Followers

October 24, 2010

Jadi Pandai ke Rajin yang BEST? ?

Petang petang macam ni tak best study. orang kata tak elok. lagipun memang tak masuk. padahal memang malas. tak ada mood langsung. sangat.

Kepala otak ni pun dah tak tahu la macam mana condition beliau. adakah sel sel semakin berkembang? ke mengecut? huh. . . bengang weh. apa pasal lah kena study gila gila. penat. tapi akhirnya mendapat segulung ijazah then akhirnya bekerja di bawah pemerintahan seorang bos yang kalau nasib baik dapat yang best gila. akan tetapi malang jika bos kau gatal. baran. clumsy. fussy. noty. ah sudah. sila diam!

Saat ni mula lah teringat para jutawan yang belajar setakat sekolah tak masuk IPT pun. tapi income gempak. berjaya. rumah banglo. kereta import. alah senang cerita yang mewah mewah lah. tak mampu nak list kan.

Encik Bill Gates. Encik Walt Disney. Encik Mark Zuckerberg *alah founder facebook korang tu*.
Kalau kat Malaysia tengok je lah Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary. arwah Sosilawati. takpun Mr. Lim Goh Tong. banyak kot nak cerita. tapi yang best mereka mereka ni belajar tak tinggi pun. mungkin pandai tapi zaman dahulu kala mungkin hidup susah. miskin tak mampu.

Dah tu sekarang ni rasa nak berhenti belajar. sebab bengang. nak menempuh exam 2 JAM tapi study 7 HARI pun belum mampu lagi. rasa nak menangis pun ada. waaaaaaa !!!!!!!!

Kerja lagi best. set up bisnes yang biasa biasa dengan modal kecil kecilan. lepas tu berkembang.whoa!!
Gempak jugak. tapi macam mana kalau bisnes tu mengecut seperti mana saya study? ?  oh no!!

Tapi terfikir pula. saya ni rajin ke? eh pandai ke? eh ke dua dua ciri ciri berkenaan tak ada?

Ahhhhhhhhhh serabut!!!!!!!!!

Biar tak pandai tapi rajin kot.
Jangan pandai tapi pemalas.
Tapi lagi tak elok kau dah la tak berapa pandai lepas tu malas.

Sudah lah. banyak bunyi pula rasanya.

p.s : terima kasih Wa kerana mem injamkan broadband beliau. saya punya buat hal pulak.


love, ZIEMA

No comments:

Post a Comment

Komen lah sukahati kau nak komen.