Followers

November 21, 2010

Amoi, Awek, Malay Guy dan Mat Salleh

  Seorang amoi dan awek menaiki bas ekspres. secara kebetulan seat mereka sama. awek duduk tepi tingkap manakala amoi di sebelah beliau. owh ya. mulut amoi itu sangat lah bising seperti bertih jagung sehingga membuatkan awek seperti sedikit menyampah melayan beliau. lagi pula awek sedang leka membalas mesej justeru mengganggu konsentrasi beliau untuk menaip hanya kerana melayan amoi bersembang.


Tapi demi menyahut seruan kerajaan untuk kempen 1 Malaysia maka awek pun melayan amoi berkenaan. soalan pertama yang ditanya amoi,

"You mau pergi klang ke?"


"Eh tak lah. i mau pergi shah alam"


"Owh. i mau jumpa ejen mau discuss nak beli factory. i tolong my fiancee"

Dalam hati awek berkata, "pemalas punya fiancee. ada ke suruh amoi yang pergi".


Seakan mendengar omelan awek, amoi mengatakan fiancee beliau orang australia. lah patutlah menyuruh amoi yang settle semuanya. awek yang pada mulanya malas melayan seakan berminat dengan cerita amoi.

Kata amoi beliau mengenali fiancee semasa chatting. kira cinta alam maya la ni. amoi mengatakan beliau sendiri tidak menyangka akan berjumpa dengan fiancee. bak kata amoi,

"I think that God loves me. maybe this is my fate. i percaya pada jodoh"

Awek seakan bersetuju dengan kata kata amoi.

"You know what. before this i pernah kenal dengan foreigner ni from US. dia cakap nak transfer USD800,00 dalam akaun i. kalau you lah jadi dia. you nak ke senang senang bagi duit kat orang? tak nak kan. masa dia call i dia cakap dah sampai Malaysia and suruh i pick dia. tapi i rasa he's trying to cheat me. i call MAS. diorang cakap ada booking on 25th tapi cancelled 26th. how smart kan dia tu? tapi i rasa God knows everything. He save me from that US guy".


"Eh. taste you ni memang foreigner kan?'


"I pun tak tau. before ni i pernah ngan Chinese. tapi chemistry tak ada lah."


"I noticed satu benda lah. Asian guy not same as Mat Salleh kan?"


"Haha. you perasan kan? you pernah dengan Mat Salleh ke?"


"Eh no lah. i baca through books. and someone's experience. dulu ada lecturer i ni Chinese and husband dia orang Ireland. she said that Mat Salleh ni very sensitive. appreciate woman. even dah kahwin pun husband dia still bukakan pintu kereta untuk dia. kalau Malay guy sory la ha ha".


"Emm. tapi i nak tanya lah. ni bukan nak racist ke apa ke. kenapa Islam bagi Malay guy kahwin 4 eh? i kesian lah kat Malay women".

Alamak amoi ni. awek cuba explain sebaik mungkin walaupun awek tidak lah sehebat mana ilmu agama beliau. amoi bagaimanapun seakan memahami explanation awek. tambahan awek pula,

"Tapi tu lah. i rasa Malay guy sekarang guna alasan tu nak kahwin 4. tapi tak boleh being fair. tu yang ramai gaduh. tak bahagia. diorang dah manipulate. ramai kahwin lebih tu sebab gatal je ha ha. tapi kan i tengok Mat Salleh tak macam tu pun. once dia dah ada someone yang dia sayang, tak cari lain kan?


"Betul lah. alah bukan Malay guy je. Asian guy macam tu. tak sincere. yang penting trust. my fiancee pun nasib baik tak macam tu. you tak ada boyfriend ke?"

Awek tersentak. terdiam.
"Actually dulu i ada. we have been together for 5 years. he betrayed me!".


"What? how come macam tu? see? God loves you actually. Hes looking from above and he knows everything. how dare kan dia?".

Perbualan amoi dan awek berlanjutan sehingga bercakap mengenai hal keluarga. kerjaya. masa depan.
Lalu awek yang mengantuk tidak terlayan untuk bersembang meminta diri untuk tidur. sedar sedar sahaja awek sudah sampai destinasi beliau.

Awek tergesa gesa turun namun sempat say good bye  dan good luck kepada amoi. akan tetapi awek lupa nak bertanya nama amoi walaupun 3 jam di dalam bas. whoaa!!!

........................................................

Owh lupa pula.
AWEK itu adalah SAYA :)

Peace! ! ! ! ! ! !

love, ZIEMA

2 comments:

Komen lah sukahati kau nak komen.