Followers

October 21, 2010

Zaman Kanak kanak

Tadi tengok selak selak gambar zaman muda muda kat laptop. Wow comelnya saya!! *puji diri sendiri kau ni memang tak malu lah*.


abang begitu sopan sementelah saya agak sexy
akan tetapi kami sedondon biru.

Erkk.. Dulu hidup kami tak lah sesenang sekarang. Pernah merasa balik kampung naik keretapi sampai pukul 5 pagi abah dukung abang mak dukung saya hingga hampir dikejar anjing *lahanat punya hanjing*.

Abah bawa pergi makan A&W naik bas sampai saya pelik kenapa lah mak tak ikut adakah mereka bergaduh lalu membawa hati yang lara padahal masa tu mak tengah berpantang si Dinie ish teruk betul pemikiran saya di waktu itu.

Pernah juga balik sekolah jalan kaki menyeberangi jalan raya yang sibuk semasa berada di darjah dua bersama abang disebabkan abah mahu potong perbelanjaan dah nak pindah tak nak membazir bayar duit kepada Makcik Mimi (wah hebat jugak kau ni ingat lagi nama dia) merangkap drebar van yang bertanggungjawab mengambil dan menghantar kanak kanak ke sekolah.

Juga pergi sekolah menaiki basikal semasa darjah tiga di kala hujan lebat dengan memakai baju hujan lepas tu terjatuh digelakkan budak lain *adik aku hujan renyai pun abah ambil dengan alasan risau tengok kilat tu damn!!!*

Tapi zaman kanak kanak atau lebih dikenali sebagai chilhood dalam bahasa orang putih sebenarnya sangat indah.

Kau tak percaya?

Makan pakai semua mak abah kau sediakan. basuhkan. lipatkan. kau tinggal pakai, kotorkan lepas tu mak kau basuh lipat semua. nasi kalau tak habis makan siap kena paksa habiskan kena marah lepas tu basuh pinggan sendiri and yang penting tak payah tolong masak.

Masa study menelaah pelajaran malam malam mak siap bagi minum susu. Bergaduh dengan abang siap kena flying kick sakit siot tapi dah besar dia boleh lupa bila ditanya situasi berkenaan. hampeh. Kat sekolah time rehat boleh bermain galah panjang getah batu seremban semua tu tanpa memikirkan masalah duit tak cukup nak sekolahkan kau bayar yuran bagai.

Boleh bergurau mesra dengan kawan kawan lelaki tanpa risau batas pergaulan juga kelakuan yang tidak seperti cute girl apabila lumba basilkal main rounders  dan juga pakai kotak meluncur di atas bukit.Petang petang bermain bersama rakan rakan di playground tanpa risau diculik dirogol dibunuh sampai kehausan balik je terasa skyjuice itu sangat sedap. bila birthday je abah belikan kek takpun KFC sedapnya.

Korang tak terasa indah ke? ?

Yes memang zaman dulu tak sesenang sekarang. tapi saya rasa kesusahan dulu buat saya rasa hidup itu indah. sangat bermakna. buat saya lagi bersyukur. menghargai apa saja yang ada di depan mata.

Sebab mak abah saya sangat kuat membesarkan kitorang. mungkin ada saja masalah diorang tapi mungkin kebijaksanaan abah and kesabaran mak membuatkan mereka bertahan.
Saya kadang kadang jadi pelik kenapa sekarang senang sangat berlaku penceraian? sebab? suami leka tengok bola. tak pandai pujuk. isteri masak tak sedap. pakai kain batik kat rumah. ohhh takutnya!!!! :(

Bila sudah dewasa ni terasa sangat banyak beban yang perlu dipikul. banyak tanggungjawab yang harus digalas. banyak masalah dan dugaan yang datang dan pergi.

Sesungguhnya saya sangat teramat sungguh rindu akan zaman kanak kanak indah saya. . . . . .

p.s : bila nak final ni lagi buat saya tertekan terasa mahu jadi kanak kanak tanpa perlu menghadapi exam setiap semester!! huh!


love, ZIEMA

No comments:

Post a Comment

Komen lah sukahati kau nak komen.