Followers

October 28, 2010

Malas. Tension. Bengang.

Dah tak ada mood langsung nak update blog. sumpah.
Walaupun sedang manaip seperti mahu update. tapi mahu berehat seketika.

Tension gila babai ni rasanya.
Semalam paper Company Secretarial Practice sangat susah. saya rasa lecturer ni dengki kat kami lah.
Mungkin mahu bertemu lagi di masa akan datang (harap percakapan ini tidak masin)

Ini semua membuatkan saya semakin hangin ribut.
Ouwh lupa pula. effect dari paper berkenaan membuatkan saya pening loya hingga terpaksa jolok tekak untuk memuntahkan isi perut. cara ini efektif jika alternatif seperti telan panadol sapu minyak kapak tidak berkesan.
Serius ni. percayalah.

Kak Lea juga mengalami sakit sakit badan. begitu juga dengan Wa yang tidak ada selera makan kesan dari menghafal 20 chapters akan tetapi yang keluar mungkin tidak sampai 10 chapters. terasa bangang sebentar.

Dah lah. mahu study menekan kalkulator untuk paper TAXATION.

Sampai sekarang masih tak faham kenapa lah perlu nak tahu income orang tu? transfer rumah kat bini pun banyak bunyi. bagi jelah rumah tu. pasal rumah pun kena kira kira. silap hari bulan boleh bercerai.

Sebab??
transfer rumah. TAXATION punya pasal.
TAXATION boleh meruntuhkan rumah tangga tahu tak???

Mati ah. malas banyak cakap.

Mahu study :)

love, ZIEMA

No comments:

Post a Comment

Komen lah sukahati kau nak komen.