Followers

December 26, 2012

Prosedur Dokumen Perkahwinan KL

Sebelum nak review tentang big day aku, rasanya first thing yang aku nak share adalah tentang pengalaman aku menguruskan hal-hal dokumen nikah ni. Dokumen nikah, pada aku adalah part yang sangat penting sebab kalau dokumen tak lengkap, maka macam mana kau nak nikah kan?

Pada aku prosedur borang nikah KL sangat mudah. Tak ada interview segala, mahupun sesi soal jawab bersama orang JAWI. Hanya suami sahaja yang perlu melalui proses interview oleh KAGAT. Gigih pinjam buku hantaran tunang demi untuk menyediakan diri ditemuduga. Ceh, buruk siku. Dan alhamdulillah, mungkin kerana dugaan aku membuat persiapan sendiri, maka Allah bantu aku dengan permudahkan urusan borang nikah ni. Sangat mudah, sampaikan aku banyak kali suruh abah call Ustaz Zaki, selaku jurunikah kami untuk reconfirmkan hal borang aku tu.

Actually borang nikah aku sangat senang urusan dia. Yang leceh sikit, borang suami sebab ada dua borang beliau kena settled which is dari KAGAT dan MAIM. Nak tunggu borang KAGAT approved segala, beliau kena tunggu sign CO, then barulah boleh proceed dengan borang MAIM. And again, alhamdulillah urusan suami juga dipermudahkan. Jadi, aku kongsi serba sedikit tentang pengalaman aku mengenai borang nikah kami :)


|
|
Download borang JAWI (perempuan) dan isi
|
Attach borang lelaki
|
Hantar borang kepada kadi untuk dapatkan pengesahan
|
Hantar borang ke JAWI


1. Borang JAWI (perempuan)
  • Kebenaran berkahwin 2 salinan (Bapa, Perempuan dan Lelaki)
  • Lafaz izin dan wakalah (Bapa dan Saksi)
  • Pengesahan tandatangan Wali (Bapa)
  • Pengesahan tempat tinggal (Perempuan) Kalau alamat dalam I/C lain pun tak apa, yang penting tempat tinggal kau sekarang.
  • Ujian Saringan HIV (Perempuan)
Dokumen lain-lain
  • Sijil asal dan salinan kursus kahwin
  • Photostat I/C perempuan dan bapa
  • Sijil nikah ibu bapa perempuan
  • HIV result

2. Borang KAGAT ( lelaki)



3. Borang MAIM (lelaki)
  • Kebenaran berkahwin
  • Ujian Saringan HIV
 Dokumen lain-lain
  • Sijil asal dan salinan kursus kahwin
  • Photostat I/C lelaki
  • Surat akuan bujang
  • HIV result
  • Borang KAGAT yang dah approved

5. Hantar borang lelaki dan perempuan ke JAWI.
 
 Part ni yang aku rasa Ya Allah, blessed gila urusan kami. Lepas abah serah kat Ustaz Zaki untuk dapatkan tandatangan beliau, terus macam tak ada apa-apa. Aku yang tengah bridezilla ni kemain risau. Bukan kah urusan submit borang ni adalah di bawah kelolaan bakal pengantin atau wali? Lepas saja abah call Ustaz depan aku, dengan lancar ustaz jawab, 'Settle'. Aku punyalah bersyukur, tak perlu nak bersusah pergi ke sana ke mari. Betul kata orang, niat kalau baik, Allah permudahkan :')


Right after kau nikah, jurunikah akan brief pasal sijil nikah dan kad nikah. Sijil nikah original salah seorang boleh ambil lepas 7 hari nikah hari bekerja. Nak buat kad nikah, dua dua kena datang untuk ambil gambar.



Surat yang mengesahkan aku bini Adli. Sampai Adli terfikir, 'Jom kita sewa hotel budget, kena tangkap basah best juga. Dah sampai balai baru tunjuk surat ni. Boleh saman orang pejabat agama.'

Eh. Laki aku ke ni? -_-"








December 24, 2012

His & Hers

Belum ada mood nak review satu satu -_-"
Letak gambar dulu lah ye. Sikit saja pun, itupun ambil dari orang lain.




Abang Amir really makes my dream almost come true. Almost sebab tak lah 100% sama, tapi suka sangat. Royal blue theme was accomplished. Owh dan kek buttercream aku yang sedap, juga requested oleh aku.



Baju yang jadi isu sampai aku rasa baju aku buruk, siap terfikir nak sewa sahaja dress pengantin yang sepuluh tahun ketinggalan zaman. Yang buat aku rasa nak tunda tarikh bertandang. Nantilah aku cerita next entry eh.



Last weekend pergi Melaka. Paksa suami bawa aku ke Klebang nak rasa coconut shake yang sedap. Dari sebelum kahwin aku teringin, tapi tak dapat. Dah habis minum siap tanya, 'Ada apa apa lagi ke yang teringin? Puas?' Eleh sarkastik.  Ni lah namanya pengantin basi mengidam teheeeee




December 20, 2012

Rindu

Padahal pagi tadi dia hantar aku pergi kerja. Tapi tulah, lepas habis meeting kat MINDEF dia balik Melaka terus. Now aku dah faham apa itu weekend husband and wife, walaupun usia perkahwinan baru mencecah seminggu enam hari. Hek eleh.

Lain rasanya rindu sebagai isteri berbanding masa bercinta dulu. Eh bukan rindu nak tu eh haipp. Suka tau korang ni buat aku tersipu-sipu malu.




Sekarang ni kat office asyik la kena sakat. Nasib baik suami jauh. Kalau dorang tengok muka aku macam lesu lesu ke, mengadu sakit pinggang ke mesti mengejek aku tak tentu pasal. Ceh.

Dah tepi tepi. Nak dengar lagu Wish You Were Here sempena merindui suami. Jumaat ni pergi Melaka yeay!


December 16, 2012

Quick Teaser

Assalamualaikum :)

After 2 minggu.

Alhamdulillah. Sangat sangat bersyukur, aku dah selamat bergelar Puan Nur Hazimah. Perasaan? Haha haruslah gumbira. I never imagined life after marriage will be best macam ni. Kalau tahu lepas SPM terus cari Mohd Adli lalu mengajak beliau kahwin. Eh.






Nanti nantilah aku review satu satu. Tak sabar sangat nak kongsi dengan korang semua. Just a quick update. Sekarang ni aku di rumah mertua. Suami ajak jalan jalan ni teheee. Sekarang dah ada suami. Ehemm.

Bye :)




December 8, 2012

Walimatul Urus | Ziema & Adli

-Sticky Post





Assalamualaikum :)

Dengan rasa bersyukur dan rendah diri, aku dengan ini menjemput rakan-rakan blogger ke majlis resepsi aku yang akan berlangsung pada 8 Disember 2012, manakala resepsi lelaki pada 15 Disember 2012.



Bersama sama ini aku sertakan peta.

 
(Klik untuk kejelasan)

Ikhlas,
Ziema dan Adli

P/S : Kepada sesiapa yang nak kad, mohon tinggalkan alamat rumah di ruangan komen ye. Email pun boleh juga. Tengah rajin ni aku nak pos kad.

Fuh, lagi dua minggu empat hari. Bridezilla mode aku dah sampai.





November 30, 2012

Begini Caranya

Pagi-pagi buka blog, terus ke list blogger kesayangan :) Demi Allah, terkejut baca entry ni. Drama sikit aku ni, terus sejuk tangan manakala tekak sakit lantaran aku pernah rasa dulu apa yang dia rasa walaupun aku hanya putus cinta.

Cerita dia ada lah sikit persamaan dengan aku, cuma yang bestnya sehari lepas mantan putuskan aku dengan alasan sakit (sakit ke?), boleh terkantoi berjalan berpimpin tangan dengan seorang wanita yang kini dah jadi isterinya yang sah. Allah sahaja tahu betapa kerasnya usaha aku untuk memulihkan semangat dan perlahan lahan melenyapkan segala kenangan saat aku dilempar seperti sampah. Wah ayat begitu melankolik.

Masa dia decide nak putus, aku tertanya kenapa dia tinggalkan aku. Kalau sakit tak apa, aku boleh jaga. Tapi kejap saja Allah nak bagi jawapan kat aku. So dear, berdoalah. Satu hari Allah akan tunjuk kamu. Kamu kan golongan teraniaya.

Ini yang aku boleh share berdasarkan pengalaman aku sebagai wanita yang bodoh dua tahun lalu akibat dimalukan dihadapan seorang wanita tak cantik oleh seorang lelaki dayus.

1. Fikir keluarga.
    Ini adalah benda pertama yang aku buat. First thing aku call mak si mantan sebab dia ni sibuk mengulit dengan kekasih baru sampai lupa keluarga. Balik sahaja rumah sewa, aku call mak aku suruh datang esoknya. Nak mak aku juga tak nak orang lain. Tapi oleh kerana abah ada di Melaka, maka Lea dan Begum telah membawa aku ke sana dan tidur rumah sepupu rumah aku di Sungai Udang. Dan sekarang bakal suami kerja kat situ. Coincidence kan? :')

2. Jangan biar orang down kan kau.
    Dalam pada orang yang simpati dengan kau, akan ada orang yang macam, 'Alah, putus cinta je pun bukan apa.' Aku pernah masa tu pergi kuliah, ada lah seorang makhluk wanita ni tiba tiba jerit kat aku, 'Eh Ziema kau pakai cantik-cantik ni nak tunjuk kat siapa?'. Sentap terus aku, padahal aku berpakaian biasa-biasa sahaja. Eleh kau jealous la tu aku cantik, sebab boyfriend kau selalu usha aku kan? Biarlah apa orang nak kata, asalkan kau bahagia. Hidup perlu diteruskan.

3. Aktiviti bersama rakan rakan.
    Please korang please. Kalau ada rakan sekeliling silalah spend masa dengan mereka. Masa ni lah kita nak tahu mana satu kawan sebenar kita. Kalau kawan ajak keluar, kau ikut jangan nak mengada duduk seorang diri nanti gila. Betul ni, sebab aku pernah macam tu. Kan aku ni drama.

4. Cuba buka hati.
    Jangan hukum diri kita atas salah orang lain. Walaupun hati kita macam tertutup dan fobia, cuba bagi peluang. Aku dulu macam tu juga, tapi tak semua lelaki macam mantan kau, malahan lebih baik. Cuma lepas tu silalah berhati hati. Jangan bagi hati penuh sangat, takut nanti merana diri. Gituuu

5. Berusaha dan berdoa
    Kalau kau rasa macam masih nak dia juga, tak salah berusaha. Macam dia ni aku respect gila. Semangat kuat. Alhamdulillah, bahagia sekarang. Aku dulu macam tu juga, SMS kat dia merayu. Lepas tu solat istikharah segala, tapi bila aku tak nampak jalan tu aku berhenti. Buat apa terhegeh hegeh kalau orang tak nak kat kita. Terus aku berkenalan dengan Adli, bakal suamiku. Auww

6. Cari benda bagi semangat.
    Semangat aku masa tu mak abah dan kak Lea dan Wa. Asal aku macam nak menangis je aku telefon mak. Abah aku tak sangat, segan la kang tiba tiba nangis dia marah aku. Abah aku ni hipokrit sikit, padahal dia pun sedih. Bukti, masa raya dia feeling feeling menangis lebih. Eh melalut pula. Lea dan Wa banyak teman aku tak nak bagi aku sedih. Lagi satu, lagu kegemaran aku iaitu Big Girl's Dont Cry. Lagu tu macam bagi semangat gitu kat aku. Puas gila kalau nyanyi lagu ni, terus tak sedih. Dan tidak lupa zikir. Tolonglah jangan lupa. Tu pesan mak aku. Setan ni kan setan, suka nak kacau.

Eh apa lagi eh? Itu saja kot.
Trust me dear. Allah itu baik. Diberinya kita ujian pahit untuk kita hadapi takdir yang manis. Cukup manis. Insya Allah.



Hasil malam tadi. DIY props katanya. Hope menjadi :)


P/S : Eh aku tak faham la kenapa keluar isu di FB cara menaip perkataan Insya Allah salah. Kena taip In Shaa Allah pula. Pada aku tak ada isu as long as kau sebut dengan betul. Orang Melayu ni complicated sangat. Dah, pergi belajar tajwid.







November 28, 2012

Pengajaran. Pos Kad Kahwin

Kad kahwin is the most crucial thing sepanjang persiapan nak kahwin ni. Pelik kan? Tapi itu yang aku rasa, berbanding persiapan yang lain termasuklah yang aku DIY. Padahal benda senang kowttttt, tulis nama tampal setem dan masuk dalam peti pos. Siap ada seorang member aku ni merasakan part mengepos kad kahwin adalah saat yang paling seronok.



Sebenarnya aku dah siap beli setem. Eh bukan aku beli, adik aku yang tolong beli. Pejabat pos kan kemain tutup awal, mana sempat nak beli sendiri. Aku beli setem 60sen, hasil dari melihat kad kahwin rakan rakan sebelum ini. Confident gila, terus menampal di atas sampul. Until masa tu wedding kawan Adli, nak distribute kepada rakan-rakan seperjuangan gigih menulis kad dan masukkan ke dalam sampul. Tiba tiba ada seorang skuad dia yang nak kahwin juga tanya,

'Korang pos kad kahwin ni pakai setem berapa sen?'

Dengan lancar Adli jawab, '60sen'.

'Eh haritu aku pergi pejabat pos dia cakap kalau envelope tu ada tulisan/corak dorang charge 80sen. Sebab nak asingkan dari kad biasa bla bla bla......'

Cuak bercampur menyampah. Cuak sebab dah tahu mesti kad aku tak sampai. Menyampah sebab PosMalaysia main tipu(tiba tiba). Ada ke pula sebab sampul macam tu ditambah 20sen. Dan baru aku perasan setem lagi mahal dari kad! Benci. Kalau tahu macam ni minta vendor kad kahwin bagi separuh kad kosong untuk pos, separuh lagi yang bercorak untuk pass by hand.

Terus google website Pos Malaysia. Padan muka aku, tak baca betul betul. Lepas tu tak reti nak google blog kan?




Nasib baik separuh lagi belum sempat pos tapi kena beli setem 20sen lah kan nak bagi cukup 80sen tu. Gigih aku suruh adik aku beli. Itupun tak banyak katanya, sebab setem 20sen dah jarang kot PosMalaysia hasilkan. Bila adik aku tanya mamat pos tu berkenaan isu setem sampul aku ni, dengan lancar dia jawab. 'Pos takkan hantar kalau letak setem 60sen'. Eh maknanya surat aku tu dikira surat mati ke apa? Tssk tsskk

Jadinya kepada sesiapa yang ada menempah nama untuk di pos kadnya, maaf sangat korang. Banyak banyak maaf.
Mungkin kad sampai sehari sebelum majlis persandinganku :(

Dahlah. Nak nyanyi lagu 50 sen. Benci korang.

















November 26, 2012

Entry Boring. Kahwin Awal

When I met Adli bila entah tak ingat, then something crossed my mind.

'Sayang, awak pernah tak terfikir nak kahwin awal ni? Umur 25 ni'. 

'Ha ah, memang saya target pun nak kahwin umur 25. Kan Nabi kahwin umur 25'. Ceh, cliche sungguh jawapan.

'Dah tu kenapa tak cari bakal isteri umur 40?', tanyaku sambil membuat lawak tapi muka serius.

Adli. Senyum tak, apatah lagi nak ketawa. Aku buat lawak lah, sikit pun tak gelak ciss!

But not me. When I had a very bad nightmare dua tahun lepas, dalam kepala aku mesti aku akan kahwin lambat. Aku dah set, lelaki sekarang susah dipercayai. Kenal, bercinta lama pun senang senang kena buang, inikan pula dalam masa yang sekejap sahaja. Ada ke zaman sekarang?

Aku kenal dengan Adli only few months after putus cinta. Rasa entah apa-apa, masa putus kemain meroyan. Tapi, eh mak aku sendiri yang cakap berkawan jelah dengan mana-mana lelaki. Kawan je, apa salahnya. Bagus cara mak aku bagi semangat. Like seriously, I'm too paranoid to get involved in a relationship. Tapi aku kawan je dengan siapa-siapa masa tu. Orang add facebook aku main approved. Tapi tak adalah desperate sangat kot, hanya nak berkawan.

Until there was one guy ni add aku, dan aku macam biasa approved. Masa aku tengah gila meroyan ni abah belikan aku broadband, dengan harapan aku mengisi masa aku dengan berfaedah tanpa memikirkan hal hal lepas. Bagus cara abah aku. Sambil study, sambil online hahaha.

Then, he PM my inbox.



Macam biasa, soalan yang lame. Aku dah agak dah, taktik lelaki nak mengorat. Benda dah terang lagi bersuluh, buat buat tanya. Boring betul. Dan baru perasan, dia ni friend dengan kawan aku Erin, dan Adli admit dia add aku sebab nampak gambar profil yang cantik aku kat wall Erin. So bila tanya kawan aku, dia cakap Adli ni OK je budak baik. Ehemmm. So macam biasa lah bertukar nombor telefon. Ayat ayat sikit. Malu malu banyak.

Our blind date, aku tak ingat tarikh. Cuak juga nak keluar sama. Tapi masa tu dia cakap nak ambil long suit untuk konvokesyen dia dan beli tie. Dah tempah kat Campbell, tinggal nak ambil je. Aku kan, masa dengar Campbell terus setuju. Sebabnya, aku dah lama nak pergi Jalan TAR, nak tengok jubah sebab fakulti aku buat dinner tema arab untuk last sem student. Fokus aku bukan nak mengenali hati budi dia sangat,tapi nak cari jubah. Sambil teman dia, sambil aku survey. Bijak tak?

Tapi dalam aku setuju tu pun, aku takut sebenarnya. Dah lah baru kenal, terus setuju nak keluar dating. Masa aku nak keluar tu, awal awal aku dah pesan kat roommate aku, Wa supaya siap sedia dengan handphone dia. Mana lah tau aku hampir hampir kena rogol ke, apa ke boleh aku call dia. Eh boleh ke orang nak kena rogol call call ni? Lepas tu aku dah siap bawa perfume aku. Manalah tahu dia raba-raba aku ke, nah kau terimalah semburan perfume aku.

But alhamdulillah, everything was going well. Aku biasa saja, dia yang malu-malu lebih.

And we continued our date lepas tu. Date sebagai kawan, belum declare apa-apa lagi, biasalah mak ni kan penjual mahal. Gigih dia datang Shah Alam naik tren la, pinjam kereta kawan la. Cara cara nak ambil hati aku kan, biasalah. Masa tu pun dia dah final year. Kelas dah habis, so kerja dia masuk hutan jela. Feeling-feeling gatal dilamun cinta tak rasa sangat sebab dia bukan jenis SMS dan gayut berejam. Ada masa tu almost dua minggu dia masuk hutan tak boleh bawa handphone segala. Wa siap tegur, 'Cakap dengan kau ni macam cakap dengan patung'. Bila dia balik tu gembira betul aku. Nampak sangat aku angau. Eh tapi tadi cakap feeling gatal takde.

Then until today, aku kadang-kadang tak percaya. Sungguh.
Lagi-lagi bila nak jawab soalan orang, 'korang kenal macam mana?'. Tersipu sipu nak beritahu cinta Facebook kami. Rasa macam, remaja remaja baru nak keluar jerawat, gatal nak berpasangan. Tapi siapa tahu kan, cara ni aku jumpa Adli.



Latihan mencekak pinggang sebagai persediaan menjadi seorang isteri yang garang tetapi manja.

Don't say yang aku ni senang senang buang perasaan lama. Berapa kali Adli yakinkan aku, cerita lepas aku tu patut dibuang. Cuba bagi peluang kat orang lain. Dia pernah kena, aku pernah kena. So we both learnt from our past. Tipulah kalau aku tak ingat lagi mantan kekasih aku. Aku kalau boleh nak bertepuk tangan tengok zaman kejatuhan dia. Tapi itu namanya dendam. Tak baik. Kalau rindu dendam tak apa.

Dan kepada kawan-kawan aku yang tanya tu (even sampai sekarang), nah bacalah kau. Penat mak nak explain kat sorang-sorang.

We have a few days to go. Nervous gila weh.
Semoga semuanya baik-baik saja. Insya Allah.





November 21, 2012

Teaser


Cuba teka? Hehehe


Sekarang aku dah faham apa itu BRIDEZILLA mode :)

Akulah tu, seorang Bridezilla yang bernama Jimah. Mungkin boleh bertukar nama menjadi Jimahzilla. Dah dah mengarut semua ni.

Lagi dua minggu hoi! Gelabah dah ni. Fuh fuhhh



November 9, 2012

Perjanjian Kahwin

Haritu aku baru sahaja berSMS dengan kawan aku, yang mana sudah jadi isteri dan bakal menjadi ibu ololo comelnya tak sabar pula nak jadi ibu. Ni kawan aku masa sekolah dulu, and thank Allah we still keep in touch each other, even dia agak sibuk dengan business dia.

Until one time tu, dia tiba tiba tanya aku,

'Kau nak kahwin ni ada buat perjanjian dengan tunang kau tak?'
'Perjanjian? Janji apa?'
'Alaa, perjanjian yang korang sign, just in case apa apa jadi. Aku sebelum kahwin tak fikir pun, dah kahwin ni baru la rasa nak buat'.

Owh fahamlah aku. Yes i do admit. Aku pernah terfikir tentang isu ni. Yang macam artis-artis Hollywood buat tu, create satu perjanjian dan jika berlaku sesuatu dengan perkahwinan mereka, maka perjanjian itu akan applied. Selalu perjanjian mereka ni lebih kepada duit. Eh itu contoh sahaja aku bagi, gila ke apa aku nak buat macam tu melainkan bakal suami aku seorang Tan Sri. Mereka tu bukan Islam pun.

Aku macam was-was, boleh ke buat macam ni? Tak langgar hukum syariah ke?
Tapi lepas entry Nadia ni, lega. Kahwin kontrak memang tak boleh. Dah kahwin tu kahwin jelah, nak kontrak kontrak pula lempang kang. Emosi pula aku. Ni yang aku cuba sampaikan adalah kontrak perkahwinan. Motif ialah untuk melindungi hak kita sebagai seorang isteri. Lagi lagi kalau suami kau buat hal (minta mintalah tak). Sebab yang aku selalu tengok, selalu dalam kes-kes Syariah ni, wanita selalu yang jadi mangsa.

Contoh macam ni.
Kerja rumahtangga hendaklah sama-sama buat. Begitu juga dengan hal menguruskan anak-anak.

Ataupun.
Kalau kantoi suami curang, maka jatuhlah talak dan hak penjagaan anak-anak haruslah menyebelahi pihak isteri.

Well, ni bukanlah nak menakutkan sesiapa, mahupun mengajar. Macam aku cakap, just in case. Lafaz taklik tu pun sebenarnya dah menyentuh hak dan perjanjian perkahwinan. Benda ni lebih kepada peringatan, jadi aku rasa tak ada isu sangat pun kalau betul bakal suami kita insyaAllah, akan jaga kita sampai bila-bila. Tapi kalau bab poligami, aku tak boleh nak pandai-pandai sebut. Gerunlah, kekasih kena rampas pun meroyan. Dan tahukah anda, kita juga ada hak untuk menolak suami berpoligami? Amboi aku, belum apa-apa dah fikir poligami tsskk

Aku pernah utarakan isu ini dekat Adli, siap berhujah segala. Biasalah orang lelaki,

'Ish sayang ni, ada pula fikir macam tu pasal saya. Mengarutlah'
'Tak adalah, in case la kalau apa-apa jadi ke. Hati manusia ni kan boleh berubah. Lagi lagi orang laki ni', sempat lagi aku menyalahkan orang lelaki.

Adli tak balas pun kata-kata aku. Malas mungkin.
Aku tahu dia tak bersetuju. Aku nak berhenti kerja pun siap tarik muka, inikan pula nak reka perjanjian perkahwinan yang janggal tak pernah orang buat.

Eleh. Tu tak nak buat kerja rumah lah tu. Buat anak nak. Eh.

P/S. Kad kahwin dah siap! Esok boleh ambil yahooo!!






November 7, 2012

1 month Checklist

Petang semalam, Adli call aku. Beria call, gaya macam tergesa gesa dikejar lembu amboi tipu betul kemain hyperbola. Dia baru perasan masa nak submit borang kat  OC dia dan MAIM , perlu disertakan sekali HIV test original aku dan copy IC wali perempuan. Aku rileks, sementara Adli yang dikatakan tergesa gesa itu memilih untuk datang rumah aku malam tu juga. Mahu tak gelabah, lagi sebulan kowwtt. End up, abah membebel kat aku kenapa tak suruh datang lain kali ke, pos ke email ke faks ke, penat je drive dari Melaka lepas tu patah balik dahlah esok kerja bla bla bla.. Salah aku ke? -_-"

So, this is my checklist untuk lagi sebulan. Apa?? Sebulan?? Matilah... matilahhh

Nikah
1. HIV Test
2. Kursus kahwin
3. Dokumen KAGAT + MAIM (Hari ni Adli submit, semoga semuanya dipermudahkan)
4. Dokumen JAWI (Pending. tunggu borang Adli settle)
5. Jurunikah (Abah dah booked. tunggu borang Adli juga)
6. Saksi
7. Bridesmaid (Dah pass kain masing-masing, tempah sendirian berhad)
8. Dowry
9. Mas kahwin
10. Bracelet

Attire
1. Nikah
2. Brides's reception ( Abang Amir)
3. Groom's reception (Adli pakai Uniform No. 1. Aku..belum tempah lagi, sebab kejap nak chiffon kejap nak crepe habis tu bila nak tempah?)
4. Family
5. Kasut (Nak cari sendiri, kasut bridal tak cantik)

Her Reception
1. Venue (Dewan)
2. Katering (FoodConnexion)
3. Pelamin (Abang Amir)
4. Pengapit (Taufik & Ashikin)
5. Flowergirl (Ingat nak suruh anak sepupu. Kalau sempat buat baju mesti comel eeei geramnya aku)
6. Guestbook table (Nak buat sendiri tapi tapi tapi... ahh buatlah)
7. Candy buffet (Nak buat juga tapi tapi.... yela yelah nak buatlah)
8. Photobooth corner (Nak buat tapi.. ahh kau ni banyak betul tapi lah)

His Reception + Sword Barrel
1. Venue (Rumah)
2. Katering
3. Pelamin
4. Sword bearer + bag pipe
5. Pengapit (Belum finalize. plan nak Ashikin dan tunang beliau, tapi kena cari backup)

MUA
1. Nikah + Bride's Reception (Kak Ogy)
2. Groom's Reception (?)

Official Photographer
1. Nikah+ Bride's and Groom Reception : Creeperz Photocraft Studio (Half paid. senang ambil pakej takdelah nanti ada drama belah aku cantik kenapa gambar belah kau angle dia ambil tak cantik?)

Official Videographer
Budget lari. Ada sesiapa nak sponsor tak sob sob sob :'(

Hantaran
1. Encik Adli : 7 (Tinggal kasut dan uniform)
2. Cik Hazimah yang cantik dan comel : 9 (Tak beli lagi tunggu Christmas sale haha bijak tak bijak tak?)

Kad kahwin (Dah bayar deposit, tinggal nak rasuah push suruh siapkan minggu ni)

Doorgift (Baru lepas settled packing untuk groom's family. Yang lain lain belum.)

Handbouquet
1. Nikah (fresh flower)
2. Bride's (crepe paper flower)
3. Groom's (fabric flower)

Inai (Beberapa bulan lepas sajalah buat ukiran inai kat uptown Mines, cantik gila tapi kena sound sebiji dengan makcik sebab dikatanya harammmm. Betul ke? Tapi nak sangat, cantik)

Bilik pengantin (Cadar belum beli. tak payah hias sangat boleh tak bukannya ada pertandingan pun.)

Rasanya macam almost benda benda penting dah settled. Yang miscellaneous ni Ya Allah, Kau bantulah hambamu ini. Banyak benda tercicir lagi kot. Jujur, aku bukan seorang yang teliti dan sistematik. Plus, akulah wanita yang gemar membuat kerja last-minute. Padan muka aku.

And again, aku hanya merancang. Selebihnya biar Allah yang tentukan :)





November 5, 2012

Random Sempena 5 November

Semalam aku dan Adli pergi kedai vendor kad kahwin kami. Finalize draft kad kahwin. Gila kan lagi sebulan nak kahwin kad pun belum ada kat tangan, memang keturunan last minute betul lah. Actually boleh je nak buat pembetulan segala via email, tapi aku prefer buat manually. Baru puas hati cakap depan depan. Pergi kedai, tunjuk nombor resit, then dia akan print kan. Tak banyak pun pembetulan, so setakat ni pada aku servis dia memuaskan hati. Setakat ni lah, nanti lepas dapat kad aku review eh.



Ex bride to be/bride to be mesti tahu tempat ni kan hehe.


Lepas tu pergi beli gelang. Harga emas sekarang RM195 mahal nak mati kenapa mahal sangat ni, rasa nak beli gelang keling kat pasar malam tu, beli yang besar besar dan berkemilauan, orang bukan tahu pun kan? Tapi tak apa, yang tersenyum aku. Yang menahan senyum itu lah Adli HAHA.

Sekarang ni tengah gigih buat bunga crepe. Berangan nak buat hand bouquet resepsi nanti. Minta mintalah sempat, tapi rasanya macam dah habis. Mungkinlah nak tambah tambah sikit, mana yang tak cukup.




Owh ya terlupa pula. Hari ni hari lahir bakal suami.
Selamat hari lahir abang sayang. Baru 25 tahun rupanya padahal aku dah berusia 25 tahun 6 bulan yang lepas. Baru sedar aku tua dari dia, adakah kemungkinan lepas kahwin aku akan nampak lebih tua dari dia, dan menampakkan kematangan lalu ada yang cuba menggoda beliau kerana paras rupa beliau yang baby face lagi muda? -_-"



Sayang, kita ambil gambar ni. Cepat tengok cepat.


Malas lah nak layan, ambil gambar je kerja. Bawa kereta malas .


Sorry sayang hadiah tak ada, biasalah nak dekat kahwin ni kan.
Malam pertama kita bagi hadiah tau. Eh.



October 29, 2012

Tentang Bridesmaid

Assalamu'alaikum :)

Aku tak tahu kenapa aku rasa macam bridesmaid sangat diperlukan di kala aku mahu menikah. Kalau tengok selalu orang jadikan bridesmaid ni sebagai pembawa dulang hantaran, tapi aku nak bridesmaid aku lebih dari itu. No I mean, aku nak bridesmaid duduk sebelah aku untuk hilangkan nervous. Haha nervous lah sangat, macamkan aku yang nak lafaz ijab kabul tu kan teheee
Owh dan lagi satu aku nak bergambar dengan bridesmaid lepas nikah. Just want to share each of the moment bila aku dah bergelar isteri.

Ingatkan macam nak mereka berpakaian seragam masa bersanding, tetapi bila memikirkan yang aku dan suami (amboi kemain suami) akan sangat sibuk, maka aku rasa mereka akan kurang berfungsi ketika itu. Lalu aku mahu mereka berada di kala nikah, memandangkan nikah hanya mengambil masa sekejap sahaja.

Nak cari bridesmaid ni bukan senang, lagi lagi kalau nikah dibuat bukan pada hujung minggu. Bridesmaid kena bagi full commitment semasa majlis, sebab mereka dikira orang penting. Macam aku ni, alhamdulillah bridesmaid aku senang. Orang kata apa, tak banyak songeh. Jadi marilah masing masing menyenangkan diri masing masing agar segala perancangan berjalan dengan lancar. Sebab aku sekarang ni dah malas nak layan benda remeh temeh. Lagi sebulan lebih kowttt.

So, this is my bridesmaids' fabric.
Bila dah beli rasa warna dia dull gila :(
Rasa macam sangat buruk. Ampun maaf korang. Eh tapi sekarang theme colour dull and pastel kan? (nak sedapkan hati)




Baju dah pass kat bakal bridesmaids kesayangan :p



Lagi dua nak pos kat Fazliah, my twin dan Yot yang akan menemani beliau yang pemalu. Nasib baik dia tak kisah aku pos. Alaaa malas la nak pos pos ni.
Rasa nak pergi Melaka, sambil bagi kain sambil jumpa Adeli Adelo. Eh







October 25, 2012

Korban Perasaan

Sesiapa yang kenal aku dari sekolah mesti faham dan masak dengan perangai aku. Tanyalah mana mana kawan aku yang rapat dengan aku, betapa buruknya perangai aku masa itu.

Sebab baran aku, aku pernah cederakan jari seorang kanak kanak yang mengganggu aku nak siapkan kerja kursus Kemahiran Hidup aku. Siap kena maki dengan seorang cikgu sampai hari ni aku ingat.

Same goes bila aku sekolah menengah. Aku pernah maki seorang budak ni, gara gara menipu nak buatkan baju dorm. Konon macam aku mewakili rakan rakan yang teraniaya lah ni, sampaikan budak tu histeria. Tak tahulah histeria sebab kena maki dengan aku ke atau sebab tertekan dengan kisah order baju itu.

Zaman universiti, selalu yang jadi mangsa baran aku ialah ex kekasih. Ala, yang tinggalkan aku tiba tiba tu. Walaupun dia tinggalkan aku sebab orang lain, yes aku akui baran aku ni mungkin antara sebab cinta dia beralih tempat.

Tak tahu la sebab aku anak kedua ke (ceh alasan), mak selalu tegur perangai aku yang senang melenting, dan susah terima pendapat orang lain. Tapi sebab aku ni keras kepala, dan ego tinggi, pada aku semua orang salah. Aku seorang sahaja yang betul. 

Dulu aku ni jenis, kalau aku nak tu memang aku akan dapatkan tak kira. Kalau aku tak dapat aku akan menggila. Aku tambah sekali dengan mulut aku, memang gila kuasa dua. Bila teringat balik perangai aku sejak dari dulu, aku malu sendiri. Betul. Aku tak pernah fikir perasaan orang, sebab pada aku, aku patut tidak membiarkan orang sesuka hati memaki perasaan aku.
Yes, memang betul kita ada hak untuk perasaan kita sendiri. Dah bengang, sakit hati kena lah melepaskan marah kan? Buat apa nak pendam pendam lepas tu merempan seorang diri? Itulah pendapat aku dulu.

Tapi bila dah meningkat usia, dan sudah masuk ke alam pekerjaan, persepsi aku berubah. Sampaikan officemate aku yang dulunya satu sekolah dengan aku pelik, 'Eh ziema kenapa kau diam je ni? Eh kau lain sangat la. Dulu mulut kauuuuuuuuuu'

Hahaha. Aku pun tak percaya itu aku sekarang.

Tipulah kalau aku tak ada perasaan marah dan sakit hati. Kalau hati aku ni ada rekod, mesti dia dah listkan jenis-jenis kemarahan aku. Tapi aku memilih untuk diam. Banyak benda memang terpaksa telan, banyak mengalah. Paling-paling pun aku akan menangis, dan biarkan marah aku pergi. Sebab aku tahu, sangat penat marah orang. Aku dah rasa, aku tahu lah.

Susah? Entahlah, aku tak pernah target apa-apa untuk kurangkan kegilaan aku ni. Mungkin sebab dulu aku pernah kena tinggal, dan Adli pun jenis tak pernah buat aku gila disebabkan dia yang cool gila macam tak ada perasaan, aku muhasabah diri. Duduk atas sejadah, tengok TV, tengok muka muka orang yang sayang aku, perlahan lahan buat aku terfikir. No I'm not saying yang aku ni perfect enough. Tapi aku cuba. Tak salah kan mencuba?

Kita kena belajar. Pengorbanan itu perlu. Serius, bila kau buat macam tu kau akan rasa lega. Hati kau tenang. Sebab dari awal lagi hati kau dah sejuk, orang lain pun sejuk. Kalau kau mengganas dengan baran kau memang betul mula mula kau panas membara, kemudian slow-slow sejuk. Tapi hati orang kau rasa akan sejuk macam kau ke? Mungkin lah sejuk depan kau sebab nak jaga hati kau, tapi belakang kau?

Belajarlah berkorban untuk orang lain. Tak susah pun.

Eh.
Salam Aidiladha :)



October 18, 2012

Cerita Weekend

Last weekend was a very exhausted two days I guest.

Kalau ikut plan Sabtu nak jumpa wedding planner. Owh ya lupa. Wedding planner aku (amboi kemain wedding planner macam kaya sangat nak upah wedding planner) di Melaka ye anak anak. Jauh kan? Sebab pakej katering aku ni sekali dengan dia, maka mak kena redha. Kalau nak juga ambil wedding planner lain silakan. Bayar sendiri. Jadi kena redha. Redhaaaa. Aku kan bakal pengantin cheapskate.

Sabtu pagi call, semangat nak fitting siap pilih contoh baju macam mana, rupa rupanya beliau berada di KL. Boleh kalau nak jumpa di KL tapi Adli kau nak campak mana? Makanya terpaksa la postponed Ahad. Nasib baik aku tak kena marah dengan Adli hewhew. Faham faham sajalah hidup seorang askar kan, masa tak tentu. Eh tapi rasanya Adli tak pernah marah aku. Tehehee

Maka Sabtu pagi aku dan emak decided pergi Jalan TAR. Nak beli beading tambahan untuk baju nikah aku. Seriously aku tak pandai jahit beading tapi terpaksa sebab nak hantar upah mahal. Sob sob. Maka nak tak nak aku kena gigih menjahit. Tak apalah kalau tak cantik pun, yang penting aku puas DIY beading baju sendiri. Betul tak betul tak? Hehe


 Akhirnya aku berjaya jumpa warna pale yellow yang aku idam idamkan. Yes hanya di Jakel.
Ingat kain ingat Jakel. Pfffttt


Ingatkan Sabtu tu nak cari kain untuk family, tapi memandangkan abah out station maka terpaksa tunda. Ok abah sekarang dah cerewet nak cari kain sendiri *sigh*
Hasil Sabtu biasa biasa saja tapi aku dan emak pelik kenapa sampai empat jam kami di Jalan TAR itu? Well, wanita is always a wanita. Beli satu barang tapi kemain berejam. Kan kan?

Ahad confirmed akan ke Melaka. Pagi tu tiba tiba abah dan emak decide nak pergi Jalan TAR. Nak beli kain segala, by hook or by crook. Gila kau lagi sebulan lebih kot, nak hantar lagi kat tailor kena lah beli dengan cepat. Cari kain sangatlah susah. I bet you kawan kawan. Lagi lagi dengan orang yang cerewet macam abah. Kena masuk setiap kedai just to compare the material, colour and so on.

And lastly kami beli di Jakel. Kedai yang penuh dengan puaka sebab asalkan aku masuk situ mesti terpanggil panggil nak beli kain dia ciss. Memandangkan masa tu isteri pemilik Jakel ada maka dapatlah diskaun sikit. Diskaun la sangat padahal tu memang harga sebenar kau yang naikkan lebih lebih. Kemain strategi kau eh amboi. Tapi memang kain di Jakel banyak pilihan. Kamdar, Globe, Nagoya and Gulati's please lah pelbagaikan jenis jenis material eh. Please.

Balik dah macam petang. Ingatkan nak cancel, tapi memikirkan Adli yang masanya susah nak predict, maka aku dan adik dengan terusnya pecut ke Melaka. Janji dengan Adli jumpa di tol Simpang Ampat. Sampai pun dah lewat petang dalam pukul 6 lebih, maka tak banyak yang kami discuss.

Ambil ukuran baju dan sketch design.




Lepas tu discuss on design pelamin. Minta minta lah pelamin aku tak mengecewakan sebab aku tak tunjuk exactly pelamin yang aku nak. Dan ada yang dia tak boleh fulfill apa yang aku nak. Tapi biarlah. Dah macam ni aku dah betul betul jadi redha. Serius, lantaklah. Asalkan aku bersanding cukup. Bukan ada pertandingan pelamin siapa paling cantik di bulan Disember pun.
Lepas dinner, dalam pukul 9 balik. Sempat Adli bagi borang dia yang aku perlu isi, termasuk tandatangan abah aku.Hari ini insyaAllah, balik dari Kuala Kubu dia singgah ambil.

Sampai rumah around pukul 10 lebih.
Discuss kejap dengan adik aku layout dewan resepsi. Konon nak sambung jahit beading, tapi dah tak mampu. Terus tidur, tu yang sampai mimpi bukan bukan.

Sekian entry panjang aku.
Korang! Penatnya nak kahwin.




October 16, 2012

Sindrom Memang Down

Semalam mimpi. Rasa macam ngeri gila.

Tetamu dah ramai datang nak makan makan segala. Tapi makanan belum sampai lagi. Pelamin pun baru nak buat. Lepas tu candy buffet yang aku idam idamkan ada. Memang ada. Tapi kosong, ada bekas sahaja. Guestbook corner pun ada tapi bersepah sepah macam tak siap.

Dahlah minggu lepas mimpi perempuan yang rampas mantan kekasih aku. Dah lah mimpi dia, dengan anak dia tu aku boleh mimpi. Aku siap jegil jegil mata kat budak tu sebab menyampah gila. Eh entah apa apa lah. Serius aku tak ada langsung teringat makhluk makhluk berkenaan.

Lately pula aku hilang selera makan. Dia jadi macam masa aku putus cinta dulu. Kau lapar tapi bila tengok makanan putus selera. Nafsu makan dah kurang. Penat mungkin.

Adakah ini sindrom bride to be? Fuh fuhh




Takutnya :(

October 10, 2012

HIV Test

Semalam aku ambil cuti semata mata nak pergi test. Haha terus ambil cuti tau, semangat tak semangat tak? Well, bukan hal HIV test sahaja aku nak settlekan hari tu, banyak lagi hal berkaitan borang nikah yang aku kena kejar dalam masa dua bulan ni. What? Dua bulan? Pfft pengsan mak -_-"

As told by kawan aku Airina Qaisara bukan nama sebenar, maka aku telah gigih ke Klinik Kesihatan Setapak. Thanks Yusnuriza for the information. Eh terbagitahu nama pula.

Kenapa aku cakap gigih?



Masa sampai tu aku nampak orang beratur panjang sampai ke luar pintu, tapi bila memikirkan aku adalah hanya ingin menjalani ujian saringan lalu aku terus ke kaunter dengan yakinnya.

'Kak, saya ada appointment HIV Test'

'Kena beratur ambil nombor dik'

Malunya.
Mesti orang yang beratur ketawakan aku. Ingatkan tak perlu beratur, rupanya aku silap. Once sekali dah masuk dalam Klinik Kesihatan ni, kau akan dilayan sama macam pesakit lain. Mungkin lain klinik lain prosedurnya. 

Sampai sahaja di kaunter, nurse bagi borang dan kad untuk diisi. Nampak la beberapa pasangan mengisi borang sama sama. Aku sahaja seorang diri hewhew.




Lama duduk di situ. Sejam lebih mungkin, menunggu masa untuk dipanggil. Sambil sambil tu mata melilau melihat gelagat orang ramai. Ada yang bawa bayi, untuk pemeriksaan bulanan mungkin. Kesian tengok, dah lah sesak, air cond pun nazak. Ada pula yang berkerusi roda. Serius klinik ni sempit sebab dalam shop lot. Kat situ la farmasi, kat situ la kotak kotak ubat bersusun. Aku sampai pening pening. Taubat tak nak pergi sini lagi. 

Owh ya, tunggu punya tunggu, pelik kenapa nombor aku tak naik. Pergi ke kaunter rupa rupanya kena submit borang dulu. Patutlah nombor aku tak dipanggil. Rasa bodoh sekejap. Nurse siap perli perli. Shadap la kau nurse, dah lah gemuk nak perli aku pula. Eh tapi rasanya dia bukan nurse sebab pakai baju biasa. Jangan risau, nurse di situ baik baik tau.

Lepas dah submit borang, terus disuruh ke bilik nombor 8 untuk diambil sampel darah. Mungkin masa dah suntuk, jadi tak banyak pun soalan dia tanya. Haha bagus juga, risau aku kalau ada soalan soalan tentang HIV segala. Dia hanya tanya ni kali pertama ke aku kahwin. Amboi kau muka aku ni nampak macam mak janda ke haipp. Jadi, melalui kit tu nyatalah aku disahkan negatif HIV.

Kemudian aku disuruh hantar borang semua ke bilik 3. Baik kakak nurse ni, senyum sahaja. Tunggu dalam 10 minit siap. Masa dipanggil untuk ambil result test tu,

'Awak, adik ni kirim salam'

Haih la dik, wa'alaikumussalam.
Akak kau ni lagi dua bulan je nak kahwin.



October 5, 2012

Senyap

Kadang-kadang kita suka menipu. Konon nak senyum di depan, menangis di belakang. Sampai kita lupa yang hati kita ni tak pernah diajar untuk berbohong.

Jumaat. Orang kata hari yang mulia, penghulu segala hari.

Kena marah atas sebab salah orang lain di pejabat. Sabar
Tertekan menjelang hari perkahwinan. Sabar

Maka memilih untuk senyap. Biarlah. Kadang perlu masa untuk diri sendiri.

Bila kawan kawan tahu kita sedih, terus tanya. Baru nak taip air mata sudah bergenang. Nampak sangat aku ni cengeng, mengada betul. Tapi ya, itu yang aku rasa sekarang. Terus email, merancang percutian tiba tiba.




Yes I do really need my girls. Indeed :'(