Followers

December 31, 2010

Entry terakhir 2010 .. Azam baru 2011 ..

Esok 2011 akan tiba .. jadi hari ini adalah hari terakhir bagi tahun 2010 .. rasa macam sekejap je masa berlalu .. rasa macam aku baru je mengharungi episod sedih dalam hidup aku .. tapi aku simpulkan itu semua takdir dan jalan cerita hidup aku yang sudah ditentukan Tuhan .. apa yang perlu aku buat? haruslah redha dan kuat ..

2010 ..
Mesti korang semua ada kenangan kan? tak kisah lah sedih ke gembira ke .. aku sangat pasti kenangan yang manis tu korang nak simpan nak bawa ke tahun depan kan? mana yang pahit tu akan dikenang tapi yang pastinya akan dibuang jauh jauh untuk tahun baru ni .. tapi rasanya aku ada kenangan ke tahun ni? nak flashback kejap lah ..

Januari - May : 
Rasanya tak ada apa kot. cuma aku kantoi satu paper masa final exam which is aku terpaksa repeat untuk next sem. memang aku mengaku aku benci gila dengan lecturer tu sebab dia ni mengamalkan gender bias. kalau dengan budak lelaki bukan main lebar senyum. lepas tu dia ada angin. kejap macam ribut kejap macam angin sepoi sepoi. tapi bila aku fikir balik memang salah aku. tak berkat belajar tu yang failed. padan muka aku.

June:
Owh ini adalah the most terrible month in my life. OK aku tak nak burukkan siapa siapa. tapi yang pentingnya aku dizalimi. orang yang aku sayang 5 tahun boleh dengan selamba berpaling tadah padahal kalau tak bulan ni aku bertunang. sakit? sangat sakit! sebab aku nampak depan mata .. sampai aku pergi berubat nak pulihkan semangat. dah malas nak ingat balik. life must go on (^_^)

Julai - Disember:
Orang sekeliling aku sangat supportive. bagi semangat kat aku. owh bergenang sebentar air mata aku. owh lupa pula. aku dah berkawan dengan seseorang .. cepat kan? haha .. biar lah. aku dah penat menangis. konon nak single .. blah la ziema! ok dah tutup buku ..

2011 ..
And macam biasa la kan tahun baru .. macam macam azam korang nak letak. entah tercapai ke tak kan? lepas tu bila tak tercapai maka terpaksa la dibawa ke tahun seterusnya. betul tak?
Azam aku? hehe .. aku ni jenis tak ada azam .. kawan nama azam ada lah .. sebab selalu apa yang aku azamkan tak tercapai maka aku dah malas nak berazam azam ni ..

Tapi aku dah promise .. tahun depan tak nak menangis hanya sebab lelaki bodoh .. aku nak cuba jadi kuat dan tabah .. nak gembira dengan orang sekeliling .. owh nak kerja juga :)

Ha apa azam tahun baru korang? hope dapat lah capai ye ..

WELCOME SWEET 2011!
GOODBYE TERRIBLE 2010!



 love, ZIEMA



December 30, 2010

Semua berlumba lumba mahu like football players.

Ramai gila ah yang syok gila kat pemain bola sepak ni ..
Aku? jangan ditanya .. haruslah tidak (gerenti lepas ni kena kutuk dengan orang)
Ramai juga aku tengok yang like pemain pemain muda Malaysia kat facebook ni .. wah sekarang dah jadi fenomena pula kan? mentang mentang dah menang ..

Bukan tak minat tapi sekadar minat macam tu je .. owh lupa pula. masing masing ni aku rasa dah berpunya kot. lagi lagi Khairul Fahmi Che Mat yang korang dok gila minat tu ... dia ni actually boyfriend adik kawan aku ni si Aimie Hazerin .. aku tumpang bangga? sikit sikit lah .. lagipun adik beliau si Aimie Harmelia aweks apex ni adalah schoolmate aku juga dulu.

Tapi adat lah kan .. bila dah naik tinggi bau pun wangi semua orang sanjungi.
Tapi bila jatuh tersungkur semua pakat dok kutuk ..
Apa apa hal pun anda semua memang hot! (uihh kontrobesi ayat aku ni)



Oleh kerana ramai sangat meminati mereka mereka ini maka dengan itu aku berundur diri.
Aku rasa macam malas nak berebut rebut. tak suka. nanti gaduh gaduh tarik tudung rambut semua tu tak best. aku takut nanti keluar kat main page suratkhabar

'GADIS BERGADUH GARA GARA PEMAIN BOLA SEPAK MALAYSIA'

Owh terima kasih je lah. aku tak nak jadi wanita BIMBO gara gara lelaki.
Maka aku telah memilih seseorang
.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.
.

.

.

.

.

Yoann Gourcuff
the 23-year-old French midfielder


Haa sudah sudah .. sila tengok kejap je ok ..
Ehem ehem .. ok tak? ok kan? umur pun dah sebaya aku .. duit pun banyak ni.. tak payah nak berebut ..
Paling paling pun aku kena maki dengan minah minah Perancis tu je .. no hal lah ..


P.S. sila jangan muntah hijau baca entry aku ni ok (^_^)


love, ZIEMA



December 28, 2010

Boleh tak agaknya kau Memaafkan tanpa Melupakan?

Bila duduk sorang sorang aku terfikir .. yup .. tentang memaafkan orang yang pernah melukakan hati kau. yang pernah mematahkan semangat kau. menjanjikan bermacam macam harapan tapi at the end dia yang hancurkan dan musnahkan semua tu ..

Dan bila orang sekeliling yang bagi semangat kat kau dengan berkata seperti ini :

"Tak apalah. dah takdir macam tu. maafkanlah dia"

"Mungkin tak ada jodoh kan? lupakan je dia tu. cari orang lain"

"Doakan yang terbaik untuk dia. tak ada siapa yang sempurna"

Dan kau rasa orang orang yang berkata seperti itu pernah tak mengalami apa yang kau alami itu? 
Cuba kau tanya? Mungkin tak semua kan??

Memaafkan orang memang senang.
Tapi nak melupakan? jujur aku bukan macam tu .. walaupun aku ni cepat sentap dan senang berkecil hati tapi aku selalu mengajar diri aku untuk memaafkan orang lain .. tak suka nak berdendam .. lagi lagi bila dah lama kenal dengan orang tu .. teringat lagu Aishah, Kemaafan Dendam Yang Terindah (owh aku baru je nyanyi lagu tu masa karok hari tu sumpah semput key bapak tinggi siot!)
Nah! memang betul tak elok berdendam .. maafkan orang itu then hati kau akan tenang ..

Tapi jujur juga. walaupun aku sangat senang memaafkan perbuatan orang tapi untuk melupakan agak susah.
Aku bukan berdendam. sikit pun tidak .. sumpah!

Dengan ingatan aku yang agak kuat lagi lagi tentang peristiwa (tapi sory kalau hafal bab bab matapelajaran memang aku lemah).
Bayangkan aku boleh ingat lagi peristiwa aku mengorat budak lelaki di kala tadika ya Allah gatalnya aku!
Boleh ingat muka dan pekerjaan bapa kawan aku yang sudah 15 tahun tak jumpa.
Peristiwa abang aku terhantuk lalu berlubang dahi beliau masa balik sekolah rendah.

Dan lagi bila peristiwa itu ada hubung kait dengan keluarga juga kawan kawan kau jadi rasanya boleh ke kau lupakan? memang susah lagi lagi bila ramai yang tahu tentang peristiwa itu .. aku malu .. aku benci ..
Malu bila hati aku dipermainkan .. Benci bila orang mengata tak tentu hala .. dan aku ada sebab tersendiri bila aku tak boleh nak melupakan sesetengah perbuatan orang pada aku ..

So guys!
Pilihlah sama ada kau nak memaafkan dan terus melupakan ..
Atau memaafkan tanpa melupakan ..



Sorry. Aku pilih memaafkan tanpa melupakan . aku manusia biasa (^_^)\/
Its easy to forgive but hard to forget!
love, ZIEMA


December 27, 2010

Aku bukan fanatik bola tapi aku geram! !

Tahu kan isu laser sekarang? yang penyokong dok hala ke players players sekalian .. aku ni bukan lah nak pertahankan ke nak kutuk ke .. tapi semalam tengok penyokong Malaysia halakan laser ke muka Indonesian players lagi lagi ke muka mas Markus si penjaga gol buat aku rasa macam entah apa apa saja lah penyokong kita ni. cari pasal ke?

Tapi! ! ! !
Setelah melihat video klip ni aku rasa sangat wajar penyokong Malaysia melakukan aksi sedemikian walaupun agak tak profesional dan kurang ajar ..


sila lihat minit 4:05

Masa ni kan kita kalah 5-1 dengan Indonesia .. kalah aku tak kisah .. yang aku kisah bila rupa rupanya rakyat jelata Indon ni yang mulakan dulu. halakan kat penjaga gol Malaysia. 
Itu yang aku rasa penyokong kita buat macam tu. ala ala balas dendam kot. tapi nasib baik la menang kan :)

Tapi aku rasa setakat hala laser tu tak ada lah big issue sangat. siapa suruh mulakan dulu kan?
Antara main laser dengan jerit jerit Malingsia lepas tu tak bangun bila lagu Negaraku dimainkan mana yang lagi kurang ajar?
Sangat benci bila sukan dipolitikkan. tapi aku salute dengan penyokong Malaysia yang masih lagi waras dan bijak akal dengan tidak cari pasal semalam ..

Tunggu je lah 29haribulan ni. 
Malaysian players mental kena kuat! 
Jangan sakit mental macam ............... !!
Peace!!!! :)

love, ZIEMA



Entri pertama seorang AKU

Ehem ehem .. aku kan .. aku .. emm emm aku ni .. aku sebenarnya ..
Sepak kang!! ha ha .. OK nak cakap aku tapi tiba tiba macam rasa kekok (bangang je rasa)

Tebalkan muka walaupun orang tak nampak muka aku he he ...
Hari ni pun tak ada apa nak buat. lepak rumah membesarkan badan adalah aktiviti utama di kala bosan.
Tadi pergi dapur lepas tu ternampak surat khabar lama. nampak main page tulis


3 JUTA RAKYAT MALAYSIA MUNGKIN GILA


Gila kau! ! ! ! ! !
Tapi memang betul pun statement ni. zaman sekarang sangat banyak tekanan. tekanan kerja . tekanan keluarga. tekanan belajar. memang kalau orang gila kau tengok tepi jalan pun dah tak hairan. sebelah mata pun dah tak pandang. sebab dah berlambak orang gila sekarang ni.

Teringat dulu masa aku sekolah. memang ada seorang orang gila ni kira macam famous la. beliau tak kacau orang. kitorang panggil M.Nasir sebab rambut beliau panjang. aku rasa beliau ni seorang Cina and dengar cerita beliau jadi macam tu sebab bankrap. kerja dia conteng conteng tepi jalan guna batu. mungkin buat calculation kot ha ha .. kesian la sebenarnya tengok diorang ni. nak buat macam mana kan..

Tapi kalau gila gila tu boleh dikategorikan gila ke??? errr ...
Aku tak nak jadi gila!!!!!!!!!!!!!!!! (>_<)

Eh kejap ..
Nak say congrats to Malaysian football players yang hebat malam tadi walaupun actually aku tak tengok. memang mula mula tu konon macam nak tengok tapi tak gol gol pun. bosan je aku masuk bilik. elok je kaki aku mencecah lantai bilik tiba tiba satu blok rumah aku ni menjerit. aku pun berlari lari lagak 100 meter walaupun jarak bilik ke ruang tamu hanya 3 meter. owh sory .. bola sepak bukan kegemaranku ..
So dengan 3-0 tu rasanya dah ok kot. "nanti kat Indonesia main elok elok naa", pesan aku kepada mereka.
Walaupun aku tahu rakyat Indon yang kurang ajar tu akan buat perangai tak sekolah tapi hope 29 haribulan ni bagi diorang ternganga sehingga *ngences .... ! !

*air liur meleleh (dialek Jawa)


love, ZIEMA


December 26, 2010

Rasa nak tukar SAYA kepada AKU

OK. dah lama gilaaaaa tak jenguk blog sayang ni. sebab busy ye. ke sana ke mari tanpa membawa lappy membuatkan blog terbiar sepi. memang dah lama tak update entry. (ni pehal dah rasa macam berpantun bersajak je ayat aku ni??) errr ..

Owh berkenaan tajuk di atas.

Rasa nak tukar SAYA kepada AKU

Wajar ke? macam lalang je rasa. tak ada pendirian. ingat macam sopan lah kan bila guna SAYA tu. maklumlah masa baru baru buat blog naif kejap. konon baik lah. 
Padahal kalau baru kenal orang tegur terus je bahasakan diri AKU. terasa macam mesra dah lama kenal. sebab bila bahasakan diri SAYA tu macam formal skema. rasa macam ada gap je bila bersembang berbual.

Bila dah lama macam ni and dah kumpul kengkawan terasa ingin membahasakan diri AKU instead of SAYA.

Tapi nanti mesti ada yang mengata. 
"Entah apa apa je dia ni. kejap SAYA lah. kejap AKU lah. benda macam tu pun nak kecoh".


Ahhh .. lantak lah. tapi serius nak tukar ni. mahu lebih mesra bila berkata. juga jujur bila mengata. huhu ..


Hey jangan lupa! !
Kita berkomunikasi dengan ALLAH pun guna AKU. terasa lebih dekat denganNya :)


love, ZIEMA

December 16, 2010

Umur sebaya Abah aku tapi perangai macam Adik aku

Tadi tertengok tengok buletin utama. tajuk utama pasal apa entah kat parlimen tu. sidang dewan rakyat rasanya. sekarang ni dah tak best tengok. rasa macam dah kat China yang menteri menteri bergaduh sampai baling baling kerusi tumbuk menumbuk.

Even kat Malaysia belum lagi ada aksi itu tapi rasanya meluat bila tengok masing masing terjerit jerit macam budak kecik berebut gula gula. takpun macam budak sekolah boikot cikgu bila ada sekumpulan menteri yang decide keluar ramai ramai konon tak puas hati.


Tadi pun tengok 4 orang ahli pembangkang kena gantung 6 bulan. kan dah. tak pasal pasal tak boleh attend.
Yang saya paling kesian speaker dewan rakyat la. beliau pun terpaksa jerit jerit sebab nak cool down kan dewan tu. tapi risau gak kot kot jam tu jugak kena heart attack ke .. high blood pressure ke kan .. sebab?? melayan aksi  bapa bapa yang kebudak budakan.

OK. saya tahu saya baru 23tahun. belum pun daftar atas nama pengundi. tapi saya belajar apa itu politik. apa itu sains politik. apa itu sistem demokrasi berparlimen. apa fungsi dewan rakyat. dewan negara. parlimen. tapi bila tengok depan mata macam mana kerajaan berhujah dan berdebat terasa macam sangat tak profesional.

Jangan salahkan kami golongan belia bila tak undi ye. bukan tak nak ambil tahu. tapi kami keliru. debat ala perlimen masa kat sekolah dulu pun tak macam ni.
Sedih tengok golongan pemimpin negara berperangai macam ini.

.....................................................

p.s : biar lah bapa saya bukan menteri mahupun orang berpangkat. asalkan beliau bekerja untuk menjadi semakin matang. peace!!! :)

love, ZIEMA


December 15, 2010

Siapa nak belajar pakai shawl mari sini! ! ! ! !

Wahhh title tak menahan kan? macam bagus bagus je nak suruh orang singgah sambil melihat entry ni.

Siapa suka pakai shawl angkat tangan! saya suka (^_^)

Kawan kawan selalu tanya  macam mana pakai shawl. susah ke? taklah. serius ni. lagi senang daripada kau pakai tudung bawal empat segi tu. nak pakai kena balance panjang tudung. lepas tu nak kena lipat and pastikan kebulatan atau kelonjongan awning tudung itu betul betul ikut bentuk muka. dah pakai tu kadang kadang terpaksa tengok cermin setiap 10 minit termasuk lah cermin kereta orang. eh ke aku je yang macam tu? erk ..

Hari tu ada kawan saya tanya lagi. so takkan nak explain pakai mulut. haruslah kau tak faham kan?
So here i bring you a shawl's tutorial. tapi saya ajar yang simple dulu tau. sangat sesuai for the beginner. mula mula memang rasa macam kekok sikit. tapi percayalah. lama lama akan terbiasa.

Kat sini saya pakai pashmina yang lembut so senang nak lilit semua.

 mula mula lebihkan bahagian kiri and pinkan. tapi ikut lah. kalau selesa bahagian kanan maka lebihkan bahagian itu.

lepas tu ambil bahagian yang panjang and lilit.


lepas tu lilit lagi sekali tapi jangan lilit sampai habis tau. tinggalkan sedikit.

lepas tu boleh lah dipinkan. ha senang kan? tapi pastikan pakai jarum yang kepala bulat tu tau. kalau pakai jarum peniti yang comel tu nanti senang tercabut.

HASILNYA ....

.

.
.

.

.

.

tadaa!!!! macam ni la rupanya! cantik senang kan? 


nak posing macam ni ok?

ke macam ni yang sesuai? ?

ada gaya macam tyra banks tak?

ok ziema cukup!! kau ni nak ajar orang ke apa ni??
(>_<)



Dah tengok? senang kan? 5 steps je and you will look gojes! betul lah tak tipu ..
Lepas ni saya akan ajar pakai shawl yang sama tapi dengan cara yang lain pula :)
Selamat mencuba!!!!!!!

love, ZIEMA



December 14, 2010

Semut dan Lipas memang adalah Kebencian juga Kepantangan Saya

Jahat pula rasa nak benci serangga ni. macam bagus je kan. lain lah kau nak benci lalat ke, nyamuk ke katak ke yang suka sebarkan penyakit sampai orang mati.

Owh teringat masa kena demam denggi yang rasa sangat hell tidur dalam kelambu lepas tu mak abah tak melawat langsung kecil sungguh hati ini. tapi nasib baik masa kena denggi tu tak teruk sangat sebab dah detect awal awal. maka duduk di hospital sekadar cukupkan syarat sambil makan dengan penuh berselera habis tray makanan tu licin saya kerjakan (^_^)

Kenapa la agaknya kan saya benci semut? oh sungguh kesian semut yang kecil ini dibenci benci. sory ye cik semut. saya memang fobia dengan kamu. tahap fobia saya ini sudah ada nama saintifik. Myrmecophobia. kalau tengok semut ni sekor ke boleh tahan lagi. siap boleh pijak lah tanpa perasaan belas kasihan. tapi .....


Sory kalau dah bemesyuarat macam ni. memang masa tu dah start geli. meremang tengkuk ni. lepas tu dah rasa macam ngeri pun ada. boleh terbayang semut semut itu hurung muka saya *macam entah apa apa kan*. OK masa ni saya akan capai apa saja yang boleh hilangkan fobia. sembur Shieldtox ke. curah air ke. sumpah tak boleh tengok.





Kalau cakap pasal cik lipas ni lagi benci. oh lupa. fobia kat lipas ini pun ada nama saintifik tau. Hypnotherapy. bukan geli tak tentu pasal ke apa ke. ada pengalaman. masa tu kat kampung. sedang bergembira bersiram bagai tuan puteri and tiba tiba ...... sekor lipas telah berjaya landing di atas mukaku tanpa rasa bersalah mentang mentang kulitku ini sangat halus .. eheeee


Kau tengok kaki lipas yang 'cantik' itu. patutkah ia nya menetap sebentar di mukaku? memang tak patut .. tak patut .. kesannya sampai sekarang saya pantang tengok lipas.  ishh .. sory ye lipas. sedara kau telah mencari pasal dengan ku. tapi dengan lipas ni memang saya tak berani ambil apa apa tindakan selanjutnya. nampak je terjerit jerit macam lah lipas tu nak makan kau. lepas tu lari terlompat lompat seperti aksi Liyana Jasmay dalam video klip Aku Tak Percaya Cinta .. terbayang ia terbang menghempas muka ku ..

Ohh .. semut dan lipas. akak minta maaf ye.. 

Ada siapa siapa yang fobia dengan dua ketul makhluk ni tak?

Ke saya sorang je? (*_*)

love, ZIEMA



December 13, 2010

Tudung Wanita Itu Ada EMPAT

Yang pertama tudung bawal .. then tudung syria .. then tudung Ariani .. last sekali selendang .. haa cukup empat kan? kan? haaa .. OK betul la tu. sekarang ni macam macam jenis fesyen style tudung yang ada. and saya pun harus lah tidak terkecuali mahu mengikuti perkembangan fesyen *konon up-to-date lah tu kan*

OK. berbalik kepada title yang langsung tak ada kena mengena dengan intro ..

Tadi kan saya terbaca satu note. saya tersentak juga tertarik membacanya. sekadar mahu berkongsi. memang betul tudung wanita ada empat .
Tudung pada wajah
Tudung pada hati
Tudung pada mata
Tudung pada suara

Rileks .. jangan garu kepala yang tak gatal ataupun tercengang cengang .. macam mana kan nak pakai tudung kat mata suara hati wajah semua tu. bukan kah pakai tudung di kepala?

Tudung pada wajah itu perlu supaya tidak mengundang fitnah. sebab kecantikan itu adalah untuk tatapan suami bukan untuk dijaja kepada lelaki ajnabi.

Tudung pada hati adalah dengan sentiasa mengingati Allah. memujji kebesaranNya.

Tudung pada mata iaitu tidak sewenang wenangnya memandang lelaki lain selain ayah abang adik lelaki juga suami. menjaga mata supaya tidak memandang mahupun dipandang.

Tudung pada suara itu bermaksud suara itu digunakan pada tempat yang sepatutnya. jangan dilunak lunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona *errr kalau gelak kuat kuat tu pun kira tak boleh ke?*

..........................

Hurmmm ... insaf sebentar ni. serius . selama ni fikir tentang tudung kepala saja. tapi tudung lain tu kadang kadang terlepas pandang. terleka sekejap.

Manusia memang macam ni kan?


love, ZIEMA


Sebab Kenapa Putus Asa

  Wahh .. rasa macam dah lama gila tak update blog kan? busy mungkin? ha ha ..

OK. sekarang ni saya rasa macam down gila .. rasa macam sangat sangat putus asa .. rasa macam diri ni tak berguna. rasa dah menyusahkan hati semua orang. rasa macam bodoh pun ada. ahh macam macam lah rasa yang ada ..

Masa tu lah rasa macam nak putarkan masa semula .. nak start balik so that tak perlulah nak sedih and menyesal bagai. tapi hukum alam tak macam tu. dah start kena pandang depan. jangan sesekali toleh ke belakang. kalau kau toleh belakang maknanya kau tak positif ..

Tapi kan ....

Saya sedang putus asa! ! ! ! !

Kenapa macam ni? cuba untuk kuat but i know i am a human being.
Perasaan putus asa tu tak boleh disembunyikan. tak boleh dinafikan. tak boleh dihilangkan.

But i know that i need to face it either i am ready or not.
Either i am strong or weak ..

OK. sekarang mungkin perlu kuatkan hati. cekalkan perasaan. betulkan niat ..

Mungkin ada sebab. ada hikmah kenapa putus asa ...
Maybe one day i will be a SUPERWOMAN! ! ! yeahh! *rasa macam seorang superman sebentar*

Dear Allah,
I do really really need a strength .. please show me the way :(

love, ZIEMA


December 6, 2010

Si rongak bertelinga capang punya cerita

  Wah! title tak menahan kan? keh keh .. jahat betul mulut saya ni .. OK. mahu bercerita lagi. tentang faris. tentang keletah beliau. budak yang nakal and semakin bijak bertanya seakan akan meminta pelempang. dia buat saya macam kaunter informasi. tak tahu tanya. dah tahu kau main blah macam tu. bagus punya adik!

Sekarang ni tiap tiap malam saya akan ajar subjek in advance. maknanya untuk tahun depan punya subjek saya dah ajar sikit sikit. nampak beliau bersemangat siap susun subjek ikut hari. hari tu abah balik dari outstation terus serbu,

"Abah abah. adik sekarang dah tuisyen dengan akak"

Wah kau. cantik sikit. bukan tuisyen eh. kalau tuisyen dah lama akak claim kat abah nak ajar kau yang pemalas ni. hik hik ..


Malam tadi macam macam beliau tanya.

"Akak. fatin tu kan pandai pandai je cakap jadi lelaki sakit"

Kenapa pulak?

''Dia cakap laki kena sunat. tapi perempuan tu pun sakit jugak kan? kena beranak. akak .. perempuan beranak baby keluar kat bontot eh?

"Ha?? erkk .. "

Budak ni memang suka kan soklan sedemikian rupa. cepat cepat saya ubah tajuk. kebetulan masa tu tengah tengok gambar kat handphone. OK. saya tunjuk gambar ni,

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

budak gila pakai tudung buang tabiat!!
gelak lah ha ha ha ha ....


Time tu saya and fatin terbahak bahak ketawa. tiba tiba faris nangis!!!!

Sumpah saya gelabah. tiba tiba juga beliau cakap,

"Akak. telefon la abang pa'an. adik rindu dia! waaaaaaaaaaaa!!!!!!"

Kah kah! rindu rupanya kau eh dik! kau mewarisi tebiat sensitif jiwa halus akak kau ..


Comel lah rongak capang akak ni .. mmuah! !

love, ZIEMA



December 5, 2010

Mimpi tentang si Hensem!

Owh no! ! ! bangun tidur terus buka laptop untuk memberitahu .....

Saya bermimpi Henry Golding! ! whoa! best tu .. tapi serius saya lupa tak berapa ingat jalan cerita mimpi tu. tapi lebih kurang macam kat sekolah. Henry ni macam best friend saya. beliau ada bawa kamera and asyik ambil gambar saya je. jalan sama. ketawa sama. ala bestnya! ! lepas tu dalam mimpi tu dompet saya hilang. beliau tolong cari sampai jumpa. saya sangat gembira terus peluk beliau .. lepas tu kan .. lepas tu ..

.
.

.

.

.

.

.

Saya terbangun sebab mak dah terjerit jerit kejut saya yang gila liat bangun. duhh .. kacau betul!!

you .. i mimpi you lah ..
you ada mimpi i? takde kan?
bagus .....


OK. teringat pula masa terjumpa Qi kat SACC Mall. sumpah tergamam! depan mata gua tu beb! masa tu beliau jadi MC untuk apa entah dah lupa. gua jalan sebelah dia. diulangi ye .. sebelah dia! tapi buat buat macam tak nampak beliau walaupun saya perasan beliau usha saya. dah ajak kak Lea ambil gambar tapi kak Lea malu. siot la! sampai sekarang menyesal. serius.

awak dah kapel dengan yuna kan?
takpe awak. saya terima je. lalalala~

.

.

.

.

.

.

.

eh eh .. kamu! ! apa apa pun ...
SM Faliq tetap menjadi pujaan hatiku!


Ada rasa nak bagi pelempang 180 darjah tak?? ke nak sepak penalti??

Yelah yelah .. berangan je pun. tak boleh ke? boleh kan? ke tak boleh? boleh la ...

Ahhh! ! ! diam kau! (>__<)

love, ZIEMA

December 4, 2010

Abah Saya Seorang POLIS. Ada Masalah Ke?

Lately ni kan banyak sangat kes kes pasal polis yang jelik kan? polis minta rasuah lah. polis sesuka hati dia nak tembak orang lah. polis yang kena tangkap hisap dadah lah. lah lah lah .....

OK. saya adalah anak seorang anggota polis. kadang kadang tu bila baca ke tengok berita ke rasa macam ish .. tak patut la mereka ni. sangat sangat tak profesional bila menjalankan tugas. and bila kawan kawan mengutuk polis polis ini nanti ada yang back up saya,

"Weh .. kau ni asal cakap camtu? bapak ziema ni polis lah"


"Alamak! sory weh .. aku bukan nak kutuk ke apa ke"

Lah. kutuk je lah. sikit pun saya tak sentap. bukan abah saya pun yang buat perangai tu. orang lain. kutuklah kau. memang betul pun. walaupun saya tak tahu sangat apa yang abah saya buat tapi saya percaya abah saya tak macam tu. believe in your dad OK! !

Abah sangat banyak pengalaman. pernah menjadi polis hutan (sekarang orang panggil Pasukan Gerakan Am). duduk kat  kampung orang asli *nasib baik beliau tak jatuh cinta kat sana kalau tak rambutku tentu kerinting kah kah! *..  menjadi one of pioneer yang tubuhkan pasukan karate PDRM sampai beliau sekarang menjadi one of Malaysia Karate Federation's member ..

Pernah menjadi ketua balai kat Ulu Tiram. fuh masa ni memang saya tak suka rutin abah. baru saja balik nak tukar seluar tiba tiba ada emergency call. dah kena pakai seluar balik. kadang kadang balik pukul 5 pagi and kerja semula pukul 7 pagi. banyak sangat kes pecah rumah lah. bunuh diri lah. kejar orang sampai masuk ladang kelapa sawit lah. macam macam lah. and saya tak nafikan kerja kat balai ni sangat terdedah dengan rasuah. tapi alhamdulillah .. mak selalu ingatkan abah .. thank you mak..

And sekarang abah dah tukar ke IPK Johor. kerja kat office saja. tapi itu pun sangat busy selalu outstation. kadang kadang tu kesian juga. tapi nak buat macam mana kan .. dah kerja beliau macam tu. tapi saya tak pernah tengok abah marah marah ke. buat muka tension ke. beliau sangat cool even muka beliau hot. *pebenda aku cakap ni cehh*..

Dengan kerja polis ini juga lah saya belajar sampai tahap ni. kami sekeluarga hidup sangat bahagia. memang lah tak mewah mana pun. tapi saya tak kisah. yang penting abah dah jalankan tanggungjawab beliau. bangga tak? mau nya tak bangga .. korang pun haruslah bangga dengan pekerjaan abah korang ye. tak payah nak malu. OK?

So as a conclusion,
Saya tak ada masalah dengan abah polis saya ni. lantak la orang nak cakap apa. yang penting,
SAYA SAYANG ABAH SAYA :')

tabik spring!!
saya bosan buat kerja.
ambil gambar kejap lah. he he ..


love, ZIEMA


December 3, 2010

Kesian Cikgu Shida

   OK. saya tahu mungkin cerita ini dah basi. dah lama. tapi sumpah saya baru tahu .. serius ..

Kenal kan CIKGU SHIDA? alaa yang sedang famous gila dengan video klip miming kat Youtube tu. kalau kat facebook tu memang dah kecoh la. siapa tak tahu kau bukan pengguna facebook tegar tahu tak! *tiba tiba lak nak marah kan*.. beliau siap ada fanpage sendiri. memang hebat lah cikgu ini. serius beliau sangat sempoi. saya ni bukan lah minat beliau sangat pun. kalau ada ternampak baru lah saya tengok video klip itu. kelakar pun ada. ha ha ha.

Tapi saya bukan lah nak cerita pasal beliau. mesti lah korang semua akan blah dari blog saya ni kan? apa kejadah nya nak cerita benda yang orang dah lama tahu. kan? kan?

Rupa rupanya ada sebab kenapa Cikgu Shida dengan sukarelanya mengupload video klip beliau di Youtube.

Korang tahu kenapa? haa tak tahu kan? meh akak cerita ....

Cikgu Shida ni sebenarnya biasa biasa je orangnya. beliau adalah seorang guru di Perak. kat Bota kalau tak silap. "ate kome ni ngajar kat Bote ye", kata saya kepada beliau .. *tiba tiba je* .. She is an English teacher. umur beliau 38 tahun OK. beliau ini teaching well kat sekolah. tapi beliau come out dengan video klip ini sebab .... beliau ingin meluahkan perasaan sebab .... beliau putus tunang! adeh kesian pula saya dengan beliau. kenapa lah sampai macam tu kan? mungkin tersangat kecewa hingga mengambil keputusan untuk feeling feeling artis kot? ehe he he .. and dengar cerita beliau ini pada mulanya nak buat koleksi sendiri akan tetapi kerana semakin gojes glemer makanya beliau mengambil keputusan untuk popular di Youtube.

Hurm .. saya pun tak nak komen banyak banyak. tapi pada sesiapa yang tak suka beliau tanpa mengetahui sebab musabab hingga menubuhkan fanpage untuk mengutuk beliau tu. silalah bertaubat! tak tahu cerita jangan main tuduh. kau tak kena macam dia so kau jangan lah nak hina dia. mungkin fikiran tu sedang bercelaru. mungkin tak sedar sebab terlalu seronok dengan peminat. silalah doakan dia ke. kan lebih baik daripada kau tambah dosa dengan menghina. betul tak? saya pun ada juga tak berapa gemar dengan aksi Cikgu Shida yang kadangkala over and menunjukkan aurat. tapi kita ni tak ada kuasa nak judge dia.



Untuk sumber benar tiada yang benar melainkan yang benar belaka sila click sini.

Buat Cikgu Shida. KAMU MEMANG RAWK! ! muaha ha ha ...

"Masa saya putus cinta pun rasa separuh semangat saya dah pergi. inikan pula putus tunang. yelah apa yang diimpikan tak menjadi. apa apa pun jodoh itu ketentuan Allah. kita kena kuat!"


love, ZIEMA


December 2, 2010

Contest Mata Paling Menawan


OK. tadi tengok dashboard. so nampak ada satu contest ni.
organized by MISS LELAYANG
rasa macam nak join. jadi join lah .. ok ini adalah penyertaan pertama saya. pertama ok.
lupa nak bagitahu. due date adalah 5 DIS 2010.
sesiapa yang nak join come!!! hadiah tak gempak sangat lah.
tapi untuk suka suka tak salah kan? (^_*)

OK ini lah gambar nye,



nak letak lagi satu boleh tak? he he ..


Soalan beliau:
Kenapa anda rasa mata anda menawan?
OK. sebelum itu jangan ada sesiapa yang rasa nak terajang monitor eh.

Ehem ehem. pertamanya, sebab mata saya  yang galak juga besar. ala ala Heliza gitu. warna mata saya yang dark chocolate. juga sebab bulu mata saya yang sedia lentik tanpa perlu dipakai maskara mahupun fake eyelashes. owh kening saya yang tebal dan cantik terbentuk itu juga telah menawankan mata saya ini. lagi satu saya rasa mata saya paling menawan sebab masih lagi jelas penglihatan tanpa perlu bersusah payah memakai cermin mata ataupun contact lens. lagi apa ek? oh ya .. dapat melihat diri sendiri juga keluarga serta dapat membaca membuatkan saya rasa mata saya menawan. syukur Alhamdulillah .. itu saja kot? :)

Ha .. terajang lah monitor tu sekarang ye! memang meluat pun .. he he
Wish me luck tau! ! ! ! !

love, ZIEMA


December 1, 2010

When a book's contents are less than cover.

  OK. Kita mulakan dengan quote ini.

'Don't judge a book buy its cover'

Siapa setuju angkat kaki tangan! Tu dia ramai setuju kan? bagus lah. betul lah tu. tak elok menilai seseorang melalui luaran. kena kenal dalaman then barulah nilai seseorang itu. setuju kan?
Tapi saya rasa people nowadays are preferred to judge by cover. nak juga tengok cover tanpa ingin tahu content. lagi lagi orang Melayu. tak percaya? ?

OK kita tengok tau. tau .. tau .. tau .. iyalah cepat lah kau ni! owh baiklah!!  (^_^)\/

Bila pakai tudung ada orang kata.
"Pakai tudung je tapi perangai macam entah apa apa. teruk!"
Pergh!! saya sentap. terasa. jangan lah kau ingat pakai tudung je perlu lah berjalan lemah gemalai lenggang kangkung sopan santun semua tu. memang tak dinafikan kadang kadang ada juga kekurangan di sana sini. mungkin pakaian tidak berapa longgar. terketat sana sini. tapi at least rambut itu cuba ditutup untuk mengurangkan dosa. at least satu dosa dah dikurangkan. and bagi mereka yang mengutuk mengata tu kan. meh sini akak nak cakap,
"Kau lagi banyak dosa. tak pakai tudung. sexy. mengata orang. jadi jangan banyak bunyi ye"
 

Bila mamat tu pakai kereta besar terus fall in love.
Hebat ke? ala kereta tu bukan beli in cash pun. hutang je tu. bila bila masa boleh kena tarik. takpun itu kereta pinjam. atau kereta itu adalah milik bapa beliau. siapa tahu kan? harta bapa beliau. bukan harta beliau pun. let go lah!


Bila nampak orang Kelantan terus cakap yang jelik.
OK. sebelum tu nak minta maaf kepada Kelantanese sekalian. tapi ini memang realiti. sebut saja orang Kelantan ada saja yang tak kena. yang buruk.
"Kau tengok tu. selekeh! pengotor. memang dasar orang Kelantan lah!"
"Semangat assabiyah betul lah diorang ni"
Owh. tahap kebersihan diukur melalui negeri ke weh? serius sangat stereotype. apa lah salah mereka ini. kalau ikut pengalaman memang. saya pernah jumpa yang selekeh. tapi salah seorang kawan saya who are Kelantanese mengubah persepsi saya. beliau pembersih. bergaul saja dengan sesiapa. so please ... 

.
.

.

Bila cakap cik Ziema berlagak.
Belum kenal dah mengata macam tu. sepak kang! ha ha .. sila kenal saya dulu sebelum assume apa apa ye. memang muka saya bila tak senyum seperti berlagak juga sombong. nak buat macam mana? takkan la nak suruh saya sengih memanjang. nanti orang ingat gila pula. 


Teringat satu quote ni,
'Don't judge a boobs by its bra'

Agak agak boleh pakai tak quote ni?
Kurang ajar! kahkahkah ...

love, ZIEMA

November 29, 2010

Ini bukan surat lagi. Ini gambar. Kenangan.

  Sempena saya sudah berkawan dengan mereka mereka ini. adalah dengan ini saya akan membuat entry khas mengenai mereka. tapi tak nak tulis panjang panjang. nanti sedih. air mata tumpah.

Mereka mereka ini merupakan schoolmate kak Lea. almaklumlah saya ni tiada kawan juga clique untuk bermanja bermesra. jadi saya menumpang lah kasih sayang mereka ini. first person yang saya kenal haruslah Begum. yang selalu ketawa tanpa orang tahu kadang kadang menangis tapi cover cover he he he. then baru lah kenal Rose bakal doktor yang selalu ponteng rajin pergi kelas, Cuda yang comel  yang bergaduh hanya 15 minit dengan comel beliau (jangan marah eh Cud), Yot yang sangat clumsy and gigih menerajui bisnes stesen minyak ayah beliau. Cici seorang businesswoman kasut dan jubah cantik yang berjaya. (click untuk melihat koleksi), Aceng an english teacher yang garang.

 
Kenapa saya tak sebut kak Lea?
Owh beliau dikecualikan sebab saya sudah tak sedih mengenangkan beliau. huh

OK guys. enjoy the pictures :)
Rindu semua moment moment itu.
Hope our friendship will last forever! ! ! !


masa birthday begum. begum cover cun. cehh


open house tahun lepas.


aksi perasan tourists konon konon nak beli tapi tak beli pun.


see i tell you?
mereka memang gila. 
abaikan saya yang seperti mahu jilat makan microphone itu.


birthday kak Lea.
begum rock siot!!! muahaha. . . .


 yot si tinggi lampai.


masa kat bukit cerakah. rumah 4 musim.
kak Lea bengang. masa tu musim panas. beliau mengharapkan winter.
padan muka kau kak Lea!


love this!!
kat rumah mak usu. makan mi kari sedap!






eh eh. apehal ada gambar sesat ni?? he he.
Wa yang kuat mengigau di kala tidur sampai aku boleh terjaga sebab dengar kau mengigau. 
walaupun aku and kak Lea kenal kau tak lama. tapi kau memang best!
aku nak minta maaf bagi pihak kak Lea jika beliau ada berkelakuan sumbang terhadap kau sepanjang kita sebilik setoilet ni eh. beliau memang begitu.


Sekian sahaja.
SAYA SAYANG KALIAN SEMUA :(


love, ZIEMA


Semoga Berbahagia Cousinku

  Ececececeh. . .  title nak macam frust saja kan bunyinya? lempang kang baru tahu.

OK. hari sabtu kelmarin sepupuku telah selamat bernikah dengan pasangan beliau. beliau berumur 24 tahun manakala isteri beliau sebaya dengan saya berumur 23 tahun. *sedikit tercabar di situ ye*.
Majlis berlangsung di Pontian and kami join sekali majlis akad nikah beliau.

bergambar bersama keluarga juga hantaran.
bapa beliau adalah abang mak saya.


memilih untuk bernikah di rumah saja.
best nya ada orang kucup dahi *jeles sebentar*

Owh lupa. mereka bernikah on 9 am. so lepas tu kami pergi lepak pantai apa entah nama dia tak ambil tahu pun sementara nak tunggu majlis bersanding on 1pm. masa itu memang panas la. sangat.


pengantin lelaki yang kepanasan tetapi memilih untuk tersenyum rileks sahaja.

seperti biasa lah orang Johor ni. 
tak cukup tol kat highway kat sini pun kau boleh kutip tol.

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-
-


KHAIRUL FADZLI SAMAT dan YUHANIZ ANUAR..
barakallahulakuma wabarakah.
semoga perkahwinan kamu berdua diberkati Allah.
dapat menjadi pasangan yang soleh juga solehah.

-credit to Khairul Faeez for the pic-


Owh mama. Saya mahu kahwin. lalalalalala~

Blah lah ziema. asyik nak berangan. gila gatal! :)

love, ZIEMA





November 28, 2010

Surat lagi!

Tiba tiba hari ni terasa ingin jiwang jiwang. tulis surat. nak luahkan perasaan. juga nak balas surat. . . . . . 


Dear Farah Aliaa,

Kenal kau memang best. kau punya trademark bila kau ketawa. dengar je dah tahu. itulah begum ha ha. tak silap aku kita kenal pun since diploma kan. tapi tak rapat la. aku teringat kau terbahak bahak ketawa bila kak Lea lari lari pujuk Aceng masa kitorang kat Melaka. aku tergamam tengok kau ketawa. tapi masa aku and kak Lea duduk Mawar, we became close kan? masa tu jiwa kau tengah kacau kan? aku sampai pelik apa hal lah minah ni nak sedih sedih. lepas tahu cerita baru aku faham.

Then during degree ni aku dah rasa macam kenal kau lama gila. sebab kau gila. aku gila. kita sama sama gila. gila gila gila! ! tapi aku ingat lagi on June. aku nak say thanks a lot pada kau and kak Lea sebab always support aku during that time. always behind me :'( sampai sekarang bila aku pergi rumah kau tu terbayang bayang je. lagi  lagi kat bilik Cuda. uihhh.

Kalau part aku garang garang tu bukanlah aku nak marah kau. aku sayang kau. aku tak nak kau sedih. tak nak kau jadi bodoh. aku nak kau jadi wanita yang mahal. yang tak boleh dipijak sesuka hati. yang tak perlu diambil and dibuang bila bila masa. kau faham kan? tapi bila tahu sekarang kau bahagia aku happy.you deserve better kan babe? :)

Kau jangan lah sedih sedih nanti. ada masa aku and kak Lea teman kau eh. tengok wayang ke. breakfast kat McD ke. lepak mamak ke. jalan jalan pergi uptown ke. pergi rumah mak usu kak Lea ke. kau pun sama. jangan lupa ajak aku masa kau kahwin nanti. tak ajak pun aku datang. sebab aku memang muka tak malu. tak macam kak Lea. he he he.

Last, aku doakan kau bahagia dengan sesiapa pun pilihan kau. tak salah untuk mencuba. yang penting biar orang sayang kita lebih dari kita sayang dia. jaga diri kau tu baik baik tau.
Kenal kau memang sangat best. sungguh :')

Pergh macam sebak lak kan.
Dah dah. sebelum mata aku bergenang baik aku blah.
Sekian.

Yang benar,
Ziema kawan kau yang suka gelak besar macam kau


breakfast pukul 4 pagi di McD


love, ZIEMA


November 27, 2010

Pernah tak?

  Sedang duduk duduk mengelamun berangan teringat pula ketika masih mentah. zaman baru nak up. baru kenal apa itu remaja. ha ha ha.

Teringat kalau berada di rumah tu tak sah kalau tak bergaduh dengan mak walaupun sehari. bila mak membebel mula lah jalan tu nak hentak lantai konon nak protes padahal sakit gila kaki. masuk bilik terus hempas pintu lepas tu mak kejar terus kena rotan. berbirat kakiku ini. lagi satu kalau basuh pinggan sebab kena paksa mulalah saja nak laga lagakan pinggan mangkuk semua tu. bila mak tanya marah marah mati mati deny, "Mana ada orang lagakan. memang bunyi dia macam tu lah!". cait. gila penipu lah kau ni.

Bila adik kecil lagi tak pandai nak cakap mengadu semua saja cubit takpun pukul sebab memekak asyik menangis. bila mak tanya buat tak tahu je. tak pun jawab, "Entah lah mak. jatuh kot. tak tahu kenapa entah". dalam hati cakap padan muka kau memekak lagi. yes! saya seorang kakak yang kejam. heh

Masa sekolah rendah best gila. perasan tak macam ada musim? kalau masa tu musim batu seremban semua main batu seremban. siap paksa mak buatkan batu seremban. kalau musim main getah memang kalau check sorang sorang mesti ada tracksuit dalam kain kan? sumpah rindu sangat waktu itu. dah tentu main masa rehat kan. masuk kelas saja saya rasa cikgu pun macam nak tak nak je bernafas. maklumlah bau kami yang mangi ni. mana lah nak pakai deoderant semua tu.

Pagi saya sekolah rendah and petang sekolah agama pula. ingat tak zaman kita dulu memang puasa time sekolah? tak silap darjah 3. fuh. dah lah sekolah pagi petang. lepas tu makcik kantin itu telah membuka kantin beliau dan juga menjual makanan enak enak juga air sejuk yang sedap. memang mak latih saya berpuasa. tapi iman saya setakat di rumah saja. di sekolah ada kawan yang tak puasa siap offer. apa lagi saya setuju saja dengan tawaran itu. pernah balik sekolah petang tu mandi sambil minum air paip yang sangat nikmat. sshhhh. sampai sekarang mak tak tahu rahsia saya ni.

Dulu kan Spice Girls tengah gila famous.memang saya minat gila mereka ni.sampai kasut wedges mereka yang tebal entah berapa inci itu pun pada saya dah habis cantik lah. ada la masa tu ikut mak abah pergi shopping raya. nampak kasut tu terus mengendeng kat mak tapi mak malas layan saya. oleh itu saya telah merajuk memuncungkan bibir tanda protes. abah yang malas nak layan kerenah saya terus sahaja suruh mak belikan. terus senyum lebar. sampai mak kata, "Suka lah tu. eeee kasut macam gajah". lantaklah. janji kasut itu saya dapat.

Saya teringat zaman Too Phat tengah top gila. semua nak jadi macam Malique takpun Joe Flizzow. kira die hard fan lah tu. semua nak bangga lah pandai buat breakdance. siap ada sorang budak perempuan tu breakdance dalam surau. bangang juga kan? lepas tu siap cerita lepak KLCC lah Ampang Point lah. kira macam port diorang la tu.
Yang lelaki seluar nak londeh walhal pakai seluar sekolah bajet kau pakai baggy la eh. yang perempuan pula kain nak singkat begitu juga tudung. lepas tu nak sangkut tuala kat bahu sambil makan lolipop. OMG. nasib baik saya tak macam tu. sumpah nampak bodoh. ha ha ha.

Duduk hostel walaupun 2 tahun rasa macam hell pun ada heaven pun ada. tengok kawan kena rasuk. tak turun surau padahal kau tu exco disiplin. ponteng kelas pergi melepak kelas member lain. kalau makan tu paling best hari jumaat and weekend sebab makanan special siap ada buah sedap juga aiskrim. yang paling best kalau nak outing tanpa kebenaran. ha ha. jangan cakap kau budak hostel kalau kau tak pernah buat benda ni. saya pernah buat benda ni dengan kawan kawan tapi akhirnya kantoi sebab warden tu entah baru balik dari kedai mana boleh nampak kitaorang lalu beliau mengejar menggunakan motor beliau. OK saya memang tak boleh buat jahat.


Sumpah bila teringat tu rasa kelakar. juga bodoh seketika. macam entah apa apa je.

Korang pernah tak? :)


love, ZIEMA


November 26, 2010

Saya anak Johor

  Kadang kadang tu kan tengok sesetengah orang yang tak mengaku asal usul juga kampung halaman terasa mahu maki juga. geram kadang kala. kenapa kau tak bangga dengan tanah kelahiran kau sendiri ye? adakah kerana tak urban? tak advanced? tak gempak?

Walhal lidah kau tu sangat pekat dengan slanga negeri kau. lepas tu mati mati tak mengaku bila orang tanya betul ke kau orang negeri berkenaan? adoi jangan la macam tu. tak baik tau. kau sebenarnya menipu juga memperbodohkan diri kau sendiri. lepas tu mana yang berasal dari kawasan tak urban berlagak gila urban dari orang yang already memang urban. padahal. . . . . . . . . . . . . . . . .

Saya lahir di Johor. di KAMPUNG. dalam rumah atuk sebab tak sempat gila tak sabar nak keluar ha ha. nenek saya yang sambut. lepas tu abah dapat pindah ke KL. dari saya kecil sampai berumur 16 tahun saya adalah orang KL. bangga ke? sumpah tak ada perasaan. kadang kadang tu pelik bila tengok orang yang berhijrah ke KL lagi gila berlagak dress up maut padahal. . . . . . . . . . . . .

Sekarang ni saya sudah menjadi rakyat Johor. tinggal di Johor Bharu di tengah bandar bila orang tanya memang susah nak cakap rumah saya di kawasan mana. Skudai? bukan. Pasir Gudang? bukan. Tampoi? juga bukan. memang susah nak beritahu hingga terpaksa menyebut beberapa landmark walaupun sampai habis saya sebut pun orang masih tak tahu. walaupun baru 7 tahun tinggal di Johor tapi saya rasa sangat best. lagi pula lahir di Johor jadi memang bila orang tanya asal mana terus saja cakap, "Aku orang Johor" tanpa perlu explain yang saya pernah tinggal KL bla bla bla bla. . . . . . . .

I'm proud to be JOHOREAN :)
Why?


  • Johor sangat kaya dengan masakan masakan unik lagi sedap. laksa Johor kira macam identiti kami lah. kalau kau pergi Muar ada mi bandung. Batu Pahat dengan nasi beriyani gam. Kota Tinggi famous dengan belangkas masak pedas. mi rebus pun famous. time hari raya je memang bukan orang johor lah kalau tak ada lontong. lepas tu ada soto lagi. pengaruh Jawa and Bugis sangat kuat. saya ada sedikit darah Jawa so tahu lah sedikit masakan Jawa ni. nasi ambeng memang identiti Johor juga. lepas tu ada pecal. kalau pergi kenduri kahwin ada telur pindang. sambal kicap memang wajib ada sebab kitorang akan cicah dengan tempe goreng ke, pisang goreng ke. uish banyak lah tak kuasa nak sebut.

  • Kalau perasan setiap end of question tu mesti ada ekk. kenapa ekk? kat mana ekk? bila agaknya ekk? ha ha ha. kira tu macam tagline kitorang la. saya pun dah terbawa bawa dengan ekk ni. sampai ke sudah tak tahu macam mana word ekk tu boleh ada. abah saya sendiri yang berasal dari Perak tu pun dah pandai add ekk bila tanya something.

  • Lagi satu word anu. korang ingat tak masa Form 2 subjek Matematik ada salah satu chapter tu pasal anu. ingat tak anu itu apa? anu tu kan macam kuantiti yang tidak diketahui. lebih kurang macam tu lah dah tak ingat lah saya memang tak minat Matematik ni. kitorang akan cakap anu bila macam nak sebut perkataan tu tapi tak ingat ke tak terkeluar ke. macam, "Ala anu tu yang besar tu apa entah nama dia" or "Weh. anukan baju aku" (suruh lipat baju pun sebenarnya). so bila orang Johor ni cakap anu silalah jangan ingat kitorang ni melucah ke apa ke ye.

  • Lagi satu orang Johor ada words sendiri mungkin sebab pengaruh Jawa.
Gobok/gerobok - almari
Gebar - selimut
Geseng - hangus
Ngences - air liur meleleh
Sangap - menguap (kalau tempat lain maksud lain sebab sangap tu  macam desperate)
Rewang - gotong royong (tempat lain refer as merayap)
Gembeng - mengada ngada, manja
  • Kalau cakap bab adat pun agak lain dari yang lain. macam perkahwinan ke lagi lagi sebelah pihak perempuan. sebelum nikah tu memang kira macam wajib la ada upacara khatam al Quran and berzanji lah marhaban semua tu. lepas nikah tu pula ada berinai kecil dan besar. esoknya masa bersanding lagi meriah. siap ada tol bagai sebelum pengantin lelaki nak naik pelamin. dah balik tu selalunya tuan rumah akan bagi bontrot/berkat (actually nasi dan lauk pauk, kerepek, telur pindang) kepada tetamu.

  • Selalu kalau perkataan tu ending dengan -ar kirorang akan jadikan dia -o. contoh macam besar jadi beso. gebar jadi gebo. lapar jadi lapo. selalu yang cakap ni orang Muar la. muar will be as muo. tapi rasanya memang kalau orang Johor akan cakap macam tu lah kot.

  • Siapa siapa yang sekolah agama kat Johor jangan lah kau belajar main main. sebab kalau kau gagal dalam exam jangan harap lah nak naik darjah *betul ke aku sebut ni?*. kira macam kalau kau gagal masa exam darjah 5 jangan harap kau boleh move on to darjah 6. kau kena repeat darjah 5 balik sampai kau lulus. 

  • Baju melayu teluk belanga tu memang macam baju rasmi Johor lah. senang pakai tak panas. kalau orang luar lebih prefer cekak musang he he. lepas tu pakai songkok tinggi tapi tu orang dulu dulu kot. lagi satu saya sangat suka tarian Zapin. kalau perasan tarian ini memang famous lah. mungkin sebab dia rancak and tak boring.

  • Johor juga the only negeri yang ada pasukan tentera sendiri which is Timbalan Setia Negeri and satu-satunya institusi pasukan tentera yang tertua dalam Malaysia dibiayai oleh kerajaan negeri yang masih kekal hingga kini. bangga tak? mahu tak bangga weh. lagi pula ada Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang hensem itu ehem ehem gatal sebentar. sebab tu kalau korang perasan Sultan Johor and TMJ selalu pakai uniform tentera bila ada lawatan rasmi.
 .....................................................

Dah lah tu. banyak pula rasanya. kalau nak listkan semua korang boring pula kan.
Kang ada cakap saya ni riak macam bagus bagus je nak cerita pasal tanah kelahiran sendiri.

Bukan begitu ye. sekadar nak berkongsi. setiap negeri ada keunikan tersendiri. itulah dia Malaysia. variety of cultures. citizens. macam macam lah.

Jom datang JOHOR!!!!!
I'm just proud to be JOHOREAN :)

love, ZIEMA


    November 25, 2010

    [Updated] Kad Kahwin cantik comel lagi!

     Ingat lagi tak perihal entry kad kahwin kawan saya AYE?? (click untuk melihat gambar)

    Tadi semasa sesi komen mengomen di facebook beliau telah memberi kebenaran untuk mempromote kad kahwin beliau. actually masa tulis entry tentang kad kahwin beliau saya ingin saja hendak beritahu mengenai pembuat kad kahwin itu. tapi rasa macam tak best je kan sesuka hati sesedap rasa spread number phone orang tanpa meminta kebenaran.

    OK.
    Tanpa mahu membuang masa anda.
    Siapa siapa yang berminat boleh lah contact nombor ini ye.

    WILLUMARRYME DESIGN   017 5262 994 

    Nama beliau adalah Nur Muhammad and boleh lah add beliau di facebook.

     Owh lupa. harga kad RM2.50/pcs. mungkin anda boleh negotiate untuk dapatkan harga murah sikit. tapi standard lah tu kan. kad pun dah gempak. nak murah murah kau buat kad kahwin sendiri. jangan banyak bunyi eh.

    Tak tahu lah owner ini ada kedai ke tak. tapi anda boleh suruh beliau design mengikut kehendak dan citarasa anda. InsyaAllah beliau akan memenuhi kehendak anda.

    So pada sesiapa yang mahu kahwin tahun depan ke boleh lah anda refer nombor ini. yang dalam perancangan ke boleh juga. yang tak ada calon pun boleh juga. alah setakat nak berangan je tak salah kan?

    Sebab saya pun dah terbayang bayang kad kahwin saya :)
    Whoaa! ! !


    love, ZIEMA


    November 24, 2010

    Perihal 'menghabiskan sekolah'

      Salam everybody! ! ! ! ! ! !

    Whoaa! serasa sudah lama tidak mengupdate blog ini. agak sibuk dua tiga hari ini sebab menghadiri program yang diwajibkan pihak fakulti saya. tajuk program itu adalah FINISHING SCHOOL. yang tak bestnya program ini berlangsung selepas tamat segala final exam dah angkut barang semua bawa balik rumah akan tetapi terpaksa balik semula semata mata untuk attend program ini. bengang juga pada mulanya. tapi memikirkan program ini adalah WAJIB manakala saya merupakan final semester student tak datang kang tak dapat konvo jadi dengan gagahnya cuba juga untuk hadir.

    The program was start at 8.30 am jadi terpaksa bangun pagi pagi menunggu bas RapidKL berharga seringgit untuk perjalanan sehala. dah sampai saja kena daftar sign semua dan duduk dalam bulatan. biasala beb. gua budak sekolah lah.

    Lepas tu bermula lah sesi berkenalan dengan puan konsultant itu. owh lupa. suara beliau memetir metir lagak seperti kak engku dalam sinarfm. nafas beliau juga tercungap cungap bahana cakap tak berhenti.

    Baiklah.
    Di sini saya bukanlah mahu bercerita mengenai program berkenaan. overall sangat padat dan berinformasi. dia tunjuk macam mana nak buat SWOT analysis. my idol. nak buat resume and interview. bagus sangat.

    TAPI! ! ! ! !

    Beliau adalah sangat annoying. emotional. sedikit riak. huh

    OK. let me tell you what does consultant mean?

    CONSULTANT IS AN EXPERT WHO GIVES ADVICE

    Nah. supposely she and her assistant yang sama sama annoying itu memberi advice. motivate us.
    Tapi sory to say. beliau gagal. kerja beliau adalah membebel terjerit jerit. lepas tu bercerita yang kadang kala melalut buang masa juga lari topik. lepas tu beliau sepertinya nak beremosi tidak tentu pasal membuatkan kami yang already tak ikhlas datang program ini menjadi bertambah tak ikhlas!

    Second day pun macam tu juga. dah tahu orang tak pay attention tu try lah make something yang interesting. ini tiba tiba nak marah marah macam lah kamu itu seorang lecturer padahal lecturer pun tak macam kamu.

    Yang assistant beliau pun sama juga. kejap macam peramah baik hati. kejap macam tegas. kejap macam clumsy. sumpah weh tak faham dengan anda berdua. tahu lah dapat duit tapi kalau rasa diri itu tak layak silalah jangan membuat orang menyampah dengan perbuatan anda. serius anda sangat disgusting. euww!!!

    Nasib baik tak ada evaluation form.
    Kalau tak tentu saya akan tulis,

    'This finishing school is actually finishing my time and money as well as my energy. please do some improvement because the consultant is not qualified enough. thank you.'

    Sekian. saya sudah menghabiskan sekolah saya.

    Sekarang perlu memulakan kerja pula. 

    love, ZIEMA