Followers

December 31, 2010

Entry terakhir 2010 .. Azam baru 2011 ..

Esok 2011 akan tiba .. jadi hari ini adalah hari terakhir bagi tahun 2010 .. rasa macam sekejap je masa berlalu .. rasa macam aku baru je mengharungi episod sedih dalam hidup aku .. tapi aku simpulkan itu semua takdir dan jalan cerita hidup aku yang sudah ditentukan Tuhan .. apa yang perlu aku buat? haruslah redha dan kuat ..

2010 ..
Mesti korang semua ada kenangan kan? tak kisah lah sedih ke gembira ke .. aku sangat pasti kenangan yang manis tu korang nak simpan nak bawa ke tahun depan kan? mana yang pahit tu akan dikenang tapi yang pastinya akan dibuang jauh jauh untuk tahun baru ni .. tapi rasanya aku ada kenangan ke tahun ni? nak flashback kejap lah ..

Januari - May : 
Rasanya tak ada apa kot. cuma aku kantoi satu paper masa final exam which is aku terpaksa repeat untuk next sem. memang aku mengaku aku benci gila dengan lecturer tu sebab dia ni mengamalkan gender bias. kalau dengan budak lelaki bukan main lebar senyum. lepas tu dia ada angin. kejap macam ribut kejap macam angin sepoi sepoi. tapi bila aku fikir balik memang salah aku. tak berkat belajar tu yang failed. padan muka aku.

June:
Owh ini adalah the most terrible month in my life. OK aku tak nak burukkan siapa siapa. tapi yang pentingnya aku dizalimi. orang yang aku sayang 5 tahun boleh dengan selamba berpaling tadah padahal kalau tak bulan ni aku bertunang. sakit? sangat sakit! sebab aku nampak depan mata .. sampai aku pergi berubat nak pulihkan semangat. dah malas nak ingat balik. life must go on (^_^)

Julai - Disember:
Orang sekeliling aku sangat supportive. bagi semangat kat aku. owh bergenang sebentar air mata aku. owh lupa pula. aku dah berkawan dengan seseorang .. cepat kan? haha .. biar lah. aku dah penat menangis. konon nak single .. blah la ziema! ok dah tutup buku ..

2011 ..
And macam biasa la kan tahun baru .. macam macam azam korang nak letak. entah tercapai ke tak kan? lepas tu bila tak tercapai maka terpaksa la dibawa ke tahun seterusnya. betul tak?
Azam aku? hehe .. aku ni jenis tak ada azam .. kawan nama azam ada lah .. sebab selalu apa yang aku azamkan tak tercapai maka aku dah malas nak berazam azam ni ..

Tapi aku dah promise .. tahun depan tak nak menangis hanya sebab lelaki bodoh .. aku nak cuba jadi kuat dan tabah .. nak gembira dengan orang sekeliling .. owh nak kerja juga :)

Ha apa azam tahun baru korang? hope dapat lah capai ye ..

WELCOME SWEET 2011!
GOODBYE TERRIBLE 2010!



 love, ZIEMA



4 comments:

  1. happy new year babe! may 2011 brighten up your life!

    ReplyDelete
  2. good!! move on..keep smile and enjoy ur life wit him..may Allah bless both of u=) tak mustahil jatuh cinta yang ke2 kali lebih indah kerna Dia sentiasa mengharapkan kite beljar mencintai Dia utk yang pertama kali..smga cinta yang datang membawa cinta utk mendekatiNYA..peringatan utk diri sendiri juga.. good luck dear=)

    ReplyDelete
  3. begum:
    waaa tenkiu2..
    and may happiness be with you babe :)
    hepy new year 2011 as well!! chill...

    ReplyDelete
  4. anonymous:
    wow!! even saya tak tau siapa kamu (which i wish u know me)...
    thanks for those advices..
    sgt2 appreciate :) juga terharu sebentar :)
    good luck to u too dear:)

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.