Followers

November 29, 2010

Ini bukan surat lagi. Ini gambar. Kenangan.

  Sempena saya sudah berkawan dengan mereka mereka ini. adalah dengan ini saya akan membuat entry khas mengenai mereka. tapi tak nak tulis panjang panjang. nanti sedih. air mata tumpah.

Mereka mereka ini merupakan schoolmate kak Lea. almaklumlah saya ni tiada kawan juga clique untuk bermanja bermesra. jadi saya menumpang lah kasih sayang mereka ini. first person yang saya kenal haruslah Begum. yang selalu ketawa tanpa orang tahu kadang kadang menangis tapi cover cover he he he. then baru lah kenal Rose bakal doktor yang selalu ponteng rajin pergi kelas, Cuda yang comel  yang bergaduh hanya 15 minit dengan comel beliau (jangan marah eh Cud), Yot yang sangat clumsy and gigih menerajui bisnes stesen minyak ayah beliau. Cici seorang businesswoman kasut dan jubah cantik yang berjaya. (click untuk melihat koleksi), Aceng an english teacher yang garang.

 
Kenapa saya tak sebut kak Lea?
Owh beliau dikecualikan sebab saya sudah tak sedih mengenangkan beliau. huh

OK guys. enjoy the pictures :)
Rindu semua moment moment itu.
Hope our friendship will last forever! ! ! !


masa birthday begum. begum cover cun. cehh


open house tahun lepas.


aksi perasan tourists konon konon nak beli tapi tak beli pun.


see i tell you?
mereka memang gila. 
abaikan saya yang seperti mahu jilat makan microphone itu.


birthday kak Lea.
begum rock siot!!! muahaha. . . .


 yot si tinggi lampai.


masa kat bukit cerakah. rumah 4 musim.
kak Lea bengang. masa tu musim panas. beliau mengharapkan winter.
padan muka kau kak Lea!


love this!!
kat rumah mak usu. makan mi kari sedap!






eh eh. apehal ada gambar sesat ni?? he he.
Wa yang kuat mengigau di kala tidur sampai aku boleh terjaga sebab dengar kau mengigau. 
walaupun aku and kak Lea kenal kau tak lama. tapi kau memang best!
aku nak minta maaf bagi pihak kak Lea jika beliau ada berkelakuan sumbang terhadap kau sepanjang kita sebilik setoilet ni eh. beliau memang begitu.


Sekian sahaja.
SAYA SAYANG KALIAN SEMUA :(


love, ZIEMA


Semoga Berbahagia Cousinku

  Ececececeh. . .  title nak macam frust saja kan bunyinya? lempang kang baru tahu.

OK. hari sabtu kelmarin sepupuku telah selamat bernikah dengan pasangan beliau. beliau berumur 24 tahun manakala isteri beliau sebaya dengan saya berumur 23 tahun. *sedikit tercabar di situ ye*.
Majlis berlangsung di Pontian and kami join sekali majlis akad nikah beliau.

bergambar bersama keluarga juga hantaran.
bapa beliau adalah abang mak saya.


memilih untuk bernikah di rumah saja.
best nya ada orang kucup dahi *jeles sebentar*

Owh lupa. mereka bernikah on 9 am. so lepas tu kami pergi lepak pantai apa entah nama dia tak ambil tahu pun sementara nak tunggu majlis bersanding on 1pm. masa itu memang panas la. sangat.


pengantin lelaki yang kepanasan tetapi memilih untuk tersenyum rileks sahaja.

seperti biasa lah orang Johor ni. 
tak cukup tol kat highway kat sini pun kau boleh kutip tol.

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-
-


KHAIRUL FADZLI SAMAT dan YUHANIZ ANUAR..
barakallahulakuma wabarakah.
semoga perkahwinan kamu berdua diberkati Allah.
dapat menjadi pasangan yang soleh juga solehah.

-credit to Khairul Faeez for the pic-


Owh mama. Saya mahu kahwin. lalalalalala~

Blah lah ziema. asyik nak berangan. gila gatal! :)

love, ZIEMA





November 28, 2010

Surat lagi!

Tiba tiba hari ni terasa ingin jiwang jiwang. tulis surat. nak luahkan perasaan. juga nak balas surat. . . . . . 


Dear Farah Aliaa,

Kenal kau memang best. kau punya trademark bila kau ketawa. dengar je dah tahu. itulah begum ha ha. tak silap aku kita kenal pun since diploma kan. tapi tak rapat la. aku teringat kau terbahak bahak ketawa bila kak Lea lari lari pujuk Aceng masa kitorang kat Melaka. aku tergamam tengok kau ketawa. tapi masa aku and kak Lea duduk Mawar, we became close kan? masa tu jiwa kau tengah kacau kan? aku sampai pelik apa hal lah minah ni nak sedih sedih. lepas tahu cerita baru aku faham.

Then during degree ni aku dah rasa macam kenal kau lama gila. sebab kau gila. aku gila. kita sama sama gila. gila gila gila! ! tapi aku ingat lagi on June. aku nak say thanks a lot pada kau and kak Lea sebab always support aku during that time. always behind me :'( sampai sekarang bila aku pergi rumah kau tu terbayang bayang je. lagi  lagi kat bilik Cuda. uihhh.

Kalau part aku garang garang tu bukanlah aku nak marah kau. aku sayang kau. aku tak nak kau sedih. tak nak kau jadi bodoh. aku nak kau jadi wanita yang mahal. yang tak boleh dipijak sesuka hati. yang tak perlu diambil and dibuang bila bila masa. kau faham kan? tapi bila tahu sekarang kau bahagia aku happy.you deserve better kan babe? :)

Kau jangan lah sedih sedih nanti. ada masa aku and kak Lea teman kau eh. tengok wayang ke. breakfast kat McD ke. lepak mamak ke. jalan jalan pergi uptown ke. pergi rumah mak usu kak Lea ke. kau pun sama. jangan lupa ajak aku masa kau kahwin nanti. tak ajak pun aku datang. sebab aku memang muka tak malu. tak macam kak Lea. he he he.

Last, aku doakan kau bahagia dengan sesiapa pun pilihan kau. tak salah untuk mencuba. yang penting biar orang sayang kita lebih dari kita sayang dia. jaga diri kau tu baik baik tau.
Kenal kau memang sangat best. sungguh :')

Pergh macam sebak lak kan.
Dah dah. sebelum mata aku bergenang baik aku blah.
Sekian.

Yang benar,
Ziema kawan kau yang suka gelak besar macam kau


breakfast pukul 4 pagi di McD


love, ZIEMA


November 27, 2010

Pernah tak?

  Sedang duduk duduk mengelamun berangan teringat pula ketika masih mentah. zaman baru nak up. baru kenal apa itu remaja. ha ha ha.

Teringat kalau berada di rumah tu tak sah kalau tak bergaduh dengan mak walaupun sehari. bila mak membebel mula lah jalan tu nak hentak lantai konon nak protes padahal sakit gila kaki. masuk bilik terus hempas pintu lepas tu mak kejar terus kena rotan. berbirat kakiku ini. lagi satu kalau basuh pinggan sebab kena paksa mulalah saja nak laga lagakan pinggan mangkuk semua tu. bila mak tanya marah marah mati mati deny, "Mana ada orang lagakan. memang bunyi dia macam tu lah!". cait. gila penipu lah kau ni.

Bila adik kecil lagi tak pandai nak cakap mengadu semua saja cubit takpun pukul sebab memekak asyik menangis. bila mak tanya buat tak tahu je. tak pun jawab, "Entah lah mak. jatuh kot. tak tahu kenapa entah". dalam hati cakap padan muka kau memekak lagi. yes! saya seorang kakak yang kejam. heh

Masa sekolah rendah best gila. perasan tak macam ada musim? kalau masa tu musim batu seremban semua main batu seremban. siap paksa mak buatkan batu seremban. kalau musim main getah memang kalau check sorang sorang mesti ada tracksuit dalam kain kan? sumpah rindu sangat waktu itu. dah tentu main masa rehat kan. masuk kelas saja saya rasa cikgu pun macam nak tak nak je bernafas. maklumlah bau kami yang mangi ni. mana lah nak pakai deoderant semua tu.

Pagi saya sekolah rendah and petang sekolah agama pula. ingat tak zaman kita dulu memang puasa time sekolah? tak silap darjah 3. fuh. dah lah sekolah pagi petang. lepas tu makcik kantin itu telah membuka kantin beliau dan juga menjual makanan enak enak juga air sejuk yang sedap. memang mak latih saya berpuasa. tapi iman saya setakat di rumah saja. di sekolah ada kawan yang tak puasa siap offer. apa lagi saya setuju saja dengan tawaran itu. pernah balik sekolah petang tu mandi sambil minum air paip yang sangat nikmat. sshhhh. sampai sekarang mak tak tahu rahsia saya ni.

Dulu kan Spice Girls tengah gila famous.memang saya minat gila mereka ni.sampai kasut wedges mereka yang tebal entah berapa inci itu pun pada saya dah habis cantik lah. ada la masa tu ikut mak abah pergi shopping raya. nampak kasut tu terus mengendeng kat mak tapi mak malas layan saya. oleh itu saya telah merajuk memuncungkan bibir tanda protes. abah yang malas nak layan kerenah saya terus sahaja suruh mak belikan. terus senyum lebar. sampai mak kata, "Suka lah tu. eeee kasut macam gajah". lantaklah. janji kasut itu saya dapat.

Saya teringat zaman Too Phat tengah top gila. semua nak jadi macam Malique takpun Joe Flizzow. kira die hard fan lah tu. semua nak bangga lah pandai buat breakdance. siap ada sorang budak perempuan tu breakdance dalam surau. bangang juga kan? lepas tu siap cerita lepak KLCC lah Ampang Point lah. kira macam port diorang la tu.
Yang lelaki seluar nak londeh walhal pakai seluar sekolah bajet kau pakai baggy la eh. yang perempuan pula kain nak singkat begitu juga tudung. lepas tu nak sangkut tuala kat bahu sambil makan lolipop. OMG. nasib baik saya tak macam tu. sumpah nampak bodoh. ha ha ha.

Duduk hostel walaupun 2 tahun rasa macam hell pun ada heaven pun ada. tengok kawan kena rasuk. tak turun surau padahal kau tu exco disiplin. ponteng kelas pergi melepak kelas member lain. kalau makan tu paling best hari jumaat and weekend sebab makanan special siap ada buah sedap juga aiskrim. yang paling best kalau nak outing tanpa kebenaran. ha ha. jangan cakap kau budak hostel kalau kau tak pernah buat benda ni. saya pernah buat benda ni dengan kawan kawan tapi akhirnya kantoi sebab warden tu entah baru balik dari kedai mana boleh nampak kitaorang lalu beliau mengejar menggunakan motor beliau. OK saya memang tak boleh buat jahat.


Sumpah bila teringat tu rasa kelakar. juga bodoh seketika. macam entah apa apa je.

Korang pernah tak? :)


love, ZIEMA


November 26, 2010

Saya anak Johor

  Kadang kadang tu kan tengok sesetengah orang yang tak mengaku asal usul juga kampung halaman terasa mahu maki juga. geram kadang kala. kenapa kau tak bangga dengan tanah kelahiran kau sendiri ye? adakah kerana tak urban? tak advanced? tak gempak?

Walhal lidah kau tu sangat pekat dengan slanga negeri kau. lepas tu mati mati tak mengaku bila orang tanya betul ke kau orang negeri berkenaan? adoi jangan la macam tu. tak baik tau. kau sebenarnya menipu juga memperbodohkan diri kau sendiri. lepas tu mana yang berasal dari kawasan tak urban berlagak gila urban dari orang yang already memang urban. padahal. . . . . . . . . . . . . . . . .

Saya lahir di Johor. di KAMPUNG. dalam rumah atuk sebab tak sempat gila tak sabar nak keluar ha ha. nenek saya yang sambut. lepas tu abah dapat pindah ke KL. dari saya kecil sampai berumur 16 tahun saya adalah orang KL. bangga ke? sumpah tak ada perasaan. kadang kadang tu pelik bila tengok orang yang berhijrah ke KL lagi gila berlagak dress up maut padahal. . . . . . . . . . . . .

Sekarang ni saya sudah menjadi rakyat Johor. tinggal di Johor Bharu di tengah bandar bila orang tanya memang susah nak cakap rumah saya di kawasan mana. Skudai? bukan. Pasir Gudang? bukan. Tampoi? juga bukan. memang susah nak beritahu hingga terpaksa menyebut beberapa landmark walaupun sampai habis saya sebut pun orang masih tak tahu. walaupun baru 7 tahun tinggal di Johor tapi saya rasa sangat best. lagi pula lahir di Johor jadi memang bila orang tanya asal mana terus saja cakap, "Aku orang Johor" tanpa perlu explain yang saya pernah tinggal KL bla bla bla bla. . . . . . . .

I'm proud to be JOHOREAN :)
Why?


  • Johor sangat kaya dengan masakan masakan unik lagi sedap. laksa Johor kira macam identiti kami lah. kalau kau pergi Muar ada mi bandung. Batu Pahat dengan nasi beriyani gam. Kota Tinggi famous dengan belangkas masak pedas. mi rebus pun famous. time hari raya je memang bukan orang johor lah kalau tak ada lontong. lepas tu ada soto lagi. pengaruh Jawa and Bugis sangat kuat. saya ada sedikit darah Jawa so tahu lah sedikit masakan Jawa ni. nasi ambeng memang identiti Johor juga. lepas tu ada pecal. kalau pergi kenduri kahwin ada telur pindang. sambal kicap memang wajib ada sebab kitorang akan cicah dengan tempe goreng ke, pisang goreng ke. uish banyak lah tak kuasa nak sebut.

  • Kalau perasan setiap end of question tu mesti ada ekk. kenapa ekk? kat mana ekk? bila agaknya ekk? ha ha ha. kira tu macam tagline kitorang la. saya pun dah terbawa bawa dengan ekk ni. sampai ke sudah tak tahu macam mana word ekk tu boleh ada. abah saya sendiri yang berasal dari Perak tu pun dah pandai add ekk bila tanya something.

  • Lagi satu word anu. korang ingat tak masa Form 2 subjek Matematik ada salah satu chapter tu pasal anu. ingat tak anu itu apa? anu tu kan macam kuantiti yang tidak diketahui. lebih kurang macam tu lah dah tak ingat lah saya memang tak minat Matematik ni. kitorang akan cakap anu bila macam nak sebut perkataan tu tapi tak ingat ke tak terkeluar ke. macam, "Ala anu tu yang besar tu apa entah nama dia" or "Weh. anukan baju aku" (suruh lipat baju pun sebenarnya). so bila orang Johor ni cakap anu silalah jangan ingat kitorang ni melucah ke apa ke ye.

  • Lagi satu orang Johor ada words sendiri mungkin sebab pengaruh Jawa.
Gobok/gerobok - almari
Gebar - selimut
Geseng - hangus
Ngences - air liur meleleh
Sangap - menguap (kalau tempat lain maksud lain sebab sangap tu  macam desperate)
Rewang - gotong royong (tempat lain refer as merayap)
Gembeng - mengada ngada, manja
  • Kalau cakap bab adat pun agak lain dari yang lain. macam perkahwinan ke lagi lagi sebelah pihak perempuan. sebelum nikah tu memang kira macam wajib la ada upacara khatam al Quran and berzanji lah marhaban semua tu. lepas nikah tu pula ada berinai kecil dan besar. esoknya masa bersanding lagi meriah. siap ada tol bagai sebelum pengantin lelaki nak naik pelamin. dah balik tu selalunya tuan rumah akan bagi bontrot/berkat (actually nasi dan lauk pauk, kerepek, telur pindang) kepada tetamu.

  • Selalu kalau perkataan tu ending dengan -ar kirorang akan jadikan dia -o. contoh macam besar jadi beso. gebar jadi gebo. lapar jadi lapo. selalu yang cakap ni orang Muar la. muar will be as muo. tapi rasanya memang kalau orang Johor akan cakap macam tu lah kot.

  • Siapa siapa yang sekolah agama kat Johor jangan lah kau belajar main main. sebab kalau kau gagal dalam exam jangan harap lah nak naik darjah *betul ke aku sebut ni?*. kira macam kalau kau gagal masa exam darjah 5 jangan harap kau boleh move on to darjah 6. kau kena repeat darjah 5 balik sampai kau lulus. 

  • Baju melayu teluk belanga tu memang macam baju rasmi Johor lah. senang pakai tak panas. kalau orang luar lebih prefer cekak musang he he. lepas tu pakai songkok tinggi tapi tu orang dulu dulu kot. lagi satu saya sangat suka tarian Zapin. kalau perasan tarian ini memang famous lah. mungkin sebab dia rancak and tak boring.

  • Johor juga the only negeri yang ada pasukan tentera sendiri which is Timbalan Setia Negeri and satu-satunya institusi pasukan tentera yang tertua dalam Malaysia dibiayai oleh kerajaan negeri yang masih kekal hingga kini. bangga tak? mahu tak bangga weh. lagi pula ada Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang hensem itu ehem ehem gatal sebentar. sebab tu kalau korang perasan Sultan Johor and TMJ selalu pakai uniform tentera bila ada lawatan rasmi.
 .....................................................

Dah lah tu. banyak pula rasanya. kalau nak listkan semua korang boring pula kan.
Kang ada cakap saya ni riak macam bagus bagus je nak cerita pasal tanah kelahiran sendiri.

Bukan begitu ye. sekadar nak berkongsi. setiap negeri ada keunikan tersendiri. itulah dia Malaysia. variety of cultures. citizens. macam macam lah.

Jom datang JOHOR!!!!!
I'm just proud to be JOHOREAN :)

love, ZIEMA


    November 25, 2010

    [Updated] Kad Kahwin cantik comel lagi!

     Ingat lagi tak perihal entry kad kahwin kawan saya AYE?? (click untuk melihat gambar)

    Tadi semasa sesi komen mengomen di facebook beliau telah memberi kebenaran untuk mempromote kad kahwin beliau. actually masa tulis entry tentang kad kahwin beliau saya ingin saja hendak beritahu mengenai pembuat kad kahwin itu. tapi rasa macam tak best je kan sesuka hati sesedap rasa spread number phone orang tanpa meminta kebenaran.

    OK.
    Tanpa mahu membuang masa anda.
    Siapa siapa yang berminat boleh lah contact nombor ini ye.

    WILLUMARRYME DESIGN   017 5262 994 

    Nama beliau adalah Nur Muhammad and boleh lah add beliau di facebook.

     Owh lupa. harga kad RM2.50/pcs. mungkin anda boleh negotiate untuk dapatkan harga murah sikit. tapi standard lah tu kan. kad pun dah gempak. nak murah murah kau buat kad kahwin sendiri. jangan banyak bunyi eh.

    Tak tahu lah owner ini ada kedai ke tak. tapi anda boleh suruh beliau design mengikut kehendak dan citarasa anda. InsyaAllah beliau akan memenuhi kehendak anda.

    So pada sesiapa yang mahu kahwin tahun depan ke boleh lah anda refer nombor ini. yang dalam perancangan ke boleh juga. yang tak ada calon pun boleh juga. alah setakat nak berangan je tak salah kan?

    Sebab saya pun dah terbayang bayang kad kahwin saya :)
    Whoaa! ! !


    love, ZIEMA


    November 24, 2010

    Perihal 'menghabiskan sekolah'

      Salam everybody! ! ! ! ! ! !

    Whoaa! serasa sudah lama tidak mengupdate blog ini. agak sibuk dua tiga hari ini sebab menghadiri program yang diwajibkan pihak fakulti saya. tajuk program itu adalah FINISHING SCHOOL. yang tak bestnya program ini berlangsung selepas tamat segala final exam dah angkut barang semua bawa balik rumah akan tetapi terpaksa balik semula semata mata untuk attend program ini. bengang juga pada mulanya. tapi memikirkan program ini adalah WAJIB manakala saya merupakan final semester student tak datang kang tak dapat konvo jadi dengan gagahnya cuba juga untuk hadir.

    The program was start at 8.30 am jadi terpaksa bangun pagi pagi menunggu bas RapidKL berharga seringgit untuk perjalanan sehala. dah sampai saja kena daftar sign semua dan duduk dalam bulatan. biasala beb. gua budak sekolah lah.

    Lepas tu bermula lah sesi berkenalan dengan puan konsultant itu. owh lupa. suara beliau memetir metir lagak seperti kak engku dalam sinarfm. nafas beliau juga tercungap cungap bahana cakap tak berhenti.

    Baiklah.
    Di sini saya bukanlah mahu bercerita mengenai program berkenaan. overall sangat padat dan berinformasi. dia tunjuk macam mana nak buat SWOT analysis. my idol. nak buat resume and interview. bagus sangat.

    TAPI! ! ! ! !

    Beliau adalah sangat annoying. emotional. sedikit riak. huh

    OK. let me tell you what does consultant mean?

    CONSULTANT IS AN EXPERT WHO GIVES ADVICE

    Nah. supposely she and her assistant yang sama sama annoying itu memberi advice. motivate us.
    Tapi sory to say. beliau gagal. kerja beliau adalah membebel terjerit jerit. lepas tu bercerita yang kadang kala melalut buang masa juga lari topik. lepas tu beliau sepertinya nak beremosi tidak tentu pasal membuatkan kami yang already tak ikhlas datang program ini menjadi bertambah tak ikhlas!

    Second day pun macam tu juga. dah tahu orang tak pay attention tu try lah make something yang interesting. ini tiba tiba nak marah marah macam lah kamu itu seorang lecturer padahal lecturer pun tak macam kamu.

    Yang assistant beliau pun sama juga. kejap macam peramah baik hati. kejap macam tegas. kejap macam clumsy. sumpah weh tak faham dengan anda berdua. tahu lah dapat duit tapi kalau rasa diri itu tak layak silalah jangan membuat orang menyampah dengan perbuatan anda. serius anda sangat disgusting. euww!!!

    Nasib baik tak ada evaluation form.
    Kalau tak tentu saya akan tulis,

    'This finishing school is actually finishing my time and money as well as my energy. please do some improvement because the consultant is not qualified enough. thank you.'

    Sekian. saya sudah menghabiskan sekolah saya.

    Sekarang perlu memulakan kerja pula. 

    love, ZIEMA


    November 21, 2010

    Amoi, Awek, Malay Guy dan Mat Salleh

      Seorang amoi dan awek menaiki bas ekspres. secara kebetulan seat mereka sama. awek duduk tepi tingkap manakala amoi di sebelah beliau. owh ya. mulut amoi itu sangat lah bising seperti bertih jagung sehingga membuatkan awek seperti sedikit menyampah melayan beliau. lagi pula awek sedang leka membalas mesej justeru mengganggu konsentrasi beliau untuk menaip hanya kerana melayan amoi bersembang.


    Tapi demi menyahut seruan kerajaan untuk kempen 1 Malaysia maka awek pun melayan amoi berkenaan. soalan pertama yang ditanya amoi,

    "You mau pergi klang ke?"


    "Eh tak lah. i mau pergi shah alam"


    "Owh. i mau jumpa ejen mau discuss nak beli factory. i tolong my fiancee"

    Dalam hati awek berkata, "pemalas punya fiancee. ada ke suruh amoi yang pergi".


    Seakan mendengar omelan awek, amoi mengatakan fiancee beliau orang australia. lah patutlah menyuruh amoi yang settle semuanya. awek yang pada mulanya malas melayan seakan berminat dengan cerita amoi.

    Kata amoi beliau mengenali fiancee semasa chatting. kira cinta alam maya la ni. amoi mengatakan beliau sendiri tidak menyangka akan berjumpa dengan fiancee. bak kata amoi,

    "I think that God loves me. maybe this is my fate. i percaya pada jodoh"

    Awek seakan bersetuju dengan kata kata amoi.

    "You know what. before this i pernah kenal dengan foreigner ni from US. dia cakap nak transfer USD800,00 dalam akaun i. kalau you lah jadi dia. you nak ke senang senang bagi duit kat orang? tak nak kan. masa dia call i dia cakap dah sampai Malaysia and suruh i pick dia. tapi i rasa he's trying to cheat me. i call MAS. diorang cakap ada booking on 25th tapi cancelled 26th. how smart kan dia tu? tapi i rasa God knows everything. He save me from that US guy".


    "Eh. taste you ni memang foreigner kan?'


    "I pun tak tau. before ni i pernah ngan Chinese. tapi chemistry tak ada lah."


    "I noticed satu benda lah. Asian guy not same as Mat Salleh kan?"


    "Haha. you perasan kan? you pernah dengan Mat Salleh ke?"


    "Eh no lah. i baca through books. and someone's experience. dulu ada lecturer i ni Chinese and husband dia orang Ireland. she said that Mat Salleh ni very sensitive. appreciate woman. even dah kahwin pun husband dia still bukakan pintu kereta untuk dia. kalau Malay guy sory la ha ha".


    "Emm. tapi i nak tanya lah. ni bukan nak racist ke apa ke. kenapa Islam bagi Malay guy kahwin 4 eh? i kesian lah kat Malay women".

    Alamak amoi ni. awek cuba explain sebaik mungkin walaupun awek tidak lah sehebat mana ilmu agama beliau. amoi bagaimanapun seakan memahami explanation awek. tambahan awek pula,

    "Tapi tu lah. i rasa Malay guy sekarang guna alasan tu nak kahwin 4. tapi tak boleh being fair. tu yang ramai gaduh. tak bahagia. diorang dah manipulate. ramai kahwin lebih tu sebab gatal je ha ha. tapi kan i tengok Mat Salleh tak macam tu pun. once dia dah ada someone yang dia sayang, tak cari lain kan?


    "Betul lah. alah bukan Malay guy je. Asian guy macam tu. tak sincere. yang penting trust. my fiancee pun nasib baik tak macam tu. you tak ada boyfriend ke?"

    Awek tersentak. terdiam.
    "Actually dulu i ada. we have been together for 5 years. he betrayed me!".


    "What? how come macam tu? see? God loves you actually. Hes looking from above and he knows everything. how dare kan dia?".

    Perbualan amoi dan awek berlanjutan sehingga bercakap mengenai hal keluarga. kerjaya. masa depan.
    Lalu awek yang mengantuk tidak terlayan untuk bersembang meminta diri untuk tidur. sedar sedar sahaja awek sudah sampai destinasi beliau.

    Awek tergesa gesa turun namun sempat say good bye  dan good luck kepada amoi. akan tetapi awek lupa nak bertanya nama amoi walaupun 3 jam di dalam bas. whoaa!!!

    ........................................................

    Owh lupa pula.
    AWEK itu adalah SAYA :)

    Peace! ! ! ! ! ! !

    love, ZIEMA

    November 19, 2010

    Untungnya Perempuan Cantik

      Satu hari Miss K telah berkata kepada Miss M.

    "Eh M. untung kau ni kan. cantik. cun. comel. untung lah siapa dapat kau. tak macam aku ni. rupa tak ada. bukan kata muka aku. bayang bayang aku pun orang tak sudi nak tengok."


    "Kau ni K. ada ke cakap macam tu? tak baik tau. berdosa. apa kau cakap?? untung jadi CANTIK?? apa yang untungnya?"

    Perempuan CANTIK.
    Fitnah terhadap dia sangat banyak. dek kerana kecantikan dia. selalu dipuji. selalu dikeji. ada yang menyanjung dia. ada yang menghina dia. tanpa sebab. tanpa alasan. yang manis dia perlu simpan. yang pahit harus dia telan. hanya kerana dia cantik. . . . . . .

    Perempuan CANTIK.
    Apabila dia berkelakuan sedikit jelik. habis dikata orang. "Muka je cantik tapi perangai....". harus diingat. dia bukanlah sempurna. dia juga ada kekurangan. tidak lah perlu dia sembunyikan kekurangan yang dia ada. hanya kerana dia cantik. . . . . . .

    Perempuan CANTIK.
    Jika satu hari dia ditinggalkan oleh cinta hati. mengapa perlu dipersoalkan. cantik tidak semestinya membawa bahagia. kebahagiaan bukan diukur dari paras rupa. bukan juga dari tubuh badan. tapi dari jiwa yang tulus. hati yang ikhlas. malangnya ramai yang mempermainkan dia. hanya kerana dia cantik. . . . . .

    Perempuan CANTIK.
    Jikalau dia tidak dimiliki dan memiliki sesiapa. ada yang menuduh dia macam macam. penggoda. perampas. sedangkan bukan dia yang mahukan semua itu. bukan salah dia jika ada perkara terjadi. bukan kehendak dia jika jadi begitu. hanya kerana dia cantik. . . . .

    Perempuan CANTIK.
    Menjadi kesalahan jika dia memilih pasangan yang tidak cantik pada pandangan orang lain. dikata tidak pandai memilih. buta. sepatutnya memilih si polan itu. tapi orang lain tidak sedar. bukan rupa paras yang dia mahukan. dia mahu melengkapi dan dilengkapi. dia tidak mahu dipermainkan oleh si polan. mestikah lelaki kacak untuk dia? hanya kerana dia cantik. . . . .

    ................


    "So K. kau jangan cakap untung sangat jadi perempuan cantik ni. tak ada siapa yang nak jadi cantik. tak ada siapa yang tak nak jadi cantik. kau patut bersyukur dengan apa yang kau ada."

    "Ala M. aku tengok kau hepy je ni. best apa jadi cantik ni. orang selalu mengorat. jadi tarikan. best kan?"

    "Aku bersyukur rupa macam ni M. tapi kalau aku lah. baik aku jadi biasa biasa je. tak ada lah orang kutuk aku. banyak pahala aku dapat keh keh keh".


    Tak salah jadi perempuan CANTIK.
    Tak salah jadi perempuan TAK CANTIK.

    Yang penting sedar diri. berpijak di bumi yang nyata.
    Apa saja yang kita miliki ini hanya pinjaman sahaja.
    Tak ada siapa yang sempurna.


    love, ZIEMA





    November 18, 2010

    NO ROKOK ROKOK!!

      Semalam kan masa nak ambil suratkhabar lama kan nak buat alas nak gunting cili kering kan saya ternampak satu iklan ini tau. OK juga la mesejnya. kira saya faham la apa yang cuba disampaikan.

    sila klik kalau tak jelas.
    Iklan ini agak sesuai ditujukan khas buat papa papa jahat sekalian.

    Saya suka part yang 'Buat ini jika ada orang merokok'.
    OK juga idea berkenaan. mesti sesiapa yang berkenaan tersentap dengan tindakan saya itu.
    Jadi silalah jangan nak maki ke sumpah saya ke sebab saya apply apa yang disarankan oleh iklan itu.

    OK sekarang mahu kongsi pendapat juga idea tentang iklan merokok ni.
    Ingat lagi kan iklan ni?
     TAK NAK! Apa yang kau tak nak? lepas tu tunjuk rokok bengkok. huh.
    Ape kejadahnya? kalau kau hisap rokok kau sentap tak agak agak? sory saya tak ada perasaan.


    OK sekarang mahu memberi pandangan mengenai iklan kat Malaysia ni. *macam bagus bagus je kan*
    Dulu masa semester 4 saya ada ambil subjek Public Relation. kira belajar la pasal social responsibility ni. ada juga chapter mengenai iklan. so kata buku teks itu iklan itu hendaklah pendek dan mesej sampai kepada para pembaca sekalian. kira macam kau boleh la buat orang tergamam juga berfikir 19 kali hingga membuatkan pembaca itu insaf. 

    Tapi sory to say. iklan kat Malaysia ni memang sekadar hiasan la. teringat semasa kat highway mana entah. dia nak bagitahu dadah itu merbahaya. bagus lah. tapi yang buat saya macam nak tergelak tu. dia tulis 'Dadah adalah neraka. Anda cuba anda sengsara'. lebih kurang macam tu la. lepas tu background kat board tu ada gambar pil pil berterabur diikuti ada api yang marak. adeh macam ni budak sekolah pun boleh buat weh. ha ha ha.

    Jadi cuba google-ing iklan iklan berkenaan bahaya merokok ini.
    Hasilnya, 

    Tahu kan salah satu ingredient dalam rokok tu ada TAR? susah sangat sebab dalam paru paru kau tak nampak. ha ni ha akak tunjuk depan biji mata kau!


    tahu tak apa fungsi lighter berkenaan? sila pahamkan sendiri ye. dah besar.


    siapa siapa yang nak mati cepat tu kan sila lah merokok dengan banyaknya ye.


    bapak bapak ibu ibu semua yang ada di sini!! ceh nyanyi dangdut pulak.
    jangan bodoh pula. bukan la nanti anak kau keluar muka macam rokok. nak anak sihat stop merokok ye wahai bapak bapak ibu ibu.


    faham kan ini gambar apa? malas nak explain lebih lebih.
    smoking can affect your SEX life


    jangan salahkan Tuhan mahupun takdir ataupun tuduh bini kau mandul kalau dah 10 tahun kahwin tak dapat anak lagi.


    nampak tak apa dia tulis tu? ? ?
    kau memang bodoh juga kejam kalau merokok depan anak bini kau sebab kau on the way nak hantar mereka ke kubur. suka kan?


    Sekian sahaja pendapat saya mengenai iklan bahaya merokok.
    Saya sudah menjalankan social responsibility saya :)

    Iklan sekadar medium sahaja untuk menyampaikan pandangan juga mesej tertentu.
    Tapi benda ni berbalik juga kepada individu terbabit. kau buat lah iklan berjuta ringgit pun tapi kalau orang tu tak nak terima mesej itu nak buat macam mana kan.

    Akhir kata.
    Pecah kaca patah sikat.
    Sudah baca harap bertaubat!
    Whoa!!

    SAY NO TO ROKOK! ! ! ! ! ! !


    love, ZIEMA




    November 16, 2010

    Budak sekarang

      Semalam kan masa tengah keringkan rambut di bilik, tiba tiba faris bertanya soalan kepada saya.

    "Akak. wasiat tu apa?"


    "Owh. wasiat tu macam kalau dia ada rumah ke duit banyak ke bila dia mati dia bagi la kat orang lain macam anak dia ke.isteri dia ke"


    "Oh macam tu. habis maksiat tu apa pulak?"

    Ha? ? ? ? budak ni kan. dah la hari tu tanya macam mana busu boleh mengandung. ni tanya maksiat tu apa?
    Cuba menyusun ayat sebaik mungkin supaya tidak kedengaran kasar.

    "Maksiat tu macam lelaki ngan perempuan. dia tak kahwin lagi tapi tidur sama. lepas tu pergi kat tempat gelap. berdua je. berdosa tau dik"


    "Owh baru adik faham. adik mcm keliru wasiat ngan maksiat"

    Fuhh... berderau juga dengan soalan beliau ini. lega nasib baik beliau tak tanya lebih lebih.

    Adoi budak budak sekarang.
    Soalan macam tu pun kau boleh tanya.
    Tapi tak boleh nak salahkan juga.

    Teknologi membezakan kita.
    Persekitaran mematangkan pemikiran mereka.

    Sebelum terlupa.

    SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

    Semoga pengorbanan kita mendapat keberkatan dariNya :)

    love, ZIEMA


    November 15, 2010

    Terkecik hati sebentar

      Home sweet home already. yeayy! ! ! ! ! *melompat kegirangan*

    Pagi tadi bangun jenguk dapur. tiba tiba terlapar sebentar. cuba selongkar apa yang ada.
    Jumpa ini. . . . .  . . . .  . . . . . . .

    omai!!!!! cookies kegemaranku.
    seakan sudah lama tidak ketemu sama kamu :)


    Setelah itu saya dengan tidak sabar sabar terus membuka bekas berkenaan dengan rakusnya.
    terbayang cookies yang bentuk pretzel itu. juga yang ada kismis.
    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    TADAAAAAAAA! ! ! ! ! ! ! ! ! ! ! ! ! !

    dah kosong! ! ! ! !


    Dalam hati terus menyumpah sesiapa saja yang makan cookies berkenaan. dah habis tu buang je lah.
    Saja nak simpan nak buat koleksi kan? Lepas tu saja tayang kan?

    Lepas tu bagi saya kecik ati.

    Dah dah.
    Nak pergi cari batu belah batu bertangkup.

    'Batu belah batu bertangkup. tangkuplah aku. makanlah aku. aku kempunan butter cookies'


    love, ZIEMA


    November 13, 2010

    Lagi lagi lari!

      Tadi rehat sebentar setelah berhempas pulas study. jadi memilih untuk online sahaja memandangkan siaran di televisyen entah apa apa bosan gila. sambil berfacebooking buka lah segala macam blog blog sekalian. tidak lupa surat khabar online setelah malas nak pergi beli. saya memang suka baca surat khabar tapi yang tabloid sahaja ye. gosip gosip ke. yang gempak ke. surat khabar serius tak minat lah. tak habis habis politik lah. nak gaduh. nak marah. kang ada jugak yang darah tinggi gara gara baca surat khabar. huh

    Buka lah Kosmo! Online tadi. biasa lah kan. berita yang gempak. pasal banjir kat Kedah itu sudah selesai sikit. tapi yang pasal gunung berapi kat Gunung Merapi itu masih dibincangkan lagi. kesian mereka. ohh Raja Farah juga selamat dinikahkan dengan suami beliau. baguslah. tapi jangan esok esok keluar berita kau diceraikan sudah. muak dengan artis artis Malaysia ni. hantaran siap ferrari lamborghini banglo berjuta but the end nothing.

    Tapi tertarik dengan satu berita ni.

    'Gadis hilang selepas 15 hari kenal 'Saiful Nizam' (klik untuk cerita lanjut)

    Biasa lah sekarang banyak sangat kes anak gadis 'hilang'. macam macam sebab. merajuk satu hal. ikut jantan lain satu hal. yang saja saja lari pun ada juga. kesian tengok makcik ni.

    Ingat tak yang masa tengah kecoh kecoh anak gadis ikut mamat Indon ke Lombok?
    Adoi. yang tu saya tak tahu nak komen macam mana. ada yang sampai anak dah 4 orang. tapi bila susah baru lah kau sibuk telefon mak abah kau. cakap menyesal lah. kena pukau lah tak sedar.
    Tapi kalau yang sedar tu memang kau yang bodoh. bukan kau tak baca berita pasal kesusahan gadis gadis terdahulu pun kan? ambil lah iktibar sikit. setakat Lombok tu apa yang ada. kalau kau boleh masak bubur lambuk sedap sedap lepas tu kau jual set up bisnes jadi usahawan tu baru la orang boleh respect. mungkin akan keluar surat khabar bertajuk,

    'Gadis Malaysia usahawan bubur lambuk di Lombok'
    Whoaaa! ! ! ! ! bangga mak abah kau. siap cakap tak payah lah balik Malaysia ni. lepak je kat Lombok tu.

    Berbalik kepada makcik yang anak dia 'hilang' itu.
    Kesian juga la makcik ni kan. sanggup lah anak buang keluarga 24 tahun demi lelaki yang baru kenal 15 hari.
    Tak tahu lah kalau anak gadis beliau kena ilmu hitam ke kan. ada possibility juga. tapi jarang lah rasanya. kena ilmu mamat hitam ada lah keh keh keh.

    Yang si 'Saiful Nizam' ni pun satu.
    Kau bawa lari gadis tu buat apa. penat tau.

    Kau bawa la jalan jalan. belanja makan McD ke. pergi shopping ke. belikan makcik tudung Ariani ke. kata nak kahwin dengan gadis itu. ambil la hati sikit.

    Tu pun nak kena ajar!

    love, ZIEMA

    November 12, 2010

    Muat ke?

       Masa sedang berfacebooking sambil melayan lagu encik Adam Lambert yang gay itu. tiba tiba ada mesej masuk. dari abang.

    Sok balik jb ptg blh?

    Eh. 14 hb ada paper lah. nape?

    Lorh. mak ckp nak ambek zimah 13 hb. kalo camtu, 14 hb ptg r blk. siap2 kmas brg2..blk dgn abg n paan..

    Mak kata nak datang 14 hb sbb nk g knduri kawen kt gombak. tak kesahla.

    Ok2. kalo cmtu, kms brg2 siap2..ptg blh grk..

    Bek bos...

    OK.

    Sekarang semua sila bayangkan. . . . . . . . . . . . . . . . . . . 

    Saya merupakan final semester student. sudah tentu barang barang semua perlu dibawa balik terus tanpa ditinggalkan langsung. jadi haruslah pakaian semua harus dibawa balik. dan juga tidak ketinggalan segala periuk ricecooker senduk tu perlulah dibawa kan? sebab saya tinggal di rumah sewa.

    Bayangkan sebelum ni kereta toyota Unser yang besar gabak itu menemani saya bila tiba setiap hujung semester. dan ketahuilah kamu kereta itu penuh sangat sehingga abah terpaksa memasang strategi untuk menyusun barang barang berkenaan so that dapat meletak barang barang saya.

    Terkadang pelik kenapa lah banyak sangat barang ni? 
    Setakat bawa pakaian. buku. barang dapur. itu sahaja OK. tapi turun naik tu adalah dalam lima kali baru lah selesai semuanya. haish entah lah.

    And bila abang berkata mahu mengambil saya kan.
    Terdiam. terfikir. terbayang. tercarut. WTFish! ! ! ! ! !

    Bagaimana sebuah kereta Vios dapat memenuhi keperluan barang barang saya? ? ? ?
    Mampukah abang melakukan strategi seperti abah?

    Perlukah saya meninggalkan barang barang seperti buku  buku itu? tapi sayang lah nak buang. penat tu beli lepas tu selak sampai buku tu lunyai petanda saya sangat gigih menelaah pelajaran. buku itu juga boleh menjadi bukti juga senjata untuk membaling jikalau adik adik mengeluh semasa mengulangkaji pelajaran sambil membebel, 

    "Kau tengok akak kau ni ha! gigih belajar tau! buat keje sekolah sikit je dah banyak bunyik pulak!"

    Dah dah. tiba tiba je nak emo hanya kerana sebuah buku. huhh

    Adoi! ! ! !
    Muat ke ni ha?
    Hope so...

    love, ZIEMA




    November 11, 2010

    Keguguran

      Rileks ye. saya belum pernah disentuh oleh lelaki. mana mungkin keguguran kandungan. ha ha..
    Ni ha. sedang mengalami masalah keguguran rambut yang pada hemat saya agaklah kronik. baru sahaja selesai menyapu bilik tapi rasanya tak sampai 10 minit ada lagi rambut rambut yang degil mahu juga gugur dan memenuhi segala pelusuk lantai tidak lupa juga celah celah bawah katil menyusahkan saya nak menyapu! huh.

    Sampai sekarang tak tahu lagi apakah punca kejadian ini berlaku. tapi dapat juga mengagak puncanya.
    mungkin sebab stress sebagai seorang pelajar kerana mengalami masalah ini sejak tingkatan 1 lagi. mungkin juga perubahan hormon kerana sedang dalam proses menjadi wanita *adakah selama ni saya lelaki?*. mungkin juga kesan dari penggunaan syampu yang banyak bahan kimia. see? kimia itu sangat berbahaya. sebab tu saya tak suka subjek kimia. logik kan? (^_^)

    Lagi pula kalau balik rumah sudah pasti diperli emak dengan kata kata sopan akan tetapi pedih sangat itu.

    'Kalau balik rumah je mesti rambut bersepah merata rata kan? kat bilik. kat dapur. kat depan. tu kat balkoni tu penuh.'

    Perghh.. sentap! terfikir juga mahu lari rumah seperti yang dilakukan anak anak gadis zaman sekarang yang kena marah sebab pakai seluar jeans sahaja. mak tak bagi pakai seluar jeans pun nak lari. bukan mak kau suruh berbogel ke pakai jubah siap purdah ke. ishh tak faham lah.

    Memikirkan cara yang sesuai untuk mengatasi masalah ini.
    Terfikir mahu membotakkan kepala. best apa. untung untung boleh jadi pelakon macam cik Demi Moore masa beliau dalam movie G.I.Jane. takpun menjadi seperti cik Sharifah Amani dalam movie apa entah dah lupa. dapat duit tu. free free je. kau botakkan kepala. berlakon. dapat duit. kan senang?

    Pergi salon pun cadangan yang baik. pergi buat rawatan rambut. stim. massage. letak serum. duit saya pun gugur seperti rambut saya. lepas tu nanti balik rumah air liur emak saya gugur juga macam rambut saya gara gara membebel disebabkan gatal pergi buat rawatan rambut. tak sedar diri pakai tudung bukan ada orang nak tengok rambut huduh kau itu.

    Tapi kan ada bisnes menjual rambut yang gugur ini seperti yang dilakukan oleh negara India untuk dibuat wig. tak percaya ke? ni cik Oprah Winfrey yang cakap tau. sila click untuk bukti. siapa siapa yang suka sangat extend rambut pakai wig ini berbanggalah kerana rambut anda mungkin diambil dari rambut mereka. dapat duit tau mereka ini. duit punya pasal rambut tergadai. kau berani?
    Siapa siapa yang rambut banyak sangat gugur tu meh bagi saya. saya tolong jualkan. nanti komisen kita kongsi lah. bernas kan idea tu? he he he.

    Potong rambut pendek sangat tak cantik. tak hot. tak sexy.

    Tak boleh nak feeling feeling model apabila rambut ditiup angin. whoaa! !

    Sepak kang. gedik pula.

    Bukan apa.

    Rambut Itu Mahkota Wanita :)

    love, ZIEMA



    November 10, 2010

    Plan apakah selepas ini?

       Baru sahaja selesai paper Company Accounting. susah lah!! benci benci benci. tak cukup masa. blank. hanya mampu mendoakan supaya lulus jadi tidak perlu membuang masa tenaga wang ringgit untuk repeat paper ini lagi sekali.

    Wahhhh tak sangka lah dah nak habis belajar. Seronok juga kan? tak perlulah nak mengadap buku buku ilmiah ini setiap semester. buat assignment. presentation. kerja sekolah universiti. naik bas RapidKL yang tiketnya berharga RM1 untuk perjalanan sehala.

    Tapi sedih juga. nak tinggalkan kawan kawan juga sahabat karib. lepas ni sudah tidak lagi bergelar pelajar nanti tak dapat duit raya dah. dah kena belanja orang (eh eh kedekut lah kau ni). kena bayar balik loan PTPTN yang daripada diploma setelah dicongak congak ada lah dalam RM 32 RIBU SAHAJA. hebat kan? terasa menyesal belajar sehingga tahap degree ni.
    'Eh tak baik lah menyesal. kan ke belajar itu menuntut ilmu. mencari pahala. berjihad', kata saya kepada diri saya.

    Whoaaaa! ! ! ! ! ! ! ! berbalik kepada tajuk asal.
    Nak buat apa eh lepas habis ni?

    Mahu sambung belajarkah?
    Emm.. serasa seperti tidak mampu lagi memerah kepala otak ini untuk menyambung master. nak mengadap buku. assignment. thesis. research. kalau sambung ni free tak perlu mengeluarkan wang ringgit mungkin akan dipertimbangkan. setahun je pun. alahai. sudah lah kau. tak payah lah nak sambung. macam bagus je pointer tu. study main main last minute. berangan je lebih. lepas tu bila lecturer kat depan kau berbalas mesej. tidur. baca mastika. berbalas senyuman. kacau kak Lea. mengumpat lecturer.
    Baiklah! setelah memikirkan kemungkinan dan juga risiko yang bakal saya hadapi. dengan ini saya mengisytiharkan saya tak ada hati dan perasaan mahu menyambung pengajian atas sebab sebab di atas.

    Mahu kahwinkah?
    Gila gatal tak tahu malu betul!! duit pun tak cukup kadang kala menyuruh abah bank in kan. lagi pulak encik calon suami tak ada. huhh.. out of list. next next......


    Mahu duduk rumahkah?
    Bukan lah duduk saja saja tanpa bergerak ke sana ke mari. nanti orang ingat lumpuh pula angkara belajar dengan rajin and gigih. haruslah membantu emak bersesuaian dengan gelaran anak dara. mungkin harus menajamkan skill memasak yang sedia ada. owh belajar menjahit baju kurung setelah emak memaksa belajar sejak dari dulu lagi. juga berkhidmat sebentar kepada adik adik mengajar matapelajaran juga kerja sekolah. tapi kan.... nanti makcik makcik jiran tetangga tentu lah sibuk mahu bertanya.
    'bila nak kahwin ni?' atau 
    'eh Ros. anak kau keje ape skarang?' atau
    'belajar tinggi duk rumah je?'
    Tertekan juga lah kan. nak berbakti kepada orang tua pun susah. adoi..

    Mahu kerjakah?
    Kerja ni bukan kata mahu tak mahu. memang kena. untuk masa depan yang gemilang. nak bayar duit PTPTN yang berharga RM32 ribu itu haruslah bekerja. tapi belum bersedia. kena hantar resume. pergi interview takutnya!!! dapat pula interviewer yang gila haram psiko bagi soalan entah apa apa langsung tak ada kena mengena dengan pelajaran kau mahupun pekerjaan itu. huh.
    Habis tu?

    Entah lah! ! ! ! ! !
    Tak tahu mahu apakah.

    Malas fikir lagi.
    Mahu tidur sebentar.
    Penat gila!

    love, ZIEMA


    November 8, 2010

    Mari exercise jari dan tangan

    Setelah lama berehat sebentar menghilangkan kepenatan otak menguji daya ingatan yang semakin lemah. maka hari ini harus kembali bertarung nyawa siap sedia ke medan exam!! hurk!! *konon nak bagi semangat*

    10 nov = Company Accounting.

    Alah kacang je subjek ni. setakat debit credit lepas tu balance shit sheet. no hal lah. errrr....
    OK tipu. paper ni susah. lagi susah dari Financial and Management Accounting. sebab ada chapter macam mana nak kira share. saya cukup pantang tengok share ni. nak share pun malas *petanda diri ini kedekutkah?*.
    Fine. soalan ada 5. jawab semua. ada satu soalan tu puan lecturer telah berkata bahawa soalan berkenaan mengambil masa sejam untuk menyiapkan ia. habis tu baki lagi 2 jam itu perlu digunakan dengan gigih untuk menjawab baki 4 soalan kah?? Serius kejam sungguh paper ini.  Perlu menekan kalkulator dengan pantas dan tekun supaya masa yang berbaki dapat digunakan semaksimum yang mungkin.
    Kesian jari dan tangan..............

    14 nov = International Business

    Hal perniagaan antarabangsa yang perlu sibuk sibuk nak ambil tahu padahal kat Malaysia ni pun entah tidak tahu hal semasa. Nak kena hafal semua segala culture. major business setiap negara. banyak lah tak kuasa nak listkan. owh paper ni saya REPEAT ye kawan kawan. bangga betul kau repeat paper kan? tak pasal pasal je. sebab memang tak suka benci lecturer subjek ni!! padan muka kau. benci lah kan dah kena repeat! paper ni pun azab OK. 1 soalan case study WAJIB jawab. 3 dari 5 soalan juga perlu dijawab. bayangkan 1 soalan dalam 4 full pages kau kena tulis. jadi 16 pages kau akan tulis merapu meraban dalam masa 3 jam!!! any comment? rasanya sudah boleh bayangkan kot?
    Kesian jari dan tangan..................


    Jadi marilah kita exercise jari dan tangan dengan jayanya!!!!!

    Benci siot!!

    love, ZIEMA


    November 7, 2010

    LA TAHZAN

        Sedang melihat seorang perempuan menangis. mengingatkan saya tentang kejadian lampau. kejadian yang membuatkan saya menjadi matang. sabar. kuat. alah senang cerita semua benda benda yang positif lah.

    Kejadian itu memang pahit. perit. hanya yang pernah melaluinya sahaja akan tahu betapa sakitnya bila kau disakiti. tapi janganlah kerana kau sakit kecewa ni kau buat benda yang tak masuk dek akal. yang menyusahkan diri kau. mak bapak kau. kawan kawan kau. DIA? sikit pun tak tahu apa yang sedang kau buat.

    Lepas tu janganlah sesekali kau persoalkan kejadian yeng menimpa kau. memang pada mulanya kau akan keliru. tertanya tanya kenapa kau? bukan jiran kau. musuh kau. bukan Timah yang selalu curang dibelakang kekasih beliau. bukan Senah yang playgirl itu. bukan Bedah yang perangai macam haram jahat tetapi mempunyai ramai peminat.

    Dah tu pulak kau nak menangis beria macam lah tunang tak sampai sebulan diminta putus. macam lah kau ditinggalkan di saat esok adalah hari pernikahan kau. macam lah kau baru saja diceraikan talak tiga semasa berpantang anak sulung. hey!! kau tu BERCINTA sahaja OK.

    Memang betul. pada mulanya kau akan menderita sebentar. orang bagi nasihat pun kau malas nak dengar. kau akan rasa orang orang ni pandai je cakap. bukan tau apa apa pun.
    'Think positive'
    'Sabar ye. kena kuat'
    'Takpe. ada lagi yang lagi baik'

    Kau akan mengharap DIA akan kembali pada kau konon konon menyesali di atas perbuatan DIA? Itu pun kalau DIA cari kau balik. kalau tak? then kalau dia nak kau balik pun. kau nak ke berbalik pada DIA setelah apa yang dia buat pada kau????


    Kau nak menangis juga? ? ? ?
    Go on my dear..
    Kalau itu akan membuatkan kau lega. kau dapat hilangkan beban kau. kau akan kuat.
    MENANGIS TAK BERMAKNA KAU LEMAH.
    Tapi kau perlu cepat cepat kesat air mata kau. pergi ambil wudhu'. solat. berdoa. masa tu nak menangis pun dialu alukan. sebab kau sedang mengadu. kau sedang memohon. sebab kau sudah sedar yang cinta ALLAH itu jangan sesekali diabaikan.
    Jangan kau berterusan menangis tanpa membuat apa apa. kau buang masa. buang tenaga. buang tabiat juga bila nanti tiba tiba kau histeria la apa la. dah menyusahkan orang pula. kan? kan?

    Tapi kalau peristiwa itu sudah lama berlalu tapi perangai perbuatan kau pun nak sama macam di hari pertama peristiwa itu memang kau nak kena lempang. kau memang BODOH *sorry to say*

    Asyik asyik nak menangis lah. nak teringat DIA lah. nak bandingkan DIA dengan Ali. Seman. Daud. Sudah sudah lah tu. apa kau dapat? ? ?
    Bukannya dia akan balik pada kau pun. bukannya SM FALIQ akan proposed kau pun untuk dijadikan bakal isteri. ada? ada?

    Kalau ada memang lah kau beruntung. Jangan lah bersedih.
    Kau ada ibu bapa lagi. adik beradik. kawan kawan. saudara mara. kan ramai tu? ? ?
    Takkan la sebab kerana DIA yang seorang itu kau telah mengabaikan orang ramai ini.
    Serius kau kejam. sungguh kejam.

    Dah tu tak reti reti lagi nak starting a new life??
    Wake up!!!!!!!
    LA TAHZAN........
    ALLAH ada reason untuk memberi ujian ini untuk kau. Sebab kau KUAT. tidak seperti jiran kau, musuh kau, si Timah, Senah dan juga Bedah. dan jangan kau  berani cakap hidup kau hancur selepas peristiwa itu.
    Because one day u will realized that your life is getting sweet. meaningful. awesome. happy.
      
    ALLAH sudah janji yang terbaik untuk kita. cuma kadangkala kita lupa untuk berbuat baik kepada Dia. kita leka. terlalu leka.....................


    love, ZIEMA




     

    November 6, 2010

    Kad Kahwin cantik comel lagi!

    Semalam roomate saya during diploma di Melaka telah datang ke Shah Alam untuk memberi kad kahwin beliau. Adeh.. mengapakah beliau akan berkahwin? ? Hey!! should i asking that question? tolong lah jangan tunjuk desperate sangat. jodoh beliau datang dengan cepat. sabar lah wahai hati. *terasa sudah tua*

    My friend, cik Idzliana ataupun nama manja femes gojes beliau adalah AYE. nama yang diberi oleh abah beliau kerana beliau merupakan anak perempuan tunggal yang sebenarnya abah beliau memanggil DARA akan tetapi oleh kerana semasa kecil pelat. jadi DARA telah menjadi AYE. *kena cerita ke asal usul nama beliau?* huh.

    Okay. tak ada nak cerita apa sangat la pasal dia. nak cerita pasal kad kahwin dia sebenarnya.

    She is a red lovers. So nanti tema perkahwinan beliau adalah merah ....*ok dah tak payah cerita lah!*
    Lupa lupa. nak cerita mengenai kad kahwin. kad kahwin saja lah yang kau nak membebel pasal tema semua tu kenapa?? *_* erkkk

    Ok heres the card :)


     okay. first time saya jumpa sampul yang sebegini rupa.
    ada suggestion kad ini dibawa supaya dapat mengipaskan diri di kala kepanasan. errk


    ha kan dah cakap!
    cantik comel kan?? ^_^


    isi kandungan kad kahwin yang cantik comel juga~


    Cantik kan? harga pun mungkin cantik. terlupa pula nak tanya. eh bukan terlupa. saja tak nak tanya. sibuk je nak tanya macam lah nak kahwin. tak malu! ! ! ! ! ! *marah diri sendiri

    Her wedding gonna be held on 01012011. Cantik juga tarikhnya sambil berangan tengok kalendar berapa haribulan merupakan tarikh yang sesuai untuk saya kahwin. *oh tolong lah berhenti berangan!*

    Tapi yang best nya Aye nampak sahaja saya, 

    'Eh kurusnya kau!!'

    'Biasa lah weh. busy nak kahwin study.' *sanbil bangga kembang kuncup hidungku walaupun beliau tidak memuji tetapi terasa dipuji*


    Owh hampir terlupa. kawan kawan sekalian dikehendaki memakai baju kaler purple sebagai tanda persahabatan 5 tahun. whoaaa!!! kena cari baju kaler purple.
    Masa on the way balik saya, begum and Lea membincangkan mengenai isu kahwin ni.

    Begum : Weh aku rasa macam dah tua je bila tengok member kahwin ni.
    Lea : Rilek ar. kita baru 23 beb.   
    Saya : Ha ah la. ni lagi la dah nak abis study. 
    Begum : Aku tak suka la. mesti kalau balik kampung je sedara tanya bila nak kahwin. tension je. 
    Saya : Yela weh. lagi kalau pergi kenduri kawan bapak aku. hishh

    Betul juga. penat juga mahu menjawab soalan soalan cepu cemas dari makcik makcik penyibuk yang begitu mengambil berat hal kebajikan anak anak dara sekalian. 
    Gantung tag yang bertajuk 'SAYA BELUM BERSEDIA NAK KAHWIN. SILA JANGAN TANYA LEBIH LEBIH JIKA TAK MAHU DIMAKI OLEH SAYA'.

    Sesuaikah? terasa kurang ajar pula.behave OK.
                        
    love, ZIEMA




    November 5, 2010

    Apabila kadar taipan bersamaan dengan percakapan T=P

         Sudah macam formula kimia pula bila tengok title itu. suka kimia? Hakikatnya tidak berminat langsung apabila sekadar mendapat D semasa menduduki SPM. ah tak kisah la. ada apa dengan kimia yang sekadar pergi lab mencampur adukkan bahan bahan kimia menggunakan spatula buret tabung uji entah apa lagi tak ingat. ada aku kisah???

    Ha tengok dah lari tajuk. Come back ye cik ziema :)
    Baru terperasan kadang kala semasa menaip terpanjang non stop hingga reader tercungap cungap tak cukup nafas walaupun hanya membaca tanpa mengeluarkan bunyi. hanya bermonolog.

    Hehe. maaf ya. kadang kala idea itu sangat laju mencurah curah ke ladang gandum sehingga tidak terperasan tanda noktah lupa diletak. Begitu la cara percakapan saya yang kadang kala tiada noktah mahupun penanda wacana sehingga kadang kala rakan rakan sekalian menyuruh saya mengulang kembali kata kata berkenaan. Jadi nya tiada lah kuasa saya untuk menghalang mulut ini dan tangan ini untuk laju juga lancar tanpa berhenti.

    OK. Mahu salahkan mak juga rasanya kadang kala.
    Emak saya sangat lancar pertuturan beliau itu apabila bersembang berbual menyapa semua lah. kalau call tu sila lah prepare kredit secukupnya kerana ada kemungkinan objektif utama kau call beliau sudah lari dibawa arus kata kata cerita beliau.
    Seorang cousin saya pernah confessed mengatakan beliau terpaksa tipu mahu ke toilet gara gara mahu stop dari perbualan berkenaan. OK itu sungguh jahat tapi sopan.

    And sekarang itu sudah menjadi warisan turun temurun.
    Holly shhait!!!
    Terasa seperti entah apa apa. sedikit psiko kadang kala apabila melihat perempuan yang sopan sopan percakapan. bercakap apabila perlu sahaja. percakapan yeng berfaedah. percakapan yang ada noktah.
    Supaya tidak ditegur and malu sendiri kerana kadang kala langsung tidak sedar ada yang perasan tentang tabiat ini.

    Tapi bila teringat satu quote ini.

    'BE YOURSELF. DON'T IMPROVE YOURSELF'

    Agak agak perlu ke menjadi seorang perempuan yang suka bercakap tanpa henti?
    Atau pun berubah menjadi yang lebih baik?

    'Eh kenapa kawan kau ni pendiam?'
    'Dia bukan pendiam. kau ni asyik cakap je. bila dia nak cakap?'

    'Kenapa kau diam je hari ni ziema? sakit ke?'
    'Eh tak de lah.' *konon konon tak mahu banyak cakap*


    Rasanya kadang kala perlu kot belajar bercakap semula supaya tidak terkesan kepada taipan sendiri yang kadang kala menyusahkan orang waima diri sendiri. huh

    p.s. cuba kira berapa banyak perkataan kadang kala ditaip?


    love, ZIEMA



    Mahu Travel Alone

    Sedang mengelamun membayangkan apa perlu dibuat selepas tidak lagi menjadi pelajar cemerlang. duduk rumah membesarkan badan? ke kerja sementara di mana mana kedai berdekatan demi mencari sesuap nasi?

    Tapi kalau pergi vacation seorang diri seronok juga kan? Baru sahaja terbaca novel P.S I LOVE YOU yang tahun bila entah nak habis baca apabila Ciara adik kepada Holly sangat suka travel seorang diri. (cakap macam lah orang kenal si Ciara dan Holly)
    Bawa backpack yang macam tourist selalu pakai tu. lepas tu pakai slack. sandal. tudung  and baju juga hendaklah dari fabrik kapas agar selesa *ewah kau! ha ha. . . . . . .

    Lepas tu berjalan la seharian berseorangan konon konon melancong feeling feeling tourist gitu.
    Soal makan no hal lah. bukankah begitu banyak gerai gerai di tepi jalan yang menawarkan makanan yang murah sedap? paling tidak pun makan meggi .sudah tentu dapat berjimat cermat amalan mulia.
    Hotel bajet pun banyak. tak payah mahal mahal nak ada bath tab la. wireless la. swimming pool la.

    Tapi travel seorang diri kat MALAYSIA YANG AMAN DAMAI ni selamat kah? terfikir juga.

    Demmm!!! kenapa lah kerja nak rogol la. bunuh la. liwat lah.
    Bukan kah banyak lagi kerja lain?? hidup pun tak senang.
    So rasanya terpaksa lah membatalkan hasrat mahu travel seorang diri gara gara ketakutan atas sebab sebab seperti di atas. macam bagus bagus je nak pergi kan? ingat mak bapak kau bagi keizinan?? mati hidup balik pun agaknya tak bagi.
    Naik bas pun every half an hour call nak tahu khabar kau? putus cinta pun menangis macam budak kecil mahu susu.
    Ada hati. podahhhh!!! *ambil semangat Deepavali sebentar*

    God. really really mahu sangat sungguh pergi jalan jalan tour ni.

    Siapa mahu teman saya? ^_^

    love, ZIEMA

     

    November 3, 2010

    Penkek ke?

    Hari tu dalam pukul 12.30a.m sudah tertidur disebabkan kepenatan study menghafal.

    Tiba tiba terjaga sebab lapar. boleh pulak kan macam tu? boleh je la weh. he he
    Owh lupa pula. bukan saja disebabkan penat menghafal. akan tetapi mungkin disebabkan hampir menstruasi (ala period lah). ditambah pula cuaca yang sejuk menambahkan lagi kelaparan saya.

    Cakap kat Lea. jawapan beliau. 'pegi la beli burger kat bawah tu. sian kau'.
    Tapi serius malas. cuba juga untuk melelapkan mata tapi tak boleh. lastly, pergi DAPUR!! huh..
    Try la punggah apa yang ada untuk dimasak ke digoreng ke apa ke. tapi hampa sangat.

    Tiba tiba ternampak ada tepung gandum dan terus sahaja membancuh ia tanpa mengetahui motif sebenar. lepas tu pergi ambil gula dan menuang ia ke dalam bancuhan tersebut. lalu mengambil kuali leper dan meletak sedikit marjerin. setelah marjerin itu cair, tuang bancuhan tadi. buka peti ais ternampak pula cheese dan terus mengoyak ia menjadi kecil dan tabur di atas bancuhan yang separuh masak itu. nampak pula jem strawberry, oleh itu terus sahaja menyapu diatasnya setelah selesai masak.
    *apahal dah macam kelas resipi memasak ni?*

    HASILNYA??????




    Bau dia tak payah cerita la. kalau dah merjerin and gula atas api memang la sedap.
    Secara tiba tiba Lea keluar kerana beliau tertanya tanya apakah yang saya sedang lakukan kerana hidung beliau telah kembang oleh kerana masakan saya ini. beliau memandang jelik pelik ke atas masakan saya. *bengang sebentar*

    'Kau masak apa ni?'

    'Entah. aku lapar dowh. bantai je la. rasa la'.

    'Sedap gak eh. tapi pe kebenda ni?'

    'Aku tak tahu. penkek kot'.

    Setelah itu beliau gelakkan ketawakan saya. bukan penkek eh?
    Habis apa nama masakan saya ini?
    Lempeng ke? tepung gula bersama cheese dan jem ke? tepung gandum manis ke?

    Lantak lah. janji sedap. betul tak tipu.

    Cubalah :) *macam dalam iklan pulak adeh*

    love, ZIEMA