JUST TO REMIND MYSELF...
Kalau nampak perempuan sexy jangan kutuk-kutuk dia.. mungkin dia sangat jahil tentang agama..mungkin dia dibesarkan dalam persekitaran yang kurang beragama...mungkin hati dia belum lembut..
Kalau nampak orang miskin mintak sedekah ke merempit merempat ke tidur tepi jalan ke...jangan cakap dia ni malas kerja ke apa ke..mungkin dia dah puas cari kerja tapi tak diterima..mungkin dia tak able untuk bekerja..
Kalau ada budak yang perangai macam haram nakal jahat noty tu maafkan la dia...mungkin didikan mak bapak dia dah cukup dunia akhirat..tapi sebab kawan-kawan or rakan-rakan or sahabat dia lah dia jadi macam tu..doakan lah saja moga budak ni insaf and berguna satu hari nanti..
Kalau nampak pelacur kat lorong Haji Taib ke lorong gelap lorong belakang rumah korang ke maafkan lah dia..mungkin dia sendiri tak nak buat kerja tu... Yes memang betul matlamat tak menghalalkan cara..tapi.....mungkin dia sendiri terdesak..nak beli lampin susu baju anak semua...and mungkin mereka-mereka ini lagi mulia dari kita...who knows kan??
Kalau nampak orang gila sewel tu jangan lah hina..siap cakap "Ha tulah..dulu siapa suruh main judi pastu gatal nak buat business pastu bankrap kau jadi gila..padan muka kau.." or "Lain kali jgn menggatal dengan jantan..kan dah kena tinggal jadi gila"..mungkin kita sendiri tak tau kenapa dia jadi gila..sakit mungkin..tertekan dengan hidup ke..bersyukur lah kita masih waras..and orang gila ni confirm masuk SYURGA tau.. kita ni yang tak tau lagi tempat kita nanti better shadap!!
Kalau nampak orang kerja kutip sampah sapu sampah cuci toilet tu jangan la simply assume.. "Dulu malas belajar..ha sekarang kerja entah apa-apa"..believe me..mungkin diorang ni pun ada angan-angan nak masuk universiti, nak kerja best-best income gempak gila..tapi mungkin kemampuan diorang sampai situ je.. and kalau semua nak kerja doktor engineer arkitek bagai siapa nak buat kerja-kerja tu???
Kalau nampak ade couple ni sangat la romantika de amor..
Tiba-tiba erkkk...muka pakwe dia macam perompak tapi awek dia pergh cun macam Miss World ke kan..
Jangan cakap perempuan ni kena guna-guna la, buta la, nak kikis duit mamat tu la *kalau mamat tu anak org kaya*
Mungkin mamat ni seribu kali lebih baik daripada mamat-mamat kat luar sana yang kata hensem kacak kiut tapi perangai...MASYA ALLAH... playboy la, gayboy la, asamboy la, tomboy la..eh salah..tomboy tu perempuan keh keh keh..
Kalau korang nampak muka saya tengah serius garang masam tu jangan la ingat saya ni sombong ke marah ke..mungkin facial expression saya yang tiba-tiba berkelakuan sedemikian..*sila marah muka saya*
Kalau nampak saya ketawa gelak besar terkekeh-kekeh menghilai ke menggilai? tak ingat dunia tu..jangan la ingat saya sedang gembira suka hati..mungkin saya sengaja buat macam tu untuk menutup kesedihan saya..
Kalau........
Kalau saya.......
love, ZIEMA
No comments:
Post a Comment
Komen lah sukahati kau nak komen.