Followers

October 22, 2010

Kegilaan Tahap Gaban

Kenal GABAN tak? ala hero jepun ke ape entah dah lupa yang famous di sekitar awal 90-an?

Tapi kenapa ek rakyat Malaysia harus menggunakan ayat gaban tatkala sedang dalam keadaan kritikal gila nak mampus? Apakah kaitan antara gaban dengan tahap ketensionan? Atau adakah saya sahaja yang menggunakan perkataan berkenaan tanpa mengetahui motif sebenar? Ha ha ha "_"

Ok ok berbalik kepada tujuan sebenar.

Adoi. saya sedang tension menggila sangat ni. Tinggal lagi 5 hari before first paper bermula. and saya TAK STUDY APA APA LAGI ni kau faham tak??? emo lak. "tension konon tapi boleh update blog lagi " kata saya kepada diri sendiri yang tak sedar diri.

First paper will be Company Secreterial Practices perlukah saya mentioned kepada pembaca sekalian apakah jenis paper ini? tidak perlulah. cukup dengan mengetahui ia mengandungi lebih dari 10 chapters mengandungi pelbagai section yang perlu diingati dihafal sehingga kau akan merasakan seperti mahu menyepak merayu lecturer itu memberi sedikit tips atau hint malangnya beliau sangat skema hanya menyuruh membaca sahaja. and the best part is paper ini adalah kertas pembunuh (killer paper). kau bayangkan betapa jahat kejam gila paper ini hingga boleh membunuh student tanpa senjata hanya menggunakan kertas sahaja. Hebat tak????!!!

Di saat ini juga terasa menyesal kerana tidak focus semasa kuliah .hanya tidur. menghantar membalas mesej mengumpat lecturer. bersembang dengan member sebelah..uh padan lah dengan muka kau!

Oh!! dah final semester ni lagi rasa tension gila tahap gaban ni weh! tertekan !!!!! tulun! help!!

Oh ya. . .  i'm gonna miss my books, friends, lecturers, UITM dihatiku ha ha ha ha :') ketawa dalam sedih.

Dah dah. jangan sedih kakak. nanti ada orang marah kamu sedih sedih sebab dia kata kamu kena kuat jangan menangis nanti tak comel.. uih malu :)

Ok stop sebelum saya bercakap yang entah apa apa.

Mahu study sebentar.




love, ZIEMA

2 comments:

Komen lah sukahati kau nak komen.