Followers

November 6, 2010

Kad Kahwin cantik comel lagi!

Semalam roomate saya during diploma di Melaka telah datang ke Shah Alam untuk memberi kad kahwin beliau. Adeh.. mengapakah beliau akan berkahwin? ? Hey!! should i asking that question? tolong lah jangan tunjuk desperate sangat. jodoh beliau datang dengan cepat. sabar lah wahai hati. *terasa sudah tua*

My friend, cik Idzliana ataupun nama manja femes gojes beliau adalah AYE. nama yang diberi oleh abah beliau kerana beliau merupakan anak perempuan tunggal yang sebenarnya abah beliau memanggil DARA akan tetapi oleh kerana semasa kecil pelat. jadi DARA telah menjadi AYE. *kena cerita ke asal usul nama beliau?* huh.

Okay. tak ada nak cerita apa sangat la pasal dia. nak cerita pasal kad kahwin dia sebenarnya.

She is a red lovers. So nanti tema perkahwinan beliau adalah merah ....*ok dah tak payah cerita lah!*
Lupa lupa. nak cerita mengenai kad kahwin. kad kahwin saja lah yang kau nak membebel pasal tema semua tu kenapa?? *_* erkkk

Ok heres the card :)


 okay. first time saya jumpa sampul yang sebegini rupa.
ada suggestion kad ini dibawa supaya dapat mengipaskan diri di kala kepanasan. errk


ha kan dah cakap!
cantik comel kan?? ^_^


isi kandungan kad kahwin yang cantik comel juga~


Cantik kan? harga pun mungkin cantik. terlupa pula nak tanya. eh bukan terlupa. saja tak nak tanya. sibuk je nak tanya macam lah nak kahwin. tak malu! ! ! ! ! ! *marah diri sendiri

Her wedding gonna be held on 01012011. Cantik juga tarikhnya sambil berangan tengok kalendar berapa haribulan merupakan tarikh yang sesuai untuk saya kahwin. *oh tolong lah berhenti berangan!*

Tapi yang best nya Aye nampak sahaja saya, 

'Eh kurusnya kau!!'

'Biasa lah weh. busy nak kahwin study.' *sanbil bangga kembang kuncup hidungku walaupun beliau tidak memuji tetapi terasa dipuji*


Owh hampir terlupa. kawan kawan sekalian dikehendaki memakai baju kaler purple sebagai tanda persahabatan 5 tahun. whoaaa!!! kena cari baju kaler purple.
Masa on the way balik saya, begum and Lea membincangkan mengenai isu kahwin ni.

Begum : Weh aku rasa macam dah tua je bila tengok member kahwin ni.
Lea : Rilek ar. kita baru 23 beb.   
Saya : Ha ah la. ni lagi la dah nak abis study. 
Begum : Aku tak suka la. mesti kalau balik kampung je sedara tanya bila nak kahwin. tension je. 
Saya : Yela weh. lagi kalau pergi kenduri kawan bapak aku. hishh

Betul juga. penat juga mahu menjawab soalan soalan cepu cemas dari makcik makcik penyibuk yang begitu mengambil berat hal kebajikan anak anak dara sekalian. 
Gantung tag yang bertajuk 'SAYA BELUM BERSEDIA NAK KAHWIN. SILA JANGAN TANYA LEBIH LEBIH JIKA TAK MAHU DIMAKI OLEH SAYA'.

Sesuaikah? terasa kurang ajar pula.behave OK.
                    
love, ZIEMA




9 comments:

  1. betul kot! hahaha. damnnn. kad tuh sangat cantik laa. dalam jem pon aku leh belek lagi. haha

    ReplyDelete
  2. ha berangan la tu kan?
    haha. gila la cik begum belek.
    no hal lah. anda kan taiko.
    papehal pun,mmg kad tu cantik!!! )

    ReplyDelete
  3. e'eh..sgt comeyl la..geram nye tgk..cnfirm2 la hrga dia pon cantik kan..

    ReplyDelete
  4. comel kan???
    harga pun mmg agak comel lah..
    hehehehe.. nak tempah boleh.
    harga pun boleh negotiate..:)

    ReplyDelete
  5. eh..saye boleh saman awak :) ehehehehe (kidding)
    tgh syok2 google 'kad kawen comel' tibe2 nampak hasil tgn sendiri :)
    sebagai balasan kena ajak 10org kawan tempah kad kawen kt saye...
    -willumarryme-

    ReplyDelete
  6. ehehehe.. sory.. aye kwn kamu bg permission..
    so kira sy tlg promote lah ni tau :)
    gudluck!!!
    (owh please jgn saman saya .. hehe)

    ReplyDelete
  7. aikk...ni bf sy yg bwat ni...hah!!curi idea eekkk...hehheh ;p

    ReplyDelete
  8. kt mana nk tempah kad kawin ni???

    ReplyDelete
  9. serius kad ni mmg lawa..ade jugak suvey kad kahwin dekat web

    1. Kadkahwin.com.my
    2.kad lawo
    3.kad kahwin online

    tapi x jmpe plak design yg mcm ni..boleh buat kipas lg tu..best2 haha

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.