Followers

September 30, 2010

I am who I am

If you saw me laughing like i will die..
Hey friends!!!!
I'm just like that..happy with my life and peeps around me...
Happy with my family...I live my life before i die..

If you saw me eat like i'm not eating for a month..
Ohohohoh..that is me..
I'm just enjoy the dishes..and i'm being grateful that i can eat before I can't..

If you saw me crying like there was a funeral..
I just nearly give up..I'm sad..
I just wanna show my feeling 'coz I am a woman..only a woman..

If you saw me angry like i am the most angriest person in the world..
That is me..hot-tempered..
It is just the only way for me to make me release..feel free.peace.

If you saw me keep silence..
Erm I just need some space.. to learn.to appreciate.to grow. free.
And I hope can be a better person one day..

That was me..

I'm preferred to be hated for who I am..

Coz that is a very honest feelings towards me..

I AM WHO I AM....

love, ZIEMA

September 28, 2010

tak senang lah jadi WANITA

Hari ni saya rasa macam nak ilmiah serius sikit la.
Semalam tengok mamat lembut kat fakulti baju ketat rambut boleh masuk iklan syampu dada terbonjol..ishh.
Bob kawan saya yang baru balik Sabah sebab ada meeting MPP satu Malaysia(lantak kau lah Bob) cerita pondan kat sana cantik aset mantap siap nampak cleavage lagi..bapok tu weh....aset saya pun tak semantap tu..

Tapi kan kenapa ek mereka ni nak jadi 'wanita'?
Eh tak faham lah...
Susah tau jadi perempuan ni..

  • Haid
Tahu tak haid tu apa? Haid tu darah yang keluar setiap bulan kalau perempuan ni tak pregnant around 2 hari (paling kejap) or 15 hari (paling lama).. lebih dari tu dah dipanggil darah Istihadhah (darah penyakit).Dah malas nak cerita pekejadah nya darah ni..
Bila dah haid ni kau tau tak macam-macam problem yang akan timbul?
Senggugut ni memang main problem la..sakit tau tak?? sampai ada yang muntah-muntah pening kepala tu memang tahap teruk kritikal punya..setakat sakit bawah perut and pinggang and peha tu memang saya dah imune.
Pastu emosi kau memang la tak teratur.nak marah-marah..melenting..maki orang..makan pun macam terlebih je rasa..
Tiap-tiap bulan memang kena save duit sebab? beli tuala wanita. hey.ingat murah ke tuala wanita ni? dah la kena tukar every 4times a day..tu belum tengok yang jenis heavy punya. dah tu dah nak last-last period, untuk avoid pembaziran kena lah pakai pantyliner..ingat tak pakai boleh ke?? lain la macam lelaki boleh stop smoking kalau nak berjimat..haid tak boleh stop kecuali la kau dah menopous.

  • Mengandung/melahirkan
Ni saya bukan nak mencarut melucah ke cakap apa.. Dengar cerita kalau first night nak having sex tu sakit (kalau perempuan tu ada dara lagi)..entah la..
Dah kalau time tu pun sakit, kau bayangkan la kepala baby nak keluar gila azab sampai ada yang rabak kena gunting dah tu jahit balik..omaigosh ngilunya!! ini sakit!! serius.
Before tu nak tanggung 9bulan kau ingat senang?? nak bawak ke hulu ke hilir pergi kerja pasar shopping complex semua..tidur pun tak lena semua position tak kena.
belum lagi kena makan segala jenis pil ubat bagai..kena check up lagi every month.
Dah deliver kena pulak berpantang pakai pilis bengkung minum air jamu akar kayu (nasib la jadi orang Melayu)..untuk siapa? suami jugak.. padahal suami perut maju ke depan ada bini bising?? bangga lagi ada la..laki aku senang hati..makan pakai semua complete..

  • Kena rogol
Sangat takut lah weh kena rape ni..sakit pastu trauma lagi..nak naik teksi sorang-sorang pun takut even pakcik drebar tu pakai kopiah macam halim hulama. nak jalan sorang-sorang lagi la scary siot. dah kena rape tiba-tiba kau pregnant..lagi lah haru.pulak tu dia bunuh kau bakar kau sampai jadi abu?? damn takut nya weh..mesti kang ada yang cakap..siapa suruh pakai sexy2?? hoi bangang..ada kes nenek kena rogol dengan cucu tau tak?..takkan la nenek tu berkemban buat aksi pole dance seduced cucu dia?errkk...
LELAKI steady je sebab dia yang merogol..apa nak takut???????????

  • Aurat kena jaga
Saya ni bukan lah alim solehah sangat..tapi tau kan aurat wanita ni muka and tapak tangan depan belakang je?
Lelaki???? dari pusat sampai lutut SAHAJA.. susah tau (saya bukan regret kena jaga aurat).
Tapi betul..kadang-kadang nak pergi beli tosai kat mamak bawah rumah pun malas siap mendoakan mamak berkenaan buat delivery service macam McD tu ha..nak tukar seluar and baju ,sarung cardigan and tudung semua.. (adakah ini bermaksud saya sexy di rumah?) shhhhhhhh...diam-diam sudah.

  • Perempuan sangat cerewet
Setuju tak?????? i have to agree..memang pun..kalau tak kenapa abah saya membebel perli mak bila kat jalan TAR kitorang hanya beli dua helai kain dalam masa 3jam?!! ha ha..
Dah tu kalau nak pakai baju kena adapt dengan tempat and masa..bila nak pakai baju kurung, blouse, tshirt, dress, seluar jeans, long skirt, high heel, pump shoes, sandal, tudung, selendang, ..uishhh...
kau tak tengok kalau beli bra and panties..saiz nak yang 32 la,38 la.ada tak dawai?ada tak cup.cup tu saiz A,B,C (dah macam budak tadika lak)..dah tu nak yang ada renda-renda la, manik labuci,jaring-jaring, g-string la...
Tak ke cerewet tu?????

  • Keluar kena minta izin
Kalau dah kahwin tu memang la WAJIB mintak izin hubby kalau nak keluar pergi mana-mana kan? (teringat mak minta izin abah nak pergi join marhaban kat surau bawah rumah before abah outstation..ohh sweetnya)
Tapi tau tak even korang anak gadis tak kahwin lagi still kena mintak izin kat abah korang? yes memang dosa tu kita yang tanggung if dah baligh tapi abah korang pun kena tanggung dosa korang and mak korang sekali..tapi kalau dah duduk jauh study kat unibesiti nak pergi kelas hari-hari pun nak minta izin tak payah la der..kang ade gak bapak kau cari family angkat untuk kau..ekekeke
LELAKI??? tak balik rumah seminggu pun kau tak dapat dosa..

  • Mengumpat/Diumpat
Part ni memang susah la nak cakap..kadang-kadang saya cuba gak nak avoid..
Biasala kalau tak puas hati pastu cerita kat member pastu mengata and last-last mengumpat..hambik kau dapat dosa makan daging sedara sendiri..Lelaki selalu cerita pasal bola, kereta bla bla bla...ala setakat ngumpat Rooney betray wife dia tu ape la sangat..5 minit je pastu kau sambung balik cerita pasal bola balik..
Kalau perempuan kahwin lambat putus tunang bercerai semua kau tengok la after a few month..gerenti makcik-makcik tua tak sedar diri mengumpat kau yang diumpat oleh mereka sekalian..
Cuba kalau lelaki? ish siap rekemen anak sedara dia, jiran atuk kau semua la..siap support lagi.."takpe kahwin lambat..kumpul duit dulu"..eleh kau..dalam hati nak rekemen kat anak kau..

Banyak la nak cerita betapa tak senang jadi PEREMPUAN ni okay..
Jadi LELAKI senang sikit tau...

Hey bapok pondan!!!

Anda ada ciri-ciri di atas kah?????????

Boooooooooooooooo!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

love, ZIEMA

September 26, 2010

my WEDDING's dream

Okay tuan-tuan dan puan-puan..hari ni chef nak tunjuk cara-cara nak masak..eh ada ke nak masak?? salah entri ni..kah kah kah!! (okay tak kelakar kan)..entah apa-apa je..

Korang pernah tak macam berangan ke, termenung ke, terbayang ke, apa-apa je lah yang membuatkan fikiran korang melayang seperti di awangan pergh...

Ala jangan la nak tipu.pernah kan? kan? kan?
Mengaku je lah weh...
Me as well have my own dream about my life...
lagi-lagi berangan pasal wedding saya adakah ini petanda saya dah gatal geli desperate nak kahwin??
DREAM WEDDING SAYA ADALAH SEPERTI BERIKUT:

  • Location/Theme
Saya sangat berangan nak buat wedding kat tepi pantai mengadap laut tu..pastu saya nak tema garden.cantik woooo...mula-mula macam nak buat atas yacht or kapal..tapi memandangkan ada kemungkinan yacht karam nanti kau mati lemas tak sempat first night so saya batalkan niat murni saya tu. sedara mara sekalian boleh la datang lenggang kangkung dress up maut sebab tak ada gotong royong pada hari berkenaan.

  • Wedding Dress
Omaigoshh!!!!!!! sangat heart la tengok baju ni...awesome!!!!! heh..saya suka tengok yang kaler peach tu..sangat santek la design dia but for my wedding it must be dull pink or baby blue in colour.. ok fine..kalau camni saya kena refer kat Hatta Dolmat or Radzuan Radzwill or Riezman Ruzaini ni..nak bayar pakai pe ni?? rilek..duit boleh dicari beb..

  • Transportation
Haha..sila jangan gelak..Siti Nurhaliza pun tak jadi tau naik benda alah ni..saya suka tengok bila pengantin naik kereta kuda ni..terasa diri ini seperti seorang Cinderella even saya takde mak tiri. tak main la naik kereta mercedes bmw tu..tak romantik langsung..


  • Wedding Ring
Ehem-ehem..santek kan cincin berkenaan?? just nice..saya nak nanti saya and future hubby ada wedding ring..cincin saya hendaklah simple design..tak nak yang crowded serabut sangat nanti attract perampok peragut..lagi satu tak nak batu dia tu besau sangat apa kau ingat cincin aku ni senjata nak tumbuk orang?? oh ya..saya nak cincin saya tu 100% gold ok..tak main la platinum ke emas putih ke...emas tu aset..pulak harga emas naik..ko jangan main-main..saya pernah usha cincin nipis macam cincin tikam yang selalu beli kat kedai runcit 20sen tu which costing about rm500++....gila kan??

  • Pelamin/hantaran

I dream if everything is full of fresh flower..betul ni..pelamin, hantaran, khemah, meja makan beradap semua saya nak fresh flower..lepas majlis tu kau nak curi bunga tu nak buat hiasan kat rumah pun takpe..hambik la..saya sangat pemurah..erk..

  • Flower Girl

Okay..budak-budak cute ni wajib ada tau..kena accompany saya masa nak naik pelamin ngan hubby nanti..and of course budak-budak ni will be my cousin or anak-anak cousin saya ke kan..tapi kena train dorang ni yang payah sikit..pulak masa tu tiba-tiba dorang moody ke kan..kang ada gak yang tak bersanding..

  • Honeymoon

Owh ini part yang paling dinanti oleh kapel yang baru kahwin..saya teringin nak pergi Venice la..orang cakap tempat tu romantik sangat..maybe kot..tengok kat pic pun dah tau..ala nanti saya and hubby pergi sana pun bukan nak shopping ke apa ke..nak manja-manja je.hikhikhik...Pastu nak singgah jap pergi Egypt..mane tau Cleopatra masuk mimpi saya dia boleh bagi tips camne nak goda hubby saya same like dia goda Marc Anthony dulu..uhuhu

Sekian angan-angan saya..

Will it becomes reality???

Of course lah...kau kena cari orang kaya maya duda ke datuk ke tan sri ke takpun anak orang kaya yang bapak dia tahap millionaire dia punya harta..
Takpun kau jadi la selebriti artis tu..mesti ramai nak sponsor segala budget dari kau tunang sampai kau pergi honeymoon..

Ha ha ha ha ha ha!!!!!!!!!!!!!!!!

love, ZIEMA

September 24, 2010

Jodoh Itu

Siapa pernah putus cinta??

Putus tunang??

Putus kahwin? eh salah.. Bercerai???

Well..bila fikir pasal benda ni kan..saya jadi macam paranoid sikit..

We never know what will be happen in our future life.. Memang betul kita merancang tapi Tuhan yang tentukan semuanya. bila benda ni jadi people around akan cakap, "Sabar lah ye..ni semua dugaan and ujian..Tuhan takkan menguji melebihi kemampuan hamba-Nya.. you deserve someone better than before"

Tapi saya agak tak boleh terima bila someone meninggalkan someone else dengan alasan supaya dia akan dapat lagi better la.. sampai ada keluar quote..

Sometimes letting go is one way of saying I LOVE YOU..

Hotak kau lah.. Apa kejadahnya alasan macam tu bila kau tinggalkan kapel kau padahal actually kau dah ada orang lain yang kau kenal berapa bulan je and tinggalkan kapel kau yang dah bertahun-tahun setia tunggu kau??


Kalau dah sayang kenapa nak kena tinggalkan?? And bagi alasan dah tak ada jodoh la, tak serasi la, bla bla bla.. Tu lah yang ada kes tunang tak jadi la, esok nak nikah tiba-tiba cancel la, laki tinggalkan bini  then duk serumah dengan betina sundal tak sedar diri perempuan lain... pastu fikir dia kena guna-guna la, buatan orang la padahal memang dah gatal tak ada otak..


Tapi saya sangat percaya pada Qada' n Qadar..


Apa yang berlaku pada kita ni dah ditentukan Dia..kita kena redha and jangan cepat salahkan Dia sebab Dia yang cipta kita so Dia tahu la apa yang terbaik untuk kita..


Cuma saya tak puas hati bila alasan tak ada jodoh tu digunakan oleh mereka-mereka yang bodoh bangang tak sekolah untuk meninggalkan pasangan mereka pastu mendoakan agar pasangan yang dia tinggalkan tu dipertemukan jodoh yang lebih baik konon-konon kau baik la tu.

helo..

Anda  LOOSER!!!!!!!!!!!!!!!!

love, ZIEMA

September 23, 2010

Don't Easily Judge

JUST TO REMIND MYSELF...

Kalau nampak perempuan sexy jangan kutuk-kutuk dia.. mungkin dia sangat jahil tentang agama..mungkin dia dibesarkan dalam persekitaran yang kurang beragama...mungkin hati dia belum lembut..

Kalau nampak orang miskin mintak sedekah ke merempit merempat ke tidur tepi jalan ke...jangan cakap dia ni malas kerja ke apa ke..mungkin dia dah puas cari kerja tapi tak diterima..mungkin dia tak able untuk bekerja..

Kalau ada budak yang perangai macam haram nakal jahat noty tu maafkan la dia...mungkin didikan mak bapak dia dah cukup dunia akhirat..tapi sebab kawan-kawan or rakan-rakan or sahabat dia lah dia jadi macam tu..doakan lah saja moga budak ni insaf and berguna satu hari nanti..

Kalau nampak pelacur kat lorong Haji Taib ke lorong gelap lorong belakang rumah korang ke maafkan lah dia..mungkin dia sendiri tak nak buat kerja tu... Yes memang betul matlamat tak menghalalkan cara..tapi.....mungkin dia sendiri terdesak..nak beli lampin susu baju anak semua...and mungkin mereka-mereka ini lagi mulia dari kita...who knows kan??

Kalau nampak orang gila sewel tu jangan lah hina..siap cakap "Ha tulah..dulu siapa suruh main judi pastu gatal nak buat business pastu bankrap kau jadi gila..padan muka kau.."  or  "Lain kali jgn menggatal dengan jantan..kan dah kena tinggal jadi gila"..mungkin kita sendiri tak tau kenapa dia jadi gila..sakit mungkin..tertekan dengan hidup ke..bersyukur lah kita masih waras..and orang gila ni confirm masuk SYURGA tau.. kita ni yang tak tau lagi tempat kita nanti better shadap!!

Kalau nampak orang kerja kutip sampah sapu sampah cuci toilet tu jangan la simply assume.. "Dulu malas belajar..ha sekarang kerja entah apa-apa"..believe me..mungkin diorang ni pun ada angan-angan nak masuk universiti, nak kerja best-best income gempak gila..tapi mungkin kemampuan diorang sampai situ je.. and kalau semua nak kerja doktor engineer arkitek bagai siapa nak buat kerja-kerja tu???

 Kalau nampak ade couple ni sangat la romantika de amor..
Tiba-tiba erkkk...muka pakwe dia macam perompak tapi awek dia pergh cun macam Miss World ke kan..

Jangan cakap perempuan ni kena guna-guna la, buta la, nak kikis duit mamat tu la *kalau mamat tu anak org kaya*
Mungkin mamat ni seribu kali lebih baik daripada mamat-mamat kat luar sana yang kata hensem kacak kiut tapi perangai...MASYA ALLAH... playboy la, gayboy la, asamboy la, tomboy la..eh salah..tomboy tu perempuan keh keh keh..

Kalau korang nampak muka saya tengah serius garang masam tu jangan la ingat saya ni sombong ke marah ke..mungkin facial expression saya yang tiba-tiba berkelakuan sedemikian..*sila marah muka saya*

Kalau nampak saya ketawa gelak besar terkekeh-kekeh menghilai ke menggilai? tak ingat dunia tu..jangan la ingat saya sedang gembira suka hati..mungkin saya sengaja buat macam tu untuk menutup kesedihan saya..

Kalau........

Kalau saya.......



love, ZIEMA

September 21, 2010

Berangan sekejap..Ala kejap je lah..

Tiba-tiba saya teringat SM Faliq SM Nasimuddin..Kenal tak? hey!!! Dia ni one of NAZA 's heirer tau..
Ala kalau lalu federal highway kat tepi tu korang boleh tengok building NAZA yg gempak tu ada kereta ferrari lamborgini ntah pape lagi lah...

Blerrgghh!!!!! Dia sangat hensem ok.. Berangan jap la saya bila tengok muka dia ni..

Hari tu bukak fesbuk and try cari nama dia..perghhh lagi lah buat saya teruja bila tengok profile pic dia..
gambar di ambil dari gugel..

 Pastu saya mula berangan yang indah-indah belaka...

Masa tu saya baru habis study..then saya keje la biasa-biasa je kt opis.. Masa tu saya ngah jalan-jalan nak balik keje..tiba-tiba saya terserempak ngan beliau..

Tapi time tu beliau sikit pun tak pandang saya..maklumlah, saya ni tak hot seksi cantik menarik tertarik kau memang da bomb..saya pulak melopong meleleh air liur tengok dia..

Tapi satu kejadian telah merubah segalanya..

Saya telah apply keje di opis beliau..tapi beliau sangat la tak appreciate saya.selalu marah-marah saya..maklumlah beliau seorang big bos.. Beliau pulak clubbing,kaki perempuan semua lah yang jelik.Tapi lama-lama beliau suka kat saya even secretary beliau yang tak cantik pakai mekap tebal rambut karat baju tak cukup kain tergila-gila kat beliau..

Saya pulak jual-jual mahal padehal dalam hati ada taman..suka nya!!!! Dia pulak dah insaf..

Kami bercinta sekejap je pastu kami kahwin sebab dia tak nak tunggu lama-lama nanti hati saya berubah..Secretary dia pulak resigned konon-konon sebab dapat offer tempat lain padehal malu sebab dah kecoh 1 Malaya nak kahwin ngan beliau..

Masa tu saya femes gak la sebab dia kan public figure heboh la kat tv surat khabar magazine semua..Pastu kawan-kawan pulak mesej calling saya nak interview nak tanya kisah percintaan sebab mereka tak percaya saya boleh kahwin ngan dia..

Ohhh bahagianya saya bila dia memilih saya..

Zasssssssssssssssss!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Saya dah kembali ke alam realiti.. Sesungguhnya angan-angan saya tu memang la takkan jadi realiti..
Tapi boleh jadi novel cintan cintun kan??

And saya sedar tu semua takkan berlaku..

I'm just an ordinary and typical Malay woman who want a very ordinary life with my ordinary man..

love, ZIEMA


September 20, 2010

7 jam yang sangat MEMENATKAN..

Semalam saya balik ke shah alam naik bas..Alah biasa la kan..dah nama pun student haruslah naik bas.. tak feel la naik keretapi ke flight ke kapal ke..eh eh ada ke zaman skarang naik kapal..ada tapi kau kena jadi jutawan nak naik Star Cruise..tapi sangat la mustahil kan balik dari JB ke shah alam naik kapal padehal dah ada highway bagai macam la miskin sangat takde duit nak bayar tambang bas..

Okay2..berbalik kepada title entry saya ni..saya beli tiket balik on third raya which is on 12hb sept kan? and selalunya saya akan beli tiket pukul 12noon tapi memandangkan tiket DAH HABIS so nasib baik saya dapat tiket pukul 10.30a.m..

semalam, 19hb sept saya pun gerak ke Larkin dengan mak abah..manja tak saya?? ha ha ha..

Guess what? bila saya pergi kaunter dia tulis nombor platform and plat bas..saya pun tunggu dengan parent saya sampai pukul 10.45a.m tapi bayang-bayang bas pun saya tak nampak. Den abah pun pergi kaunter balik nak tanya and rupanya platform and plat bas dah tukar..wadefakk gak la kan..

Bila pergi platform tu hambik kau ramai gila manusia.. Tiba-tiba tgh tunggu tu ada mamat tu jerit.. "bas nombor 8888 ikut!!"..Saya pun dah gelabah sebab abah gatal pergi kaunter balik nak tanya..So saya dan mak pergi la ke bas tu yang actually dah tunggu kat seberang jalan nun..

Saya baru realized yang maybe saya naik bas tambah...ohh demm!!!!!!!

Saya pun naik la bas tu.. Dia boleh pulak tunggu and at last around pukul 12noon baru la bas gerak..muvie yang en. drebar pasang tu pun dah nak dekat habis..ish ish.....

Tiba-tiba boleh pulak kau stop isi minyak lak kat petronas..adoi..awal-awal kau tak nak isi..dah namanya bas so haruslah bergelen-gelen kau nak topup minyak tu kan..saya sabar..

Bas pun memecut laju memecah keheningan tengahari..eheeee..Tiba-tiba lak ada la apek ni pakai smart kemeja bagai siap kasut macam nak pergi opis lak (tapi naik bas) cakap nak berhenti..adoi dia nak lak buat date dgn toilet..dah bas tu berhenti which is supposely apek tu je yang patut turun tp yang lain bangang nak join gak so make it take time..

After a few minutes bas pun gerak lagi..Saya pun sempat gak la tertidur nasib baik tak ternganga kluar air liur ke bila suddenly bas stop lagi kat perhentian.. sedar-sedar je apek tu ada kat depan...dia nak buat temujanji lagi ngan toilet lagi..ish kau ni aku ikat ehem ehem kau baru tau..

okay la kalau kau nak pergi toilet..faham la takkan nak tahan kot..tunggu punya tunggu apehal lah lama apek ni..bila dia naik je kat tangan dia ada plastik merah isi junk food..tu dia sempat lagi shopping mopping...(mencarut gak la)

Bas pun memecut lagi..around pukul 4 tu dah nak sampai simpang nilai-pajam-sepang, saya tengok en.drebar ni terus membawa bas je tanpa menghiraukan perasaan kami yang kompius and bengang tahap gaban ni..

Ceh rupanya bas ni pergi ke Bukit Jalil hentian sementara tu sebab puduraya tengah renovate.. Rupanya nak hantar seorang ibu and anak-anaknya yang seramai 6 orang yang the only turun KL..ceh..

Lea pulak masa tu dah bising-bising tanya pukul berapa sampai sebab dia dah janji nak ambil saya and pergi beraya rumah mak usu dia..blerghhh!! lagi la tension plus dia tanya pukul berapa sampai..tertekan gak la...

Okay-okay..part ni saya sangat bengang..

Around pukul 5.15p.m saya sampai shah alam..tapi en.drebar keling india ni boleh pulak tak tau nak pergi seksyen 17..siap boleh sesat bagai lalu depan sekolah kilang mana saya pun tak tau..sampai kitorang yang bagi direction and it takes half an hour sebab sesat okay..dah tu sampai seksyen 17 pun kau boleh sesat lagi tak tau nak turunkan kitorang kt mane sampai tawaf lalu depan resident area kau tau..

Nasib baik dah pukul 5.45p.m tu begum.lea and cuda lom sampai.. and nasib baik sempat pergi rumah mak usu beraya makan mee kari yang sangat lazat yummy hingga menjilat jari..ha ha ha....

Tapi pergi rumah mak usu pun sesat gak sebab ingatan yg semakin lemah..

heyyyyy!!!

supposely 5 jam je..

7 jam itu sangat penat!!!!!

sekian...........

love, ZIEMA

September 18, 2010

Raya lagi!!!

Okey saya janji ni entry raya yg last eh... Time ni dah 2 Syawal so kalau family belah mak saya time ni memang akan digunakan utk menjelajah beraya bersama seisi keluarga.. Memandangkan mak saya ni anak yang third last, so haruslah mak saya mengunjungi pakcik dan makcik saya..

Raya kedua ni kitorang still lagi kat rumah Mak Uda dan gerak pergi beraya around 3pm..
Muar-Batu Pahat-Ayer Itam-Kluang-Layang-layang-Simpang Renggam-JB..

 Ibu mithali bersama anak-anak soleh dan solehah..

bye-bye..next year kita jumpa lagi yeah!!!

Okey..these second and third Syawal for me was really2 exhausted..

Bayangkan la.. dari Muar tu kitorang pegi umah Busu kat Sri Gading, Batu Pahat.. Then tiba-tiba mak cakap nak singgah kat Ayer Itam nak beli segala bunga pasu bagai nak hias rumah yang saya rasa macam dah dalam taman bunga.. 

bunga ros yg sudah siap digubah oleh Cik Puan Ros..

Dah siap beli kitorang pergi lak menghala ke Kluang which is rumah Mak Long pastu pergi rumah kawan abah pastu pergi rumah macik Amah (kakak mak saya)..okay dah 3 rumah..

Dah malam tu kitorang singgah kampung jap tido tapi sempat lagi beraya rumah macik saya..fuh nasib baik la pakcik2 yg around rumah nenek saya lum balik dr kampung lagi..kalau tak....................

Esoknya semua bantai bangun lambat except mak yang beria bangun awal sebab nak basuh baju pastu merayap pergi cari daun kari daun limau daun pandan dan segala jenis daun untuk dibawa balik..

Tapi nasib baik third raya ni pergi rumah kawan abah kt Simpang Renggam je..

Pastu ape lagi..balik rumah le weh.. HOME SWEET HOME!!!

esok nak balik shah alam dah..

Malasnye weh!!.......

love, ZIEMA


September 15, 2010

Kami Yang Sedondon Di Pagi Raya....

Entry hari ini pasal raya lg..ah..lantak la..ini blog saya jadi suke hati jantung usus saya la nak tulis apa pun ada aku kisah?? fuh..ambik nafas jap.........hehehe :)

Baiklah tuan -tuan dan puan-puan...saya dan family saya sgt la suka wat tema baju raya kami..sedondon kan..tapi knapa saya rasa perkataan sedondon tu macam pelik ye?? siapakah yang mencipta perkataan ini?? tapi knapa saya nak sibuk-sibuk nk tau pasal perkataan tu padahal saya nak ckp pasal tema baju raya kan?? ermmmm....saya sudah start mencarut mengarut...

ni tahun bila ek?? 2005 kot? faris pun kecik lagi plus cumel.. minah belah kiri tu pun cumel gak plus tembam..
LOKASI : RUMAH MAK TEH DI REDANG PANJANG,PERAK

kami yang hijau sedondon ngan langsir yang kebetulan sedondon dgn baju kami yg sedondon brapa kali kau nak ckp sedondon ni ziema??haishhh....
LOKASI: RUMAH TOK WAN DI LAYANG2,JOHOR

sedondon kaler purple..weee!!! 
LOKASI: RUMAH PAK ANJANG DI IJOK,PERAK

Haaa...best kan family saya (saya nk puji family saya)...tapi tema kaler2 ni selalunya buat 2 tahun sekali la..agak tak larat nak buat tiap-tiap tahun memandangkan penat nak fikir tema kaler2 and nak buat baju kaum lelaki yang susah lagi-lagi tang poket tu..macam mana saya tau? Adakah saya seorang tailor?? Taklah..mak saya berbakat menjahit baju..

Sekian entry khas raya kali ini mengimbau kenangan..Kenangan manis kau dan aku..ceh nyanyi lagu Jamal Abdillah lakssss....

Saya nak stop..mak sudah membebel sbab dah nak pukul 12pm tapi saya tak jenguk dapur lg..

Ada rupa anak solehah tak saya??

Dah-dah..chow!!

love, ZIEMA



September 14, 2010

SALAM EID FITRI

SELAMAT HARI RAYA SEMUA!!!!!!!!

Amboi2..meriah ek raya tahun ni...Alhamdulillah sangat sebab saya dan family dapat sambut raya tahun ni..

Sebenarnya abah kena attend open house Ketua Polis Johor on first raya..tapi abah saya ponteng tak pergi dgn alasan keluar masuk toilet konon2 nak salahkan lauk pauk raya padehal memang takde hati nak pergi kan?? ekekeke..Tapi bagus gak abah tak pergi sebab kami bengang kenapa nak buat open house first day of Syawal padehal hari lain boleh buat lantak kau lah dari pagi sampai malam pun takpe..(ni apehal nak marah tak tentu pasal ni??)

Seperti yg dijanjikan, tahun ni family saya beraya rumah Mak Uda (dia adalah kakak mak saya ye). Meriah la sikit lagi2 ada new member in our family.. 

aha..kiut kan?? helo..nama saya hanani fathini..
panggil je hanan..saya cucu Mak Uda (sila cakap gaya doraemon)

Meriah la raya tahun ni ada baby..eh kalau tkde baby tak meriah ke? Apa kena mngena baby dgn hari raya? ermmmm..pape je lah..

Seperti biasa la kan..kalau dah namanya hari raya mesti nak capture2 gitu..lepas salam2 mintak maaf dan menangis dapat duit raya, kami pun apa lagi.. 1 2 3 peace!!!!!!!!!!!!

FAMILY POTRAIT.. freestyle!!! :)

family saya dan family Mak Uda...

eheee...ada gaya model antarabangsa magazine tak? ini adalah idea kak rin..

saya dan pa'an dan fatin yg konon2 posing mcm la bagus sangat..

Eh lupa pulak..tahun ni saya dan emak pakai jubah u ollsss...sila jangan cakap pakai jubah tu macam ustazah ke alim ke apa ke sebab jubah sangat in di abad ni okay..

Baiklah kawan2..sampai sini aje eh..niat di hati nak letak gambar banyak2 tapi kang anda meluat lak kan tengok..

kita sambung next day ye..

love, ZIEMA


September 6, 2010

Biskut Ghaye..

Adeh..lagi 3 hari dah nak raya kan? And baru hari ni saya di request oleh adik-adik saya buat biskut raya..

  • Pa'an : Biskut Suji
  • Dinie : Biskut Chocolate Chips
Gila kejam la diorang ni..mentang-mentang la saya ni the only akak mithali diorang..Haruskah saya yang menjadi mangsa?? Sabar je lah kan.. Adik-adik punya pasal, saya rela berkorban.(macam nak pegi berperang lak eh) 

Bukannya mak tak beli biskut raya..dah berlambak kat dapur tu ha.. Atau adakah biskut handmade oleh saya sangat sedap hingga menjilat jari kaki?? Ouhh..terpikir lak kan? Mesti sangat sedap sebab tu mereka suruh saya buat.. (perasan jap lah boleh kan???) Ehee..

Lepas tu dah request bukan reti nak tolong.. Boleh lak main order-order kan?

Perghh!! hangin gak la saya yang cool ni..tapi takpe...

Pagi raya saya akan make sure mereka minta maaf zahir dan batin even mereka takde hubungan batin dgn saya..

hek eleh dinie..nak kaber senyum lak..

dinie yang cuba nak susun tapi at last saya jugak yang susun..hnssssff..

okay semua..SENYUM!!!...

Baik lah puan-puan (mcm dalam rancangan memasak lak..adeh)..senyuman mereka ni sekejap je..

Lepas tu semua blah tak nak bertanggungjawab atas perbuatan mereka ni..saya jugak yang setia tau.

Raya tahun depan akak tak nak buat biskut raya lagi!!!! TAUBAT!!!!!!!!

p/s : Pa'an di maafkan sebab time ni dia pergi kerja..


September 5, 2010

Memori Itu..

Semalam saya dan family except pa'an and dinie buke kat kampung..takde la jauh mana kampung saya tu which take about 45min nak ke sana..Ni semua faris punya pasallah..Sebab nak main bunga api dan mercun,terpaksa lah pegi kampung. Kat rumah saya agak kurang sesuai untuk kanak-kanak yang sdang membesar utk bermain benda alah ni..

But before tu kami pergi bazar dulu. Agak banyak la beli sbab masing-masing punya taste kan. Sampai je kampung tiba-tiba saya sedih..Sunyi sangat rumah atuk. Dah takde orang.. Lepas je arwah Tok Wan meninggal, memang rumah tu sunyi..Nasib baik kiri kanan rumah atuk ade rumah pakcik dan makcik saya.

Mungkin raya ni pun rumah tu akan sunyi sebab tahun ni family saya beraya kat rumah Mak Uda..Rasanya ni la first time takde orang beraya kat rumah atuk. Rasanya first raya nanti die jenguk tak rumah dia? ishhh..sedih lak..sob..sob.. :'(

Tok Wan saya sangatla garang orangnya..Ingat dulu time saya kecik, kalau dengar je nak balik kampung Johor mesti menyampah. Tok Wan suke membebel plus sagat la garang.. Bukan kitorang je cucu-cucu yang kena.. Ngan anak-anak dia pun kena sekali including mak saya.

Kalau time masak ramai-ramai, lagi kelakar.. Makcik-makcik panggil Tok Wan saya mandur sebab dia akan bg arahan. Of course la bila dah jumpa siblings ramai-ramai ni nak berborak kan.. Nama pun perempuan.

Tp Tok Wan cukup tak suka bila mereka bersembang. Dia risau lambat masak. Time tu la dia start membebel. Sampai busu saya ckp.."Ha..Enjin dah start dah tu"..Hahaha.. Siot la busu saya tu.

Dah besar ni baru la saya recognize yang Tok Wan ni baik hati.. Bila cucu-cucu dah besar baru la dia agak rapat. Boleh bersembang..Kadang-kadang tu dia ngadu kat aku perangai anak-anak dia. Aku dengar je la. Nak bagi pendapat lak kang macam lebih lak kan..

Tok Wan cukup suka kalau tengok drama kat tv. Cerita Gerak Khas dan Sembilu tu fevret dia tau..bila aku sembang ngan kawan-kawan, mereka pun cakap nenek mereka suke tengok drama tu.. Agak nye ni memang cite untuk nenek-nenek kot..hahaha (credit to Yusof Haslam)

Uih..tahun ni dah masuk 2 tahun arwah takde..bila dia takde tu terasa sangatla. Tapi saya tak sedih sebab dapat jaga gak dia time dia sakit. Saya sangat ralat sebab time dia meninggal saya tak dpt balik sebab ada program yg mmg wajib kene datang.. Time tu saya baru further degree.
Ermm..bila ingat-ingat balik, untung nya siapa-siapa yang ada nenek dan atuk lagi..

Tapi ada gak yang tak appreciate orang tua ni..hantar kt rumah orang tua la, sisihkan mereka la..Saya hope sangat dapat jaga parents saya bila mereka dah tua..

Al-Fatihah to Arwah Tok Wan. (23.05.1929-29.12.2008)

love, ZIEMA



September 3, 2010

Fi Baiti wa Jannati

Ala..speaking arab jap...maksudnya di rumahku syurgaku..Faham tak adik-adik? sekali sekala test power ape salahnya kan? even muka aku ala-ala Arab mix sikit,tapi tak de la pndai sgt speaking ni..Aku cakap ni pun sebab aku ambik bahasa arab past 3 semester..tiap2 sem aku dapat A,except last tu aku dapat A-(berlagak jap ye anda semua..)

Saya dah berada di rumah! yeay!!! (terbayang saya melompat girang mcm kanak2 ribena..cumel kan?)..abah ambil saya around pukul 2pm and sampai rumah around pukul 6pm..Kira sempat gak la berbuka..

Balik je faris dah tunggu..dah baik chickenpox ni merayap la dia selepas dikuarantin..kesian adik aku ni ha...nampak la sikit parut2 tu..girang gembira btul dia dapat jumpe saya..

Yang kelakarnya,masa saya masuk bilik dia pun nak jugak follow.. "Akak..meh sini.adik nak tunjuk kad raya..adik nak bg abah ngan mak"..

Saya yang agak terkejut terus saja ckp ok..erm aku tak penah lak nak bagi kad raya kat mak n abah even masa aku kecik..ish kau ni faris..memang dasar anak bongsu la..

er.bukan kad raya ni..kertas raya..ini bukan dia lukis..saya pun tak tau..maybe beli kat sekolah? dia terambil kawan dia punya?dia saja ambil?ish..tuduh budak ni lak aku ni..


haha..tulisan budak darjah satu..tak boleh blah mintak maaf sebab selalu mintak mainan..yela dik..kau harus mintak maaf kat abah sebab mainan yang kau mintak tu kitorang tak mampu nak main masa kecik dulu..pastu say thanks sebab belikan mercun..huh..motif la faris..kau dah dapat then kau nak bodek abah eh (jeles sebentar)..

siap lukis gambar lagi tu.."Akak..yg kat kiri tu adik..lpas tu kat tengah tu mercun..sebelah tu abah.."

bajet abah nak temankan kau main mercun la tu..ye la..kau kan anak kesayangan abah (jeles sebentar lagi)

yang paling tak boleh blah kt bawah kiri tu..siap tulis umur abah aku..

kompius sebentar..ni kad raya ke kad hari lahir??hahaha..lawak la kau ni faris..

tak sabar nak raya..lagi seminggu..:)

love,ZIEMA

September 2, 2010

Yahoo!!!! balik kampung..

Esok saya akan balik kampung ye kawan-kawan...huh.statement tak boleh blah..macam la duduk kt oversea kau nak excited balik rumah kn? shah alam-jb 5jam je...tapi esok saya balik ngan abah saya..abah will pick me after my last test..

Ala ada test lagi ke?penat lah study.nape la kena study..tak boleh ke tak study?kalau kawin terus bole tak?haa..dah la tu Cik Zima oi..anda sudah merepek meraban..siapa nak kawin ngan anda?anda blum ada calon lg la..bila ek saya boleh kawin?erm..okay enough!! merepek lagi.haha......:)

Harus la saya excited balik rumah.jumpa mak a.k.a geng gosip saya..abah yg cool tapi sgt la familyman..pa'an yg bajet lelaki maskulin.dinie yg mulut cam pempuan bile kene marah ngn mak..fatin yg sgt degil.faris yg noty(baru lpas kene chickenpox)..sian dia..dah tak encem katanya.

Eh.eh..pehal tak sebut nama abg? ala..Selalu je jumpe die.tak rindu sangat la..hehe...papehal pun duit raya kasi masuk poket saya eh..hukhuk...

Hari ni hari last saya berbuka ngan roomate kesayangan saya..Cik Lea n Cik Wa..seperti yg dijanjikan,hari ni saya masak western..Ala masak yg simple je..After test tadi saya n lea pergi pasaraya yg brdekatan rumah kami.So decide nk buat pasta karbonara plus potato mayo..

Dah petang td konon nak bayar hutang la..nak tidur la..tp dah basuh baju(maklumlah nak balik rumah),terus hilang ngantuk..Jadi saya dgn rajinnya prepare la a few items nak masak nanti..Potong ayam.rebus potato.rebus pasta..Lepas tu baru la ngantuk tahap gaban..hohoho..

Bangun je golek2 kejap.pastu mandi..suruh lea potong mushroom..Dah habis mandi saya tengok dia atas katil lagi sambil study (eleh..ilmiah la konon..padehal ko baca satu apa pun tak masuk kn petang2 ni?)

I was : Lea..nape ko tak gi potong lagi?

She was: Malu..Wa..teman aku jap..

I was: *mencarut dalam hati*..Kau ingat kau dah kawin nanti mak mertua kau nak teman  kau masak kt dapur?? haishh..


Saya dah speechless..lantak pi kat hang la..la ni hang boleh nak mnja2 ngan kami..sok hang kena berdikari hang tau? (tiba2 speaking utara..adakah ini petanda jodoh saya berasal dari utara?) erm.merepek lagi....


Okay..saya mahu study.


Esok last paper test saya.


Wish me luck!!


love, ZIEMA

September 1, 2010

Gather Together With ODAH

yela...odah...sape odah tu??? makcik saya?jiran saya?? no.no.no...hehe... Odah a.k.a MAWADDAH ni actually skoolmate masa saya skolah rendah...emm cumel tak? (kalau tak comel x pyh komen2..diam je)

eheee...malam smalam odah bg mesej..katanye nk turun shah alam..ok la aku jawab.. Die ajak saya jalan2..ok jugak la aku jawab..sebab malam tu saya sedang study taxation yang sangat la susah PLUS sakit tekak dan selsema.so saya takde mood utk bermanja ngan orang..

esoknya after habis test around 12.30p.m odah pun smpai brsama viva kepunyaan kak chiknya...katanya kak chik baru beli tp x pakai sbab kak chik takut drive, tak confident..jadi odah telah membuat viva itu mcm hak milik kekal abadi dia (pergh..cam ayat karangan tak?) Mula2 tu plan nak g SACC Mall..tp saya ckp aku dah boring la..gila berlagak kn saya ni? saya suggest kami pegi Sunway Pyramid dan at last kami pi sana.

On the way nak pegi sana mcm2 topik lak yg terkeluar..A lot of moments bile ingat2 balik citer zaman muda2 ni kan? PLUS kitorang terngumpat jap sorang member tu...ala bukan ngumpat pe pun..citer2 camtu jek..tak batal puasa kn?..kn?...kn??? (tiba2 cam serba salah lak)..Ala takpela..bukan senang nk story mory camni kalau dah jumpe..kira halal la eh?heeeeeeee...Da sampai sana bese la kan..aktiviti wajib bagi anak dara yg konon nak feeling2 tourist( pinjam ayat rose jap)..

 ha ni la cik odah..posing apa tu kak? ala..bantal tu mcm ada corak button..knon2 dia nk picit..MOTIF..

 eh.eh..saya kah tu?? adeh..sekali pic kat kitchenware lak..lantak pi la..



okay2..time ni takde sape yg ambik pic kitorang.so agak x cantik..

ko jgn main2 senah..dlm Sunway ni ade train tau...sile abaikan makcik yg tgh melayan cucu dia tu..

Yg best time ni kan,lepas je kitorang dtg, ramai pulak yg sibuk2 nk amik gambar..kire mcm kitorang ni pelaris la kan?(perasan jap)..tak kisah la..yang penting saya enjoy bersama odah even jap..rindu lak kat member2 lama..okay cukup..time to study CSP..esok ade test.(takde mood la weh..nak balik!!!!)

p/s: thanks to lea n wa yg prepare lauk berbuka tadi..sangat HEART..esok kite berbuka western eh..

love, ZIEMA