baca apabila Ciara adik kepada Holly sangat suka travel seorang diri. (cakap macam lah orang kenal si Ciara dan Holly)
Bawa backpack yang macam tourist selalu pakai tu. lepas tu pakai slack. sandal. tudung  and baju juga hendaklah dari fabrik kapas agar selesa *ewah kau! ha ha. . . . . . .

Lepas tu berjalan la seharian berseorangan konon konon melancong feeling feeling tourist gitu.
Soal makan no hal lah. bukankah begitu banyak gerai gerai di tepi jalan yang menawarkan makanan yang murah sedap? paling tidak pun makan meggi .sudah tentu dapat berjimat cermat amalan mulia.
Hotel bajet pun banyak. tak payah mahal mahal nak ada bath tab la. wireless la. swimming pool la.

Tapi travel seorang diri kat MALAYSIA YANG AMAN DAMAI ni selamat kah? terfikir juga.

Demmm!!! kenapa lah kerja nak rogol la. bunuh la. liwat lah.
Bukan kah banyak lagi kerja lain?? hidup pun tak senang.
So rasanya terpaksa lah membatalkan hasrat mahu travel seorang diri gara gara ketakutan atas sebab sebab seperti di atas. macam bagus bagus je nak pergi kan? ingat mak bapak kau bagi keizinan?? mati hidup balik pun agaknya tak bagi.
Naik bas pun every half an hour call nak tahu khabar kau? putus cinta pun menangis macam budak kecil mahu susu.
Ada hati. podahhhh!!! *ambil semangat Deepavali sebentar*

God. really really mahu sangat sungguh pergi jalan jalan tour ni.

Siapa mahu teman saya? ^_^

love, ZIEMA

 

No comments:

Post a Comment

Komen lah sukahati kau nak komen.