'Kereta kabel di Bukit Nanas,
Bawaku pergi ke tempat tinggi,
Bukit yang hijau dapatku lintas,
Hatiku riang tidak terperi.
Mari bersama di Bukit Nanas
Mari bersuka di Bukit Nanas'
Whoaa!! siapa ingat lagu ni memang hebat seperti saya lah. tak silap saya lagu ni semasa berada di darjah 4 kot. dah 13 tahun beb. ingat lagi lagu ni. ha ha. tahu tak kat mana kereta kabel ni?
Ha tu lah. nyanyi je pandai kan?
OK mahu cerita serba sedikit tentang kereta kabel ni.
Khidmat kereta kabel ini tidak lah lama sangat. menurut sumber yang boleh dipercayai ia bermula pada tahun 1979 sampai 1983 macam tu lah. tapi rasanya kalau kau hidup zaman tu sudah dikira gempak lah ada kereta kabel kat tengah bandar.lupa pula. ia terletak di area Menara KL tu ha. kira macam sebelum terbina menara itu ia adalah pusat maksiat rekreasi sekeluarga. tapi sekarang ni dah tak ada pun. sayang juga la kan. atas nama pembangunan jadi kereta kabel ini terpaksa dilupuskan.
Kenapa lah tak dibiarkan saja ye? pada saya itu adalah salah satu binaan sejarah tau. same goes tu Penjara Pudu yang dah beratus tahun tu. juga atas nama pembangunan diruntuhkan. ini kalau kat negara omputeh memang mereka jaga betul betul tau. entah lah. malas nak cakap lebih. sekarang nama KERETA KABEL BUKIT NANAS hanya dalam lagu matapelajaran muzik sahaja.
Benda dah lepas pun.
And teringat pula matapelajaran Muzik tiba tiba. Demi Tuhan! itu adalah subjek yang saya paling benci tak suka menyampah. dah la Cikgu Zaleha itu garang. asal peperiksaan akhir tahun saja masti failed. mana kau nak ingat note, nak lukis pelbagai jenis simbol clef la. pastu nak hafal segala a, b, c, d, f major, baluk. entah apa apa lah tak suka.
Tapi yang saya suka bila dapat main instrument muzik ni :)
Yang wajib ada mesti lah recorder kan. memang kena beli bawa balik rumah lepas tu kau practice memekak sorang sorang dalam bilik. kena sound dengan mak kau sebab main tengah malam. sumpah bila ingat balik kelakar lah.
Lepas tu kat bilik muzik tu ada lah alat seperti kerincing, melodian, tamborine, kastenet macam macam lagi tak ingat. tapi best lagi lagi cikgu paksa kau masuk koir urntuk persembahan Hari Guru lah, Hari Kanak kanak Sedunia lah, macam macam hari lah yang ada kat sekolah tu.
Buku muzik ini memang khas la kan. yang bahagian atas kosong then bawah tu ada lah line untuk tulis lirik lagu seperti kereta kabel tadi. kat atas tu kena lah lukis siap kaler lagi. paling best bila dapat A. wah bangga sebentar sebab lukisan cantik dapat A padahal matapelajaran muzik bukan pendidikan seni. ha ha.
Kenangan itu terlalu indah. serius :(
Buku muzik ini memang khas la kan. yang bahagian atas kosong then bawah tu ada lah line untuk tulis lirik lagu seperti kereta kabel tadi. kat atas tu kena lah lukis siap kaler lagi. paling best bila dapat A. wah bangga sebentar sebab lukisan cantik dapat A padahal matapelajaran muzik bukan pendidikan seni. ha ha.
Kenangan itu terlalu indah. serius :(
Tapi nasib baik Muzik ni tak masuk dalam UPSR.
Kalau tak rosak lah sijil saya tu sebab dapat E. he he he :)
love, ZIEMA
haha.. agak la. aku bole hafal cara beliau conduct tu huhu.
ReplyDeleteyeke? hebat lah kau. kalau tak UPSR mesti dapat 6A kan? hahahaha :)